Followers

Saturday, October 22, 2011

Petua Anak Kembar

Ramai yang teringin mengandung anak kembar.Kembar secara semulajadi selalunya berlaku apabila ada sejarah kembar di dalam keluarga.Berikut adalah petua untuk memperoleh anak kembar.Ini sekadar info je, kita hanya merancang Allah yang menentukan.InsyaALLAH...

  1. Kembar berlaku apabila ada sejarah kembar di dalam keluarga, biasanya sebelah wanita.Juga dikatakan bahawa, kembar biasanya melangkau generasi.Contohnya,datuk& nenek kita ada anak twins, so cucunya iaitu kita berkemungkinan juga melahirkan kembar.
  2. Menambahkan sedikit berat badan secara sihat.Wanita yang overweight dikatakan berpeluang mengandung anak kembar.Tetapi kalau menambah berat badan secara tidak sihat akan mengurangkan peluang mendapat kembar.
  3. Folic Asid perlu diambil setiap hari sebelum mengandung.Sangat penting.
  4. Mengmbil produk-produk tenusu.Kajian menunjukkan bahawa, produk tenusu dapat meningkatkan peluang untuk mengandung kembar sebanyak 7 kali.
  5. Memakan "cassava root".Cassava dikatakan dapat meningkatkan hormon subur dalam badan wanita.Cassava juga dipercayai mengandungi kandungan yang menyebabkan hyperovulation.Pada sesiap yang tidak yahu, cassava adalah nama bagi ubi kayu.
  6. Tunggu sehingga lewat 30-an.Wanita berusia lewat 30-an cenderung untuk hamil kembar.
  7. Mempunyai anak ramai.Lebih ramai anak,lebih tinggi peluang mendapat kembar.


Memang seronok anak kembar.Tapi risiko semasa mengandung kembar sangat banyak.Menurut laman web Hospital Wanita Metro,kehamilan kembar mempunyai banyak komplikasi yang perlu diberi perhatian.Antaranya:-
  1. Kelahiran pre-matang dan terus menjurus kepada bayi pre-matang.
  2. Darah tinggi
  3. Kencing Manis
  4. Kecacatan
  5. Keguguran & byk lagi.

Friday, October 21, 2011

Kelebihan Kurma,Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil memakan buah kurma,nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun, serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.Semasa bayi dilahirkan ,buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi. Isa A.S.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makan Raulullah SAW.

Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus di buat, makanan2 manis yang lain perlu dijauhkan.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

**KURMA**


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma didalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan,sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa(bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir."

Abu Abdillah berkata :"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan,maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun,sihir dan tidak dipengaruhi syaitan."

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata :" Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing2 yang ada didalam perutnya akan mati".


**KISMIS**


Nabi Muhammad SAW bersabda :" Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akn tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda:"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahita n ( empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyihatkan badan,membaguskan rupa,menguatkan saraf dan menghilangkan letih.

Imam Ali berkata :"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi."

Imam Ali berkata:" Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa."

Pada riwayat lain dari Ali Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir  dan menyihatkan jiwa."


**MADU**


Nabi Muhammad SAW bersabda :" Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat al-quran , maka ALLAH SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit."

Nabi Muhammad SAW bersabda:" Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."

Nabi Muhammad SAW bersabda :" Sebaik-baik minuman adalah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada."

Nabi Muhammad SAW bersabda :" Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dan rasa nyeri, dan madu telah di doakan oleh 70 Nabi."

Dari Imam Ali, beliau berkata:" Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit didalamnya , ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati."

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata :"Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata:" Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca al-quran."

**Wallahualam**


Edit by Nory Zoulkefle...(Copy & Paste)

Thursday, October 20, 2011

Kelebihan Folic Asid

Ramai ibu mengandung tidak tahu kepentingan asid folic. Mungkin sebab saiznya yang kecil, so keberkesanannya diragui.Ada sesetengah ibu mengandung tidak mengambil asid folic semata-mata percaya bahawa pil ini akan menyebabkan kegemukan.Tanggapan itu salah sama sekali.Asid Folic sangat penting sebelum dan semasa mengandung.

Kepentingan Asid Folic

Asid Folic atau Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau,Jus buahan dan bijiran.Asid Folic diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil,dan tiga bulan pertama selepas hamil.Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (Anencephaly) dan saraf tunjang (Spina Bifida).

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folic semasa hamil.Anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada Spina Bifida

*  Keluarga yang pernah mengalami NTD
*  Pernah hamil anak yang mengalami NTD
*  Mengambil ubat sawan
*  Kencing Manis
   
    Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folic sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Wednesday, October 19, 2011

Evening Primrose Oil(EPO) & Wanita Hamil

Evening Primrose Oil dan kandungan anda. Persoalannya sekarang ialah selamatkah untuk anda mengambil Evening Primrose Oil (EPO) ketika mengandung? EPO ialah ekstrak yang sudah digunakan berabad-abad lamanya bagi mengurangkan hot flushes (rasa panas pada bahagian muka bagi wanita menopause),ekzema sakit sendi, PMS (Sindrom sebelum datang haid) dan kesakitan pada buah dada (terutama sebelum datang haid). Dan ada juga pendapat mengatakan bahawa ia boleh meningkatkan kesuburan wanita.


NAMUN SEJAUH MANA KESELAMATANNYA BAGI IBU YANG MENGANDUNG?

Bagi saya, sepertimana konsep yang kita gunakan pada ubat-ubatan sebegitu juga saya rasa patut digunakan EPO. Sekiranya sesuatu ubat itu diragui keselamatannya, maka langkah yang perlu diambil ialah dengan menimbangkan nisbah risiko dan kebaikannya.Jika nisbah risiko lebih tinggi sebaiknya ubat-ubatan tersebut dielakkan dan begitu juga sebaliknya.

Dipercayai juga walaupun EPO mungkin mempunyai fungsi untuk membantu meningkatkan kesuburan seseorang wanita, biasanya wanita dinasihatkan menghentikan pengambilannya selepas waktu ovulasi dan menyambungnya dengan Flaxseed Oil sehinggalah waktu sebelum datang haid. Ini bagi mengelakkan keguguran sekiranya mereka mengandung . EPO mempunyai kebolehan menyebabkan kontraksi pada bahagian rahim yang boleh menyebabkan keguguran.
Untuk lebih jelas, cadangannya ialah seperti berikut :

Hari pertama datang haid sehingga hari ke-8  = EPO
Hari ke-10 hingga hari ke-18 = Flaxseed Oil
(Ini adalah waktu kesuburan dimana telur dikeluarkan dan bersedia untuk disenyawa)
Hari selebihnya sehingga datang haid = EPO

PERINGATAN PENTING!!

1. Walaubagaimanapun sekiranya anda mengesyaki diri anda mengandung, pengambilan EPO perlu dihentikan serta merta.

2. Disebabkan kitar haid setiap wanita berbeza adalah sebaiknya berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk cadangan yang lebih bersesuaian dengan anda. INGAT!! Setiap wanita adalah berbeza dan amat penting untuk anda memahami keadaan ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


SEKIAN..(sharing is caring)   **Edit by Nory**

Raya Pertama Kami..

 Raya tahun ni merupakan raya yg paling bermakna buat kami..Kalau raya sebelum ni aku hanya fikir persiapan utk diri sndiri, tapi skrg da ade hubby,ape2 pon kene mintak pendapat hubby..Raye thun ni jugak, atas permintaan hubby & kerelaan dr hati aku sndiri, aku menenakan tudung pada pagi raya..Hubby la org yg plg gembira bila tgk aku pakai tudung ..hehehe..

Tahun ni kami sepakat memilih kaler oren sebagai tema raye tahun ni..Susah gak nk cr kaler oren yg menepati citarase aku..Tapi jumpe gak la..Dan kebetulan sama tema ngan parents aku jugak..So, kami sekeluarga dgn secara otomatiknye sedondon di pagi raye..

Raya pertama kami ni, kami da sepakat utk beraya di rumah family aku dulu, Then , petang raye bru kami bertolak ke Felda Sg Behrang utk beraya dgn fmily sblah hubby pule..Best nyer Rayeee!!!!!

Kat rumah fmily aku, pg2 raye mmg la x semeriah mane, sbb adik beradik aku x ramai, 3 org je..Tahun ni abg  sulung aku beraya kat kg isteri die kt Pahang..Sbb tu aku raye puchong dulu..Tahun depan tukar lak, raye pertama kt Kg hubby aku lak..Adil kan?? HEHEHE..

Bab persiapan rumah lak, memandangkan kami dah pindah ke rumah sewa lepas kawen aritu, so, persiapan rumah kena jugak la di fikirkan..Tapi ala kadar jela, kuih2 pon kami beli je, tahun depan bru buat lak..heheh..Sepanjang musim raye( raye kan sebulan), umah kami sentiasa di kunjungi sedara mara n kwn2 yg dtg beraya..First time melayan tetamu di rumah sndiri..Sebelum ni mase bujang2 dulu duduk dgn mak, klu raye2 cmni mak la yg handle bab2 menyediakan juadah ni..Skrg dah ade rumahtangga sndiri, sendiri mau ingatlah..Mujur lah hubby ku Chef...So, ringanlah sikit beban ni..oppss!! bukan sikit, tapi byk sgt hubby tolong aku dlm menguruskan hal2 rumahtangga ni..Thanks hubby...Bertuah nye badan lahai..Alhamdulillah....Klu bab masak memasak ni, "kacang" je bg die..Menu utama kami sepanjang musim raye aritu adalah "Bihun Ladna"...Semua ckap sedaaap!!!OOOO!!!...CAYALAH HUBBYY!!!   

Cerita sedih...

  Berat sebenarnya nak menulis, tapi rasenyer lebih bgus kalu dikongsi..Ceritanye begini.lepas raye aritu(bulan september) aku rase something yg x kena kat diri aku..Hmm aku sedar yg aku da lewat period seminggu..Mase ni dalam hati dah tentulah happy sbb aku da start berangan yg aku ni dah pregnant..Hmm aku n hubby mmg nak sgt dpt baby cepat..Walaupun org lain kate "Alaa baru 5 bulan kahwin, honeymoon la puas2 dulu" .Tapi bg kami, kami tetap menantikan kehadiran si comel dalam kehidupan kami...Yelaa,sape xnak anak kan..Lagi2 plak bile dgr kwn2 yg bru kawen ,dah pregnant skrg ni..Ape2 pun, tu rezeki msg2..Xpatut aku nak jeles2 kan..Hubby pun slalu cakap, mybe belum rezki kite lg, sbar jela..Yg penting kite berusaha..
  Ok, berbalik pada cerita asal..Sepanjang aku missed period ni, da banyak kali aku wat UPT sendiri kt umah, tapi resultnyer mmg hampa sekali "negatif"..Dalam hati tertanya2 nape period aku lambat tp upt negatif..Hmmm mmg frust time tu..Hubby ajak gi klinik, aku pon ikut je..Sampai kt klinik, aku cite la masalah aku kt doktor tu,,Then, doktor tu suruh aku scan,sbb kate doktor tu mengikut tarikh LMP(Lastday Menstruasi Period), klu aku pregnant,kndungan aku da masuk 7weeks maknanya klu scan dah boleh nmpak kantung baby la kononnyer..Aku berdebar2 mase scan tu, yg mbuatkan aku lbh frust bile doktor ckap x nampak ape2 pon,maknanya aku x preggy laa...Uwaa mase ni rase nk jerit gile2,meraung smua ade..Tp leh cover lg..Then balik umah, aku mula ragu2 dgn doktor tu..Mcm2 aku pikir nak sedapkan hati sndiri..
  Then , setelah 3 minggu aku missed piyed, aku masih tertanya2 lagi, aku ni preggy or not preggy...Urgghh!!! Tensioonnnn!!!!Aku wat test lg, jawapan nyer still same "negatif" gak..Rase down sgt2...Last2 mase hari jumaat 14hb October, kekecewaan aku semakin mencapai kemuncak apabila period aku dah kluar..Hmm mmg dah xde rezki..Tapi aku mcm susah nk terima kenyataan..Kenapa!!! Kenapa!!! Kenapa!!!Sampai aku rase xnak kluar umah jumpa dgn sape2..Rase kecik je diri ni..Tapi pujukan hubby adalah ubat paling mujarab yg mampu meredakan kekecewaan ini..Thanks hubby 4 ur support..Mudah2-an Allah makbulkan doa kite utk dpt baby secepat yg mgkin..Amiinnn..!!!

Doa sewaktu bercinta...

Ya Allah..
Seandainya telah kau catatkan..dia milikku dan tercipta buatku..Satukanlah hatinya dan hatiku..Titipkanlah kebahagian antara kami.. agar kemesraan itu kekal abadi..

Ya Allah..
Tuhanku yang Maha Mengasihi...Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini.. Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya Engkau telah takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku..Luputkan ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan..Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti..Berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit..hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yg tercinta..
gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku..Kerana Engkau Maha Mengetahui..segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemelihara ku..di dunia dan di akhirat..Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini..Jangan Engkau biarkan aku sendirian..Didunia ini mahupun di akhirat..Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka, Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..ke jalan yang Engkau redhai.. dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

AMIN YA RABBAL'ALAMIN...