Followers

Thursday, June 5, 2014

Photobook datang lagi

Aku kalau tetiba datang mood rajin, hamikk ko sekali 3 photobook aku pulun, hadapp sehari suntuk 3 hari 4 malam..Hahahah..Tapi jangan datang mood malas, hurmm memang ntah kemana lah photobook tu.Ni pon rajin sebab Photobook Malaysia postponed tarikh "luput" untuk redeem voucher, Alaaa ingat tak groupon ada bagi freee photobook tahun lepas, jangan tak tau, aku book sekali 8 bijik photobook..Hamikk kau, tamak bin haloba mister loba-loba betul..2 bijik dah sedekah kat Ieza, sebab aku dah takde gambar nak dibuat album dah lagipon tarikh expired dah nak dekat, kang tak sempat rugi je tak dapat redeem kan.Tinggallah 6 bijik kat aku, 3 bijik dah siap lama dah..Lagi 3 bijik aku pulun last minit, boss plak cuti 2 hari minggu lepas, aku dok ngadap Photobook jela..Tenkiuu boss sebab cuti...kihkihkih


3 bijik photobook aku buat untuk Majlis Kesyukuran Rizqy & Delysha, Gambar2 honeymoon trip kat Krabi taun lepas, dan himpunan gambar2 Rizqy dari lahir sampai sekarang..


Meh nak tunjuk photobook Rizqy, gigih mak ko ni mengedit walau tangan tak berapa nak berseni, tapi hokayyy lah dari tak ada taw, nanti dah besar tanya kawan2, ade tak mak dorang buat macam ni, mesti tak ramai yang buat, paling sadis takde sape pon yang buat...hahahaha...Bersyukur lah nak, mak ko rajin terlebih...kahkahkahkahkah..Yang atas ni gambar muka depan.Gambar Rizqy fresh from heaven, bukan dari oven yer, tapi dari heaven (syurga)..Apa ko ingat anak aku ayam panggang keluar dari oven?...hahahaha


Bahagian belakang album..Suka sangat dengan word "Arjuna Beta"..Rizqy pon suka lagu tu, tiap kali tido nak kena nyanyi lagu tu sambil popok2 montot, kompom lena..


Tersenyum sendiri bila tengok gambar2 Rizqy, dari dia lahir, dari badan dia kurus melidi sampai dah sedebab sekarang ni..Sedih je tengok gambar dia masa die kena kuning, kesian je muka dia, badan pon kecik, lemah je..Sekarang alhamdulillah, dah bebas dari kuning, ye lahh nak masuk 3 bulan dah pon..Tapi mak ko ni trauma tak hilang lagi, terbayang2 muka Rizqy time kena tahan kat NICU..Kesian anak mama..


 Lagi 2 photobook tu, bukan taknak tunjuk, tapi gambar semua dah ade dalam entry Krabi, satu lagi yang Majlis Kesyukuran tu nanti aku hapdet entry lain..Ok lah tu je nak storyyy..


Tuesday, June 3, 2014

Hadiah sempena 2 bulan

Sempena sambutan ke-2 bulan Rizqy, mama Ida belanja bawak pergi short vacation.Tak jauh pon, dekat je, tak kesah dekat ke jauh, yang penting bercuti jugak namanya, dan yang paling best dapat berkumpul "adik beradik", Yaya, Syafiq, Ida , Andi, aku , Abi n Rizqy..Mila n Ieza tak dapat join sebab ada hal..See!! Memang susah nak kumpul sekali semua ada, masing2 busy kalah menteri..hikhikhikhik..

Kitorang bermalam dekat homestay(kondominium) di Damansara Damai..Gelak laa, gelak laa..mesti korang nak cakap, alaaa apa barang bercuti dekat2..Heyyy sape cakap bercuti kena pergi jauh2, dekat2 pon boleh dikira bercuti taw, even kau pacak khemah belakang rumah sekalipun dah boleh dikira sebagai bercuti..hhoho..


Apa weolls buat 2 hari 1 malam kat homestay tu?Macam2 aktiviti kitorang buat, mandi pool, barbeque, sembang2, celebrate baby shower Yaya, photoshoot..See!!! Padat dengan aktiviti kan..Senang je nak jadikan sesebuah percutian tu bermakna, bercuti dengan geng satu kepala, kompom happening, kau check in homestay dalam KL pon macam check in hotel kat Bali..hahahaha...Bali jugak jadik contoh kan...hhuuhu..


Geng suami berkumpul kat balkoni sambil bakar berger besar..Berger bapakkk besar yang lagi besar dari muka aku ni, Andi yang buat..Perghhh..Pestaim aku makan berger tak habis, padahal feberet aku kot tak pernah tak habis kalau makan..Ni sebab size dia yang terlampau besar sampai terkeluar daripada paksinya buat aku tak larat nak perabihkan..Tapiii...seriusss sedappp...Nory bagi 5 bintang..clap!!clap!! clap!!..


Gune gambar print screen dari blog Ida jela, sebab sekarang payah sikit nak pegang camera, sejak dah ada "handbag" ni kan..hehehe..Ni aktiviti petang hari lepas siap SET UP pelamin mini a.k.a photobooth untuk baby shower Yaya..Aku n Rizqy telan airliur jela tak dapat nak berendam sekali..Takpe next 2 month dah boleh kot campak Iqy dalam kolam, tau2 dah terer berenang je nanti..hahah..Nanti leh repeat kat pool rumah Yaya plak..yeayyy!!


Kasi tunjuk sikit hasil seni dari tangan berseni, sape lagi kalau bukan Ida..Laki bini tangan berseni okay..Aku duk tolong sikit2 je..Terus terang cakap, aku memang buta seni..hahha.


Iqyshann macam biasa tido atas perut abah dia..So, mama boleh sambung bergosip, Abah jaga Iqy kejap ek..hehehe..


Budak ni memang kuat meleset ngan abah dia, tak kasi can mama langsung dah..Sabor jelaa..hukhukhuk..Genap 2 bulan Rizqy hari tu, hari sebelum tu cucuk untuk 2 bulan, nasib baik tak demam, abah je cuak lebih..Rizqy kuat lah abah, tak pasal2 mama tak dapat join photoshoot outdoor..Pasrah jela photoshoot indoor aje..huhu..Aiyokkk mama merajukk...


Keesokkan harinya, pagi2 dah siap..Ada photoshoot jap lagi, tu yang pagi2 dah siap.Baju sedondon memasing..Semua bau kedai..Nantilah sambung story pasal photoshoot plak..Ngeeee...


Monday, June 2, 2014

Arjuna Beta - Rizqy Hafiy Aish


Lagu ARJUNA BETA, mama tujukan khas buat anak sulung mama, Rizqy Hafiy Aish..Ingat lah sayang, dunia ni banyak ragam, hidup tak sentiasa indah, banyak cabaran, banyak rintangan, panjang lagi perjalanan Rizqy dalam kehidupan ni, moga jadi anak yang terbaik yer sayang,,Doa mama & abah sentiasa mengiringi. .

MAMA & ABAH LOVE U SO SO SO MUCH....!!!


Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ulr
Mama takkan berundur

Nyamanlah ARJUNA BETA
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada suatu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah ARJUNA BETA
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Mama takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Mama memujukmu anakanda