Followers

Monday, January 4, 2016

Permulaan entry 2016

Hallluuuu...Hai geng!! Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua.Amacam tahun baru? Ada azam baru tak? Ke carry forward je azam tahun lepas yang masih tak tertunai lagi tu..Jangan tanya apa azam tahun baru aku, sebab nanti korang dapat jawapan yang agak "cliché" dari aku..hahahha..Sebab aku ni tak tetap pendirian, azam berubah-ubah, kalau orang lain renew azam setahun sekali, aku tibai renew azam hari-hari..hahaha..Lesen pon tak renew lagi taw..So azam yang pertama sekali, nak renew lesen yang mati bulan sebelas haritu dulu, pastu baru fikir azam baru..muahahahaha.. 
 
Tak sangka umur pun makin meningkat, baru je sambut besday bulan sebelas haritu, tup-tup masuk tahun baru, automatik umur bertambah dengan sendirinya..hahahaha..Pelik aku..Iqy pon 2 bulan lagi nak cecah usia 2 tahun, macam tak percaya dah besau dah anak bujang toa'ng2 aku ni.
 
Cuti tahun baru haritu tak kemana sebab Abi kena kerja, biasalah Abi tu, time orang kerja dia cuti, time orang cuti dia kena kerja.Tapi semalam (Ahad), tetiba Abi cakap dia cuti, terus planning nak bawak Iqy pergi melawat "sedara" kat Zoo Negara.hahahah..Ni memang last minit planning, ikutkan plan asal nak pergi minggu depan, tapi dah alang-alang Abi cuti, kite pergi jela.
 
So, pembukaan tahun baru 2016 ini, kami anak beranak telah menerjah Zoo Negara..Anda bila lagi...?kahkahkahkah..
 
 
Belanja sekeping gambar kenangan kat Zoo Negara ..Don't say hakak not umbrella...hikhikhihikhik

Saturday, December 26, 2015

Termengidam tanpa sengaja

Sejak akhir-akhir ni macam2 mengidam .kejap nak makan tu kejap nak makan ni.Mengalahkan orang mengandung plak.Tapi yang best Abi layankan aje bini dia mengidam mengada-ngada ni..hahahah..

Baru-baru ni teringin nak makan egg tart.Saje laa gedik2 bagitau kat Abi sambil buat2 airliur meleleh.Esok dia balik keje,Abi cakap 'Sayang,cuba teka apa dalam beg abang'..?..jeng..jeng..aku dah dapat agak dah.Tapi saje buat2  macam terperanjat sikit kan..Tepat sekali sangkaan aku, Abi belikan egg tart yang aku idamkan sangat tu..hahahaha tenkiuuu Abi kerana merealisasikan 'impian' anak tekak ni..

Thursday, December 24, 2015

Apa aktiviti aku setiap kali weekend

 
Life aku simple. Weekend aku pun simple, tak banyak aktiviti, kadang tu lebih banyak habiskan masa kat rumah time weekend, Abi plak bukan jenis yang suka berjalan sangat pun, aku ni suka berjalan, tapi bila dah suami pon tak minat jalan, tetiba berjangkit sekali minat tu.hikhikhik ..Weekend selalu lepak kat rumah, makan, tido, makan tido je..Tapi Abi ni rajin kalau time weekend, tu pon kalau dia cuti lah, dia lah yang readykan sarapan , lunch n dinner semua, aku takyah pikir apa dah..Cuma ada sedikit perasaan kesian kat dak Iqy lah jarang dapat keluar jalan-jalan, kalau dapat jalan pon time Abi kerja, tinggal kitorang berdua je kat rumah, masa tu je la peluang yang ada ikut atok n nenek Iqy pergi jalan-jalan.
 
Macam weekend baru-baru ni, Abi kerja, so aku ikutlah mak n papa aku pergi kenduri doa selamat kat rumah maklong aku kat Pantai Dalam,KL..Pergi kenduri pon okeylah , janji dapat keluar berjalan tengok dunia luar..hahaha,Sedih kan ayat aku...
 
Iqy ni dah terbiasa bangun awal pagi, so kalau time cuti pon, aku memang tak berkesempatan langsung nak cenekel bangun lewat, dia dah kejut aku suruh bangun.Pagi-pagi dah mintak Nasik "ashikk..ashikk..ashikk"..Hurmmm, well aku ni memang femalas sikit nak masak, nak cepat hangkut je dia bawak pergi beli nasi lemak dengan bihun goreng..Feberet dia tu, dah bedal nasi lemak, dia bedal bihun plak.Muahahha..Aku makan sisa-sisa dia je, kasihannnn..haha..Dah kenyang mintak shushu'wa plak.Pastu terbongkang tido, bangun tido mintak ashik lagi, nasib baik aku bijak, dah siap masakkan lauk sayur untuk dia (dalam dok malas-malas,  terselit jua "kerajinan").Suap dia lagi makan sampai kenyang, dah makan nasik mintak biskut plak..Haishhhh..Layan dia seorang pon macam layan 10 anak..Dia sorang tapi kerenah dia mewakili 10 orang budak..Aku masih lagi berkira-kira nak bagi dia adik ke tak? Dah ramai tanya, aku teringin jugak, tapiii bila mengenangkan Iqy yang unik yang mempunyai seribu satu helah, mood yang kadang baik, kadang sendu ni buat aku kena fikir 18 kali dulu..MUehehehehe..

Simple kan weekend aku, memang masa dihabiskan dengan melayan kerenah anak je..Terhibur lah jugak,dulu masa takde dia sunyi je rumah,sekarang ni sekurang2 nya ada   jugak kawan gaduh.hahahaha..