Followers

Friday, May 10, 2013

Santai Travel Blogger bersama SOTA di Flora Cafe,The Ampwalk


Sejak dua menjak ni, kerap dapat invitation yang melibatkan bloggers, ada yang nak sponsor itu lah ini lah, haii lah rezeki takkan nak tolak, aku terima dengan tangan terbuka.Event kalini ada kena mengena dengan Dinner KLTA (klik sini) ,sebab balik dari dinner tu kitorang dapat invitation ni, tapi meeting kalini  dengan pihak SOTA (Smart Online Travel Assistant) plak.Blogger yang hadir pada malam tu pon rata2 terdiri dari blogger yang suka travel, termasuklah kami.hee..Dan secara kebetulan, kami and the geng dapat jemputan ni , bak kata Yaya , kitorang ni ibarat Buy 1 free 4 gitu, sorang dapat semua pon dapat..hehe..Alhamdulillah, rezekii..Oh yer, meeting ini diadakan di Flora Cafe , Jalan Ampang.Perghhh, pestaim aku jejak kaki kat Flora Cafe ni, sampai2 je terpegun tengok deco-deco dalam restoran yang aku boleh kategorikan sebagai restoran mewah ni..Kalau nak taw artis Scha & Awal pernah buat event kat sini kalau tak silap masa dorang nak umukan tarikh kahwin dorang..Perghhh kelasss kaw..Tetiba rasa menyesal tak celebrate Anniversary (selasa aritu) kat situ..Kelass kaw, romantikk siot restoran ni, kalau kaw nak buat party harijadi ke, sambut anniversary ke, nak melamar awek ko ke, aku memang betul2 rekomen Flora Cafe ni.Kompom kau takkan lupa kenangan manis tu sampai mati..hikhikhik


Inilah En.Zainal, dia merupakan Project Manager SOTA..Orang kuat ni ,beb..!!!..Raut wajah nampak macam pendiam, tapi dia sangatt friendly and soft spoken.


Masing-masing tengah khusyuk dengar penerangan dari En.Zainal, nampak tak kami yang mane satu..Tu haaa yang baju sama kaler biru tu..hehe..Dah peel memasing macam tu, asal keluar je, mesti nak baju sama, takpon kaler sama, takpon beg sama, ataupon kaler seluar sama..Ahhh hentammlah labu..haha


En.Zainal memperkenalkan barisan orang2 kuat SOTA (Smart Online Travel Assistant)..Yang lelaki berbaju kemeja putih tu, Nill Rashdan namanya, dia lah yang email kitorang untuk jempuatn ni jugak...Tenkiuuu Nilll..Nill ni sengal dia sama macam kitorang..hahaha..Yang sebelah dia tu Kak Syuhaida namanya, kakak ni pon sempoii habis, tak jemu2 jemput kitorang makan, tak jemu2 suruh kitorang jangan segan2..Yang sebelah Kak Syuhaida tu ..alamakk taktaw lah nama dia apa..Akakkk!!!Sape ek nama akak??Eh akak ke, ke aku yang perasan muda..hahaha

Mesti ada yang tertanya2, SOTA tu menatang apa plak..Sotong kurita ke hape?heyyy waley2 heyy..SOTA (Smart Online Travel Assistant) ni akan/boleh membantu dalam merancang percutian yang lebih baik dengan menyediakan segala kemudahan dan pakej-pakej yang menarik, alaa lebih kurang macam travel agency tu..Haaa faham tak??Tak faham lagi...meh terjah sini terus 






Ini antara hidangan yang disediakan masa malam meeting tu, ada Mee rebus, Ubi Goreng, Bubur Pulut Hitam, dan macam2 lagi lah..Aku makan Ubi Goreng je, cicah dengan sambal pedas cili api, perghh ingatkan tak pedas, aku pon celet lah banyak2, sekali hamikk ko, berasap telinga aku..Tapii sedapp giler okay.Walaupon Flora Cafe nampak high-class, mewah, Gojess dan elegant, tapi harga makanan kat situ murah je.Macam harga kat restoran2 biasa tu je.So, jangan takut2 nak pergi Flora Cafe ni, yela first impression mesti dalam kepala dok bayang, tempat cantik mesti harga mahal..Tapi tidak di Flora cafe, tempat cantik menarik tertarikk, tapi harga murahh je.Percayalahh..








Dan tak lengkap sesebuah event tu kalau takde sessi bergambar kan, tengoklah "budak2 baju biru" tu , kemain giler kuasa kalau bab bergambar ni, miahahaha..Orang lain elok je sopan bergambar, tapi sampai kat kitorang, hancusss...hukhukhuk..


Sempat lagi bergambar dengan En.Zainal, tinggi kan dia, terserlah "kerendangan" kami2 ni..Oh yer, yang sebelah En. Zainal tu , blogger Alyza Fisol....Ni merupakan pertemuan kedua kami, pestaim jumpa Alyza masa event Redmummy Blogger Gathering dan kalini bertemu kat sini plak.hehe..


Orang semua dah balik time ni, tapi kami still bergambar lagi, sampai security pon jadik mangsa suruh tangkapkan gambar kitorang..Nasib kaw lah securityyy oii..hehe..Haa ada sekor kumbang tersesat, nama dia Bro Azman, dia ni memang gamble habiss, cakap je mana tempat yang dia tak pernah pergi, semua pelusuk negara dia dah pergi, rata2 semua percutian bajet..Dasyattt arr lu, bro...Cuma nya dia bukan blogger, tapi dia facebooker..hehe..Yang baju2 biru serupa kanak-kanak ribena tu , ada yang dah kenal, tapi aku kenalkan lagi sekali okay...Dari kiri Yaya,Mila,SheilaAlyza, Bro Azman, Eida dan aku..Pastu kitorang pon bersurai, nak taw tak kitorang datang naik apa??kitorang semua merempit dengan suami masing2,masa meeting, suami2 semua lepak kat mamak..Nasib baiklah dapat suami-suami yang understanding.Semua merempit sebab nak elak jammed punya pasal lah ni..Adoii..Kau taw je lah jalan area KL ni sesakk je memanjang..huhuhuhu...


Info :

Flora Cafe
Lot G-08B-1, Ground Floor
The Ampwalk, 218 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Untuk tempahan / booking tempat sila hubungi di talian 
Tel : 03-2161 8010

Klik SOTA (Smart Online Travel Assistant) untuk lebih info menarik.




11 comments:

  1. Assalamualaikum nory. hahahahah punya lambat kita update entri. redha la kalau orang SOTA baca. huehuew. jom rempit lagi. tapi nory tak aci, naik motor awie. hihihiih ;p

    ReplyDelete
  2. seronoknye tgk u'olls...hehehe...cantik tmpt tuh..ubi kayu cicah ngan samballlllll????...itu dh boleh wat kecur dh mulut nie...;D

    ReplyDelete
  3. yeay Nory dah update syabas bete...

    ReplyDelete
  4. Wah cantik cafe tu, suasana taman. Syok nye dapat gi travel! Hehehe

    ReplyDelete
  5. mak aih.. ada pokok tumbuh meliar lah dalam tu...hahaha

    ReplyDelete
  6. nampak menarik lah restoran ni ^^

    ReplyDelete
  7. cantik sgt tempat mkanan yea.mesti makanan dia pun awesome kan.
    macam hiasan kat pelamin pun ada jugak..hehe

    ReplyDelete
  8. tak mahal. cantik. sedap. itulah Flora Cafe kan kan kan.. hehehheheee

    ReplyDelete
  9. cantik sangat-sangat tempat tu..terpegun sekejap tengok.. kan best kalau dapat ke sana.. waaahhh *berangan*

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)