Tuesday, December 31, 2013

2013 penuh dengan kenangan manis, welcome 2014 !!!

Taw2 je dah nak masuk tahun baru, tahun 2014..Cepatnya masa berjalan, 2013 akhirnya mengundur diri, rasa macam baru semalam sambut tahun baru 2013 dengan azam yang baru.huhuhu..Alhamdulillah, 2013 banyak mencipta kenangan manis dalam hidup aku.Dan aku harap sangat , tahun baru 2014 ni akan bertambah manis lagi dengan kehadiran si "hensem" dalam keluarga kecil kami.Bulan 3 tak lama je lagi oiii..Happy ade, takut semua ada...Sakit tak beranak ,wey??huhuhu..
Nak imbas kembali kenangan manis sepanjang tahun 2013 ni, bermula dari awal tahun aritu, aku dah ready dengan azam baru, azam aku masa tu nak bercuti je sepanjang tahun 2013 ni, aku target nak pergi 3 buah negara, dan cita-cita aku nak bercuti bawak buku merah (passport)..Ko rasa tercapai tak azam aku tu??Alhamdulillah, hampir tercapai kesemuanya.Aku target 3 buah negara, Singapore, Thailand dan Indonesia.Tapi yang tercapai hanya 2 buah negara, Indonesia tak sempat pergi sebab masa tu kandungan aku awal lagi, Abi suruh aku cancel kan tiket flight free ke Medan tu..Demi anak, aku turutkan.Takde apa yang lebih penting selain anak dalam kandungan aku time tu, maybe sebab kitorang pernah rasa "kehilangan", so kitorang sangatt takut nak rasa kehilangan lagi, cukuplah 2 tahun menanti rezeki Allah yang satu ni, tak berani nak amik risiko, doktor pon pesan tak bagi travel jauh2 awal2 peknen ni..Bagi aku, insyaALLAH rezeki bercuti ni boleh tangguh2, tapi rezeki anak ni, lama tungguuu oii, kalau pape jadik, memang seumur hidup aku tak berhenti2 salahkan diri sendiri.huhuhuhu,,
Ok, meh nak kasi flash back kenangan aku masa pergi Singapore bulan April 2013 aritu, boleh klik kat link ni..Ekceli mulanya aku plan nak pergi bertiga je dengan Abi n adik aku, Tasha.Tapi last minit, geng2 semua nak follow, haaa lagi gempak aku pikir..Takdelah boring sangat pergi bertiga je, so dari bertiga, terus jadik bersebelas yang pergi.Tapi kitorang ke Universal Studio Singapore je, tak sempat jalan2 satu singapore pon, next time mybe...InsyaALLAH...

Next percutian plak, tengok balik list azam yang aku buat tu, haaa nak ke Thailand pulok..Kalini kitorang pergi bersebelas jugak dengan orang yang sama masa pergi Singapore aritu, cuma kalini adik aku tak ikut, adik Yaya yang ikut.Thailand kemana??Kami ke Krabi Island, tempat percutian idaman, dulu berangan nak honeymoon kat sini masa baru kawen, tapi takde rezeki lagi time tu, kalini baru berkesempatan dapat pergi, honeymoon berjemaah plak tu..hehehehe..Boleh baca entry ni  untuk cerita pasal percutian di Krabi,Thailand.

Destinasi azam aku yang ketiga, Indonesia, hampir2 tercapai.Kebetulan memang dah tertulis rezeki aku kot time tu, aku menang hadiah utama berupa Tiket flight ke medan untuk 2 orang & menang cash RM250 untuk entry blog terbaik..Boleh refer link ni kalau nak taw citer macam mana aku boleh menang..Tapi macam yang aku citer kat atas tadi, aku dengan rela hati melepaskan tiket free itu demi anak tersayang..Takpe...ade rezeki nanti kite pergi bawak baby yer...amiinnn..

Ok tu bab citer cuti2 yang hampir tercapai, antara kenangan-kenangan lain tercipta dalam tahun 2013 ni, antara yang manisnya masa bulan februari, kali pertama aku jadi tulang belakang untuk event anjuran blogger, walaupon hanya blogger picisan je, tapi alhamdulillah, event berjalan dengan lancar sekali.Event diadakan di Rumah Anak-anak yatim kat Subang..Boleh refer entry ni & entry ini & entry ini..Tapi sorry lah , entry pasal event ni tergantung, tak habis lagi citernya..hehehhehe..Dan aku bersyukur dipertemukan dengan insan2 kesayangan Yaya, Ieda,Mila, Ieza..Yessszaa!!Tak lain dan tak bukan, Geng Kereta Putih..

Kenangan dalam dunia blog plak, tahun 2013 ni banyak rezeki datang dari blog, banyak join event anjuran blogger2 lain, selalu dapat jemputan tengok movie free, food review free, jemputan itu, jemputan ini..Masa tu sibukk sangat dengan aktiviti berkaitan blogger ni, asal weekend je , tak lekat kat rumah.Sedikit sebanyak masa terluang terisi jugak lah dengan aktiviti2 berfaedah kan, takdelah terperap je kat rumah.heheh..
Antara aktiviti-aktiviti melibatkan blogger :

 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/04/klta-golden-jubilee-dinner-jemputan.html 



 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/02/redmummy-blogger-gathering-lasertag.html



 http://noryzoulkefle.blogspot.com/search/label/TSDayOut 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/05/fast-furious-6-with-blogger-and.html 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/07/bbq-go-spicy-menu-terbaru-dari-kenny_18.html 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/07/tsdayout-demc-make-over.html  


 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/04/iron-man-3-bersama-blogger.html  


 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/05/one-cinemas-spectrum-ampang-star-trek.html  


 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/11/dinner-ephyra-bersama-norman-hakim-dan.html 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/05/santai-travel-blogger-bersama-sota-di.html

http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/07/iftar-bersama-blogger-di-flora-kafe.html
Cerita pasal kenangan tentang pencapaian untuk diri sendiri plak, tahun ni jugak angan-angan aku selama ni yang teringin sangat nak masuk majalah, surat khabar dan sebagainnya ni tercapai..Bukan sekali tapi 3 kali masuk kuar majalah n surat khabar untuk tahun ni aje..Bukan nak riak bukan nak menunjuk2, bukan nak membangga diri, tapi nama pon nak cerita pasal kenangan manis kan, so, aku citer jela..Kalau ko rasa nak termuntah, sape suruh ko baca dari awal tadi kan..hahaha..Untuk kali pertama nya muka aku terpampang sorang2 kat surat khabar adalah pada entry ni...Kenangan yang paalliinngg aku tak sangka, tak sangka dapat peluang macam ni, aku sedar sape aku, tapi aku percaya, ini semua rezeki..Dahlah masuk ruangan blogger pilihan, rasa macam tak layak je sebab blogger picisan macam aku ni, orang pandang sebelah mata je kot, blog pon merapuu je citer pasal kehidupan diri sendiri..Sape yang nak baca kan???...hahahaha..Tapi peluang datang sekali, tak salah aku cuba kan..

Untuk kedua kalinya, dapat tawaran  masuk surat khabar lagi, kalini diminta berkongsi tentang Tips Percutian ke Universal Studio Singapore, kalini glamour beramai2 dengan geng2 kesayangan yang pergi USS aritu..Memang dalam blog aku ada kongsikan bajet-bajet untuk percutian ni, bukan masalah terlebih rajin ke hape, tapi sebab minatt kot..Sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk pembaca2 yang nak pergi bercuti kesana nanti..Refer entry ni untuk citer lanjut..Kalau nak taw bajet-bajet serta pengalaman percutian aku  ke Universal Studio Singapore, klik je kat gambar USS yang ada kat side bar blog aku ni k..

Dan untuk kali ketiganya, aku heret family aku plak masuk majalah Anjung Seri..Ni cita-cita mak aku yang dari dulu berangan nak masuk majalah kesayangan dia ni..Akhirnya, rumah mak yang dihias hasil sentuhan tangannya dihargai oleh pihak Majalah Anjung Seri..Kami anak beranak pon terselit lah sekali dalam majalah tu disamping cerita pasal tips2 hias rumah dari mak aku..Korang kalau nak tips hias rumah boleh refer mak aku ek..hehehe...Segalanya di entry ini, jemput baca...

Kenangan yang paaaaaliiingg manis tahun ni, kenangan yang sentiasa segar dalam ingatan aku, tak mungkin aku boleh lupakan..Penantian 2 tahun, mungkin tak cukup lama bagi korang, tapi cukup lama untuk kami laki bini..Alhamdulillah, berkat doa tak putus2..Usaha yang kadang gigih kadang tak berapa nak gigih, akhirnya ALLAH makbulkan juga doa kami untuk bergelar mama dan abah..9 August 2013, tarikh keramat yang aku takkan lupa sampai bila2, saat mengetahui ada "nyawa" dalam rahim aku.Terjawab lah semua persoalan orang2 sekeliling, terbuktilah kami tidak mandul, cuma rezeki kami lambat sampai..Alhamdulillah..Aku pregnant!!!!..Refer entry ini....


Terlalu banyak kenangan untuk dikenang di tahun 2013 ni, menaip pon sambil tersenyum, sampai aku terlupa ada tak kenangan pahit sepanjang tahun 2013 ni, hurmm rasanya takde yang betul2 pahit, masam2 manis sikit je ada, so dah lupa dah pon, tak payah dikenang, nak ingat yang indah2 je sebagai kenangan..hihihih...Semoga tahun baru 2014, lebih banyak mencipta kenangan manis buat aku dan orang sekeliling aku.Azam aku untuk 2014 nanti, semoga aku dapat menjadi mama dan isteri terbaik buat anak dan suami tersayang,Eh ada satu azam lagi, aku teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa lar..Rasa macam dah takde feel nak kerja..Nak duduk rumah jaga anak je..huhuhu..Tapi aku taknak lah duduk saje, kalau boleh jadi surirumah yang bekerjaya lah, kot2 lah ade lubang2 kerja yang aku boleh buat kat rumah..Mane taw rezeki kan..Tapi kalau takde, aku terpaksa lah kekal dengan kerja sekarang ni..Kalau berhenti melenggang kangkung je takmau arr..Nak jadi surirumah bekerjaya okey jugakk kan..hehehee..Dapat jugak bantu suamidan boleh jugak bershopping walaupon surirumah..heheheh..Doa2 kan jela ek...Amiiinnn...

13 comments:

  1. syoknyaa gathering blogger. nanti ajak kita ekk. nak join jugak. hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. . 2013 yg mabeles.. semoga 2014 lebih baik utk nory aamiin.

    ReplyDelete
  3. nak nangis baca oi.. seriously rasa mcm, eh dr blog ni aku knl org yg mcm2.. dan plg best knl korg smpai ke alam nyata.. allahu akbar..

    ReplyDelete
  4. murah rezeki nory, rasanya tahun ni baru kenal nory kat blog ni ... manyaknya kenangan manis ... moga tahun² akan dtg pun lbh indah.. dgn kehadiran si hensem...

    ReplyDelete
  5. meriahnya tahn 2013 nory..selamat thn baru 2014 nory..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..byk kenangan manis nory..moga tahun hadapan lebih indah dgn kehadiran baby R..doakan semoga kami pun akan merasai nikmat tu..;-)

    ReplyDelete
  7. Smg tahun 2014 membawa kenangan yg lebih manis buat nory. Happy new year :-)

    ReplyDelete
  8. banyakkknyaaaa kenangan2 kita kan noryyyyyy
    sebakkkknyaaaaa

    ReplyDelete
  9. yang last tu sebak pulak. 2 tahun tu cukup lama bagi kita yang menanti kehadiran cahaya mata tu disebabkan mulut-mulut orang takde insurans tu.

    ReplyDelete
  10. Bykkkk kenangan manis nory tahun 2013...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. wah, banyaknya kenangan manis nory kan.. seronok baca.. jaga diri n kndungan ye :)

    ReplyDelete
  12. hee..mmg sweeettt je kenangan nory, paling bermakna yang last tu kan :)
    selamat tahun baru nory

    ReplyDelete

  13. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)