Followers

Thursday, June 12, 2014

Majlis Kesyukuran Rizqy & Delysha



Majlis Kesyukuran ni diadakan beberapa hari lepas aku habis pantang 44 hari..Maknanya time ni Rizqy (Iqy) baru sebulan lebih, anyonyonyo kecik kemetot je time ni, tapi kemain lagi dengan seluar jeans dan kemeja, konon macam orang bujang lettew..haha..Biasanya kalau majlis kesyukuran ni kebanyakan baby boy mesti pakai baju melayu, aku macam alaaaa boleh tak kalau tak pakai baju melayu, baby girl elok je siap bergaun renda2 bagai, baby boy takkan baju melayu jeee..Nak bergaya jugak, tu pasal lah aku pakaikan Iqy seluar jeans n kemeja, lantaklah nak cakap apa pon, anak aku kan..Nak kata salah, takkan kot, abih tu baby girl pakai gaun boleh plak, apsal tak pakai baju kurung...Haaaa cer citer...So jangan banyak bunyikk...hahahaha...

Airiena Delysha @ Dicha

Rizqy Hafiy Aish @ Iqy

Ok lets sambung cerita, majlis kesyukuran ni diadakan sempena menzahirkan rasa kesyukuran atas kurniaan Rizqy Hafiy Aish dan Airiena Delysha (anak buah) dalam keluarga kami.Alhamdulillah, tahun ni mak n papa dapat sepasang cucu lelaki dan perempuan dengan beza usia selang sebulan je...Iqy dan Dicha ni kira pangkat sepupu lah, Dicha anak abang aku yang ketiga, satu2nya cucu perempuan dalam keluarga aku.Dicha lahir 15 Februari 2014...Iqy lahir 17 Mac 2014..Ngam2 30 hari jarak usia dorang ni, dah besar nanti satu sekolah lah kiranya..


04 May 2014, kitorang berpakat adik-beradik nak buat majlis kesyukuran ikut kemampuan yang ada, nak buat aqiqah tak cukup bajet, insyaALLAH ada bajet lebih nanti nak buat untuk Iqy..Tapi ntah bila lah nak ada bajet lebih tu kan..hahaha..So, dengan bajet yang dah ditong-tong adik beradik dengan bantuan mak n papa sekali maka berlangsunglah majlis sederhana yang dihadiri sedara mara, jiran-jiran dan sahabat handai.

Dua hari sebelum majlis




Hari jumaat, kitorang anak beranak je setelkan door gift untuk tetamu, tampal sticker, masuk itu, masuk ini, agih2kan button badge, macam2 arr..Pukul berapa ntah tidur aku pon dah lupa, Jenuh jugak nak siapkan 250 unit door gift..Nasib baik Iqy tidor lama time tu..Bolehlah pulun buat kerja habis-habisan..huhu

Mak pon tolong sekali untuk persiapan cucu2 tersayang..Saaayyyaaaanggg mak.
Kak Yati ibu Dicha..Busyyy giler time ni..huhuu


Sehari sebelum majlis


Hari sabtu sehari sebelum majlis, ade food review dengan blogger, mulanya macam serba salah nak pegi nak tinggalkan rumah yang tengah busy untuk persiapan esok, tapi demi sesuap nasi, aku pegi jugak sessi food review tu hangkut Iqy n Abi sekali..Hehehe. Petang tu balik dari event geng kembar (Ieda, Yaya, Mila) follow balik rumah, dorang nak tolong2 katanya..Tolong cucuk marshmallow beramai2.Ada chocolate fountain esok taw...(Jom main celup2 cekelat)...Ohhhh tenkiuuu korang..Ieza tak dapat join, lepas event dia terus balik, why mak why????huhuhu

Khemah 2 bijik dah tersergam indah depan rumah dengan tema biru + pink..Biru mewakili Iqy dan pink mewakili Dicha..Hurmm teringat 3 tahun lepas, bulan yang sama jugak, masa tu aku n abi excited tunggu orang pasang khemah untuk majlis perkahwinan kami, tapi harini kami excited tunggu orang pasang khemah untuk meraikan rasa kesyukuran dengan kehadiran permata hati kami, Rizqy Hafiy Aish..How time's fly....huhuhu...Now, I is mak orang u know...!!! ahaksss..


Buaian Berendoi dari Buaian Berendoi RizqiAleesya (facebook link)...Nama seakan2 Iqy dan Dicha...Yang pasti aku sangat berpuas hati dengan service dari Buaian Berendoi RizqiAleesya ni..Harga yang sangat berpatutan dan berbaloi sesuai dengan hiasan buai yang simple but nice, tak sarat sangat...I loikkeee...Nory bagi 5 bintang...Ehhh!!!..hehe



Malam tu jugak, kakak buai tu datang pasang buaian berendoi untuk Iqy dan Dicha "bersanding" esok..hehee...Rasa macam main kawen2 plak, dengan pengantin cilik 2 orang ni..hahaha..


Ramai jugak sedara mara yang datang tolong malam ni, terima kasih buat kakak ipar dan adik beradik Abi serta mak mertua yang sudi datang awal tolong untuk persiapan majlis, susah jee..Iqy sayaangggg semua taw..Macehhh banyak2 , taktaw nak balas camne.Paklong maklong paklang maklang pandak mandak, haishhh jenuh nak sebut semua ni...Terima kasih yerrr semuaaa...


Harini lah harinya



Mak dah pesan, harini kena bangun pagi2, cepat2 siapkan Iqy dulu..Aku bangun pukul 6..Iqy tak bangun lagi time tu..Pukul 7.30 baru Iqy bangun, lepas menyusu baru mandi n siapkan dia, tu pon dia nak tidur lagi, tapi aku paksa dia bangun jugak..Alaaa nanti dah mandi tidolah balik..heee..Lepas siapkan Iqy aku plak mandi dan bersiap sebab kejap lagi Group Marhaban nak datang, kat sini memang biasa marhaban diadakan sebelah pagi, sebab tu masa sessi cukur , macam tak ramai sangat orang, sebab tetamu ramai datang time tengahari..


Dalam pukul 9 pagi, orang katering sampai hantar makanan.Alhamdulillah ramai kata sedap dengan hidangan yang disediakan..Lebih kurang pukul 11 kot sessi cukur jambul berlangsung, Abi dukung iqy, along dukung Dicha..Rambut Dicha tak banyak dan halus, senang je orang cukur, tapi rambut Iqy, semua orang geram nak cantas, cantas banyak pon tetap tak berkurang...hahaha..Iqy plak behave sepanjang sessi tu, tidooo jeee, tak amik kesah pon orang dok cantas2 rambut dia..Adoiyaii..Dicha plak dah start ngamuk2..Panas agaknya..Cian Dicha..Tapi kejap je, lama2 tu Dicha pon okay senyap je..



Pukul 12 keatas, tetamu makin ramai datang..Cuaca pon okay haritu, tak hujan, senang tetamu nak datang..Alhamdulillah majlis berjalan lancar...Chocolate Fountain pon dapat sambutan hebat..Aku pon dok main celup2 cekelat sekali...hahaha..Korang kalau nak booked Chocolate Fountain untuk apa2 majlis sekali pon yang korang nak adakan kan, jangan segan silu call Ieda. -012-233 4792..


Ko bentang sendiri bajet yang ko ada, dia boleh arrangekan..Harga dah tentu lah murah beb, yang pasti berbaloi2...Nak ikut pakej yang dia sediakan  pon boleh..Haaa ikut ko lah nak order yang macam mana, gi bincang ngan dia k...heee







Nak tepek jugak gambar "orang" kuat majlis...Dialah penyambut tetamu yang paaling gojes okay...let me introduceee....Yeahhh!!! Its Laura Stella in da house!!!...hahaha...Kemain siap berbutton badge bagaii...


Tak sah kalau tak tepek gambar "pengantin junior"...Lepas majlis pengantin junior ni dua2 mentido dalam buaian yang cantik tu, macam takmo turun gayanya...Berbaloi mama n ibu sewa buaian ni, korang berdua gunakan sehabis baik...hahhaa...


Eh lupa nak tepek gambar mama n abah pengantin junior..Iqy kecik lagi untuk ingat semua ni, tapi semoga majlis ni dapat jadi antara kenangan manis untuk Iqy n Dicha bila dah besar nanti..Mama n Abah loveee youuu...Dicha pon , angah lebiuuu so muchhh...Mmmuahmmhmuahh..


Alhamdulillah selesai sudah majlis kesyukuran buat satu2nya Arjuna Beta...Rizqy Hafiy Aish...Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ni..Semoga Allah sentiasa memberkati kalian semua..Amiinnn...Doakan Rizqy dan Delysha membesar dengan baik menjadi anak yang soleh solehah..Jadik orang yang berjaya di dunia dan di akhirat...InsyaALLAH..Doa mama sentiasa mengiringimu my Arjuna...




13 comments:

  1. dari 1st sampai abes mentido je IqyShan ni gerammm betul laaaaa...meriahnya nory..best2 nanti besday Iqy mesti meriahhh

    ReplyDelete
  2. meriah sgt! walau nory kata simple :)
    suka sangat tgk rambut iqy
    iqy, cepat la rambut panjang! acik nad rindu la haha!
    delysha nanges dlm buai tu, bleh plak iqy tidoo jek kan? ya Allah mmg senang sangat jaga kamu ni nak..takmo susahkan mama n abah ye sayang :)

    ReplyDelete
  3. Walaupun majlis kecik kecik aje tetap meriah tau

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..dpt laksanakan dgn baik..

    ReplyDelete
  5. Syukur..sweet tgok sepasang sepupu ni..

    ReplyDelete
  6. Comel sesgt dua2 'pengantin'.. Meriah2..;)))

    ReplyDelete
  7. Sonok tgk bby Iqy sleep je spanjang majlis... omey2 angat... gud boy :)

    ReplyDelete
  8. Meriah betul majlis Aqiqah hebattt...suka tgk iqy pakai baju nampak hensem sangat2...bertuah ibu bapanya...esok besar nanti kawan ngan abg Qi tau...mmuahhh :)

    ReplyDelete
  9. terasa sgt kemeriahan majlis ni tgk kat gambar² ni.. amboi laura pun ada .. xmoo kalah dgn iqy yer...

    berselera tgk yaya mkn .. bukan baru blk dr review mkn ke hahahaha .. mmg selera mak yong

    ReplyDelete
  10. rindu laura! geram akuu... eh iqyy pun..budak debabbbbbbbb makan apeee sampai 7.5kg ahh??? hihihihii

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)