Followers

Tuesday, June 3, 2014

Hadiah sempena 2 bulan

Sempena sambutan ke-2 bulan Rizqy, mama Ida belanja bawak pergi short vacation.Tak jauh pon, dekat je, tak kesah dekat ke jauh, yang penting bercuti jugak namanya, dan yang paling best dapat berkumpul "adik beradik", Yaya, Syafiq, Ida , Andi, aku , Abi n Rizqy..Mila n Ieza tak dapat join sebab ada hal..See!! Memang susah nak kumpul sekali semua ada, masing2 busy kalah menteri..hikhikhikhik..

Kitorang bermalam dekat homestay(kondominium) di Damansara Damai..Gelak laa, gelak laa..mesti korang nak cakap, alaaa apa barang bercuti dekat2..Heyyy sape cakap bercuti kena pergi jauh2, dekat2 pon boleh dikira bercuti taw, even kau pacak khemah belakang rumah sekalipun dah boleh dikira sebagai bercuti..hhoho..


Apa weolls buat 2 hari 1 malam kat homestay tu?Macam2 aktiviti kitorang buat, mandi pool, barbeque, sembang2, celebrate baby shower Yaya, photoshoot..See!!! Padat dengan aktiviti kan..Senang je nak jadikan sesebuah percutian tu bermakna, bercuti dengan geng satu kepala, kompom happening, kau check in homestay dalam KL pon macam check in hotel kat Bali..hahahaha...Bali jugak jadik contoh kan...hhuuhu..


Geng suami berkumpul kat balkoni sambil bakar berger besar..Berger bapakkk besar yang lagi besar dari muka aku ni, Andi yang buat..Perghhh..Pestaim aku makan berger tak habis, padahal feberet aku kot tak pernah tak habis kalau makan..Ni sebab size dia yang terlampau besar sampai terkeluar daripada paksinya buat aku tak larat nak perabihkan..Tapiii...seriusss sedappp...Nory bagi 5 bintang..clap!!clap!! clap!!..


Gune gambar print screen dari blog Ida jela, sebab sekarang payah sikit nak pegang camera, sejak dah ada "handbag" ni kan..hehehe..Ni aktiviti petang hari lepas siap SET UP pelamin mini a.k.a photobooth untuk baby shower Yaya..Aku n Rizqy telan airliur jela tak dapat nak berendam sekali..Takpe next 2 month dah boleh kot campak Iqy dalam kolam, tau2 dah terer berenang je nanti..hahah..Nanti leh repeat kat pool rumah Yaya plak..yeayyy!!


Kasi tunjuk sikit hasil seni dari tangan berseni, sape lagi kalau bukan Ida..Laki bini tangan berseni okay..Aku duk tolong sikit2 je..Terus terang cakap, aku memang buta seni..hahha.


Iqyshann macam biasa tido atas perut abah dia..So, mama boleh sambung bergosip, Abah jaga Iqy kejap ek..hehehe..


Budak ni memang kuat meleset ngan abah dia, tak kasi can mama langsung dah..Sabor jelaa..hukhukhuk..Genap 2 bulan Rizqy hari tu, hari sebelum tu cucuk untuk 2 bulan, nasib baik tak demam, abah je cuak lebih..Rizqy kuat lah abah, tak pasal2 mama tak dapat join photoshoot outdoor..Pasrah jela photoshoot indoor aje..huhu..Aiyokkk mama merajukk...


Keesokkan harinya, pagi2 dah siap..Ada photoshoot jap lagi, tu yang pagi2 dah siap.Baju sedondon memasing..Semua bau kedai..Nantilah sambung story pasal photoshoot plak..Ngeeee...


5 comments:

  1. daebakkkk geng2 Nory mmg da best la... betol2, mmg setuju... cuti x payah p jauh2 asalkan dapat bersembang x cukup tanah he3

    ReplyDelete
  2. tak kisah cuti kat mana janji dpt kumpul sekeluarga dan have fun kan...

    ReplyDelete
  3. bestnya...... nnt bg kat akk add homestay nie boleh x? :)

    ReplyDelete
  4. seronoknye..lagi2 dapat masuk pool..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)