Sebelum mood aku lebih kelaut lagi, adalah lebih baik kiranya aku menghapdet entry pasal percutian pendek aku ke Genting HIghlands awal bulan Januari haritu, ni kira antara percutian pertama di tahun baru 2016 ni.Kalau nak taw azam baru aku tahun ni adalah percutian pendek setiap bulan..Mak aiii setiap bulan?Macam duit kepuk2 sangat kan..padahal yang aku targetkan adalah percutian bajet sahaja, tak semestinya percutian ke tempat jauh-jauh yang perlukan duit kepuk2, dekat pon jadiklah asalkan setiap bulan satu tempat..Sebab nak balas dendam tahun lepas punya pasal, tahun lepas macam kurang je aku pergi bercuti, sibuk besarkan anak, dan sibuk kumpul duit sikit-sikit..Tapi tak kaya pon..hahahaha..Tapi kann, taktaw lah tercapai ke idok azam aku tu..Ni baru bulan pertama nory oiii..hahaha..
Percutian ke Genting Highlands ni pon last minit planning, kebetulan aku ter"search" kat web terbukak web "Resort World", terpampang harga bilik yang bagi aku tersangatttlah murah pada ketika itu.Untuk standard room di First World Hotel,Genting Highlands tu aku dapat harga RM60 sahaja.Laju-laju aku booked masa tu.Bilik hotel ni memang strategic sebab turun je lift hotel dah boleh terus main kat indoor theme park.Oleh kerana, outdoor theme park ditutup sementara untuk renovation menjadi Taman Tema Century Fox katanya, ala-ala USS gituuu, maka permainan adalah sangat terhad, boleh main kat indoor je, tu pon tak banyak sangat permainan kat indoor First World ni, nak permainan meriah sikit , menapak lah sikit pergi kat Indoor Genting Highlands.Haaa situ meriah lah sikit.Tapi kata pon nak jalan-jalan makan angin, so aku tak kisah sangat pon pasal tu, yang penting nak pergi bercuti je, lagi pon Iqy bukan reti lagi naik roller coster bagai lagi tu..hahahah..Korang kalau nak pergi dengan niat nak main segala permainan tu, tunggu lah Outdoor Theme Park tu siap pertengahan atau hujung tahun nanti.
Ni aku sertakan harga tiket untuk indoor theme park.Hari pertama aku kat sini, lepas je check in, terus pergi beli tiket indoor theme park, tapi Abi beli tiket untuk Iqy je, tiket kitorang berdua Abi beli asing2, sebab rugi kalau beli pass tu, sebab ride untuk dewasa terhad ada dalam dua ketul camtu je, so Abi beli tiket untuk naik 2 kali ride untuk dewasa tu..Iqy beli yang unlimited pass sebab kasi dia main semua permainan puas-puas, nak-nak plak time tu memang tak ramai orang, staff yang jaga ride tu ON kan je permainan tu sampai Iqy sendiri bosan sampai menguap mengantuk lagi..ahahah
Kengkonon macam kat Amerika lah ni..hikhikhik
Dak Iqy ni ada satu peel burok, dia malas jalan, jalan sikit, mintak dukung..Ko hingat ko ringan..Gilir-gilir lah weolls dukung dia, tapi mama dia memang paling banyak ngelat laaa..hahaha..Boleh pitam wey dukung dia lama-lama..
Tak reti duduk diam tu dah memang sinonim.Biasalah bebudak kan, sesaat pon tak reti duk dendiam, kecik besor je aku nengok je..Somput omak eh...
Kat sini paling lama kitorang lepak, Dak Iqy kongker sorang-sorang je menda alah ni.Takde orang kacau pon, yang staff tu pon layan jela, asal berhenti je, dia tekan ON lagi..Sampai lebammm ko main..hahaha...Kejap tukar naik gajah, kejap naik kuda, pastu tukar jadi ulat plak..Lantak ko lah nakkk..Asalkan ko bahagia..
Ni jela satu-satunya ride yang mak apak boleh join sekali, yang lagi satu under repair plak, so kitorang naik ni 2 kali, sekali naik RM8.50.Rusa ni jalan slow je keliling Indoor First World tu..
Pemandangan dari atas "RUSA" tadi.Memory sangat tempat ni..Bak kata pepatah "tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan plak tempat terjatuh cinta" ecewahhhh...Sambil keliling satu Indoor First World, kitorang bercerita lah kat Iqy kat sinilah tempat mama abah bertemu.Dak Iqy pon terkulat-kulat, ntah dia paham ke ntah..hahahah..
Ni masa kat Indoor Genting Highlands plak, sini banyak game dan lebih meriah sikitlah..Dak iqy ni memang minat alat muzik, gitar, drum , dia nampak drum, memang melekat jela dia kat situ..huhuhu..
Muka mama dah seposen dah, bila dak iqy mintak dukung lagi,,adehhh..
Tak try lagi makan kat sini, taktaw lah sedap ke idok? Aku tumpang bergambor je..hehehe
Dah pusing-pusing Indoor, kita ambik angin sejuk kat luar plak..Berposing jela kat tepi kolam kecik tu, cadangnya nak pergi Taman Astakona..Tapi dak Iqy dah mengantuk dah time ni, aku pon dah kebulur, dah tangkap gambar sekeping dua, terus pergi Marrybrown tapau nasi dengan ayam..
Makan dalam bilik..Dak Iqy sibuk suruh tukar chanel 611..Mana nak cekaunya nak oiii...
Esok tu plak, sarapan pagi kitorang ditaja oleh kawan-kawan Abi yang masih kerja kat situ..Siap hantar ke bilik lagi, nasi lemak lauk ayam..Jimat duit sarapan kitorang pagi tu.Terima kasihhh kawan Abi yang baik hati itu..Next time kitorang datang lagi, belanja lagi okey..heheheheeh...
Selesai sudah percutian pendek kami ke Genting Highlands..Next???Tunggu cuti raya cina yang maha panjang tak lama lagi..Iolls cuti seminggu..ko hade??Kemana tempat dituju??Tunggguuuuu...Nanti hakak belanja entry satu okey...Chillll