Followers

Friday, January 5, 2018

Yuran Pendaftaran Tadika Seri Kiambang, Taman Putra Perdana

Baru berkesempatan nak share pasal yuran pendaftaran tadika Dak Iqy..Dak Iqy secara rasminya bergelar pelajar Tadika Seri Kiambang,Taman Putra Perdana.Hari sabtu haritu (december 2017)  baru setel urusan pendaftaran dan ambil uniform sekali.Awal december haritu dah daftar, tapi tak ambil uniform lagi, sebab masa tu tak bawak dokumen lengkap semua, last minit lah kata kan..Nak booking tempat je masa tu.So semuanya setel sabtu haritu.Mujur size ngam2 dengan Dak Iqy..






Sempat lah melawat kelas Dak Iqy kat tingkat atas, sepanjang pemerhatian aku, aku berpuas hati lah dengan Tadika Seri Kiambang ni.Untuk pelajar 4 tahun ni, sebulan pertama ni dorang akan biasakan pelajar dengan persekitaran tadika, bagi dorang explore dan biasakan diri.Bulan kedua baru start pembelajaran, tapi dorang tak terlalu push untuk budak2 (4 thn) ni belajar, lebih kepada pendedahan basic sahaja.Dan bulan2 seterusnya dorang akan mula belajar suku kata.Okeylahhh kan ada sessi pembelajaran sekali.



Yuran pendaftaran Tadika Seri Kiambang untuk setahun adalah RM590.Dapat 2 pasang uniform tadika, 1 pasang baju sukan, pencil warna dan set alat tulis, pencil case.Seminggu akan ada 2 hari aktiviti sukan, hari selasa dan jumaat kalau tak silap aku..So hari tersebut kena pakai baju sukan dan kasut.Kelas biasa pakai selipar pun takpe, sebab masuk kelas kena buka kasut jugak.


Masa pendaftaran bawak dokumen penting , wajib yer...
- 2 keping gambar passport
- 1 salinan surat beranak
- 1 salinan IC ibu
- 1 salinan IC ayah
- duit pendaftaran yang secukupnya

Yuran bulanan sebanyak RM130 sahaja..Makanan juga disediakan.

Untuk warga Putra Perdana, Puchong , yang masih tercari2 tadika yang yurannya mampu poket, aku tersangat lah mensuggestkan Tadika Seri Kiambang ni.Tahun depan kalau Dak Iqy tak dapat Pra Sekolah , mungkin aku akan continue kat tadika ni jugak sampai Dak Iqy 6 tahun.InsyaAllah ..



Balik rumah je terus try uniform, anyonyonyooo...mak yang teruja lebih okey..Tak sangka anak mama dah sekolah dah..Belajar rajin2 yer baby..

2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)