Followers

Thursday, April 14, 2016

Coffee Cottage Cat Cafe, Subang Jaya


 
Sebagai seorang yang dilahirkan sebagai seorang pencinta kucing (haiwan), aku memang dah lama teringin nak lepak Cafe sambil bermanja dengan kucing.Selalu tengok kat Korea je ada cafe macam tu.Ermmm nak ke Korea ntah tahun bila dapat jejak.

Coffee Cottage di aras 1 , naik tanga sebelah 99 Speedmart.
 
Bila dapat tahu yang kat malaysia pon dah wujud Cat CAfe ni, maka hari2 aku stalk ig Cat cafe yg terdapat kat Malaysia ni.Dan yang paling dekat dengan aku , Coffee Cottage ni.Dekat subang jaya je.Dekatlah dengan Puchong.

Coffee Cottage



cake dah banyak habis time ni..
 Adik aku pun sibuk ajak pergi, so hari sabtu haritu berkesempatanlah bawak dia & dak Iqy ke COffee Cottage yang terletak di Subang Jaya ni.
Cafe yang berada ditingkat 1 bersebelahan Speedmart 99 ni mempunyai lebih kurang 10 ekor kucing yang semuanya terdiri dari kucing jalanan yang dikutip dan dipelihara dengan baik disini.Duduk dalam bilik aircond okey.SEdappp je 'dorang' tido mengangkang..Amboiii sangat taw.

rules yang perlu dipatuhi oleh pelanggan.
 
No free sitting kat Cafe ni yer.Lepak pekena kopi sambil membelai kucing syioookkk ooo..Aku order Ice Lemon Tea dan adik aku order Chocolate Ice.Korang boleh pilih samaada nak minum kat luar atau bersama kucing2 kat dalam bilik khas.Hanya minuman je dibenarkan  masuk dalam bilik khas bersama2 kucing, kalau nak makan sila makan kat bahagian luar cafe yang disediakan.



Dak iqy dari mula sampai dia dah asyik meleset dengan kucing ni je.Yang kucing ni plak redha je diperlakukan apa pon oleh dak Iqy.Dia gomol , dia cium, dia belai, usik perut kucing tu, usik ekor..Haish kalau aku jadi kucing tu kompom aku rimasss..hahaha..Tapi kucing tu suka dengan dak iqy jugak, tak berganjak pon, duduk situ jelaaa...hahaha


 Kitorang pilih untuk minum bersama-sama kucing , kitorang lah paling lama duduk dalam tu.Dak Iqy macam biasa lah, dah seronok sangat, ajak balik pon taknak..Grrrr..Aku pon ikutkan hati taknak balikk.Seronok plak layan anak bulus ramai2 ni..hehehe


Bersama kucing favourite Dak Iqy, baik kucing ni, sopan je..Buat apa pon, takde respon apa..Nak kata manja sangat pon tak..Aku lagi manja dari dia..hahahaha..




Yang ni nama dia LC, aku suka dengan kucing ni sebab dia paling gemok sontot padat dan gebu..Sedappp peluk weyyy...Tapi dia tak biasa orang pegang dia, tapi aku peduli apa, aku pegang jugak, aku peluk kuat2, tak muat nak peluk, sampai menggeleber lelemak dia.Hahahahahah...Lawak siot..Gerammmm aku.



              Haaa kan dah kena gomolll..Gerammmm sangat.Rasa nak sedut-sedut lemak dia..


 
Dak Iqy pon geram jugak, terus tinggal kucing favourite dia dan beralih arah suka kat kucing gemok ni pulak.Dia cium-cium nya, dia uli2 perut kucing tu..Aduyaiiii..
 
Info:
Coffee Cottage
1-1, First Floor
Jalan SS15/8A
Subang Jaya,Selangor.
Tel: 03-5613 0078
Time : 1pm - 11pm
Open Daily
 

3 comments:

  1. Steady giler iqy..
    Kucing tu x ngamuk ke kne gomol2?huhu..

    Tak pernah pun pndai main dgn kucing..
    Takut kne cakor..hihi..

    ReplyDelete
  2. pencinta kucing iqy ye..boleh suggest kt adik² ipar ni..dorg pencinta kucing gak...zafirah tu penakut kucing cam mama..hahaha

    ReplyDelete
  3. iqy pun suka kucing ea mcm hariz digomol2 diurut2...kdg klu geram sgt tetiba disepaknya kucing mcm bola redha je kucing tu.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)