Followers

Friday, May 31, 2013

Charger Nikon D3100 murah, mana nak cari??


credit google

Aku tengah bersedih ni, lama dah aku tak bermanja dengan kamera kesayangan aku tu, lama dah dia terperap je kat dalam beg, alkisahnya haritu aku ingatkan kamera yang rosak, aku dah nak meraung dah masa tu, iye lah nak dapat bukan senang, bukan main petik je terus dapat, penat simpan duit sehari seposen beb..hohoho..

Last-last baru aku tahu, yang kamera aku tu tak rosak pun sebenarnya, cuma masalah bateri.Aku pun gigih servey kedai mana yang ada jual bateri yang murah2, cap ayam pun takpe, sebab aku betul2 perlukan kamera untuk bercuti hujung bulan 6 nanti.(ssshhhh rahsia )..Pastu Abi ada tanya kat satu kedai kamera kat PJ aritu, tapi orang tu check dulu sebab nak kompomkan betul ke masalah berpunca dari bateri tu, check punya check rupanya bateri aku tak rosak pun , yang rosak charger batteri tu,pastu Abi tanya lah harga charger tu berapa, perghhh dua ratuss hengget kaww!!!Gilerr arrr!!! Ye, aku taw accessories kamera ni memang mahal, tapi dalam keadaan macam sekarang ni, aku nak cari yang murah2 je, sebab nak pakai sementara, lepas balik bercuti nanti, aku beli lah yang ori...ngehngehngeh..Memang rugi, tapii takpe, asalkan dapat bawak kamera pergi bercuti nanti, nak harapkan kamera compact aku tu, memang tak lahh kan, skrin dia pun dah nak jahanamm..hahahah...

So, aku nak mintak jasa baik sesiapa yang tahu kat mana aku boleh dapatkan charger bateri Nikon D3100 ni dengan harga yang paaaaaaalllllliiiiinnngggggg murah??Second hand pun takpe, kalau ada sesiapa nak pinjamkan pun boleh, korang cas harga sewa pun aku terima..hikhikhikhik...Dah buntu nak cari kat mana ni...Try cari kat Mudah, tapi still blur2 lagi...Nak teruskan servey lagi ni, kalau korang taw, bagitaw aku cepat2 ek...Tenkiuuu...

I miss you bebeh!!!!! (credit google)


19 comments:

  1. Assalamualaikum nory, alaaa sheila taktau lah. sheila pun tengah tercari2 kamera.. nak cari second je punnn. kalau charger taktau la kat mana nak cariiii. sorryy yanggg :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang2 sheila nak beli, better angkat baru terus sheila, puas hatii...
      takpon try cari kat Mudah...ramai org nak let go...hihi

      Delete
  2. alamak...x dapat nak tolong... kalau nak cari yang second... tapi try tengok kat lazada ker? kalau2 ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazada yer....ok nnt nory cuba tengokk...tenkiu for the info..=)

      Delete
  3. Replies
    1. kat Mudah kebanyakannya charger camera compact...tapi tengah survey2 jugak ni...

      Delete
  4. Nory.. kalu Nory dekat dgn area K, boleh bg pinjam sementara nak dpt beli yg baru... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa...kalau dekat boleh nory pinjam dengan K kan...??hikhik

      Delete
  5. alaaaa cian nory,mila langsung tak boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mila boleh gune Note II amik gambar nnt...huhu

      Delete
  6. hurmmm tak tau la..takat ni dok berangan je nak de kamera camni..menabung pon up skit dari nory...50sen sehari..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak, 50 sen sehari, sekejap je dah penuh tabung...hehehe...

      Delete
  7. alaaa... yg akak punya ada laaa tpi xjual plak sbb nk guna nnt caner pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...takpe kak...
      nory dah jumpa dah charger murah tu...hehehe

      Delete
  8. Kalau rumah kita dekat, akak dah bagi pinjam dah...hehehe

    ReplyDelete
  9. Nikon ni ena kurang tahu sedikit lah kak, sbb sy guna canon.. bg ena kan, better akk beli je dari kedai nikon, terjamin.. takut nanti, beli yg lopek2 ni satu kamera tu pula yg rosak....

    ReplyDelete
  10. erkkk. xpasti pulak, ritu nina g beli kamera dekat times square. pasal harga. xtahu nak cmpare. huuu

    ReplyDelete
  11. tak dapat nak nolong sbb tak tahu mana ada jual charger tu...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)