Followers

Saturday, January 5, 2013

Port Dickson Part 3

Bersambung lagi di part seterusnyer, kalini nak kongsi aktiviti yang kitorang buat dimalam hari,petang tu kitorang sempat jgak berendam kat pool ngan mandi laut...Kami memang suka bercuti ke PD time weekend, sebab ade pasar malam kat area situ, pasar malam tu sekarang dah makin besar, macam2 orang jual, dari makanan sampai lah ke sebenier, macam2 ada..Yang bestnyer makanannyer lah ,ko takyah lah pikir nak berdiet ke hape, sampai situ semuanya nampak berselera, makanan yg jarang nak jumpa kat KL pon ade..
Kitorang tunggu mak & papa sampai, sebab papa keje ari sabtu tu, so, mak & papa datang lmbat sikit lah, dalam kul 8 lebih cmtu, mak pon sampai, kitorang pon keluar cari makan kt pasar malam tu, mak & papa taknak ikut, haa mesti nak bermesra2 berdua2an lah tu..heheh..Takpe2 kitorang kasi cann..kihkihkih..
Sampai je jenuh cari parking, ramai giler orang mybe sebab ramai yang cuti panjang sampai ke tahun baru kot.Last2 dapat parking, misi kitorang memang nak beli makanan je, tak shopping ape pon, hasilnyer, masing2 tak menang tangan ,kiri kanan tangan penuh..hehe..Melantak ke hape..
Pastu kitorang tak terus balik, kitorang melencong plak ke FunFair, haa kat sini lah aku byk melabur demi nak dapatkan seekor bear besar..Sampai merajukk ko..Ngade betull..Abi dok layankan aje, siap tukarkan token byk2 bagi aku main puas2 sampai dapat bear tu, aku dah tak pandang kiri kanan.Still tak dapat jugak, dapat bear kecik2 tu je, cmne pon aku nak yang besar..hehehe..Last2 anak buah aku yang dapat, caittt..Tak aci betull..Aku ni umur je dah suku abad, tapi minat aku terhadap teddy bear memang tak dapat dikikis smpai sekarang.Katil kat rumah aku dah semakin penuh dengan teddy bear, belum kira teddy bear kecik2 yang aku dapat hasil main "claw machine"..Aku memang "antu" main mesin tu.hehehe..Dan smpai sekarang, dah tua bangka, dah ade laki pon still bawak teddy bear gi mana2, sebab kalau takde teddy bear, aku takleh tidoo...Ciann kan..sobb..sobb..



Bila dah tersedar dari lamunan yang poket makin menipis, dan duit keluar macam air paip bocor, kitorang terus tinggalkan FunFair tu, papa kedana terus,sampai terduduk kat tepi jalan, kot2 lah ade orang nak sedekah duit syiling ke kan..hahaha..

Pastu kitorang singgah ke PD Gateaway plak, along nak shopping barang die.PD Gateaway ni macam uptown lah kiranya, tapi elok je kitorang sampai, semua kedai nak tutup dah..Laaa rugi datang lmbat, ingatkan mcm kat KL, lagi malam lagi happening, rupanya tutup awal..Ape daa..Tapi elok jgak, selamat duit aku..hehe..Pastu kitorang jalan2 je kat kedai2 tepi jalan tu,along nak beli battery henpon die plak, anak2 buah semua dah lalok dah, mase tu dah kul 1pg..Pastu kitorang pon balik apartment balik, bagi anak2 buah tido dulu, sebab lepas tu kitorang nak kuar merambu kat tepi pantai plak.Elok je anak buah semua dah tido, kitorang pon keluar balik, jalan2 tepi pantai, jauh kitorang berjalan, sampai terseliuh kaki dibuatnyer,tu lah eksyen lagi,ajak naik kereta takmau, nak jalan kaki jugak..haa rasakan...
berjalan di tepi pantai tengah2 malam buta..


Dalam kul 3 pagi, kitorang balik lepak kat lobi plak.Kat lobi ni ada mini bar, kitorang lepak minum2 sambil tengok tv,sambil borak2..Pastu baru kitorang naik tido.Esoknyer nak get ready untuk aktiviti air plak..hehe














5 comments:

  1. PD Gateway, ida tak pernah pergiiii!! ;p


    Nory,masa ida kecik2 dulu, ida suka main teddy bear sampailah ustazah ade tegur, simpan/main dgn teddy bear tak elok untuk orang Islam... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi PD. En suami sibuk mana pun tak boleh nak pergi ;) seronok ada aktiviti famili mcm ni

    ReplyDelete
  3. seronoknya..dah lama tak pi PD.

    ReplyDelete
  4. sesekali nanti kita boleh pegi reramai kan ?

    ReplyDelete
  5. hwarghh dah lama tak wat keje camni... kat sini kul 10 je kedai dah tutup.balik png baru leh hang out mlm2

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)