Followers

Thursday, October 20, 2011

Kelebihan Folic Asid

Ramai ibu mengandung tidak tahu kepentingan asid folic. Mungkin sebab saiznya yang kecil, so keberkesanannya diragui.Ada sesetengah ibu mengandung tidak mengambil asid folic semata-mata percaya bahawa pil ini akan menyebabkan kegemukan.Tanggapan itu salah sama sekali.Asid Folic sangat penting sebelum dan semasa mengandung.

Kepentingan Asid Folic

Asid Folic atau Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau,Jus buahan dan bijiran.Asid Folic diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil,dan tiga bulan pertama selepas hamil.Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (Anencephaly) dan saraf tunjang (Spina Bifida).

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folic semasa hamil.Anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada Spina Bifida

*  Keluarga yang pernah mengalami NTD
*  Pernah hamil anak yang mengalami NTD
*  Mengambil ubat sawan
*  Kencing Manis
   
    Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folic sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

0 comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)