Followers

Thursday, January 29, 2015

Review tempat kerja baru

 
 
Muaahahah..kemain siap nak review tempat keje baru lagi..Ko dah kenapa Nory oii..??hahaha.Alang2 lama tak story morry kat blog, meh ler aku review sikit pasal tempat kerja baru sekarang ni.Seperti yang sedia maklum, aku baru je start kerja baru ni pada 02 December 2014 lepas.Yup baru nak masuk 2 bulan..Segalanya masih 'Wangi" lagi..Ngehngehngeh..
 
Setakat ni lah kan, setakat nii yerrr..Hurm setakat ni Alhamdulillah aku makin selesa dengan kerja baru ni, agak mencabar berbanding kerja lama dulu.hehehe..Alhamdulillah urusan nak dapat kerja ni dipermudahkan, aku sempat menganggur sebulan je.Dalam duk menganggur tu memang aku tak cari kerja pon, duk umah je lenggang kangkung, bila duit dah habis baru aku keluar cari kerja.Kehkehkeh..Ni pon member aku yang bagitaw ada vacancy kat opis ni, aku pon gamble je pergi interview berbekalkan sijil STPM (tu je yang ado,hahaha) dan pengalaman kerja selama 5 tahun di tempat kerja lama.Dan nasib menyebelahi aku, terus dapat kerja tu.
 
Masa mula2 nak start kerja aku cuak jugak, sebab sebelum ni dah biasa kerja takde punch card, kerja agak relax n cool je, tapi kerja baru ni cabaran dia lebih besar, boleh ke aku nak handle ni, aku ni dah lah tak tahan maki, dan kaki maki orang..kahkahkahkah..dahlah aku kena duduk kat front desk, skop kerja aku banyak cabang, bukan tertumpu pada satu kerja je, aku kena jawab call, transfer call, amik report/complaint customer,attend walk-in customer, courier, d/o invoice segala, dan macam2 lagi..Mencabar weyy..Mula-mula memang pening jugak la, tapi sekarang dah terer boleh lah, cuma kalau time busy tu, rasa nak hempuk je telepon opis ni asyik dok bordering jee..Pening taw tak..Dah lah aku tak suka jawab call opis ni.Kang tak pasal2 aku maki customer plak..haha
 
Mujur aku tak keseorangan kat front desk ni, aku berdua dengan sorang lagi,kitorang dua2 duduk kat front desk, so bila stress kitorang menggila berdua..Hilanglah sikit tekanan kerja tu kan, yang sweet tu, pagi breakfast sama2, tea time minum petang sama2, chit chat2 sambil buat kerja, time lunch je tak sama sebab kitorang tak dibenarkan rehat sesame sebab salah sorang mesti ada kat front desk.Aku handle bab aircond, yang partner aku ni handle home living punya barang.Hari2 kena hadap complaint dari customer, nak repair lah, ada yang walk-in datang nak beli spare part lah.Boleh bayang tak camne tahap busy dia..Tapi adakalanya free jugak, tu yang sempat curik2 hapdet blog..haha..Facebook kena block kat opis ni, tapi nasib baik blog tak kena blog, bagossss..
 
Bab lain plak, kawan2 opis semua ok takde yang jenis kekwat berlagak diva ke hape, semua ok setakat ni, sedia membantu bila aku perlukan bantuan dan  bebas nak tanya itu dan ini, dorang sedia curahkan ilmu kat aku yang kadang2 blur tahap tenuk kuasa tiga ni..hadoii..Boss plak, ok lah, sebab jarang jumpa kan, sebab aku duduk kat level bawah, boss duduk kat level atas, so, buat kerja takdelah ngadap muka boss je 24 jam, boleh mati kejung aku camtu..haahah..Ekceli kan company aku kerja ni ada 7 company dalam satu bangunan, bila ada 7 company, satu company 1 bos, jadiklah 7 orang bos kesemuanya, belum masuk manager2 lagi..Jenuh aku nak ingat nama sorang2 wey..
 
Harap2 kerja baru ni serasi lah dengan aku, sebab aku malas dah nak tukar kerja lagi.Harap2 cepat lah aku boleh catch up segala kerja2 aku ni, sebab sekarang ni aku still macam blur2 lagi sebenarnya.hahaha.
 
Oklah, tu je nak citer..Jumpa lagi di next entry yaa..
 
 
 
 
 
 

8 comments:

  1. Assalamualaikum nory, alhamdullilah. rezeki kan dapat kerja yang best.. sheila pun baru masuk kerja sebulan lebih. hihiiii pening gak kepala handle stock dengan logistics. hope bertabahlah kita..

    ReplyDelete
  2. All the best Nory..mcm hepy je dkt tmpt baru ni..

    ReplyDelete
  3. ish kite pun baru kerja kat tempat baru..
    hahah nak review tempat kerja baru sendiri pulak lah camni..haha

    btw, semoga akak terus ok dan happy jerr kat tempat kerja baru ni ok? =)

    ReplyDelete
  4. Adik nory...tahniah...alam fasa kerja baru dunia baru...buku baru...kawan pun baru...ujian kerja pun baru...syukur menganggur sebulan je dik...akak ni baru 8 thn keje gov...dah rasa bosan...hahhaha cm nak quick je dok umah diam2...kiki

    ReplyDelete
  5. All the best nory..berani keluar dr comfort zone..

    ReplyDelete
  6. Assalam nory,
    chaiyok2 yer
    semoga semua dipermudahkan
    AMIN
    cepat up entry abam bam2 :P

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)