Followers

Thursday, August 29, 2013

Kronologi cerita tentang kehadiran "orang baru"

*maaf entryy ni terlaluuu panjang, kenangan untuk diri sendiri..huhuhu

Syukur alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan jugak doa kami laki bini.Doa yang selama ni hanya kami je yang tahu,luaran nampak cool, dalaman Allah je taw, setiap pasanagn suami isteri mesti mengharapkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga kan.Kami bersyukur sebab selama 2 tahun kami diuji dengan ketiadaan anak ni, hubungan kami bertambah2 erat ,penuh dengan kasih sayang, puasss dah bermanja dengan suami, sekarang tiba saat nak berkongsi rasa kasih sayang dengan anak sendiri plak.SubhanaALLAH, sampai sekarang still macam tak percaya yang diri ni tengah mengandung.Satu perasaan yang aku sendiri tak taw nak terangkan camne.Happy, seronok, tapi dalam masa yang sama sentiasa beringat-ingat tak boleh seronok sangat, sebab kandungan aku still peringkat awal lagi.Macam-macam boleh jadi, hanya doa je yang termampu agar baby yang bakal lahir nanti sihat walafiat dan menjadi anak yang soleh solehah,insyaALLAH.
Aku nak kongsikan kronologi cerita macam mana aku boleh detect aku peknen selepas 2 tahun lebih kahwin n.Semuanya bermula dari Krabi, eh apa kena ngan Krabi, sebab aku last piyed masa aku kat Krabi, lepas tu terus aku tak piyed sampai lah ke harini,oleh sebab piyed aku ni tunggang langgang, masa piyed lewat aku buat dunno je, tak tergerak hati pon nak buat upt, sebab maybe aku dah putus asa kot nak buat upt,asyik negatif je, cer bayangkan selama 2 tahun ni, berapa banyak aku membazir beli upt, kadang-kadang piyed belum lewat lagi, dah gedik2 gi test, pastu negatif, nangissss, haa tu lah habit aku masa tahun pertama, masuk tahun kedua, aku say noo to upt, malas nak amik port dah.Pikir nak bercuti je, sempat jugaklah jejakkan kaki ke 2 buah negara (Singapore & Thailand) dalam tahun ni..Alhamdulillah..

Hari berganti hari, sampailah masuk bulan Ramadhan, tarikh sepatutnya piyed terlepas macam tu saja, puas lah aku tunggu bila piyed ni nak datang, member-member ramai dah start "cuti puasa", aku tak cuti-cuti lagi.Tanda-tanda nak piyed dah ada, breast dah start sensitif, perut dah rasa tak selesa, tapi piyed still tak kunjung tiba, jenuhh aishhhh..2minggu pon berlalu, still takde tanda-tanda nak piyed, tapi keadaan diri aku dah start tunjuk perubahan, aku jadik tak bermayaa, cepat emosi, cepat nangis, cepat terasa, nak makan itu,nak makan ini, sampai tahap nak makan KFC je pon aku sanggup drive sorang gi beli sendiri, biasa aku pesan kat Abi je, tapi ntah kenapa hari tu aku jadi tak sabarrr kemainn, gelojohhh giler nak makan kfc semata-mata macam tak pernah makan..huhuhu

Satu lagi perubahan, asal balik kerja je, kerja aku melepetttt je kat sofa, tidurrr..Tak bermayaaa betul, naik tangga sikit pon cepat mengah, tekak plak dah start loya-loya, tapi tak muntah.Awal tahun aritu, aku dah berazam taknak beli upt lagi tahun ni, tahun ni taknak pikir pasal baby lagi, taknak pikir pasal piyed yang tunggang langgang lagi, walaupon piyed dah tunjuk tanda2 positif nak jadi baik.Cantik je cycle tetiap bulan, maybe sebab tahun ni aku kurang stress kot, tapi bulan ni je macam start nak tingtong balik,rupanya ada "isi".
Hari berganti hari, 2 hari sebelum raya, aku gi kerja naik motor Abi, sebab Abi guna kereta nak hantar mak mertua gi hospital, mulanya Abi tak bagi bawak motor, tapi aku yang berkeras nak bawak motor jugak.Aku pon bawak jelah motor, alaa bukan jauh pun.Balik kerja siap merempit ngan adik aku lagi pergi McD buka puasa berdua,sebab Abi tak sempat balik sebelum berbuka, setelkan check-up mak kat hospital.
Oh yer minggu sebelum tu pon, aku sempat menyoppingkan diri dengan Ieda,Yaya, Syafiq, Andi dan Abi, kitorang berbuka dan bersahur kat rumah Yaya, lepas berbuka, tengah malam tu kitorang gerak ke Jalan TAR, inikan tahun pertama kitorang beraya sebagai sahabatt..Haruslah excited, gi shopping pun nak sama-sama.hehehe.Sweet takk, sweet tak??Sanggup redah Jalan TAR sampai ke pagi, Mila n Mcdee je tak dapat join sebab ada hal time tu..

Sehari sebelum raya plak, aku kerja lagi, tapi boss aku baik hati bagi aku balik half-day, balik je rumah, aku melepettt je kat rumah, pantang duduk rumah, mesti nak tidurrr je..Tapi yang pelik, bila Abi ajak keluar shopping, elok je sihat aku..huhuhuhu..Abi tak beli baju melayu lagi, baju aku dah beli dah, tu lah degil lagi, orang suruh beli awal-awal taknak, dia boleh cakap, saje nak beli lambat-lambat, atleast ada jugak aktiviti malam raya..hehehe..Kitorang cari baju melayu Abi kat Puchong Perdana, rata-rata semua dah habis size, bila ada size, warna plak tak sama.Perghhhh gigih mencari baju Abi sampai dekat waktu berbuka..Nasib baik sempat singgah berbuka puasa kat rumah mak.

Malam raya, lepas setel masak rendang ngan buat kek kat rumah mak, aku, Abi , Tasha n mak pergi uptown puchong, tujuan utama nak cari baju melayu Abi, tapii tak jumpa, takde sorang pon jual baju melayu.Pastu kitorang ke uptown shah alam plak, ramaiiinya orang.Risau jugak takut takde orang jual baju melayu.Sekali jumpa jugak, tu pon aku tanya tuan kedai tu, ada tak baju kaler turqoise.Dia kata ada, dia lupa nak keluarkan, ada kat bawah meja.dan yang bestnya yang dia simpan tu, ngam2 dengan size Abi, tu je tinggal sehelai.Warna pon sebijikk sedondon dgn warna yang kitorang nak.Fuhhh selamatt Abi, kalau tak tahun ni beraya lah dengan baju melayu tahun lepas.Tapii tak syiokklah kalau tak sedondon kan, sedangkan mak n papa aku yang dah kawen lama pon still sedondon sampai sekarang, takkan kitorang yang baru setahun jagung kawen ni tak sedondon kan...hahhahaha..Mana boleh kalahhhh..

Raya pertama, tahun ni giliran beraya dengan family aku.Ekceli aku takde kampung pon, kampung aku tu haa kat depan Midvalley tu, Bangsar..Kg Haji Abdullah Hukum..rumah atok aku betul2 kat sebelah Midvalley tu, jalan kaki 5 minit je dah sampai Midvalley, hahaha..So, nak bagi meriah sikit raya tahun ni, mak ajak beraya ke Melaka, kat Melaka ni tinggal sedara mara sebelah mak jelah.Ramaii jugak lah..Adik beradik atok aku semua kat Merlimau ,Melaka ni, atok aku sorang je tinggal kat KL.huhuh..Meriah lah sikit raya tahun ni kan, dapat beraya ramai2, kalau raya kat KL, biasa raya pertama je lepas salam-salam, mesti lepak Midvalley cuci-cuci mata, camtulah cara org Key ell sambut raya...hahahahahah..Masa kat Melaka, ramai sedara mara tegur aku nampak berisi, aku tak sentapp pon sebab aku sendiri pon perasan yang badan aku agak berisi, orang lain semua selim melim time puasa tapi aku punya nafsu makan, nauzubillah..huhuh..Paling terkesan, masa gi rumah Tok su aku, dia yang tegur, cakap aku ni berisi "ada" ni..Aku terkulat-kulat jela..Sebab aku sendiri pon taktaw aku ni ada "isi" ke tak, yang aku taw ada isi lemakk je kat dalam badan aku ni..huhu..Dahlah aku melantak macam-macam masa raya pertama, dengan air gas nya, dengan durian nya..Air macam-macam kaler nya..Haishhh...

Raya pertama pun berlalu, kitorang balik ke KL semula petang tu, esok raya kedua nak gerak ke Perak plak, nak singgah rumah mertua kat Behrang, pastu terus ke Selama,Perak..Haaa kalau nak taw, kat selama,Perak ni kampung papa aku, merasa jugak lah kitorang ada kampung, belakang rumah ada sungai plak tu..Papa nak jual rumah ni dulu, tapi kitorang tak bagi, sebab kitorang nak merasa ada kampung sendiri..hehehe...Kesian kan..

Raya kedua, pagi-pagi aku dah bangun, senyap-senyap tarik laci almari solek ambik UPT test, memang aku ada beli spare aritu (padahal dah janji takmo beli upt tahun ni,,hehe), cuma belum ada semangat nak try, tapi harini semangat lain macam sikit,mgkin lepas Tok Su aku tegur yang aku dah ada "isi" ni..Aku terus gi toilet n buat test, perasaan time ni tak debar-debar langsung, sebab dah biasa buat selalu negatif je kan, kalini tak mengharap langsung, setitik letak dia tak naik lagi line nya, baca arahan dia suruh titis 4 titisan air kencing, aku pon titis, sekaliiii lajuu je dia jalan, tapi kalini bukan satu line tapiiiiii 2 LINE....ALLLAAAHHHHUAKBAR!!!!!
Puas aku gosok-gosok mata, sebab ingat aku mimpi sebab keadaan aku time tu memang tengah mamai-mamai ayam..Kedip-kedip mata, betullll 2 LINE, SUBHANALLAH,..ALHAMDULILLAHHHH...


Asalnya nak buat kejutan kat Abi untuk besday dia 21hb August nnt tapi sebab aku takut aku sorang je yang nampak 2 LINE tu, aku terpaksa jugak kejutkan Abi, suruh dia tengok betul tak nampak 2 LINE,, walaupon line yang tertera dua-dua terang dan pekat, tak kabur pun, tapi stilll tak percaya..Abi terkejut aku kejutkan dia, melompat dia dari atas katil, dia ingatkan dia dah lambat nak gi kerja...hahahahah...Padahal cutii kot..Aku tunjuk UPT tu kat Abi, Abi terus peluk and syiomm aku, peluk yang lain dari biasa, syiom yang lain dari biasa, peluk syiom dengan penuh kesyukuran..ALHAMDULILLAH, terima kasih YA Allah..
2 Tahun kami menunggu , dan sekarang KAU makbulkan doa kami, ko makbulkan doa aku yang teringin nak mengandung di bulan RAMADHAN..Dan tercapai jugak hajat nak bagi hadiah "anak" sebagai birthday present Abi..Terima Kasih Ya Allah.

Lepas dapat tahu tu, kami rahsiakan dari pengetahuan sesiapa, balik Perak pun dalam kereta pegang-pegang tangan ngan Abi, Abi senyummm melerett je..Bahagianya tengok senyuman tu..Sempat bisik kat Abi, "Terima Kasih abg, sebab mengandungkan sayang", Abi senyum n balas "Terima Kasih sayang, sebab mengandungkan zuriat abg, anak kita"..Arghhh sebakknya...Terima Kasih Allahhh...Sampai kat rumah kampung, malam tu baru aku bagitaw kat mak aku, mak aku terkejutt tak terkata, sempat dengar mak aku cakap alhamdulillah je.hehehe..Tak dan sampai esok, mak aku dah bagitaw kat maklang n paklang aku kebetulan dorang ikut kitorang balik kg sekali..heheeh...Mak cakap tak tahan lah nak simpan rahsia...hahahah

Oh Anak, terciptanya engkau di Bulan Ramadhan, berita gembira di Bulan Syawal..Ya Allah, syukurrrr ke hadrat mu..Peliharalah anakku selama mana ia masih didalam rahim ku, sempurnakanlah ia, sihatkanlah ia, sejahterakanlah dia, moga dia elok-elok saja dalam rahim ku, Moga dah lahir nanti, jadi lah anak yang soleh dan solehah, jadikanlah dia seorang yang penyabar sedangkan ia pun terjadi di bulan mulia Ramadhan.Murahkan rezeki anak ku, permudahkanlah segala berkaitan tentang dia, dahulukan dia daripadaku, biar sakitnya aku yang rasa, biar gembira dia yang rasa.Amiiinnnn Ya Rabbal alaminn..


Buat rakan-rakan TTC (Trying To Conceive) yang masih menunggu, jangan pernah putus berdoa, rezeki anak tu ada, cuma cepat dan lambat je, InsyaALLAH,doaku sentiasa mengiringi semua sahabat-sahabat TTC yang lain, semoga berita gembira aku ni menjadi penguat semangat untuk kalian terus berusaha tanpa mengenal putus asa.Percayalah ada hikmah tuhan bagi rezeki anak lambat, dan aku mengaku berita gembira yang aku dapat lepas 2 tahun menannti ni lebih indah dan lebih manis dari "bunting pelamin"..Penantian satu penyiksaan, tapi penantian buat kita lebih menghargai dan mensyukuri..Alhamdulillah..

Wednesday, August 28, 2013

Pengalaman menarik bersama EPHYRA


Kalini aku nak share pengalaman aku sendiri selepas menggunakan produk kesihatan EPHYRA ni, bagi aku EPHYRA ni satu produk kesihatan  dan kecantikan yang aku cari-cari selama ni, sebab pertama sekali aku paling suka dengan tekstur dan rasa dia, tekstur dia halus je, rasa dia plak sedap lain dari yang lain, rasa oren.Rasa yang tekak aku boleh terima.Sedappp sangat dan aku percaya orang lain pon suka akan rasa nya, bukan aku sorang je.

Paling best dan mengkagumkan aku sendiri,percaya tak kalau aku cakap selepas 2 minggu aku minum EPHYRA ni aku dah boleh dapat rasa perbezaan sebelum dan selepas.2 minggu je beb, teruja gilerr aku, punya berkobar nak tunggu sampai habis sekotak, tapi dalam masa 2 minggu je aku dah nampak perbezaan, paling ketara tumit kaki aku yang sebelum ni kering sangat dan kasar, tapi lepas seminggu lebih hampir ke 2 minggu lepas minum EPHYRA, aku dapat rasa tumit aku dah lembut, biasa kalau jalan atas karpet rasa kesat je, tapi kalini rasa gebu lembut je, selesa je pijak karpet..Mula-mula aku ingat aku je perasan syok sendiri, try tanya kat Abi, then dia rasa tumit aku, dia pon cakap haah lah dah licin lah tumit syg..(walaupon tak licin sangatlah sebab baru 2 minggu minum time tu).

hajat nak berseri-seri di pagi raya, tu dia penangan EPHYRA tema baju raya pon nak sama ngan kaler theme EPHYRA...hhehehe
Dari segi lain plak, kulit muka aku, kulit aku ni asalnya jenis yang kering.Setiap hari bergantung dengan toner n mosturizer je, tapi lepas minum EPHYRA. pipi rasa gebu je, lembutt je.Abi pon perasan tiap kali kiss dia cakap, eh gebuu lah pipi syg sekarang...alahaiiii kembang semangkuk lah aku kan..hehehe..So,maknanya sebelum ni tak gebu lah ek...Cissss!!!! hahahaha

Lagi satu yang bestnya, sekarang ni bangun pagi rasa segar je, kadang tu jam belum bunyi lagi aku dah bangun dah, mata segar bugar, badan pun rasa ringan je..Heyy seronok cmni, bersemangat nak pi kerja, kalau tak mandi pon terasa kesegarannya..Tapi perasaan malas nak ke opis tu je tetap tak berubahh...hahahaha...Apa pon tak boleh...kihkihkihkih..

Masalah sembelit plak mulanya takde perubahan, tapi dah hujung2 baru nampak tanda-tanda positif, aktiviti membuang pon berjalan lancar, biasa 3,4 hari pon belum tentu..huhuhu..

Dan yang terakhir sekali ni, aku cerita sejujur-jujurnya, aku tak kata lah punca dari EPHYRA, tapi aku berani cakap yang EPHYRA ni sedikit sebanyak membantu aku jugak.Membantu dari segi apa???Alhamdulillah, rasa macam terlalu awal nak bagi tahu, tapi aku manusia biasa yang tak lari dari perasaan excited nak khabarkan pada semua yang aku sekarang dah "mengandung" 9 minggu ++ setelah 2 tahun mendirikan rumahtangga...Alhamdulillah..Aku tak cakap punca aku mengandung disebabkan EPHYRA semata2 sebab masa aku start minum EPHYRA pun baby dalam perut dah 4minggu++ cuma aku je tak taw lagi masa tu, tapi apa yang aku berani cakap, EPHYRA ni membantu aku dari segi menyihatkan dan menguatkan rahim aku,sebab kandungan yang terdapat dalam EPHYRA ni ternyata banyak bahan-bahan yang terdiri daripada vitamin yang baik-baik, elok untuk kesuburan rahim.Dan masa scan pertama kali pon doktor puji yang baby membesar dengan sihat..alhamdulillah..


Bukan aku sorang je yang dah merasai kejaiban Ephyra, tetapi dah beribu-ribu pengguna Ephyra yang memperakui akan keberkesanan Ephyra, tengok je lah testimoni yang ada kat bawah ni, ini pon dah cukup membuktikan yang Ephyra ni betul2 berkesan dan tahap keberkesanannya dapat dikesan seawal 7-14 hari, menarikk bukan??Ephyra pon dipercayai oleh ribuan pengguna kerana harga nya yang berbaloi dan dijamin selamat dan halal dari pihak JAKIM dan KKM.


Kalau nak tahu rahsia kejelitaan Memey Suhaiza (pelakon) cun melecun tu, haa inilah jawapan nya..Memey pada  asalnya pengguna biasa sama macam aku jugak, tapi dia sendiri mempercayai Ephyra dan terus setia hingga membeli kotak kedua dan dia sendiri berpuas hati dengan perubahan yang dia alami sendiri.Oleh itu pihak Oceanlife syarikat pengeluar Ephyra berbesar hati mengambil Memey untuk jayakan kempen untuk bulan August dan September ini, dimana Memey sendiri akan berkongsi dan bercerita pengalaman dia sendiri tentang Ephyra..Nak taw lebih lanjut atau nak lebih percaya lagi, boleh tengok instagram Memey Suhaiza.


Dan sekarang Ephyra muncul dengan kotak terbaru yang lebih mesra alam sekitar dan sebagai tanda sokongan pihak syarikat Oceanlife terhadap Kempen Go Green dalam usaha selamatkan alam sekitar, dan kualiti kotak terbaru ini adalah sama tinggi dengan kotak yang sebelumnya.Seperti biasa satu kotak terdapat 30 sachet..Kalau nak tahu lebih lanjut boleh direct call HQ ditalian 03-4141 7889.


Kalau korang berminat nak rasai sendiri pengalaman menakjubkan bersama Ephyra ni, bolehlah order sekarang dan untuk maklumat lanjut sila layari :

Website : http://oceanlife2u.com/

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u

Instagram : ephyra2u

Pembelian secara email : info@oceanlife2u.com

Atau direct call HQ - 03-4141 7889 / SMS - 019-399 9238

Dan berita gembira bagi semua pembaca blog noryzoulkefle.blogspot.com..jika korang buat pembelian menggunakan nama blog noryzoulkefle ,korang akan dapat special harga, iaitu sekotak RM197 dan kalau nak lagi jimat beli 2 kotak dengan harga RM380..Jimatttt banyak kan?? Just sebut je nama blog aku (noryzoulkefle) semasa membuat pembelian..


Monday, August 26, 2013

6 tahun cinta bersemi


Harini 26 August 2013, genap 6 tahun usia sebuah perhubungan, perhubungan yang bermula dari mata turun ke hati, hari pertama bertentang mata, sape sangka perasaan cinta terus bersemi,ekcewahh..Dan alhamdulillah hingga ke hari ni, dan semoga kekal ke tahun-tahun seterusnya hingga ke hujung nyawa amiinn...Dan sekarang di usia 6 tahun perkenalan dengan Abi, dah 2 tahun dah pon kami bergelar suami dan isteri dan tak lama lagi bakal bergelar mama & abah..InsyaALLAH..hikhikhik..

Nak imbas kembali detik2 pertemuan dengan Abi, semua nya berlaku sekelip mata, jumpa terus jatuh cinta, lokasi di Genting Highlands semasa masing2 tengah sibuk bekerja, kami duk ralit main-main mata..hahahaha...Heyyy tak sangka, dia jodoh aku, jumpa sekejapp je, taw-taw dah jadi laki dah sekarang ni...

3 tahun berkawan n bercinta jarak jauh, kami terus ikat tali pertunangan, ikat pon tak lama 6 bulan je terus kawen..wiwiwiwi...Perasaan menjadi kekasih halal kepada encik Abi, ohh tentulahh yang indah-indah sahaja.Kalau tau, masa baru jumpa dulu terus ajak kawen, hahahaha...gejolohh betoi..

Buat Abi tersayang, semoga percintaan kita kekal hingga ke jannah.Moga kasih sayang kita bertambah setiap hari, terima kasih untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi, tak pernah seminit pon rasa kurang kasih sayangg..Cukupp bebenor rasanya...Thank you Abi..I love u soooo muchhh..Emmmmuaahhhhh!!!

Wednesday, August 14, 2013

Syawal ketiga kami yang sangat bermakna


Alamak, jangan kata bersawang, dah naik burokkk dah blog aku, sepi giler tanpa entry-entry..Almaklumlah , mood raya still melekat lagi, makan ketupat banyak sangat sampai jari-jemari naik gemuk nak menaip pon tak larat, terlentokk je kat keyboard...hahaha..

Acaner raya korang tahun ni?Ada best ke??Ada meriahh ke??Raya mana tahun ni..Raya aku alhamdulillah berjalan dengan lancar, tahun ni giliran beraya dengan family sebelah aku, so, pagi raya takde nangis-nangis macam tahun lepas sebab berjauhan dengan emak, tahun ni malam raya dah tidur rumah mak, padahal rumah mak ngan rumah aku takdelah jauh mana pun,kalau ikutkan nak tidur bawah ketiak emak, nasib baik dah ada lakii..hikhikhik...Tapi merasa jugak lah berhangkut dari rumah sendiri ke rumah mak, konon2 macam nak balik jauh lah..Siap lalu jalan jauh lagi, tu pon tak terasa jauh lagii..hahahaha..


Tahun ni kitorang sepakat memilih kaler turqoise,ke emerald green, tapi rasanya emerald green pekat lagi kalernya, kaler aku ni lebih kepada warna Turqoise, biru kehijau-hijauan gitu.Malam raya Abi baru terhegeh-hegeh nak cari baju melayu, nasib baik ada jual kat Uptown Shah Alam, dan nasib baik ada kaler yang sedondon dengan baju aku, tu lar degill, takmau beli awal-awal...Biasaaa sgt nihhh...

photoshoot ala-ala fengantin baru...hehehehe


candid!!


Raya pertama kitorang sekeluarga ke Merlimau,Melaka.Kampung adik beradik atok aku..Nak ikutkan kampung aku kat Bangsar tu je depan Midvalley, tapi nak merasa beraya kat kampung, kitorang balik Melaka beraya dengan sedara mara belah atok aku.Itupon pukul 6 petang atok aku dah ajak balik KL balik, ternyata dia lagi suka beraya kat KL nun..Kitorang puaslah terkejar2 beraya dari satu rumah sedara ke satu rumah sedara yang lain..sampai tak sempat jumpa Eida (kebetulan kitorang satu kawan)..Sorry beb, jmpa kat KL okayy...hehhe



Raya kedua plak kitorang gerak ke Perak, singgah kampung Abi and terus shooot ke Selama,Perak.Kampung tinggal namanya..Ada berita gembira di hari raya kedua tu, tapiii nanti2 lah aku share di lain entry, ni entry raya, takmau campur aduk, kang aku yang pening...hehehe

Raya keempat plak , aku beraya kat rumah je, makan, tidur, makan, tidur, layan tetamu, tidur balik..Raya kelima dah start kerja, huhuhuhu...Kalau boss tak sayang aku jugak taktaw lah..Gigih aku gi kerja sedangkan orang lain sedap2 sambung cuti lagi...Ini boleh bikin marahhh...huhuhuu...Tapii takpe jumaat ni dah start cuti balik sampai hari Isnin, sebab adik ipar kahwin...Yeayyy!!!


Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan blogger..Mintak maaf kalau ada tersalah kata or terkhilaf kata, maklumlah manusia tak sempurna kan, yang baik datang dari DIA, yang tak baik tu datang dari aku sendiri...O-O yer....salammm...cepat salammm..