Followers

Monday, April 6, 2020

Siriyesssslah Tahun 2020 kena berkurung dirumah sahaja?


Siriyesss lah, masa aku kecik2 dulu kan aku suka membayangkan masa hadapan, aku selalu fikir masa tahun 2020 nanti umur aku dah sekian2, dengan siapa lah aku kahwin, siapalah suami aku, berapa orang lah agaknya anak aku, zaman tu nanti rumah aku macam manalah agaknya, kereta aku besar ke mewah ke, mahal ke murah?hahahha.. masa tu tak terfikir kereta terbang tapi aku dok bayang kereta solar, tak perlu isi minyak dah, tu pun dah cukup WOW bagi aku masa kecik2 dulu..ahhahahaha..

Pejam celik, tak sangka yer aku sedang melalui kehidupan pada zaman tahun 2020..Alhamdulillah dikurniakan umur yang panjang untuk melalui semua ni, tak sangka aku weyy tahun 2020 ni kena berkurung kat rumah je gara2 si Covid-19 virus pembunuh ni.Dan di ERA ini juga aku dapat merasa erti darurat walaupon bukan darurat yang extreme sgt tu macam zaman mak aku dulu2, tapi cukup untuk aku faham erti kehidupan sebenar, yang kaya tak selamanya kaya, yang miskin tak selamanya miskin, syukurrrr dalam waktu2 tegang macam ni, dikurniakan seorang PM yang sangat berjiwa rakyat yang sentiasa prihatin dgn setiap golongan dari yg paling bawah hingga teratas, sayang PM Muhyiddin Yassin...Abah2 sangat PM kalini yer...

Aku sengaja nak kongsi pasal ni kat blog buat tatapan anak cucu aku nanti...hahahaha...nnt bolehlah aku cerita apa yang jadi pada tahun 2020 ni.Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama adalah selama 2 minggu, 2minggu kena duduk ontok2 sahaja dirumah yer, hanya ketua keluarga seorang sahaja dibenarkan keluar untuk urusan beli barang dan urusan2 penting.Sangat mendukacitakan untuk seorang NORY yer yang dah terbiasa merayap setiap hari tanpa kawalan..hahahaha..Tapiiii takdelah sampai tahap bosan sangat pon, asal rasa bosan je, bawak2 lah buat kerja rumah yang tak pernah habis tu, kalau sebelum ni seminggu sekali je mop lantai, sejak PKP ni, hari2 aku mop lantai yer...Satu pencapaian yang terbaik untuk aku..Haaaa tepok!!!!

Tapi yang sedihnya aku terpisah dengan family aku, walaupon boleh je pergi sebab dekat je, 5 minit dah sampai, tapi demi mematuhi perintah kerajaan, aku ikutkan aje..Layan lah sedih sorang2, acah2 tenang tapi jiwa kacau dok rindu kat mak..huhuhuhuhuu...Aku siap call mak aku cakap aku nak singgah rumah mak jap sebab rinduuu, mak aku tak bagi weyyy...sentappp!!!!hahhahaha..Mujurlah aku berjiran dengan mak sedara aku sendiri, so takdelah bosan sangat..Dak Iqy lah paling terkesan, musim2 PKP ni lah dia boleh buat permintaan cepukcemas, dia cakap "mama bila Iqy nak ada adik eh, Iqy bosan lah main sorang2" erkkkkkk camne nak jawab ekk..huhuhuh..

Pastu dok ungkit lah hal kawan2 dia semua ada adik beradik, dia sorang je takde adik beradik...aduhaiii..taktau lah nak seram ke nak simpati...Pastu dia boleh tanya lagi, "camne eh mama nak buat adik, susah ke?"  errkkkkkk makin seram yer soalan kau nakkk oiii..

Berbalik pada isu PKP tadi, belum lagi selesai tempoh 2 minggu PKP , PM buat pengumuman lagi, PKP ditambah lagi 2 minggu (fasa kedua), jadi total sebulan jugaklah dok memerap dirumah bersama suami dan anak.Tapi dah macam terbiasa kan, so tak rasa apa, takde panic buying pon, taktaulah orang lain kan, dengar kata sampai kosong rak kat SUPERMARKET tu haaa...Sepanjang PKP Bamjoe selaku ketua keluarga yang kena keluar rumah untuk urusan beli barang steady je, takde masalah dengan Bamjoe sebab dia lagi terer bab beli barang dapur daripada aku..Dok viral kisah lucu para suami yang blur bila mencari barang2 dapur, mujur lah Bamjoe steady, kalau tak lagi naya, sebab bini dia lagi noob bab2 barang dapur masak memasak ni.

Tiap kali dia keluar beli barang dapur yang dah habis, aku tak pernah bagi list panjang pon, dia sendiri tahu nak beli apa, apa yang habis, aku cuma tambah2 je, lagipon aku tak beli banyak2, beli sikit2 je, aku cuma perlu cakap aku nak masak or makan apa je, contoh aku kata nak masak rendang ayam , so list bahan2 semua bamjoe dah tau dah..Nak buat desert pon sama, aku cakap nak buat puding apa blaa...blaaa...dia tau dah bahan apa nak kena beli...u are so AMAZING 
Bamjoe..I Laffffff you juta2 lemon lahhhh cmni...hahhaha


Kalau nak tahu musim PKP ni, masing2 rajin masak yer, macam2 resipi menu2 baru dok viral kat MedSoc, nak dengan taknak buat je, tapi biasanya mesti nak buat, dah takde kerja apa nak buat lagi kan, mencekikkk je lah kau labuuu...hahahah..Sedikit sebanyak membantu aku mengasah skill2 masakan aku..hahahah..Besar jugak yer hikmah PKP ni, macam2 kalau nak tulis, disebalik murung bila kena berkurung tapi hikmah yang tersembunyi tu banyak..Lebih banyak masa dengan suami dan anak, macam2 aktiviti boleh buat sama2, so bila dah masuk fasa kedua PKP ni, nampak masing2 dah selesa dan dah boleh adapt dengan situasi..Semoga keadaan semakin pulih dan beransur baik hari demi hari, rinduuuu jugak yer nak beraktiviti kat luar, rasa dah putih 3 tona lebih cerah dah kulit ni arrr..hahhaha

Meh layan beberapa juadah hasil hasil terpengaruh tengok rakan2 di MedSoc berkongsi resipi dan gambar juadah masing2...




















Dan yang paling popular pada tahun 2020 ni, disebabkan tahun segala jenis Rancangan persembahan Anugerah di batalkan, jadi tiada artis yang menang tahun ni, tahun ni pecah rekod yer, artis takleh cari makan dahh, gara2 satu isu yang dicetuskan, tapi tak semua artis tak baik yer, segelintir je, kite jangan nak main pukul rata, kesian dorang manusia jugak, jadilah netizen yang positif, apa yang kite komen tu nanti kalau salah satunya tak betul, tak ke fitnah tu, jenuh nak merangkak kat sana  nanti..Ok2 berbalik pada Bintang Paling Popular untuk tahun 2020 bersempena PKP ni, jatuh kepadaaaaa.......drum rollll 4 juta kali......
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..

.
.
.
.
.
.




.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


































































































































































.......












jeng jeng.....






.






.




.





















jatuh kepada......
.

.




.

.


.


.




GARDENIAAAAAAA!!!!!
Sungguh enak dimakan begitu saja...Dasyatt weyyy, punya susah nak dapat roti ni di tahun 2020 yer, baru nampak side mirror lori Gardenia je, semua dah tak tentu arah, jiwa bergelora, adakah ini cinta pandang pertama....hahahhaha...


So yang mana dapat beli, wajib selfie satu kaliiii...dasyat okey aura si Gardenia niiii...
Makin kaya lahhh Uncle Slocumm & Auntie Rosie...hahahhaha...
Ok dah baiiii...dengar kata PKP akan disambung lagi, mungkin tahun beraya didalam rumah sendiri sahaja...REDHAAAAAAA.......






1 comment:

  1. amboi rajinnya nory masak..nasib tak berjiran klu tak dah tumpang sekaki..hihi

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)