Followers

Friday, July 31, 2015

16 Monthsary , abam Iqy dah besar

 
Raya pertama haritu, 17 July 2015 genaplah dak Iqy 16 bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan..Haah baru setahun jagung, tapi perangai n tingkah laku macam budak 2,3 tahun..Susah orang nak percaya umur dia 1 tahun 4 bulan, dengan mulut petah dia, yang tak reti lagi cakap tapi sibuk nak cakap. Hahahah..
 
Pencapaian dia sekarang ni, banyak sangat, sampai tak taw nak citer mana satu dulu.Sebab otak dia tengah berkembang pesat, tengah meresapp macam span, dia serap semua, so pandai-pandai lah mak bapak dia mengontrol tunjuk yang mana baik untuk diikut, mana tak baik kasi buang.hihi
 
Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian Iqy setakat ni, tak lah kata anak aku bijak sangat, anak orang lain pun bijak jugak, cuma anak aku kan kat depan mata, so aku citer pasal perkembangan dia jela, takkan nak citer pasal perkembangan anak orang lain plak, kang jeles plak dak Iqy..hihihihi.
 
Setakat ni, dah pandai berlari dah pon, walaupon jalan pon bersepah lagi, biasalah kelam kabut macam mama dia..hahaha..Asal excited lebih je, tetiba menonong lari, kesudahaannya terpeleot jatuh, pastu mengeluh "aduuhh, aduhhh,aduuhh, jatuhh"pastu bangun sambung lari balik, drama sangattt budak ni.Haahh dia adalah seorang "attention seeker"...hurmm hurmm hurmm..
 
Dah mula kenal a,b,c,...tapi sebut tak lancar semua lagi, tapi kalau tunjuk dia sebut ikut bahasa dia,asal aku dan dia paham sudahlah kan..Kalau buku bergambar tu, dia rajin baca, sebut je ikut bahasa dia, bunyi tu kadang2 ada lah kena sikit..heheh..Tapi yang kelakar bila tunjuk gambar "door" (pintu), dia mesti sebut "tacaaaa"..aku mula2 pelik kenapa dia sebut pintu "tacaa", rupanya baru teringat, kalau kat umah mak aku dia suka ketuk pintu bilik adik aku, sambil panggil "tacaaa" (Tasha), dah sekarang asal jumpa pintu je dia sebut "tacaa",ahh gasakkk..Tulaa aku cakap otak dia macam span, dia serapp banyak sangat,kadang-kadang dia yang buat aku kena berfikir balik..Dia lagi bijak dari aku ke camne ni..hahaha..Iqy ...Iqyy..
 
 
Dah makin bujang ni, badan pon makin slim, melasakk je tak kira waktu, yang pelik mama dia tak slim-slim pon.Haishh stresss..Time ni lah rindu dia masa baby2 dulu, bila tengok Bunga (anak Yaya), rinduu Iqy yang dulu, yang behave, kuat tidoo, pergi mana-mana mesti tido, ingat lagi pernah lepak ngan geng-geng kat Mcd sampai 2 pagi, dak Iqy time tu behave je tido dalam stroller.Alaahhhai suweetnya.Sekaranggg, aku rasa kalau gi melepak, mau terbalik meja kerusi semua,muahahahaha...Tak makan saman dak Iqy ni, kalau dia cakap dia nak, trylah halang, jawapannya bingit lah telinga kau dengar jeritan dia yang nyaring tuu, ehh aku tengok anak orang lain jerit slow motion je, apsal anak aku asal jerit je terus high pitch haaa (penangan pergi karokk time pregnant kot)...hahahahhahahadoiiii...Sakit kepala weeyyy kekadang, abah dia je yang boleh senyum time dia terjerit-jerit, kalau aku dah surrender dah, bile aku dah start mengeluh tu laki aku dah faham dah..hekhekhek..Iqy ni ikut aku kot, hot temper..hurmmm..No Komennnn...#senyumsenget 
 
 
Dulu kan orang selalu tanya, bile nak dapat anak ??Bila dah dapat anak, anak baru setahun jagung, orang dah tanya bile nak tambah lagi,eh aku tak marah pon orang nak tanya, biasalah manusia tak lepas dari pertanyaan, tapi jawapan aku masih samar-samar..Perancangan tu ada, tapi rezeki tu bukan aku yang tentukan, biarlah ade rezeki nanti ada lah, sekarang ni aku tak rasa Iqy dah sedia nak jadi abang, dia belum sedia nak berkongsi kasih sayang lagi kot, dia nak bolot sorang-sorang dulu, dah lah lama "tunggu" dia ni..So nak sayangg dia sorangg-sorang dulu, takmo bahagi-bahagi kasih sayang lagi, tunggulah dia dah 3,4 tahun ke, haaa time tu ok sikit kot..Sekarang ni nak peluk abah dia pon kena curi2, kalau tak.. mau dia jerittt kat telinga aku ni haaaa..Grrrr...uiiii sakit kepala aku taw takk..
 
 
Suka bergaya dan pandai pilih baju sendiri, masa shopping raya, aku saje try kopiah kat kepala dia, dia ngamuk, campak kopiah tu, geleng-geleng kepala takmo pakai, tangan plak asyik tunjuk "tu..tu..tu" kat songkok, pandaiii ko memilih ek, kopiah taknak, nak pakai songkok,konon hensemlah tuu..hahaha,raya pertama dia berjaya pakai baju melayu sampai ke petang,siap samping segala, tak habis-habis sebut "atekk..atekk" (cantik) kat baju dia..Euwww gedik sangat..
 
Ada jugak yang tanya, baju melayu Iqy tu tempah ke?Takde maknanya nak tempah bagai, aku beli siap je, size budak 2 tahun, ngam-ngam je terletak kat badan dia, seluar pon tak payah alter,lipat sikit je kat pinggang, elok je terletak.Dahlah aku gamble habis beli main pakai agak-agak je, tak try pon, main acu-acu kat badan gitu je,nasib baiklah muat..huhu
 
 
Dan yang membuatkan sejuk perut mama dia mengandungkan dia adalah, dia dah pandai ikut solat, aku n Abi tak pernah lagi ajar dia secara detail macam mana cara solat sebab rasa macam terlalu awal lagi kot dia nak faham, taw-taw je dia tunjuk sendiri depan kitorang, kitorang laki bini pon tercengang, cuma dia memang selalu je bertenggek , terlompat-lompat depan abah dia time tengah solat.Cuma tak sangka plak dia boleh hafal setiap inci gerak geri dan rukun dalam solat tu..Alhamdulillahh, sejuk perut mama nakkk..Moga jadik anak soleh kebanggan mama abah yer bobotku sayangg..seawal setahun empat bulan, kebijaksaanmu makin terserlah..Syukurr..
Haritu lepak-lepak kat depan perkarangan masjid Putrajaya, dia nampak masjid terus tunjuk sambil sebut "Awahbar" (Allahu Akhbar) sambil tangan kat telinga macam orang azan tu..Alahaiii, rasa nak nangisss pon hade, terharuu..
 
HAPPY 16TH MONTHSARY RIZQY HAFIY AISH!!!!
 
 
 
Video Iqy solat, kiblat dia memang flexible..Ada yang paling khusyuk dia buat tapi takdan nak rakam..heehehe..Ni je yang sempat mak ko rakam, nak oii..huhuhuu..
 
*Entry monthsary kalini paling panjang aku rasa, maapp lah yer..kikikiki...

Wednesday, July 29, 2015

Cerita 1 Syawal

Yuhuuu...dah raya keberapa dahni baru terhegeh-hegeh nak share citer pasal raya.Mihmihmih..Maklumlah sakan noo beraya kan, sampai blog terabai..Terabai katekoo!!!Tahun ni raya sakan sebab first time raya bersama Iqy dan family aku, raya tahun lepas kan turn sebelah family Abi, maka tahun ni kira first time lah Iqy beraya bersama atok dan neneknya di Key Ell..Maklumlah orang takde kampong, beraya kat Bandar je, raya kedua baru balik Melaka.Nasib baik sedara mara mak ada lagi kat Melaka tu, dapatlah kitorang merasa susasana beraya kat kampong..Kesiann kan..Hukhukhuk..
 
Tudia tema raya bagi tahun ini, setelah sepakat membawa berkat, maka kami dengan sebulat suara memilih tema "The Royal Blue" sebagai kaler rasmi bagi raya tahun ni..hahahaha...Takde masalah dalam pemilihan kaler tema, sebab Abi jenis yang ikut je apa bini dia suka.Tahun lepas je aku kasik can dia pilih kaler tema, sebab tahun lepas baru lepas pantang kan, takde mood nak melawooo sangat, sebab anak kaki meleset kat mak dia aje, tahun ni anak meleset kat abah dia je, kasik can mama dia melawoo lah tu..heheheheh..Bagusss...baguss teruskan meleset dengan abah awok yer, bobot..
 
Tahun ni sehari awal aku dah pikul bag besau balik tido umah mak aku (yg sekangkang semut je jaraknya tu)..Hahahah..Girangnya hati tak terkata, walau hari-hari jumpa mak, tapi hari raya special sikit, nak rasa suasana malam raya bersama mak, alahaiii moment tu mahall sangat taw, Bobot lagi lah seronok,tido dalam aircond tak bunyi-bunyi,bila tutup aircond, tersedar,Alahhh kat umah ko ok jee takde aircond pon sodapp je ko tido,saje je mengada-ngada kann..Grrrrr..Paling kelakor masa nak balik rumah sendiri,setelah 5 hari tidur kat rumah mak, masa nak balik boleh plak berdrama, dah semua nangis-nangis, Iqy pon sedih siap sedu-sedan lagi..Padahal esok tu kitorang datang lagi rumah mak..Hahahahah,,,tak faham aku..Bile ingat-ingat balik, tergelak sendiri dibuatnya..
 
 
 
Nak dapat gambar bertiga lengkap berpakaian kemas, kena awal-awal pagi, lepas sembahyang raya, terus tangkap Abi dan Iqy , ajak bergmabar, kalau lambat-lambat kang, samping kemana, songkok semua kemana kang..Lagi-lagi dak Iqy tu, kejap lari sana kejap lari sini, dapat tangkap dia kejap je dia dah menjerit mintak lepas, adehhh..
 
 
Haaa ni pon kira nasib baik lah ni, dak Iqy dah nak meloloskan diri dah time ni..Cepat-cepat tangkap n peluk kuat-kuat..hahahaha..Padan muka.. 
 
 
Haa gambar ni je yang nampak semenggah sikit...hehehehe
 

Friday, July 10, 2015

Cuti raya berapa hari ?

 
Perghh...berhabuk blog den ni haaa..Harini baru berkesempatan nak lap-lap habuk yang dah menebal 3 belas inci.Aku sebenarnya takdelah busy sangat, tapi busy lah jugak,maklumlah nak dekat-dekat raya ni, semua benda nak cepat, semua benda URGENT!!, so nak taknak terpaksalah bekerja macam bangla.Bangla pon tak kerja macam aku.hahahah..Nak kejar transport, nak kejar dealer, nak kjar contractor, uihhh ikut kan memang tak terkejar, tapi terpaksa kejarr jugak, dalam kepala set mind, oh nak raya dahh, kena kerja kuat sikit sebelum cuti raya.
 
Cuti dah apply ke? Aku dah approve dah pon, walaupon hampir-hampir tak approve, sampai rasa nak bakar je opis aku ni haaa..Nasib baik berkat kesabaran, manager aku kesian kat aku hagaknya, last minit dia kasik approve wa punya cuti..Yehhhaaaa..Yeayyy!! Yeayy!!! boleh rayaaaa..
 
Nak ikutkan aku takde annual leave dah, aku sanggup amik unpaid leave..Lantak pii lah nak potong gaji aku ke hape, yang penting aku nak raya..hehehehe..Tapi takdelah lama sangat pon aku cuti, hari khamis 23hb aku dah start kerja dah, agak-agak rasa malas nak masuk opis, MC je kekdahnya...Kesahh plak akuu...hahahah
 
Giliran raya tahun ni, cer tek, cer teka...??Opkoslahhh turn raya sebelah aku...Yeayyyy dapat raya ngan mak.Dah plan dah malam raya nak pikul beg balik tido umah mak, walaupon umah mak dengan umah aku sekangkang kera je..hikhikhikhik..
 
Plan raya tahun ni, insyaALLAH, raya pertama beraya kat Puchong dulu, ziarah kubur arwah abah, atok & nenek semua,pastu raya rumah sedara mara kat KL dulu, raya kedua baru gerak ke Merlimau, Melaka  melawat sedara-mara mak aku.Taun ni mungkin lain sikit sebab kedua atok n nenek aku dah takde.Biasa pagi raya mesti berkumpul rumah atok kat Bangsar dulu.hurmmm..
 
Eh korang buat kuih raya ke?Aku kuih tunjuk-tunjuk je, order dengan kawan opis..Sedap jugak kuih-kuih nya, tak sempat raya, kuih dah tinggal setengah baling dah,acanerrr??/hahahaah..
 
Tema kaler apa tahun ni???Aku anak beranak decide memilih kaler "Royal Blue", tapi baju tak beli lagi, kecohh je kan citer pasal tema kaler bagai, silap-silap jadi kaler lain nanti, aku bukan boleh percaya sangat, pendirian selalu tak tetap..muahahahaha...