Followers

Tuesday, April 14, 2020

PKP sambung lagi


PKP disambung lagi dari 15hb- 28hb April 2020, total semua hampir 6 minggu jugak lah duduk rumah, Bamjoe pon cuti lagi, bulan ni dah tentu2 takde gaji, mujur dapat PM prihatin banyak sangat membantu, bagi bantuan, boleh keluar KWSP. Bolehlah tampung perbelanjaan sikit2, duduk rumah pon ingat tak guna duit ke, abih perut nak diisi jugak..hahahaha..Sewa rumah kena bayar jugak, nasib baik kereta baru je habis bayar, lega sikit.

Masa baru2 PKP dulu bersemangat jugak nak buat menu baru, semua orang buat, kalau boleh nak buat jugak...hahahah..Tapi bila dah masuk minggu kedua, dah start slow down sikit, dah kembali seperti biasa, makan lauk2 biasa je, kadang sampai dah tak larat makan nasi, paksa jugak makan dengan kicap, kena muhasabah diri, syukur lah patutnya masih ada beras kat rumah, masih tak lapar lagi, berjaya jugak ajar diri ni, hahahaha..kalau tak tu, jenuh lah nak melayan nafsu selera yang nak makan macam2 ni, berat pon dah naik, badan pon dah rasa berat, adehhhhh...leher pon dah tenggelam haaa... tu Bamjoe lahh..hahahah.

Minggu depan dah nak start puasa, mesti suram je ramadhan tahun ni, tanpa terawih di surau dan masjid, takde bazar ramadhan..hurmmm, tapi tetap bersyukur dapat menyambut ramadhan dengan family tersayang, rezeki aku jugak duduk dekat dengan mak.Takdelah terasa sangat nanti

Banyak jugak yang berubah musim PKP ni tau, antaranya waktu tidur..Lariiiii giler weyyy...Tak boleh nak tidur awal , mata macam dah tersetting sendiri, mesti paling awal pon pukul 4pg baru terlelap, lelap kejap bangun subuh, pastu tido balik smpai tghari, Ya Ampunnnn perangaiiii..Camne lah nak betulkan balik waktu tidur ni, risau kalau dah start sekolah nanti, jenuh nak bangun awal..Kang bukan anak yang lambat, mak yg terlajak tidur..hahhahaha..

OK nanti sambung bebel lagi...musim PKP ni nak try rajinkan diri update blog..hehehhehe...


Friday, April 10, 2020

Celebrate sekali harung - March babies

Banyak yer yang berlaku secara kebetulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan, macam tahu2 je dah susah nak berkumpul lepas ni, sempat juga meraikan hari lahir untuk semua family member aku yang kebanyakannya lahir bulan MAC. Anak buah aku, Dany & Awish, Dak Iqy, Papa aku .. termasuk yg unofficial family member lagi, bakal adik ipar Hairiel .. Ramai kan bulan Mac, so nak jimat kite raikan sekali harung.Walaupon bila tiba tarikh lahir sebenar akan ada kek lagi dan sambutan kecil2..Contohnya Dak Iqy lah tuuuu...Grrrr gerammm je aku dgn budak ni..Dah 6 tahun ni makin banyak cekadak, dia request nak kek lagi , nak sambut dia sorang je.. Ngada kann..

Tahun ni dah booked awal2 hotel Ancasa kat PD..Tak jauh pon.Mak aku selesa kat situ je..Maka kami pon pergilah awal bulan Mac haritu. Aktiviti kami banyak indoor je sebab masa tu tengah hangat jugaklah isu Covid19 ni, tapi masih boleh berjalan lagi cuma elakkan tempat crowded.Tapi kami memang banyak duduk dalam apartment je masa tu..Biasa kalau datang situ, mesti makan ramai2 kat mana2 restoran ke, tapi sebab keadaan diluar tak berapa elok, jadi kami masak siap2 dari rumah dan sambut je besday anak beranak.Cuma keluar beli kek je..Mujur ada kedai kek Melayu ..Takde lah was was nak makan..heee..



Takdan nak deco beria2, ini je belon yang sempat aku beli..tu pon takdan sampai malam, habis pecah dah belonnya..lantakkk situ..haha..


Disebabkan tahun lepas, kongsi satu biji kek je, budak2 komplen nak kek sorang sebijik..Anak aku lah tuuuu...erkkkk..Maka, hamiklahh korang sorang sebijik kek atas nama sendiri..Nak jugakkk kan..silaaa silaa..



Dimulakan dengan Airiel Danish (14hb March 2007)



Kemudian Airiel Darwish (15hb March 2009)



Disusuli pulak dengan Rizqy Hafiy Aish (17hb March 2014)



Dan terakhir sekali Atok kepada cucu-cucunya (20hb March 1957)


Terselit sorang dak Februari, Dicha...Untuk mengelakkan tiada drama airmata, kite selit lah dicha sekali..hahahaha..




Jom bergambar beramai2 plak, alhamdulillah complete semua 11 beranak .. Tak ramai pon family aku .. Macam family2 lain jugak, asal berkumpul mesti lah happyyy kan..






Monday, April 6, 2020

Siriyesssslah Tahun 2020 kena berkurung dirumah sahaja?


Siriyesss lah, masa aku kecik2 dulu kan aku suka membayangkan masa hadapan, aku selalu fikir masa tahun 2020 nanti umur aku dah sekian2, dengan siapa lah aku kahwin, siapalah suami aku, berapa orang lah agaknya anak aku, zaman tu nanti rumah aku macam manalah agaknya, kereta aku besar ke mewah ke, mahal ke murah?hahahha.. masa tu tak terfikir kereta terbang tapi aku dok bayang kereta solar, tak perlu isi minyak dah, tu pun dah cukup WOW bagi aku masa kecik2 dulu..ahhahahaha..

Pejam celik, tak sangka yer aku sedang melalui kehidupan pada zaman tahun 2020..Alhamdulillah dikurniakan umur yang panjang untuk melalui semua ni, tak sangka aku weyy tahun 2020 ni kena berkurung kat rumah je gara2 si Covid-19 virus pembunuh ni.Dan di ERA ini juga aku dapat merasa erti darurat walaupon bukan darurat yang extreme sgt tu macam zaman mak aku dulu2, tapi cukup untuk aku faham erti kehidupan sebenar, yang kaya tak selamanya kaya, yang miskin tak selamanya miskin, syukurrrr dalam waktu2 tegang macam ni, dikurniakan seorang PM yang sangat berjiwa rakyat yang sentiasa prihatin dgn setiap golongan dari yg paling bawah hingga teratas, sayang PM Muhyiddin Yassin...Abah2 sangat PM kalini yer...

Aku sengaja nak kongsi pasal ni kat blog buat tatapan anak cucu aku nanti...hahahaha...nnt bolehlah aku cerita apa yang jadi pada tahun 2020 ni.Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama adalah selama 2 minggu, 2minggu kena duduk ontok2 sahaja dirumah yer, hanya ketua keluarga seorang sahaja dibenarkan keluar untuk urusan beli barang dan urusan2 penting.Sangat mendukacitakan untuk seorang NORY yer yang dah terbiasa merayap setiap hari tanpa kawalan..hahahaha..Tapiiii takdelah sampai tahap bosan sangat pon, asal rasa bosan je, bawak2 lah buat kerja rumah yang tak pernah habis tu, kalau sebelum ni seminggu sekali je mop lantai, sejak PKP ni, hari2 aku mop lantai yer...Satu pencapaian yang terbaik untuk aku..Haaaa tepok!!!!

Tapi yang sedihnya aku terpisah dengan family aku, walaupon boleh je pergi sebab dekat je, 5 minit dah sampai, tapi demi mematuhi perintah kerajaan, aku ikutkan aje..Layan lah sedih sorang2, acah2 tenang tapi jiwa kacau dok rindu kat mak..huhuhuhuhuu...Aku siap call mak aku cakap aku nak singgah rumah mak jap sebab rinduuu, mak aku tak bagi weyyy...sentappp!!!!hahhahaha..Mujurlah aku berjiran dengan mak sedara aku sendiri, so takdelah bosan sangat..Dak Iqy lah paling terkesan, musim2 PKP ni lah dia boleh buat permintaan cepukcemas, dia cakap "mama bila Iqy nak ada adik eh, Iqy bosan lah main sorang2" erkkkkkk camne nak jawab ekk..huhuhuh..

Pastu dok ungkit lah hal kawan2 dia semua ada adik beradik, dia sorang je takde adik beradik...aduhaiii..taktau lah nak seram ke nak simpati...Pastu dia boleh tanya lagi, "camne eh mama nak buat adik, susah ke?"  errkkkkkk makin seram yer soalan kau nakkk oiii..

Berbalik pada isu PKP tadi, belum lagi selesai tempoh 2 minggu PKP , PM buat pengumuman lagi, PKP ditambah lagi 2 minggu (fasa kedua), jadi total sebulan jugaklah dok memerap dirumah bersama suami dan anak.Tapi dah macam terbiasa kan, so tak rasa apa, takde panic buying pon, taktaulah orang lain kan, dengar kata sampai kosong rak kat SUPERMARKET tu haaa...Sepanjang PKP Bamjoe selaku ketua keluarga yang kena keluar rumah untuk urusan beli barang steady je, takde masalah dengan Bamjoe sebab dia lagi terer bab beli barang dapur daripada aku..Dok viral kisah lucu para suami yang blur bila mencari barang2 dapur, mujur lah Bamjoe steady, kalau tak lagi naya, sebab bini dia lagi noob bab2 barang dapur masak memasak ni.

Tiap kali dia keluar beli barang dapur yang dah habis, aku tak pernah bagi list panjang pon, dia sendiri tahu nak beli apa, apa yang habis, aku cuma tambah2 je, lagipon aku tak beli banyak2, beli sikit2 je, aku cuma perlu cakap aku nak masak or makan apa je, contoh aku kata nak masak rendang ayam , so list bahan2 semua bamjoe dah tau dah..Nak buat desert pon sama, aku cakap nak buat puding apa blaa...blaaa...dia tau dah bahan apa nak kena beli...u are so AMAZING 
Bamjoe..I Laffffff you juta2 lemon lahhhh cmni...hahhaha


Kalau nak tahu musim PKP ni, masing2 rajin masak yer, macam2 resipi menu2 baru dok viral kat MedSoc, nak dengan taknak buat je, tapi biasanya mesti nak buat, dah takde kerja apa nak buat lagi kan, mencekikkk je lah kau labuuu...hahahah..Sedikit sebanyak membantu aku mengasah skill2 masakan aku..hahahah..Besar jugak yer hikmah PKP ni, macam2 kalau nak tulis, disebalik murung bila kena berkurung tapi hikmah yang tersembunyi tu banyak..Lebih banyak masa dengan suami dan anak, macam2 aktiviti boleh buat sama2, so bila dah masuk fasa kedua PKP ni, nampak masing2 dah selesa dan dah boleh adapt dengan situasi..Semoga keadaan semakin pulih dan beransur baik hari demi hari, rinduuuu jugak yer nak beraktiviti kat luar, rasa dah putih 3 tona lebih cerah dah kulit ni arrr..hahhaha

Meh layan beberapa juadah hasil hasil terpengaruh tengok rakan2 di MedSoc berkongsi resipi dan gambar juadah masing2...




















Dan yang paling popular pada tahun 2020 ni, disebabkan tahun segala jenis Rancangan persembahan Anugerah di batalkan, jadi tiada artis yang menang tahun ni, tahun ni pecah rekod yer, artis takleh cari makan dahh, gara2 satu isu yang dicetuskan, tapi tak semua artis tak baik yer, segelintir je, kite jangan nak main pukul rata, kesian dorang manusia jugak, jadilah netizen yang positif, apa yang kite komen tu nanti kalau salah satunya tak betul, tak ke fitnah tu, jenuh nak merangkak kat sana  nanti..Ok2 berbalik pada Bintang Paling Popular untuk tahun 2020 bersempena PKP ni, jatuh kepadaaaaa.......drum rollll 4 juta kali......
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..

.
.
.
.
.
.




.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


































































































































































.......












jeng jeng.....






.






.




.





















jatuh kepada......
.

.




.

.


.


.




GARDENIAAAAAAA!!!!!
Sungguh enak dimakan begitu saja...Dasyatt weyyy, punya susah nak dapat roti ni di tahun 2020 yer, baru nampak side mirror lori Gardenia je, semua dah tak tentu arah, jiwa bergelora, adakah ini cinta pandang pertama....hahahhaha...


So yang mana dapat beli, wajib selfie satu kaliiii...dasyat okey aura si Gardenia niiii...
Makin kaya lahhh Uncle Slocumm & Auntie Rosie...hahahhaha...
Ok dah baiiii...dengar kata PKP akan disambung lagi, mungkin tahun beraya didalam rumah sendiri sahaja...REDHAAAAAAA.......






Sunday, April 5, 2020

Hello 2020 | Dak Iqy dan Pra Sekolah


Permulaan tahun baru 2020 yang baik walau tanpa kereta terbang, alaa kalau ada pon, belum tentu aku mampu beli, hahaha..Lagi haru nak tambah hutang kereta untuk kesekian kalinya, aku tengah bahagia sekarang ni sebab dah lepas 1 beban hutang kereta selama 9 tahun menanggungnya, padahal bamjoe yang bayar bulan, ko gebang je lebih kan..hahahah.

First of all, jangan ditanya kenapa tetiba wujud seketul post kat blog yang hidup segan mati tak mahu ni..hahaha..sebab nanti jawapannya sangat cliche..so azam tahun baru ni taknak bagi jawapan yang agak cliche sangat ni..hehehe...hadap jela bila tetiba muncul dan tiba2 tenggelam semula..maklumlah faktor usia..Zaman kita aktif dulu masa umur kite 20-an, skrg dah 30-an wakkk...hukhukhukhuk
Camne hari pertama di tahun baru korang? Okey ke tak okey? Permulaan hari di tahun 2020, aku ada 2 job haritu, sampai ke tengah malam baru jejak rumah, since aku dah tak bekerja sekarang, dan buat bisnes kecik2 dari rumah, aku dah tak kisah public holiday ke hape, aku langgar je, aku amik je job bila2 masa sahaja, tak macam masa aku bekerja dulu, aku sangat berkira soal cuti dan masa, hahahaha..Mungkin sebab tu gaji rasa tak cukup je kan, padanlah muka.Skrg bila dah kerja sendiri, aku lah kuli aku lah boss, maka marilah kite bekerja keras, tapi langsung aku tak kisah time cuti ke public holiday ke..aku happy je, aku rasa lebih happy dan tenang dan tak stress.Alhamdulillah, aku ditemukan dengan customer2 yang baik2, dan tak cerewet yang kaw2..Yang sikit2 tu biasa je bagi aku, lagipon aku memang spesis suka layan kerenah manusia.Ramai yang dari kalangan customer aku yang dah jadi kawan aku.

So macam biasa, tu baru mukadimah je, 3 perenggan yer mukadimah saje tau.Berbalik pada tajuk asal, aku happy giler tahun ni, sebab Dak Iqy dapat masuk Pra sekolah.Aku terlalu berharap sangat dapat pra sekolah ni,Tapi sedih jugaklah nak tinggalkan tadika sebelum ni, risau jugak takut Dak iqy taknak tukar sekolah, tapi alhamdulillah lepas bincang dengan Iqy , dia okey je , relax je, cuma mula2 asyik tanya lah kawan2 dia yg kat tadika lama ada sekali tak..Tapi takdelah dia membentak ke apa, dia follow the flow je.Ramai jugak yang DM aku kat IG camne Iqy boleh dapat Pra sekolah..Aku pun daftar online je, tu pon macam tak konpiden boleh dapat ke tak ni..Bulan julai kalau tak silap aku, dapat email mengatakan Iqy "tidak layak" untuk kemasukan Pra sekolah..Frust jugaklah masa tu, sebab aku berharap sangat dapat, walaupon tak konpiden.Tapi aku cuba buat rayuan, alih2, lagi 2 minggu nak buka sekolah, pihak sekolah call bagitahu iqy dapat tawaran untuk Pra sekolah..Ini tahun pertama, pihak sekolah buka 1 sessi lagi untuk sebelah petang..Nampakk tak..dah memang rezeki Dak Iqy kat situ, aku perasan jugak, rezeki yang baik2 selalu menyebelahi Dak Iqy, terima kasih Allah..


Dalam masa  2 minggu tu, kelam kabut lah buat persiapan, nasib baik belum bayar yuran kat tadika lama lagi, sebab dah deal nak bayar masa buka sekolah nanti, macam tahu2 je..Masa dapat call offer tu, esok tu kena terus daftar kat sekolah dengan bayar yuran sekali..Macam Prasekolah Iqy ni, yurannya RM158 dan yang penting bulan2 takyah bayar pape dah,phewww lega, syukur ya Allah, baju kena beli sendiri..tshirt putih berkolar, seluar hitam, kasut dan stokin hitam.
Pestaim kan masuk prasekolah, banyak lah benda baru yang dipelajari, persiapan pon ala2 nak masuk darjah 1 tau, siap join perhimpunan sekali, yang bagusnya tahun depan masuk darjah 1, dia tak kekok lah sebab dah biasa dengan persekitaran sekolah.



Nak dijadikan cerita, Iqy dapat sessi petang, sebab nak ikutkan tahun sebelum2 ni takde pon sampai kena tambah dua sessi bagai.. Tahun ni ibarat tahun rezeki bagi Dak Iqy kot.. boleh plak dia dapat last minit, sessi petang pon petang laa..Tapi dalam hati selalu jgak cakap kalau dapat sessi pagi kan best.. petang boleh relax, kebetulan sepupu Iqy pon dapat pra tapi dia sessi pagi, sebab dia pemilihan yg pertama, so kan best kalau sekali harung dua2 sessi pagi, sebab tahun ni aku start mengasuh dia sekali.



Tapi aku takdelah berharap sangat dapat tukar ke sessi pagi, takde pon bodek2 cikgu ke mintak tukar ke sessi pagi, bagi aku dah dapat ni pon dah bersyukur sangat dah.. Lagi nak banyak bunyik plak kan..hahaha..

Tapi tulaaa , dah nama pon rezeki kan.. betul lah orang kata, apa yang kita sebutkan tu akan jadi kenyataan,lambat atau cepat je..Ni tiba2 satu hari tu cikgu umumkan kat grup wassap, bagitau yang sessi pagi ada satu lagi kekosongan, sebab ada sorang pelajar tarik diri.So cikgu open pada siapa yang nak, sape cepat dia dapatlah kan.. kebetulan plak masa tu aku mmg tengah mengadap phone..Laju2 lah aku reply kata NAK..rupanya ramai parent yg berminat jgak nak tukar ke sessi pagi, tapi disebabkan aku yg pertama respon, maka rezeki berpihak pada Rizqy Hafiy Aish laaa.Alhamdulillah legaa..

2 ketul sepupu..satu sekolah, satu kelas, satu rumah tapi tak satu kepala, hahahha..kerja nak bergaduh aje..kalau baik pon seminit je..bila cuti rindu2an, bila jumpa gaduh...grrrrr....



Cantik je perancangannya..Senang lah aku pickup dorang sekali harung.Kalau tak jenuh nak kena pegi balik, ambik dan hantar sorang2, kalau dorg berlainan sessi..Disebabkan cikgu2 pon dah tau yang dorang berdua ni sepupu, cikgu bagi dorang satu kelas pulak, ikutkan aku nak dorang asing2 kelas,takut dorang bosan, kat kelas muka ko, kat umah pon muka ko, kat umah nenek pon muka ko...hahahaha.. nsb baik cikgu tak bagi dorang duduk sebelah2.. kalau tak lagi jemu lah masing2 mengadap muka masing2 sampai ke besar..haha..

Dan secara rasminya, tahun ni aku ada 3 job.. hahhahha..pengasuh, bisnes surprise, pemandu grab utk anak buah lagi sorang..memang busy giler..tapi masih sempat selit masa untuk mak aku sekali.. mana boleh tinggal mak aku sorang tu..suka nau mengekor aku kemana2, aku yg kadang macam kesian takut dia penat, tapi nak ikut jugak..baiklahhh mak.. jom kite.. haha