10 lapangan terbang paling menakutkan di dunia
Terdapat 10 lapangan terbang yang paling menakutkan di dunia, dan salah satunya terletak di Malaysia..Euwww serraammm mak!!.Dikatakan ukuran landasan sangat singkat dan memerlukan kemahiran sepenuhnya oleh pilot.Silap sikit, habiss lah kome..huhu
1.) Lapangan Terbang Pulau Tioman
Terletak di Pulau Tioman di dalam Negeri Pahang.
Landasannya hanya berukuran 3,254ft (992m) dan untuk mendarat ke sini, pilot perlu menuju ke arah pergunungan sebelum mendarat pada waktu yang tepat.
Jika tayar lambat kena dekat landasan maka lambat brek dilakukan & kemungkinan besar kemalangan akan berlaku.
2.) Princess Juliana International Airport, St. Maarten
Asalnya adalah lapangan terbang tentera pada zaman perang dunia ke-2 dahulu tetapi sekarang menjadi hub utama untuk ke pulau-pulau Carribean sekitarnya.
Sebelum mendarat akan ada satu pantai yang memang ramai orang berkumpul untuk melihat kapal terbang mendarat dan berlepas.
3.) JFK International Airport (Runway 13L), New York, USA.
Lapangan terbang ini adalah yang tersibuk di Amerika.
Mempunyai 3 buah landasan dan yang paling panjang 14,572 feet (4,442m)
Jadi, pilot-pilot tidak boleh buat silap walaupun dengan jarak penglihatan yang agak terhad.
4.) Toncontin Airport, Tegucigalpa, Honduras
Tegucigalpa, ibukota negara Honduras mempunyai landasan hanya 6,112ft (1,862m) panjang.
Ini membuatkan pendaratan oleh jet-jet lebih besar dari Boeing 757 agak mustahil disini.
Lapangan terbang ini terletak 1,004 meter dari aras laut dan dikelilingi gunung ganang.
5.) Tengzing-Hillary Airport, Lukla, Nepal.
Tenzing-Hillary Lapangan Terbang Lukla, Nepal adalah nama untuk dua pendaki pertama yang mencapai puncak Gunung Everest.
Lapangan terbang ini beroperasi pada ketinggian 8,000 kaki (2,438m) dan hampir tidak ada ciri-ciri modern air traffic control- bahkan tidak ada lampu , dan tenaga elektrik sangat sedikit sekali.
Sebab itu hanya penerbangan waktu siang yang dibenarkan dan bergantung kepada pilot yang mahir di kawasan tersebut.
6.) Gibraltar Airport, Gibraltar
Lapangan Terbang Gibraltar juga mempunyai landasan yang sangat pendek , hanya 6,000 kaki (1,828m).
Cuaca di lapangan terbang ini selalunya buruk dan menyebabkan beberapa penerbangan dilencongkan ke Malaga,Spain atau Tangier, Maghribi.
Satu benda yang unik disini adalah landasannya yang memotong 1 jalan utama,
Bila pesawat hendak mendarat atau berlepas, loceng & penghadang jalan akan diturunkan macam kebanyakan landasan kereta api.
7.) Juancho E.Yrausqin Airport, Saba, Netherlands Antilles.
Merupakan lapangan terbang di kepulauan kecil Saba dimana landasannya hanya 1,300 kaki (396m).
Ia terlalu pendek untuk pesawat penumpang.
Oleh itu pilot perlu mengelilingi pulau beberapa kali sebelum mendarat, bahan bakar untuk pesawat juga tidak terdapat disitu.
8.) Madeira Airport, Funchal, Canary Islands.
Pada asalnya panjang landasan ketika lapangan terbang ini dibuka pada tahun 1964 hanyalah 5250 kaki (1,600m).
Tetapi selepas peristiwa kemalangan ngeri pada tahun 1977, panjang landasan ditambah menggunakan tiang-tiang yang tingginya 70m.
9.) Courchevel Airport, Courchevel, France
Panjang landasan ini cuma 1,722 kaki (525m) dan tidak rata.
Ini membuatkan pesawat susah untuk mendarat disini dan ditambah pula dengan keadaan salji di kawasan lapangan terbang tersebut.
10.) Kai Tak Airport , Hong Kong
Walaupun sudah ditutup pada 1998, lapangan terbang ini masih diingati kerana kedudukan yang berdekatan dengan penempatan awam.
Penumpang-penumpang dapat melihat kerlipan tv dari rumah berdekatan sebelum mendarat atau berlepas.
sumber : Budak Botak
airport kai tak tu memang best tengok flight mendarat kat situ.......
ReplyDeleteAssalamualaikum nory. menakutkan okey!
ReplyDeletememang menakutkan!
ReplyDeletehuhu..nak gi tioman naik bot jelah :)
ReplyDeleteWaneyZainuddin.com
serius takut tgk...uhuhuhu
ReplyDeletehaaa pulau tioman ? tetiba aku pun takut gak huhuhu...
ReplyDeletemenakutkan. taknak arr g sana..
ReplyDeletepulau tioman??????????????? ari tu kite cadang naik berjaya flight kan.. sib baik tak jadik. hahahhaha
ReplyDeleteSinggah kak. Kai Tak Airport tu nampak menakutkan tapi pada masa yang sama mcam awesome sangat-sangat. Macam dalam cerita fiksyen pun ada.
ReplyDeletebahaya jugak ek..takut!hehe
ReplyDeleteishh3 bahaya betol kan...huhu
ReplyDeletemenyeramkan je.. tak takut ke dorang eh..seramm..
ReplyDeleteseram ok. pulau tioman pun termasuk sekali. bahaya gak.tapi maybe kwsan dah tak cukup.sebab tu terpaksa gak bina walaupun nampak bahaya kan
ReplyDeleteerr kat pulau tioman pun ada? seram lah kalau naik flight
ReplyDelete