Followers

Wednesday, March 27, 2013

Bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga

Harini baru ada kerajinan nak update percutian kami ke Cameron Highlands (CH) pada 9 & 10 Mac 2013 aritu.Percutian kalini melibatkan 3 keluarga besar yang terdiri dari sedara mara,sepupu sepapat, anak buah berheret2..hahaha..Planning pon last2 minit jugak, kurang sebulan dari tarikh pergi, 2 minggu sebelum kakak ipar aku dah booked siap2 penginapan kitorang kat sana.Entry penginapan boleh refer kat sini , Penginapan Murah Di Cameron Highlands (klik).

Kos penginapan RM350 untuk 2 hari 1 malam, bila dibahagi kepada 3 keluarga besar, setiap keluarga cuma bayar RM100 je, cuma family aku je bayar lebih sikit sebab kitorang ramai..hehe..
Kitorang bertolak dari rumah pukul 8pg, singgah RNR Tapah untuk sarapan, lepak2, pastu teruskan perjalanan naik ke CH, sampai CH lebih kurang pukul 12tghari macam tu lah lebih kurang.Memandangkan waktu check in pukul 2ptg, kitorang parking kereta then jalan kaki menuju ke Cactus Valley, yang terletak tak jauh pun dari tempat penginapan kami tu.Tapi bagi yang tak biasa berjalan kaki jauh, memang semput sikit lah..hehehe..Aku dah biasaaa takpe....kihkihkih..
Masa ni, kitorang berjemaah jalan kaki menuju ke Cactus Valley, memasing muka ceria lagi.Maklumlah baru sampai, so, gambar memasing semua teruja gilerrr laa..

Ni kat depan entrance Cactus Valley, yang tak larat jalan kaki, aku suggestkan bawak kereta terus naik ke atas, sebab kat atas ada disediakan parking, termengah2 jugaklah nak mendaki bukit ni kalau jalan kaki..hehe..

Keterujaan masing2 makin menggila, tak sah kalau tak melompat depan kamera..Hahahaha..




Cactus Valley ni bukan ada cactus je taw, straberi pon ada, sayur-mayur, semua ada, serveniour pon ada dijual, bunga-bunga pon ada, so, explore sampai habis yer, jangan separuh jalan je, kena rajin berjalan sampai ke atas nun..hehheehe

Kalau dah sampai CH, tak sah kalau tak bergambar dengan "monumen" stoberi ni kan..So, layankan ajeeee....

Mak dengan papa dah penat dah, sampai je kat atas terus urut2 badan atas kerusi urut tu..hehehe..Sementara yang lain, sibuk main game dan makan2..

Nak petik stoberi pun boleh, tapi aku tak petik pun, sebab mahal, baik beli kat pasar malam, lagi murah, tak payah susah2 nak petik sendiri...Tapi kalau nak rasa pengalaman memetik stoberi sendiri apa salahnya, cuba lahh...Tak salah punn...heeee

Masa ni dah turun dari Cactus Valley, sebab pihak apartment dah call bagitaw bilik dah ready untuk check in, so, kitorang pon check it out cepat2, tapii depa2 ni semua sempat lagi posing kat Jeep vurokk ni.Siap buat pose ala2 'Lahad Datu' lagi...hahahaa..

Lepas dah check in, kitorang lepak2 dulu rehatkan badan, memasak kat dapur, makan kenyang2.Dah siap mandi semua, lepas Isyak kitorang sekali lagi keluar berjemaah berjalan kaki menuju ke Pasar Malam Brinchang, pasar malam sangattt lah dekat dengan apartment kami, cuma satu jela, masa pergi laju je turun bukit, time balik, phewwww memanjat bukit dengan tangan kiri kanan penuh dengan "hasil rembatan"..huhuhu...Pasrahhh jela Bedahh oii...

Balik dari pasar malam, ada sambutan Hari Jadi anak2 buah aku dan sambutan Ulang Tahun perkahwinan maklang & paklang aku.2 bijik kek Chocolate Indulgence (secret recipe)..Kenduri kek kitorang malam tu..hehehe..Gambar takde sebab masa nyanyi lagu "Happy Besday", kitorang tutup lampu, barruuuu lah romantikk gitu, tiup lilin dalam gelapp..Alaalala sweettt nyer..Nak celebrate anniversary mcm tu jugak lah nnt.hehehe.

Keesokkan hari nya kitorang bangun awal, sarapan siap2, pastu pukul 11pg dah check out awal2,  boleh je kalau nak check out lambat, sebab owner dia jenis yang tak berkira, tapi disebabkan kami tak punya banyak masa nak jalan2 satu CH, so, kitorang check out awal dan terus sambung bershopping dan cuci2 mata sekitar CH.Kitorang singgah Kea Farm beli sayur-mayur, jagung manis, dan strawberi untuk bawak balik.Aku tak shopping banyak pun, maklumlah tengah simpan duit nak pergi bercuti lagi...hehe..So,aku telan air liur jela, lagipun CH ni bila2 boleh pergi lagi, so tak ralat sangat kalau tak dpat shopping banyak2 masa tu..hehehe..Tapiiii dalam tak shopping, bonet kereta penuh jugakk..huhuhu..No komenn!!



Lepas siap bershopping, kitorang pun gerak turun , plan nak singgah Ladang Teh Sungai Palas, tapi sebab hujan lebat, kitorang pun turun jela, tapi sampai sekerat jalan, hujan dah berhenti, kebetulan masa tu dekat dengan Ladang Teh Bharat (ikut Tapah), so, kitorang pun berhenti jugak amik gambar seketul dua.Yang lain semua dah terlepas turun ke bawah dulu, so, kitorang je lah yang sempat singgah sini..hehehe..


And last sekali, just nak tepek gambar "tuan tanah kedaung" bersama dengan suami tercinta.heheeheh...


Kalau korang perlukan bantuan untuk membantu korang  merancang percutian yang lebih teratur, korang direct contact ke laman web ni SOTA.TRAVEL
Yela, kadang2 tak semua orang punya banyak masa nak uruskan sesebuah percutian, so, nak lagi cepat, senang, dan teratur, serahkan je pada yang pakar untuk uruskan percutian korang, dah semestinya korang akan lebih berpuas hati.



-SEKIAN-

35 comments:

  1. Replies
    1. percutian singkat, tak sempat nak berjalan2 byk tempat..hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum nory. bestnya jejalan dengan keluarga semua. heee. gambar paling last tu cute okey! hehehhehe

    ReplyDelete
  3. sesekali bercuti memang happening habis lah kan :)
    meriahnya semua orang. happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah bukan selalu dapat berkumpul ramai2 cmni...hehe

      Delete
  4. wahhh... kemain posing kat CH yer..
    last akak gi CH masa preg yaya dulu, masa tu dh sarat x larat nk jln2 dah.
    tingin nak gi lagi laa bila tgk gambar nory kt CH

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib repeat lagi ke CH kak, bawak yaya petik stoberi sndiri..hehe

      Delete
  5. wah... ceria gitue... tiba2 terasa sejuknya sampai ke sini... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejuk, sebab masa nory pergi tu musim hujan..heee

      Delete
  6. heheh...dah sampai ch dah!!!huhuhuhh!!!mesti best dapat cuti...x ramai ke sbb skunk neh kan musim cuti scoll??

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal bulan haritu pergi....belum start cuti sekolah lagi time tu..hehe

      Delete
  7. rambut pjg tu mcm tam spider la

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat bercuti with family...
    dah lama tak pergi CH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dapat bersama2 dgn family..bukan selalu kan..heee

      Delete
  9. seronoknya bercuti....
    thanks sudi singgah ke blog saya...
    done follow sini ^_^

    ReplyDelete
  10. gambar last tu sangat2lah sweet!!!! sweet macam coklat & gula2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ zana....
      coklat + gula = kencing manis...

      hehehe

      Delete
  11. wahh cantik2 gambar dan permandangan.. comel je akk lompat.. awwwwwwwwww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka lompat2 ni...
      tak sedar diri dah tua...
      kihkih

      Delete
  12. sis tak boleh ambik gambar lompat2.mesti buruk la.

    tapi cantik jea gambar nory.seronok gi ramai2 kan

    ReplyDelete
  13. Wah seronoknya bercuti dgn family...
    Cantik nye cameron..xpnh g lagi..hehe..jakun nye saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. firda kena pergi taw...
      sekali pergi, mesti nak repeat lagi...
      hehe

      Delete
  14. mmg terasa keseronokannya bila tgk gambar2 tu...ada jugak antara gambar2 tu yg nampak pro...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory tak pro sangat bab tangkap2 gambar ni...
      suka posingg je...
      hehehe

      Delete
  15. Best nya family reunion, seronok melompat lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dapat berkumpul semua....
      bila dah seronok mesti nak melompat..
      hehe

      Delete
  16. ida tgok asik melompat je kije adik nory ni.. hahahahhahahaha

    ReplyDelete
  17. nice entry..tanx sbb share pengalamn utk FR yg baru nak jalan ke sana :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)