Followers

Tuesday, May 21, 2013

#TSDayOut - SkyPark Terminal


Kalini cerita pasal Skypark Terminal pula, nama lain bagi SkyPark Terminal ni adalah Terminal 3,Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ( Subang Airport).Bagi aku Skypark Terminal ni sangat selesa untuk penumpang-penumpang, ia mempunyai 13 kaunter check in yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang sangat mesra pelanggan, selain dari kemudahan untuk penumpang dari golongan biasa, Skypark Terminal juga menyediakan kemudahan untuk golongan OKU, contohnya garisan kuning di lantai yang disediakan khas untuk golongan OKU khususnya golongan cacat penglihatan (buta).





Di SkyPark Terminal juga terdapat kiosk FireFly dan Berjaya Air, di mana penumpang boleh direct  terus ke kaunter untuk pembelian tiket flight, kaunter tiket pon dekat dengan kaunter check-in, lepas beli boleh terus check-in siap2.hehe..Selain kaunter Firefly, kaunter tiket Berjaya Air pun ada disediakan untuk penerbangan terpilih, maknanya kat Terminal Skypark ni hanya ada 2 syarikat penerbangan sahaja iaitu FireFly dan Berjaya Air, dan tak lama lagi akan ada syarikat penerbangan baru kat sini iaitu Malindo, so, total semua sekali akan ada 3 syarikat penerbangan kat sini tak lama lagi..Yeay!!



Sini kaunter check-in, sebelum berlepas, beg kita akan ditimbang kat kaunter ni dulu, lepas ditimbang, kita akan diberi tag pada setiap beg.Tempat scan beg pun tak jauh dari kaunter, lepas scan beg boleh terus beratur ke kaunter check-in tanpa perlu berjalan jauh2 macam sesetengah airport lain yang kena jalan jauh dari satu kaunter ke kaunter lain dan dari kaunter ke balai pelepasan.Tapi kat sini, sangatlah menjimatkan masa dan tenaga, jarak antara kaunter check-in ke balai pelepasan pun tak sampai 5 minit jalan kaki..



Antara kemudahan lain yang turut disediakan di SkyPark Terminal ni adalah kaunter perkhidmatan teksi,selepas turun dari flight kita boleh terus booking teksi di kaunter ini, so, tak payah susah2 nak cari and tahan teksi kat tepi jalan.




Screen besar turut disediakan disekitar terminal Skypark yang memaparkan berita-berita semasa dan jadual penerbangan.So, takkan ada lah kes tertinggal flight ke apa kan,, sebab jadual penerbangan akan tertera di screen besar ni untuk rujukan penumpang, bestkann..




Yang ni pula ruangan tuntutan bagasi untuk International Arrival.Kawasannya yang luas dan tak perlu bersesak2, sistem kat sini sangat smooth and steady, sumpah tak tipu..

Antara kemudahan lain yang disediakan di SkyPark Terminal ni adalah :

- Sofa yg selesa yang terletak di sekitar Terminal
-Telefon awam
-Bilik solat
-Kemudahan untuk OKU
-ATM
-Money Changer
- Ruang merokok
-Perkhidmatan Trolley
-Perkhidmatan Pos
-Skrin besar yang terletak di sekitar terminal yang memaparkan berita-berita semasa dan jadual penerbangan
-Valet Parking
-WIFI
-Klinik


Terdapat 3 cara untuk ke Pusat Bandar KL dari SkyPark Terminal :
  •  Bas
Terminal Skypark - Pasar Seni (Central Market)
Rapid KL Bas bernombor U81 (Juga berhenti di Asia Jaya dan KL Central
Price : RM2 (Pergi balik - sah untuk satu hari)
Untuk pertanyaan boleh hubungi nombor ini 03-7885 2585

  • Teksi
Mudah didapati disetiap perhentian yang tertentu , tetapi setiap penumpang yang baru tiba di airport boleh membeli kupon teksi di kaunter yang terletak di Skypark Information Centre.
Untuk membuat tempahan teksi boleh hubungi  Teratai Terbilang Sdn Bhd yang beroperasi dari ukul 7.00am-11.30pm (sehingga flight terakhir)
Untuk pertanyaan boleh hubungi nombor ni 03-7847 4782

  • Train
Berikut adalah stesen keretapi terdekat bagi penumpang untuk mengambil teksi atau bas ke Skypark Terminal..

Stesen KTM Subang Jaya (KTM) 
Waktu operasi : 6.00-11.45
Tel : 1 300 88 5862 (pusat panggilan)

                   &

Kelana Jaya LRT Station
Waktu Operasi : 6.00- 11.30pm
Tel : 03-7885 2585


Perkenalkan, inilah Mr. Francis Anthony yang merupakan Ketua Operasi SkyPark Terminal (Head of Operation for SkyPark Subang).Untuk makumat lanjut dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal SkyPark Terminal ni boleh terjah laman web ni www.subangskypark.com.


6 comments:

  1. Baru tahu ada airport kt situ..

    ReplyDelete
  2. tak tau pun byk mende menarik kat sini, so harus terjah...

    ReplyDelete
  3. baru dapat tahu,banyak kemudahan yg disediakan..senang dan mudah.tq sis nice info..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah sampai skypark sebab kita kat klia je..

    ReplyDelete
  5. syok pergi sini..
    suka tengok lampu lip lap kat bahagian atas

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)