Followers

Thursday, January 29, 2015

Review tempat kerja baru

 
 
Muaahahah..kemain siap nak review tempat keje baru lagi..Ko dah kenapa Nory oii..??hahaha.Alang2 lama tak story morry kat blog, meh ler aku review sikit pasal tempat kerja baru sekarang ni.Seperti yang sedia maklum, aku baru je start kerja baru ni pada 02 December 2014 lepas.Yup baru nak masuk 2 bulan..Segalanya masih 'Wangi" lagi..Ngehngehngeh..
 
Setakat ni lah kan, setakat nii yerrr..Hurm setakat ni Alhamdulillah aku makin selesa dengan kerja baru ni, agak mencabar berbanding kerja lama dulu.hehehe..Alhamdulillah urusan nak dapat kerja ni dipermudahkan, aku sempat menganggur sebulan je.Dalam duk menganggur tu memang aku tak cari kerja pon, duk umah je lenggang kangkung, bila duit dah habis baru aku keluar cari kerja.Kehkehkeh..Ni pon member aku yang bagitaw ada vacancy kat opis ni, aku pon gamble je pergi interview berbekalkan sijil STPM (tu je yang ado,hahaha) dan pengalaman kerja selama 5 tahun di tempat kerja lama.Dan nasib menyebelahi aku, terus dapat kerja tu.
 
Masa mula2 nak start kerja aku cuak jugak, sebab sebelum ni dah biasa kerja takde punch card, kerja agak relax n cool je, tapi kerja baru ni cabaran dia lebih besar, boleh ke aku nak handle ni, aku ni dah lah tak tahan maki, dan kaki maki orang..kahkahkahkah..dahlah aku kena duduk kat front desk, skop kerja aku banyak cabang, bukan tertumpu pada satu kerja je, aku kena jawab call, transfer call, amik report/complaint customer,attend walk-in customer, courier, d/o invoice segala, dan macam2 lagi..Mencabar weyy..Mula-mula memang pening jugak la, tapi sekarang dah terer boleh lah, cuma kalau time busy tu, rasa nak hempuk je telepon opis ni asyik dok bordering jee..Pening taw tak..Dah lah aku tak suka jawab call opis ni.Kang tak pasal2 aku maki customer plak..haha
 
Mujur aku tak keseorangan kat front desk ni, aku berdua dengan sorang lagi,kitorang dua2 duduk kat front desk, so bila stress kitorang menggila berdua..Hilanglah sikit tekanan kerja tu kan, yang sweet tu, pagi breakfast sama2, tea time minum petang sama2, chit chat2 sambil buat kerja, time lunch je tak sama sebab kitorang tak dibenarkan rehat sesame sebab salah sorang mesti ada kat front desk.Aku handle bab aircond, yang partner aku ni handle home living punya barang.Hari2 kena hadap complaint dari customer, nak repair lah, ada yang walk-in datang nak beli spare part lah.Boleh bayang tak camne tahap busy dia..Tapi adakalanya free jugak, tu yang sempat curik2 hapdet blog..haha..Facebook kena block kat opis ni, tapi nasib baik blog tak kena blog, bagossss..
 
Bab lain plak, kawan2 opis semua ok takde yang jenis kekwat berlagak diva ke hape, semua ok setakat ni, sedia membantu bila aku perlukan bantuan dan  bebas nak tanya itu dan ini, dorang sedia curahkan ilmu kat aku yang kadang2 blur tahap tenuk kuasa tiga ni..hadoii..Boss plak, ok lah, sebab jarang jumpa kan, sebab aku duduk kat level bawah, boss duduk kat level atas, so, buat kerja takdelah ngadap muka boss je 24 jam, boleh mati kejung aku camtu..haahah..Ekceli kan company aku kerja ni ada 7 company dalam satu bangunan, bila ada 7 company, satu company 1 bos, jadiklah 7 orang bos kesemuanya, belum masuk manager2 lagi..Jenuh aku nak ingat nama sorang2 wey..
 
Harap2 kerja baru ni serasi lah dengan aku, sebab aku malas dah nak tukar kerja lagi.Harap2 cepat lah aku boleh catch up segala kerja2 aku ni, sebab sekarang ni aku still macam blur2 lagi sebenarnya.hahaha.
 
Oklah, tu je nak citer..Jumpa lagi di next entry yaa..
 
 
 
 
 
 

Tuesday, January 20, 2015

10th Monthsary

 
17 Januari 2015, genap 10 bulan anak bujang aku ni.Dah besor dah anak mama,dah besar ni macam-macam perangai ada.Adehhh garu kepala aku tengok perangai dia.hahaha..Buas kemain toksah citer lah.Uishh tak sangka 2 bulan je lagi nak cecah setahun jagung, alahai rasa macam baru je lepas pantang lahirkan dia..Kejap betul setahun ek.
 
10 Bulan ni dia diserang gatal-gatal satu badan, ingatkan campak,pergi hospital doctor kata bukan campak sebab dia tak demam, tu pon aku risau jugak tu, sebab Iqy ni dah lama tak demam, last demam masa umur 6 bulan aritu, Tu pon demam biasa je, bukan demam panas.Bukanlah nak mintak anak demam or sakit, cuma risau bila dia lama tak sakit, tetiba demam teruk je nanti, mintak jauhlah hendaknya.Cuma dugaan nak masuk 10 bulan ni, dia kena gatai-gatai plak, kesian tengok dia menggaru, siang dia dok menggaru je, nasib baik malam dia tido lena tak pernah merengek sampai ke pagi lagi, tang situ memang aku puji lah..hehehe..Bab lain memang takkk lar..Dia dah macam-macam sekarang ni, bkn macam masa dia baby dulu, betul lah orang kata, anak makin besar makin berat tanggungjawab nak jaga.Sape kata anak makin besar makin senang dijaga, banyak cabaran nya okey.Tak dinafikan, memang berat tanggungjawab sebagai ibu bapa ni, jadiii,hargailah ibu bapa anda..Ecewahh..
 
Sejak dah 10 bulan ni, Alhamdulillah dah ada 8 batang gigi, 4 atas dan 4 bawah..Berat plak, 11.7kg..Yupp memang berat..Dah lah jenis kalau berjalan takmo duduk dalam stroller, nak taknak kena dukung jugaklah, esok mama dah tua tak boleh jalan, ko tak dukung mama, siappp ko Bobot..hahahaha..
 
Dah pandai membebel jerit2, kadang tu saje je dia jerit..Grrr..Perangai baru sekarang ni dah pandai taknak balik rumah, biasa aku amik dia dari rumah baby sitter berjalan menuju ke pintu rumah, sekerat jalan dia dah mengamuk dah lembikkan badan dia menghala ke tangga ajak turun bawah.Belum lagi citer aku masuk rumah kunci pintu, dia dah mengamuk2 taknak masuk, yang rajin layan dia paklang n maklang aku, mujur sebelah rumah sedara sendiri, dengar Iqy melalak takmo balik, terus dukung Iqy bawak jalan.Haishhh jenuh camtu.Sekarang ni tiap petang, kalau abah dia keje pagi, mesti tunggu kat bawah round2 naik motor, suka lah tu sampai tertido-tido..Balik rumah melalak..Grrrrr...Rasa nak cepuk2 je kekadang taw..
 
Makin garang n kepala hangin, yuppp sebijik macam mama kauuu..Yela baik aku mengaku kan..hahah..Like mama like son.So bila anak mengamuk takleh lah nak marah sebab anak mengikut perangai sendiri kan, takleh nak salahkan anak, redha jela..huhuhu..Henpon abah dia dah selalu sangat jadi mangsa balingan padu, kesiann henpon abah.huhuh.
 
Paling suka iklan UTC, Asmaul Husna, dan azan..Time tu je dia akan duduk diam2, kalau orang lain bising, dia akan marah..Garangg weyy dia ni..Iklan mee maggi tu suka benor dia tengok budak pempuan comel tu, nak awek camtu lah tu.Kalau tengok iklan tu mesti senyum2 gatai.Eeee sunat kang baru taw.haha..Dan suka joget goyang bontot n kepala bila dengar lagu Karoot Komedia..Pandai plak tu dia tiru gaya orang tu berdikir barat..kelakar...
 
Nak tulis pasal dak iqy ni memang tak akan habis.Yang pasti apa yang boleh aku simpulkan, aku sekarang dalam zone mencabar..Mencabar okey jaga anak yang baru nak belajar explore macam-macam ni.Memang kena kuat fizikal n mental..Aku kadang tak kuat jugak, tu yang selalu jadi tarzan kat rumah kalau tinggal berdua je dengan dia..hehe
 
 
 
 
HAPPY 10TH MONTHSARY, BOIPREN MAMA..
MAMA LOVE YOU
mmmhmuahh!! 

Wednesday, January 14, 2015

Rizqy @ Majalah Ibu Anak Januari 2015

 
Hatrik untuk bulan yang sama, Rizqy muncul lagi di majalah Ibu & Anak keluaran Januari 2015, dalam ruangan Detik Berharga.Kemain hatrik lagi ko yer.Awal tahun baru ni citer pasal dak iqy jelah, citer pasal aku, next time aku citer, aku sekarang dah kerja kat tempat baru.Setakat ni tempat baru ok, cuma busy je tahap gaban, ni pon curik2 update blog.Maklumlah dapat PC baru..hahaha..Baru masuk keje aku dah jahanamkan seketul laptop.Yang best nya, manager kasik desktop baru terus..Wuhuhuhu..Ni yang try update blog ni, eh boleh plak..Cantekkk...FB kena block kat pc ni, nasib baik boss taktaw yang new staff dia ni blogger tegar, kalau tak, mau dia block blog plak pasni, adehh mati kutu aku kalau camtu..Harap2 dia taktaw lah.. hihihi

Monday, January 12, 2015

Rizqy dalam Majalah Pa&Ma Januari 2015

 
Majalah seterusnya Majalah Pa&Ma keluaran Januari 2015, gambar Iqy main penny board.Acah-acah mak enon je tu, aku yang tolong pegang dia berdiri atas penny board tu.haha.Bulan ni je memang berhabis duit beli majalah sekali 3 buah.Setiap satu majalah aku memang saja beli 2 pcs, satu buat kenangan , satu lagi nak framekan.Aku join ni bukan untuk raih glamour tapi untuk suka-suka je, untuk kenangan bila Iqy dah besar nanti.Aku pon main hentam kromo je hantar gambar, tapi rezeki berpihak kat Iqy selalu gambar dia terpilih.Terima kasih banyak pada pihak yang telah memilih gambar Iqy, sebab yang hantar gambar anak bukan sorang dua.Ikut nasib je ni.Alhamdulillah. 

Friday, January 9, 2015

Rizqy di Majalah Jelita Keluaran Januari


Rizqy muncul lagi dalam majalah. Kalini dalam Majalah Jelita keluaran Januari 2015 diruangan "Anak".Ada cerita ringkas mengenai Rizqy.Seketul je gambar dia kat situ,hahaha..Oh yer lama kan aku tak berblog.Busy tahap Rosmah lah sejak dua menjak ni.Anyway, Selamat Tahun Baru 2015.Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni.InsyaALLAH.Jangan lupa ek beli majalah Jelita ni..Hihihih..Ok tu je nak citer..Ok bye.