Followers

Wednesday, December 31, 2014

Sewa tapak iklan di blog Nory Zoulkefle

*sticky post, entry baru scrol bawah -bawah yer..TQ!!


Blog Nory Zoulkefle sekarang dah ada tapak iklan untuk disewa.Khas buat online-online shopper yang berminat nak promosi dan iklankan bisnes di blog Nory Zoulkefle bolehlah emailkan details-details beserta dengan banner bersaiz 728 x 90 untuk ditepekkan di ruang iklan berkenaan, kalau permintaan menggalakkan, ruang iklan akan ditambah lagi.Sebarang pertanyaan boleh hubungi di

elfekluz1921@gmail.com

Semoga dengan beriklan di blog ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan lagi bisnes anda..Kira maca win-win situation gitu...



Sunday, December 21, 2014

9 bulan punya cerita


17 December 2014 genap lah dak bobot 9 bulan..Entry terlambat sikit bulan ni, mama dia busy like Rosmah katekoo..Puihh...Busy lah sangat.Alhamdulillah, 9 bulan yang indah.3 bulan je lagi nak menginjak ke usia setahun jagung..Hurmm awat cepat bebenor besar nak oii..

Sejak dah pandai merangkak  masa dia genap 8 bulan aritu, habis satu rumah dia menjelajah, kejap masuk bilik kejap keluar bilik, kejap pergi dapur..Pffftttt penat siot kejar dia, nasib baik rumah kecik je.huhu.Dan sekarang dah 9 bulan. dah pandai memanjat plak.Huhhuhu..Lasak weyy..Nak pakai diapers pon payah sekarang..Dah lah kuat mengamuk  macam mama dia ,kepala angin.,hahah..Bila dia mengamuk tu, aku nampak diri aku dalam diri dia..hikhikhikhik..Pastu tersenyum sendiri, Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi ye dok??haha..

Dah makin banyak mulut, kuat menyembang dia ni..Boleh register ahli mesyuarat tingkap lah nanti..Hahahah..Tapi mama dia bukan jenis yang suka amik taw n jaga tepi kain orang ok..Haaa takmo takmo..Hikhikhikhik..Mama suka buat hal sendiri je, amik taw pon yang penting-penting je, yang tak penting malas lah nak amik taw hal orang, nanti orang tak suka tawww..huuhuhu.

Paling suka berjalan, yuppp spesis mama dia jugak, jenis tak reti duk rumah diam-diam..Kalau dukung dia, cepat-cepat lentikkan badan dia menghala ke pintu, keluar je dari pintu kemain menggeletek kaki punya lah suka macam tak keluar rumah setahun..Pastu pandai plak tu pantang nampak orang dah siap lelawa dia dah tentu arah dah mintak dukung, kalau kau duduk, cer try mintak dukung, memang tak lahh dia nak melayan..hahahah...saboo je lah aku..

Dah pandai faham apa yang orang cakap, dah boleh dengar arahan.Contohnya kalau cakap yeayyy pandaii..Dia akan tepuk tangan dengan sengih2 kerang busuk dia tu..Kadang2 dia sendiri yang tepuk tangan n cakap "andai yeahh" ikut bahasa dia lah..Asalnya "Yeayy pandai". tapi dia sebut terbalik, "andai yeahh"...hahah hentamlah labu.,.

Tak sabar nak tunggu dia boleh berjalan, sebab aku dah tak larat nak dukung dia, berat dia yang 11kg lebih tu sepatutnya berat budak umur setahun lebih taw takk..Tapi dia tu baru 9 bulan..Perghhh cer bayangkan camne nak dukung...Aku pernah terlupa bawak stroller dia, dukung dia kat IoI cITY Mall...Perghh nak pitam aku weyy dukung dia..Dah lah abah dia kerja masa tu..Gillir2 dukung ngan mak aku..Mak aku pon tak larat..hukhukhukhuk..

Huhuhu...itu je nak cerita..Aku busy ni.Kerja baru ni busy tapi enjoy sebab ramai kawan.Kat opis plak takleh online, kedekut password WIFI..Thats why blog agak kesunyian lately..

HAPPY 9 MONTHSARY BOBOT MAMA..

MMMMMMUUUUAHHH!!!

Moh layan gambar budak umur 9 bulan ni..,



Monday, December 8, 2014

Dah merangkak dah dia.


Takde apa yang lebih menggembirakan bila dapat tengok perkembangan anak satu persatu.Cepatnya dia membesar..Dari taktaw apa-apa, sampai dah taw macam-macam..Perkembangan terkini dah pandai merangkak, masa tu genap 8 bulan..Masa baru pandai tu comel je dia merangkak sopan giler, kaki rapat je dengan tangan macam fengantin dah.Sekarang dah laju kemain, kalau nampak kucing lagi lah sakan dia mengejar kucing tu, takdan masuk gear 1 dah terus gear 5..Perghhh..Alhamdulillah hasrat aku nak tengok dia merangkak termakbul jugak.Aku seboleh-boleh taknak dia skip alam merangkak, taknak dia terus-terus taw berjalan je, sebab aku nak dia ikut lumrah step by step gitu..Sebab doktor ada kata, jangan cepat bangga kalau anak taw2 je dah pandai berjalan berdiri tanpa merangkak terlebih dahulu sebab alam merangkak tu paling penting dalam proses tumbesaran sebab mampu merangsang otak anak..Oooo baru aku taw..Biasalah new mom yang kurang ilmu macam aku ni...hihi..Dan sekarang dia sedang belajar memanjat..grrrrr...Tak puas lagi tengok dia merangkak..

Tapi apa pon tahniah anak mama, sebab dengar cakap mama supaya belajar merangkak cepat2..Takmo belajar jalan dulu sebelum merangkak taw..Sayang taw kalau skip alam merangkak..hihihi...Dan sekarang tengah gigih belajar memanjat.Buat sepah rumah dia dah champion dah..Paling tak tahan, perangai dia sekarang suka nangis kuat-kuat, kadang tu sengaja dibuat2 je nangis dia tu..Grrrrr kadang hilang sabo jadiknya, so jadik tarzan jugaklah mama dia ni kat rumah.Garang okeyyy mama Iqy ni..Tapi dia sikit pon tak takot...Urghhhh lagi buat aku geramm..Lagi di marah lagi manja plak kat kite..Eh memang camtu ke perangai budak umur baya2 dak Iqy ni ek..Perangai nak masuk setahun jagung ek..Sampai tahap nak terberak terkucil pon ku tahan jebat, jenis tak boleh tinggal sorang2, pantang tinggal kejap pegi dapur ke pergi bilik air ke, dia punya melalak saje je nak bagi satu block rumah ni dengar suara dia, orang dengar mesti ingat aku dera anak..hahaha.

Dan 8 bulan ni ada appointment kat KK, tapi tak kena cucuk pon just timbang berat badan je.Berat tak naik banyak, masa 7 bulan aritu 10.4kg , 8 bulan ni 10.8kg je..Naik sikit je, nurse kata standard lah bila budak dah start melasak..Tapi naik sikit pun perghh aku kadang termengeluh jugak bila dukung dia, tak larat weyy, meh sape larat dukung dia, aku belanja eskrem 20 sen nak.Mujur sekarang ni dia dah boleh duduk, so kalau pegi mana2, takyah bawak stroller dah, duduk je dalam trolley, kalau makan kat kedai pon dah boleh sumbat dia dalam baby chair.Tu pon dia suka ngelat mintak dukung jugak.Saje nak bagi mama dia kurus lah tu.Kalau ada abah dia, abah dia lah jadik mangsa.

Kat rumah abah dia lah kawan baik dia, kecik-kecik dah pandai mengadu ni.Kadang tu tengah lepak2 depan tivi golek2 ngan dia, dengar je bunyi pintu abah dia balik kerja, dan2 tu dia nangis mintak simpati macam baru lepas kena pukul, tak sempatlah abah dia nak buka kasut, dah melalak mintak dukung, sambil nangis mengada2 macam ngadu lah aku marah dia ..Tapi cara menangis macam baru lepas kena pukul plak, dah abah dia pandang slack je kat aku..Huhhh!!! Drama King punya budak..Aktiviti dia dengan abah dia, abah dia kan hero dia, semua abah dia boleh jadik, kuda 50sen pon abah dia.Duduk belakang abah dia sambil goyang2 badan macam naik kuda..Dengan abah boleh lah, dengan mama, sorrryyyy...hikhikhikhik..Tu yang kalau abah dia ada, aku boleh relax sikit, sebab dia memang melekat je dengan abah dia, takleh berenggang, dengan aku dia tak heran dah kalau ada abah dia..Sampai hati kau bobot, buat mama camni..

Dah pandai sebut banyak perkataan, tapi dari 3 bulan dia dah memang dah pandai sebut macam2 perkataan,maybe kenan mama Ida dia ni, banyak mulut tapi hati baekk...Kan ida kann...hahaha..Sekarang paling kerap sebut mamamaam..mamamaam...emmmaa..mama..adah..abah..acccaa ..bababa..broom broom..mmbah..tatattata..dadada.ddooii boii..mulut bising jugak dia ni..Gigi dah tumbuh 3 batang bawah, dan 2 batang lagi tengah ondway gigi atas plak..huhu..Hobi suka mengokak orang..Saje nak test "drive" gigi baru lah tu..Dah lah suka gigit kepala lutut orang..Gelii taw takk..Ko ingat tak sakit..huahuahuahua..Dan sekarang dah pandai touching, cer ko sebut amboiiiiii biasaa dia tu...Takdan nak ribut petir, banjir terus..Uwaaaa melalak..Jiwa sentitif ni, badan je sado ketak2, tapi hati tisu..hahahah..

Friday, December 5, 2014

Hadiah dah sampai


Alhamdulilah hadiah yang Iqy menang contest aritu dah selamat sampai.3 hadiah sekali dapat.Mama pon dapat sekali.Tumpang rezeki anak jeni.Yang best hadiah boleh pilih sendiri, sebab dapat voucher kan.Anak yang menang, mak dia yang excited pilih hadiah, yela dah anak tak reti nak pilih lagi, haruslah mak dia yang take over..hihihi..Ekceli ni memang rezeki Rizqy lah ni, sebelum aku berhenti kerja aritu aku selalu terfikir, camnelah aku berenti kerja nanti mesti tak dapat shopping baju Iqy lagi, tapi tu lah orang kata kan, rezeki anak ni sentiasa ada..Walaupon mama tak kerja, dapat jugak dia baju baru mainan baru walaupon abah dia mampu je nak beli, tapi mak dia kan over jenis tak puas hati selagi tak berhabis duit sendiri kat anak walaupon tak kerja ada hati nak shopping tu..hahaha..

Oklah tu je nak share..seee u again..

Thursday, December 4, 2014

Jom tolong habiskan stock terakhir ni

Dah kenapa tetiba jual shawl plak minah ni kan.hahaaha..Layankan aje lah.Kot lah ada yang terminat dengan shawl yang diberi nama Oryza Chiffon Halfmoon 2 layers ni.Kemain nama panjang 14 harakat.hahaha..Nama yang diolah dari nama asal aku sendiri lah tu.Tak sangka jugak nama aku agak saintifik gitu..hahaha..Heyy berapa kali hahahahah dahni.Meh sini nak kasik promote sikit..

Shawl ni ada 2 colour je yang tinggal, pink dan coklat/orange..Material high quality chiffon, kain tak mudah rosak walau di pin berkali-kali.Yang penting shawl ni labuh menutup dada sesuai untuk muslimah semua.Kain sejuk je bila pakai, dan tak jarang..


Gambar pemilik terpaksa di"hide"kan atas  faktor muka nampak huduh sesangat..Ai is segan uolls, lama tak selfie lah katakan..Ntah sejak bila jadik femalu minah ni kan..puihhh sekali..Mudah digayakan dalam style apa sahaja ikut kreativiti anda.Nak ikut style macam aku pakai ni pon okey, sebab boleh nampak design 2 layers tu cantik je terletak..


Ni view dari sudut tepi pulak.Kalau ada yang berminat nak order Oryza Chiffon Halfmoon 2 Layer ni boleh laju-laju wassap aku di talian 017-344 8400..Kaler pink ni tinggal 1 je taw, sape cepat dia dapat, hot item ni, dah 2 kali aku restock kaler ni.

Harga RM40 include postage.

Wassap only : 017-344 8400 (order jangan tak order)

* tolong aku kasi licin ini stock, nanti boleh amik stock design lain plak..

Wednesday, December 3, 2014

Besday gift vs special gift

Laki aku bila sampai mode ' romantik' dia memang rasa nak pengsan buatnya..Yo la laki den ni haa bukan spesis laki yang romantik2 gitu tapi dia ade suweet dia yg tersendiri la..Romantik dia tu ade hari2 tertentu je, tapi sweet dia hari2..Haa faham dak..hihi..

Ingat lagi besday aku bulan lepas?? Haa lupa la tu? 19 November laa.Memang Abi ada tanya aku nak hadiah apa? Ko taw jela laki aku tu bukan reti buat seperais2 ni.Yang aku plak jenis tak reti mintak2 hadiah, bila ditanya mesti jawapan aku alaa takyah lah belanja makan pon okey,dapat kek sebijik pon aku dah syukur dah atleast dia tak lupa tarikh lahir aku dah ler.Tak reti la nak mintak hadiah ni.Tetiba otak blank taktaw nak hadiah apa takkan tetiap tahun nk handphone baru je, parahhh..

Tapi Abi ni ada pasang niat nak hadiahkan something sbagai tanda terima kasih sebab lahirkan zuriat dia 8 bulan lepas..Tapi aku tak mintak pon dia yg nak bagi sesangat maybe faktor dia menyaksikan sendiri saat aku bertarung nyawa lahirkan zuriat dia kot, yela sampai dia sendiri menitis airmata waktu tu.Thats why kot dia beria2 nak hadiahkan aku.Aku iye kan aje la..

Last2 awal bulan baru ni dia belikan hadiah ni sebagai hadiah besday merangkap hadiah penghargaan kerana melahirkan Rizqy..Ye hadiah biasa2 je bagi orang lain tapi luar biasa bagi aku.Pestaim seumur hidup pakai jam mahal..Sebelum ni jam paling mahal aku RM25 je made in pasar malam.hihihi..

Kalau ada yg cakap aku nak show off ke hape, lantak ko la.Yang penting aku taw apa niat aku.Kalau betul aku nak show off, setakat jam je kot, bukan tayang lamborghini sebijik, lagi ko jegil2 mata kat aku kan.Ni entry kenangan beb..Kenangan hadiah diusia 27 tahun.Eh bocor rahsia umur aku..huhuhu..

Abi memang jual jam tapi bukan original , gred A je.Tapi bini punya pasal, dia belikan yg Ori lah kasik binik merasa..maklumlah bini tak penah pakai jam mahal2 ni.Kesiann kan. Sob sob sob..

anyway..tenkiuu Abi..ailebiu so much..terus melaram jam baru pegi opis baru..Ehh ..haha


Tuesday, December 2, 2014

Hari pertama bertugas

Yuhuuuu..lamanya tak hadap blog.Laptop kat umah dah bagi hint suruh tukar baru..haha..Arini first day start keje baru dengan suasana baru, kawan baru , skop keje yg baru, gaji baru..Semua baru la senang citer.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku dalam mencari kerja.Memang dari dulu mungkin kebetulan lah, aku jenis yang senang dapat kerja.Bukan nak riak, tapi mungkin tu rezeki bahagian aku kot.Yelaa setiap org rezeki lain2 tak sama.Aku bersyukur YA Allah..

Dan kerja baru kalini aku memang target nak gaji lebih dari gaji tmpat keje lama, dan kerja 5 hari seminggu.Aku dapat 2 tawaran aritu, yang satu tu aku tolak sebab sabtu kerja.Dan aku pilih pilihan kedua ni, selain syarikatnya yang kukuh dan sabtu cuti, aku suka jugak dengan benefit2 yang disediakan.Hari pertama kerja, terlalu awal lagi aku nak menilai, tapi yg pasti super busy..Tu tak kisah sangat..Cepat sikit masa berjalan taw2 je dah nak balik.

Yang best kerja kalini ramai kawan..Semua jenis yang tak menyombong kerek ke hape ke..Setakat ni semua okey..Doakan aku kerja lama kat sini.Aminnn...

Position aku kat opis baru ni Receptionist..Yupp penyambut tetamu..Kena tahan maki yer kawan2...hahahha

Oh yang tak best takleh Online..strictly no facebook n internet kawww...Hurmm rinduu blog..Bertabahlah nakkk