Tuesday, December 31, 2013

2013 penuh dengan kenangan manis, welcome 2014 !!!

Taw2 je dah nak masuk tahun baru, tahun 2014..Cepatnya masa berjalan, 2013 akhirnya mengundur diri, rasa macam baru semalam sambut tahun baru 2013 dengan azam yang baru.huhuhu..Alhamdulillah, 2013 banyak mencipta kenangan manis dalam hidup aku.Dan aku harap sangat , tahun baru 2014 ni akan bertambah manis lagi dengan kehadiran si "hensem" dalam keluarga kecil kami.Bulan 3 tak lama je lagi oiii..Happy ade, takut semua ada...Sakit tak beranak ,wey??huhuhu..
Nak imbas kembali kenangan manis sepanjang tahun 2013 ni, bermula dari awal tahun aritu, aku dah ready dengan azam baru, azam aku masa tu nak bercuti je sepanjang tahun 2013 ni, aku target nak pergi 3 buah negara, dan cita-cita aku nak bercuti bawak buku merah (passport)..Ko rasa tercapai tak azam aku tu??Alhamdulillah, hampir tercapai kesemuanya.Aku target 3 buah negara, Singapore, Thailand dan Indonesia.Tapi yang tercapai hanya 2 buah negara, Indonesia tak sempat pergi sebab masa tu kandungan aku awal lagi, Abi suruh aku cancel kan tiket flight free ke Medan tu..Demi anak, aku turutkan.Takde apa yang lebih penting selain anak dalam kandungan aku time tu, maybe sebab kitorang pernah rasa "kehilangan", so kitorang sangatt takut nak rasa kehilangan lagi, cukuplah 2 tahun menanti rezeki Allah yang satu ni, tak berani nak amik risiko, doktor pon pesan tak bagi travel jauh2 awal2 peknen ni..Bagi aku, insyaALLAH rezeki bercuti ni boleh tangguh2, tapi rezeki anak ni, lama tungguuu oii, kalau pape jadik, memang seumur hidup aku tak berhenti2 salahkan diri sendiri.huhuhuhu,,
Ok, meh nak kasi flash back kenangan aku masa pergi Singapore bulan April 2013 aritu, boleh klik kat link ni..Ekceli mulanya aku plan nak pergi bertiga je dengan Abi n adik aku, Tasha.Tapi last minit, geng2 semua nak follow, haaa lagi gempak aku pikir..Takdelah boring sangat pergi bertiga je, so dari bertiga, terus jadik bersebelas yang pergi.Tapi kitorang ke Universal Studio Singapore je, tak sempat jalan2 satu singapore pon, next time mybe...InsyaALLAH...

Next percutian plak, tengok balik list azam yang aku buat tu, haaa nak ke Thailand pulok..Kalini kitorang pergi bersebelas jugak dengan orang yang sama masa pergi Singapore aritu, cuma kalini adik aku tak ikut, adik Yaya yang ikut.Thailand kemana??Kami ke Krabi Island, tempat percutian idaman, dulu berangan nak honeymoon kat sini masa baru kawen, tapi takde rezeki lagi time tu, kalini baru berkesempatan dapat pergi, honeymoon berjemaah plak tu..hehehehe..Boleh baca entry ni  untuk cerita pasal percutian di Krabi,Thailand.

Destinasi azam aku yang ketiga, Indonesia, hampir2 tercapai.Kebetulan memang dah tertulis rezeki aku kot time tu, aku menang hadiah utama berupa Tiket flight ke medan untuk 2 orang & menang cash RM250 untuk entry blog terbaik..Boleh refer link ni kalau nak taw citer macam mana aku boleh menang..Tapi macam yang aku citer kat atas tadi, aku dengan rela hati melepaskan tiket free itu demi anak tersayang..Takpe...ade rezeki nanti kite pergi bawak baby yer...amiinnn..

Ok tu bab citer cuti2 yang hampir tercapai, antara kenangan-kenangan lain tercipta dalam tahun 2013 ni, antara yang manisnya masa bulan februari, kali pertama aku jadi tulang belakang untuk event anjuran blogger, walaupon hanya blogger picisan je, tapi alhamdulillah, event berjalan dengan lancar sekali.Event diadakan di Rumah Anak-anak yatim kat Subang..Boleh refer entry ni & entry ini & entry ini..Tapi sorry lah , entry pasal event ni tergantung, tak habis lagi citernya..hehehhehe..Dan aku bersyukur dipertemukan dengan insan2 kesayangan Yaya, Ieda,Mila, Ieza..Yessszaa!!Tak lain dan tak bukan, Geng Kereta Putih..

Kenangan dalam dunia blog plak, tahun 2013 ni banyak rezeki datang dari blog, banyak join event anjuran blogger2 lain, selalu dapat jemputan tengok movie free, food review free, jemputan itu, jemputan ini..Masa tu sibukk sangat dengan aktiviti berkaitan blogger ni, asal weekend je , tak lekat kat rumah.Sedikit sebanyak masa terluang terisi jugak lah dengan aktiviti2 berfaedah kan, takdelah terperap je kat rumah.heheh..
Antara aktiviti-aktiviti melibatkan blogger :

 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/04/klta-golden-jubilee-dinner-jemputan.html 



 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/02/redmummy-blogger-gathering-lasertag.html



 http://noryzoulkefle.blogspot.com/search/label/TSDayOut 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/05/fast-furious-6-with-blogger-and.html 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/07/bbq-go-spicy-menu-terbaru-dari-kenny_18.html 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/07/tsdayout-demc-make-over.html  


 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/04/iron-man-3-bersama-blogger.html  


 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/05/one-cinemas-spectrum-ampang-star-trek.html  


 http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/11/dinner-ephyra-bersama-norman-hakim-dan.html 


http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/05/santai-travel-blogger-bersama-sota-di.html

http://noryzoulkefle.blogspot.com/2013/07/iftar-bersama-blogger-di-flora-kafe.html
Cerita pasal kenangan tentang pencapaian untuk diri sendiri plak, tahun ni jugak angan-angan aku selama ni yang teringin sangat nak masuk majalah, surat khabar dan sebagainnya ni tercapai..Bukan sekali tapi 3 kali masuk kuar majalah n surat khabar untuk tahun ni aje..Bukan nak riak bukan nak menunjuk2, bukan nak membangga diri, tapi nama pon nak cerita pasal kenangan manis kan, so, aku citer jela..Kalau ko rasa nak termuntah, sape suruh ko baca dari awal tadi kan..hahaha..Untuk kali pertama nya muka aku terpampang sorang2 kat surat khabar adalah pada entry ni...Kenangan yang paalliinngg aku tak sangka, tak sangka dapat peluang macam ni, aku sedar sape aku, tapi aku percaya, ini semua rezeki..Dahlah masuk ruangan blogger pilihan, rasa macam tak layak je sebab blogger picisan macam aku ni, orang pandang sebelah mata je kot, blog pon merapuu je citer pasal kehidupan diri sendiri..Sape yang nak baca kan???...hahahaha..Tapi peluang datang sekali, tak salah aku cuba kan..

Untuk kedua kalinya, dapat tawaran  masuk surat khabar lagi, kalini diminta berkongsi tentang Tips Percutian ke Universal Studio Singapore, kalini glamour beramai2 dengan geng2 kesayangan yang pergi USS aritu..Memang dalam blog aku ada kongsikan bajet-bajet untuk percutian ni, bukan masalah terlebih rajin ke hape, tapi sebab minatt kot..Sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk pembaca2 yang nak pergi bercuti kesana nanti..Refer entry ni untuk citer lanjut..Kalau nak taw bajet-bajet serta pengalaman percutian aku  ke Universal Studio Singapore, klik je kat gambar USS yang ada kat side bar blog aku ni k..

Dan untuk kali ketiganya, aku heret family aku plak masuk majalah Anjung Seri..Ni cita-cita mak aku yang dari dulu berangan nak masuk majalah kesayangan dia ni..Akhirnya, rumah mak yang dihias hasil sentuhan tangannya dihargai oleh pihak Majalah Anjung Seri..Kami anak beranak pon terselit lah sekali dalam majalah tu disamping cerita pasal tips2 hias rumah dari mak aku..Korang kalau nak tips hias rumah boleh refer mak aku ek..hehehe...Segalanya di entry ini, jemput baca...

Kenangan yang paaaaaliiingg manis tahun ni, kenangan yang sentiasa segar dalam ingatan aku, tak mungkin aku boleh lupakan..Penantian 2 tahun, mungkin tak cukup lama bagi korang, tapi cukup lama untuk kami laki bini..Alhamdulillah, berkat doa tak putus2..Usaha yang kadang gigih kadang tak berapa nak gigih, akhirnya ALLAH makbulkan juga doa kami untuk bergelar mama dan abah..9 August 2013, tarikh keramat yang aku takkan lupa sampai bila2, saat mengetahui ada "nyawa" dalam rahim aku.Terjawab lah semua persoalan orang2 sekeliling, terbuktilah kami tidak mandul, cuma rezeki kami lambat sampai..Alhamdulillah..Aku pregnant!!!!..Refer entry ini....


Terlalu banyak kenangan untuk dikenang di tahun 2013 ni, menaip pon sambil tersenyum, sampai aku terlupa ada tak kenangan pahit sepanjang tahun 2013 ni, hurmm rasanya takde yang betul2 pahit, masam2 manis sikit je ada, so dah lupa dah pon, tak payah dikenang, nak ingat yang indah2 je sebagai kenangan..hihihih...Semoga tahun baru 2014, lebih banyak mencipta kenangan manis buat aku dan orang sekeliling aku.Azam aku untuk 2014 nanti, semoga aku dapat menjadi mama dan isteri terbaik buat anak dan suami tersayang,Eh ada satu azam lagi, aku teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa lar..Rasa macam dah takde feel nak kerja..Nak duduk rumah jaga anak je..huhuhu..Tapi aku taknak lah duduk saje, kalau boleh jadi surirumah yang bekerjaya lah, kot2 lah ade lubang2 kerja yang aku boleh buat kat rumah..Mane taw rezeki kan..Tapi kalau takde, aku terpaksa lah kekal dengan kerja sekarang ni..Kalau berhenti melenggang kangkung je takmau arr..Nak jadi surirumah bekerjaya okey jugakk kan..hehehee..Dapat jugak bantu suamidan boleh jugak bershopping walaupon surirumah..heheheh..Doa2 kan jela ek...Amiiinnn...

Monday, December 30, 2013

Rezeki hujung tahun, habuan untuk diri sendiri..



Abi selalu tegur, "sayang ni asyik beli baju baby je, dah penuh dah lemari baby tu haa, cer beli barang2 sayang plak, lama dah sayang tak membeli."..Hurmm haah lah, rasa macam dah lama tak beli barang untuk diri sendiri, tiap bulan asal dapat gaji je, beli barang baby, Abi bagi duit nafkah pon pulun beli barang baby jugak..Itulah penangan anak pertama kot, langsung tak pikir pasal keperluan diri dah, pikir pasal keperluan anak je, selagi tak complete barang2 baby, selagi tu susah hati.

Alhamdulillah, bulan ni ada rezeki "lebih" Allah bagi, list barang baby pon Abi dah tolong complete kan dah, so baby bila2 je awak dah boleh keluar dah, tapi tunggu lah genap 9 bulan ek..Kuar awal2 kang, mama rindu plak kenangan manis kena tendang2 perut ni..hehehe..Bagi mama cann lalui detik2 indah ni sampai cukup 9 bulan k..Baby jangan notty2 taw..

Pikir punya pikir, akhirnya tersambar lah henpon baru..Alaaa henpon murah je beb, henpon sedia ada dah lepu, tu pon hadiah besday tahun lepas Abi bagi, u give me, i give u back..Binik beli henpon baru, laki dapat henpon lama binik jela..hehehe..Dah binik memang peel gitu, asal menda baru mesti binik nak rasmi kan dulu..Standard lah tu kan..hahaha...

Ini sebagai tanda penghargaan buat diri sendiri lah ni kononnya, lama dah tak hadiahkan untuk diri sendiri, sempena tahun baru tak lama lagi, henpon pon berwajah baru..hehehe..Harap2 henpon ni bertahan lama lah dengan aku, ikut hati nak sambar Note 3 je, haishhh tapi kalau ikut hati memang jahanamm lah..So, ikut kemampuan jela ek..Yang penting, syukurrrr dapat henpon baru..

Sunday, December 29, 2013

"Cuti sakit" di IKEA, sakitttlah sangatt..huhu


Jumaat haritu, aku MC tanpa sebab musabab, takde sakit, takde apa, suka-suka hati je amik MC..Takde hati betul nak pegi kerja sekarang ni.Nak berhenti, sayang pulak.Tapii tu lah, ada masa2, bila datang penyakit "M" tu, mesti liattt je rasa nak gi kerja..Hurmm..

MC duduk rumah saja, memang takkk lah kan.Nasib baik adik aku cuti sekolah lagi, ajak dia pegi IKEA, lama dah dia mintak suruh belanja meatball, tapi aku je takde masa terluang nak bawak dia, dah alang ari jumaat tu aku MC, aku ajaklah je dia.Kira sebagai hadiah sempena dapat seketul "A" dalam PMR lah ni..Seketul pon seketul lah, dah itu je dia termampu kan..Heee...


Tapi aku ke IKEA, ada agenda lain..Jangan taktaw, gaji dah dapat ni,gigil2 kepala lutut ni nak menyopping..Konon nak gi survey harga baby coat kat IKEA ni lah..Yesszaaa, yang dalam gambar ni lah yang aku nak, tapi aku nak kaler putih, tapi kaler putih mahal sikit, bajet aku yang murah2 ni je, nasib baik Abi offer nak cat kan kaler putih...hahahah...Gigihh laki aku oiii..Asalkan murah kan..Jimatt jimattt...Aku ikut kemampuan aku je beb..Kalau beli yang kat kedai perabot aritu RM230 sebijik, kat IKEA baru RM165, banyakk jimat tu..Berbaloiii sangat dahtu..


Terus call Abi tanya nak beli ke tak? Abi cakap tunggu esok Abi ikut gi beli sekali.Tapi aku tengok suasana kat kaunter punyalah ramai orang, aku tak dapat bayangkan kalau ari sabtu n ahad plak ramai camne..Aku cakap ngan Abi nak beli haritu jugak sebab dah alang2 kan, Tasha offer diri nak tolong angkatkan , lagipon tak berat sangat, steady je Tasha angkat sorang..hehehe...


Khusyuk isi details barang..Time ni memang dah fikir habis dah, dah nekad habis dah nak beli...hehheh..Excitedd ko kann...



Ada jugak terselit adegan ni, alahaiii omeyy plak bear ni, eyyy kalau ikut nafsu nak je aku beli bear ni,..fuhhhh...sedappp nasib baik lah ko bukan keperluan bear oiii...


Aiii tadi kata nak survey baby coat je kan, tu mana datang plak barang2 lain tu...Hurmmm dasar perempuann sangat taw..Penipu sangat kalau cakap nak beli satu barang je, mesti ada barang2 selit lain lagi..Hurmmm...



Tudia hasilnya 1 troli jugak ko kena hadap..Okeyyy dah boleh balik sebelum papa kedana tak pasal2..huhu


Sila bertabahhlah beratur memanjang, dengan lama berdiri nya..huuhuhu..Nasib baik tengah bersemangat waja, muka suci giler beratur lama2 dengan muka tak bersalah...hehehehe


Haaa mata dok jeling2 lagi tu, tapi hanya mampu menjeling jela, tak beli pon..Beli yang perlu je ikut senarai wajib beli..Kang terlajak beli kang, ada plak makan ikan bilis goreng je aku sampai hujung bulan..hahahah


Selamat sampai rumah, Abi pikul bawak naik atas, ikut hati nak suruh dia pasang baby coat tu malam tu jugak, tapii tak sampai hati, kesian Abi penat baru balik kerja..Yang aku ni selagi tak pasang, selagi tulah duk keluar masuk bilik tengok kotak pon jadik lah...Heyyy rasa nak pasang sendiri je, tak sabarr nak tunggu esok nya..hahahah..

Nanti aku update pasal progress bilik baby "R" lagi..Step by step..Rasa macam rajin giler aku hapdet blog sekarang ni...Mana datang semangatt ni ntah..Takpe...tengah rajin jangan ditegur2, sampai tahap malas nanti, bersawang balik lah blog aku ni..huhuhu...




Saturday, December 28, 2013

Luahan hati "seorang" anak bulu, Laura Stella !!


Haiii harini kite berjaya meng"hack" blog angah kesayangan kite.Harini kite nak meluahkan perasaan kite kat blog angah kite ni.Asyik angah kite je pot pet pot pet kat sini, dia ingat bestt sangat ke entry2 yang dia tulis ni, kite kadang2 pon meluat nak baca taw..hahaha..Sebenarnya kan kite dah lama nak luahkan tapi taktaw camne nak luah, angah kite bukan faham pon bahasa kite, tapi dia je selalu buat2 paham lah konon nak jaga hati kite..hukhukhuk


Sweet kan gambar kat atas ni, kite bukan malu2 kucing, dah memang kite ni kucing pon, mestilah kite pemalu kan.heheh..Sebab tu lah kite tak pandang kamera..Konon2 candid lah ni..Kite suka gambar ni, nampak macam angah kite betul2 sayangkan kite, kite plak nampak macam jual mahal..Tapi hakikatnya, kite lagi sayanggg kat angah kite, tiap2 hari kite tunggu dia balik kerja, tiap hari kite sambut dia kat pintu pagar, walaupon kite tengah tidur, kite sanggup bangun dengan muka mamai2, taik mata berselepet sambut angah kite..Hari2 kite setia teman angah kite makan, sebab time tu je kite dapat mintak2 sikit makanan dia, kalau mintak kat Acu atau mak kite, memang takkan dapatlah, silap haribulan makan kaki ada lahh..huhuhu..Tapi angah kite suka bagi makanan dia kat kite, kite bukan apa, kadang2 boring jugak makan friskies, hari2 makan makanan kucing, boring jugakk kan, nak jugak makan menda lain..Tapi tak semua faham kite, angah kite je faham kite..saaayaaanggg angah kite sangat2..



Tapi kann, sejak akhir2 ni kite worried sikit, yela sejak angah kite peknen ni kan, kite selalu terpikir, macam mana kalau angah kite dah ade baby nanti, dia sayang tak kat kite lagi??Dia nak ke pelok2 kite macam dalam gambar kat atas tu??Camne layanan dia kat kite nanti?Kite bukan cemburu  ke hapeee, tapi kite worried je, hehehe..Kite sebenarnya excited jugak nak tengok baby angah kiter, mesti comeyy macam kite, ehh silapp , mesti comeyy macam angah kiter..heheh..Kite selalu jugak cuba baik2 ngan baby angah kite yang kat dalam perut tu, kite selalu duduk atas perut angah kite, tapii ada ke patut, baby angah kite sepakk nyer kiter, sabor je la kite..Dia tak bagi kite rapat ngan mak dia lettew..hukhukhuk..


Korang rasa, boleh ke kiter jadi geng dengan baby angah kiter nanti??Ke bila dia dah kuar nanti, dia asyik buli kiter jeee...Tapi harap2 dia baik macam angah kite jugak, sayang kiter macam angah kiter sayang kat kiter, harap2 dia jadi baby yang sayangkan haiwan macam kiter ni..Eh kiter baru tersedar yang kiter ni haiwan...hahahahahah


Hurmmm itu jela yang kiter nak luah, sekarang kiter asyik fikirkan pasal perkara ni jeee..Stress jugak kadang2, sampai kiter nak dating pon takde mood, kesian pakwe kite asyik tunggu je kat depan rumah, kite asyik tidur je kat dalam rumah, malas nak keluar sekarang..Pakwe kite bukan faham pon apa masalah kite, asyik nak ajak kite gi clubbing je..Eyyy kiter dah insaff taw, kalau angah kiter taw, matiikkk kiter taw...Kiter nak jadik kucing yang solehah, angah kiter selalu pesan, pilih pakwe jangan sebarangan, semua pakwe kiter yang kiter kenalkan dengan angah kiter, semua angah kiter reject..Camni sampai biler pon kiter tak kawen2..hukhukhukhuk...

Sekiann dari kiter...








Kucing Kesayangan Angah Kiter,

Laura Stella 




Friday, December 27, 2013

Siling pon nak berdeko jugak


Haritu lepas makan roti canai kat mamak, masuk kedai Happy Homes jap, nak beli pembalut hadiah untuk kawan Abi, Happy Homes ni kedai jual perkakas rumah, best jugak masuk sini, harga pon murah-murah, dan macam-macam ada.Bila dah masuk kedai ni, tak sah kalau tak tawaf satu kedai, tak beli, tengok2 aje dah puas hati dah.Pompuan kan,biasa lah..Macam tak biasa..Ko pon sama jugak kan..hikhikhik..


Konon2 nak ushar besen mandi baby, memang ada, tapi ntah kenapa tak rasa nak beli plak, sebab rasa macam kat tempat lain ada yang lagi murah rasanya..huhu..Berkira betul aku ni kan..haha..Jalan punya jalan, terjumpa plak benda alah ni, glow in the dark sticker ni.Alaaa menda alah ni lama dah ada, tapi zaman aku dulu, mahal jugak menda alah ni, sekarang dah murah..Sepeket RM1.20 je yang bentuk bintang-bintang tu, yang bentuk planet plak, RM1.50..Haaa menda-menda murah camni aku suka lah, maklumlah duit bukan kepuk2.huhuhu..Aku amik 3 paket, 2 paket bintang, 1 paket planet..


Konon-konon nak bagi baby tidur dalam suasana berbumbungkan langit yang dipenuhi bintang-bintang lah..Perghhh mak kau punya angan-angan,kemainnn lagi..Mula-mula Abi taknak lekatkan, dia kata tak sampai kalau panjat kerusi, nak tunggu esok pinjam tangga paklang sebelah rumah..Kau jangan percaya sangat lah aku begitu penyabar nak tunggu hari esok, camne pon nak malam tu jugak menda alah tu dilekatkan kat siling.huhuhu..Tak puas hati punya pasal, merengek-rengek kat Abi suruh lekat jugak, Abi pon amik kerusi konon nak buktikan kat aku yang dia tak sampai nak lekat menda alah tu kat siling, sekali dia panjat kerusi, tengok2 eh sampaii je tangan dia..Eeeee saje je taw nak ngelat..


Dan akhirnya, menda alah tu berjaya dilekat malam tu jugak...Baru lega rasa hati, baru boleh tidur dengan lena malam tu.Nampak macam simple je, tapi effect nya bila lampu ditutup, aku plak rasa nak tidur kat bilik tu.huhu


Menda alah ni betul2 lekat dekat bahagian kepala katil baby (tak beli lagi pon)...Malam2 kalau dia celik mata, nampak lah bintang2 dan planet bergemerlapan gituu...hahahaha...




Thursday, December 26, 2013

Shower curtain murah untuk ruang dobi


Rumah aku ni kecik aje, bila rumah dah kecik, bayangkan ajelah ruang dobi dia plak besar mana kan, dah tentu lah kecik cinonett aje.ini okey lagi lah dari masa baru pindah dulu, langsung takde tempat, last2 mintak ngan tuan rumah nak tambah grill untuk ruangan dobi.Nasib baik tuan rumah tak banyak bunyi ikut je apa kitorang nak..Bila dah ada ruang dobi tu kenalah cover bahagian yang terbuka tu, dah memang pesyen grill dorang buat macam tu, konon nak bagi masuk angin kot, tapi ok jugak bolehlah nak berlangsir bagai, tapi nak letak langsir material kain tak sesuai sangat, so, pilihan lain aku cover dengan shower curtain, haaa cantik sikit..Aku tengok jiran2 lain pon tak guna shower curtain macam aku guna ni, ada yang tampal dengan tikar getah lah, tampal ngan playwood lah, zink lah...Alaaa nampak serabut tau tak..Hehehe sesuka je nak komen2 rumah orang..Bila aku letak shower curtain ni, nampak cantik lah plak, kalau naik tangga rumah tu, nampak ruang dobi aku yang paling menyerlah, bukan menyerlah sebab apa, sebab shower curtain aku tu kaler pink je..hahaha..


Haritu masa masuk kedai dua ringgit, haa jangan taktaw kedai 2 ringgit pon aku pergi taw, apa ada hall..huhuh..Aku jumpa shower curtain murah, dah nama kedai 2 hengget kan, harga seketul tu, RM1.95..Jimat 5 sen..Sebelum ni aku beli kat Daiso, RM5..Tapi kualiti okey sikit lah berbanding yang ni, yang nipiss sikit material dia, Daiso punya tebal sikit.So aku doublekan aje dengan yang aku beli kat daiso tu, nampak lebih tebal lagi..huhuhu..


Ni lah ruang dobi aku yang cinonet ni, shower curtain lama tu lah yang aku beli kat daiso tu..Dah makan hari dah kalernya, pudar warna dia..Sebab tu aku doublekan dengan yang aku beli tadi..