Followers

Thursday, May 28, 2015

Part 8 | Rizqy Turns 1 - Acara memotong kek

 
 
Dan acara kemuncaknya adalah acara memotong kek.Mood dak Iqy pon dah kelaut, buat apa semua tak kena, dah tak menahan nak tido..Punyalah lama dia dok menahan mata..Nasib baik tak bersepai kek dia tepuk, tapi sempat jugak tangan dia tu duk mencalit cream kek, habis berlemuih tangan dia..Grrrr..

 
Mama dia je yang excited, dia buat muka innocent je..hahah..Tangan dia dah berlemuih dengan cream kek, aku pon jadik tukang jilat tangan dia, ehh dah jadik mak-mak ni, makanan dalam mulut anak pon aku selambe telan, dulu kalau anak buah aku buang gula-gula dari dalam mulut dia, punyalah geli nak kutip guna tangan, tapi bila dah ada anak sendiri, sifat kegelian tu dah takde.Tapi ngan anak sendiri jela..heheheh..

 
Nampak tak mate dia dah focus setempat je tu, tu maknanya mata dia dah berat sangat, pastu plak kipas tutup, sebab takut lilin terpadam, heyyy dia ni dahlah tak tahan panas, apa lagi hok hek hok hek la dia..Huhuhu..

 
Okey dah start dah dia merasa tak selesa, tangan nak mencapai "Cars" kat atas kek tu aje..Paling geramm abah dia boleh plak selamba terbuang semua cars2 tu, heyyy orang nak simpan buat mainan anak, dia selamba buang, nasib baik ganti baru..hahaha.

 
Ok, time ni muka ada sinyumm sikit..Teruja kot dengar orang nyanyi-nyanyi untuk dia..

 
Dah habis nyanyi-nyanyi, kite tiup lilin dulu..Mohler kite memotong kek secara berjemaah sebelum dak bobot ni membuat "onar", macam biasa mak dia yang teruja lebih..Anak aku bukan taw apa lagi pon, baru setahun jagung...hahaha..Harussllah mak dia tolong teruja kan..kahkahkahkahkah..Lepas acara memotong kek, terus dia dibawak lari ke rumah sebelah, kawan-kawan adik aku nak jumpa dia, peminat ramai dia nih..Biasalah kan biler dah ada anak, orang tak carik mak dia dah, carik anak je, taw-taw hilang je anak aku, setiap minit tanya mana Iqy, ooo kat rumah sebelah, jap lagi kang laki aku plak tanya, mana Anje? kat umah sebelah..heyy sekarang ni macam-macam kes, kena plak tengah busy-busy tu aku takut juga terlalai dari terpandang kan dia walaupon ramai tolong tengokkan dia, nak-nak plak dak Iqy time tu jalan pon tak stabil lagi, aku risau dia ke tangga je sebab pintu rumah kan sentiasa terbuka, dia tu pantang pintu terbuka, memang cari peluang je..Nasib baik tak lama pastu dia mentidooo terbungkang kepenatan, takdelah jenuh nak tercari-cari dia bila hilang dari pandangan..Heyyy seram mak nak..
 
 
 
 
 

Tuesday, May 26, 2015

Part 7 | Rizqy Turns 1 - Menu yang disediakan

 
Lols..part ketujuh baru nak cerita pasal menu.Ekceli takdelah special sangat pon, tapi Alhamdulillah penuh jugaklah meja dengan bermacam-macam menu.Dan yang pastinya, sampai bila-bila dak Iqy akan menyanjungi dan bangga dengan abah kesayangannya, kerana hampir 90% menu yang terhidang pada majlis ulangtahun pertamanya itu adalah hasil air tangan abah Iqy sendiri, mama dia hanya bancuh air saje (tolonglah Iqy,bangga dengan mama jugak okey, penat taw bancuh air.Huhuhu).Disamping nak berjimat dari tempah catering bagai, niat nak masak sendiri ni disuarakan sendiri oleh abah Iqy, lama dah dia berhasrat nak masak sendiri untuk majlis anak bujang toa'ng2 dia tu..Huntongglah dak Iqy..Makin mengada-ngada lah dengan abah dia, abah layan dia macam raja kan..Nasib baik abah layan mama macam puteri jugak...ngehngehngeh,,so takdelah jeless sangat ngan awokk Iqy oii..hahaha..
 
Ehem-ehem,apak Andi intai apa tu??Tenkiuu taw tolong abah Iqy masak laksa, kemain bertambah-tambah apak Andi makan yer..Mama Ieda, mintak halal yer tepek gambar apak Andi kat sini..heheheh..Tenkiuu jugak sebab bersengkang mata sampai ke pagi tolong mama Iqy deco-deco..Saaaayyyangg mama ida..

 
Abah Iqy mulanya plan nak buat Laksa je, last minit bertukar jadi 4 menu dia masak, Laksa, Nasi Lemak, Rojak Pasembur, Mee Goreng Mamak..Perghh memang aku sendiri pun kagum, dia boleh masak semua menu tu serentak, pastu mak aku buatkan Bubur Kacang, Roti Jala kuah kari dengan Agar-Agar Merah, kakak ipar aku plak sponsor Dadih Cappucino..Aku tolong jaga Iqy jeee...Alhamdulillah makanan semua habis, takde lebih sampai kena buang bagai, senang basuh periuk..hihihi..Geng Kereta Putih siap tapau lagi..mihmihmih

 
Aku senaraikan menu-menu yang ada pada majlis besday Iqy ni ek, mane lah taw kot-kot korang boleh buat reference ke kan, nanti bolehlah tambah itu ke, kurang kan ini ke, aku cuma senaraikan sebagai rujukan je..Sharing is caring, tak gituuu??
 
-Nasi Lemak
- Laksa
- Rojak/ Pasembur
- Mee Goreng Mamak
-Bubur Kacang
-Roti Jala kuah kari
-Agar-agar Merah
- Dadih Cappucino / Coklat
- Air Sarsi (sejuk)
- Air Nescafe (panas)
- Kek Birthday
- Kekacang
- Gula-gula
- Sumi / Jelly
- Jajan
- Coklat Fountain (marshmellow,buah,biskut jejari)
 
 
-SEKIAN-
 
 
 

Friday, May 22, 2015

Part 6 | Rizqy Turns 1 - Chocolate Fountain Corner

Rasa macam tak lengkap sesebuah majlis kalau takde Chocolate Fountain..Tak gitu..Nak-nak plak mak besday boy ni memang "hantu coklat", so rasa berdosa sangat kalau tak tempah Pakej Chocolate Fountain dengan Ms Ieda ni..Cewahhh..kemainn kau buat aku rasa berdosa tau tak idaaa..Tolong sayang aku lebihh sikit..hahaha..
 
Yang bestnya dan seronoknya tempah pakej Chocolate Fountain dengan Ieda ni, aku boleh tentukan sendiri bajet aku, tanpa terikat sangat dengan pakej.Sebab aku buat majlis kecik-kecik je kan, takkan nak amik pakej yang banyak-banyak, lainlah buat kenduri kawen ke, kenduri besar-besaran ke..So, untuk besday party Iqy ni aku just bincang dengan Ieda apa yang aku nak, coklat nak bape kilo, marshmallow bape kilo, nak buah ke nak biskut ke, nak lebihkan biskut ke, nak kurangkan buah ke, semua boleh bincang dengan idea ni..Senang kijeee..No kompromii..
 
 
 
Bincang punya bincang, gedebak gedebuk maka ini jela hasilnya, asalkan ada chocolate fountain, terasa meriah terus majlis, dahlah letak kat pintu masuk, memang orang datang terus aim Chocolate Fountain je..heheheh..
 
Korang yang tengah dalam perancangan nak buat majlis kahwin ke, majlis hari jadi ke, akikah ke, ehh apa2 majlis lah senang kata, wajib masukkan Chocolate Fountain dalam list korang okey..Wajibb okey ,,,WAJIB..bukan Najib..ehhh..hahahah..
 
Untuk detail lebih lanjut tentang pakej-pakej yang disediakan boleh direct call
 
Ms. Ieda
012-233 4792
 www.idabaharum.com
 
 
 
 




Friday, May 15, 2015

Hadiah Hari Ibu

 
Sempena hari Ibu 10 May 2015 haritu, tak sangka pon akan dapat hadiah , sebab fikir anak kecik lagi, mane dia reti nak bagi aku ni hadiah, hahhaaha..Kebetulan sehari sebelum hari Ibu tu adalah berlangsung babak merajuk-rajuk aku laki bini, hahahaha..Nak dijadikan cerita kitorang ni mana reti gaduh lama-lama, dah cuba try nak merajuk lama-lama tapi tak boleh lah..Mesti salah sorang beralah, ekceli dah cool down dah pon , rajuk 2 jam je..wakakakaaa..Tapi 'jual mahal" tu adelah saki bakinya lagi.
 
Esok tu Abi pergi kerja macam biasa, weekend kan aku cuti..Petang tu Abi balik kerja, tengok dia bawak balik "buah tangan", dia terus letak atas meja ,aku tak saspek pon dia beli kek n coklat.Aku ingat dia beli kepak ayam, hihi..Lepas letak atas meja, terus dia bawak Iqy turun bawak round2 naik motor, dia kan memang rajin melayan kerenah dak bobot tu, aku pon layan jela tv sorang2, sekali tu masa melintas nak pergi dapur sempat lah jeling kat atas meja, eh ada kek n coklat lah, siap ada riben-riben bagai..Eh luarbiasa ni..Tapi watlek watpiss je la..hihih..Dalam hati dah berbunga-bunga dah, Abi balik dari bawak Iqy round2, aku sengih je sampai ke telinga, Abi perli "apa sengih-sengih?"..ahahahaha.Pastu terus dia ucap "Selamat Hari Mama, sayang"..Terima kasih sebab melahirkan Iqy..Alahaii rasa nak berjurai air mata..Tenkiuuu Abi..Tenkiuu iqy sebab beri title "mama" kat mama..
 
Kali kedua menyambut hari ibu sebagai seorang mak orang..Kali pertama pon Abi sambut jugak..Sejak dia jadik bapak orang ni, makin sweet plak laki aku ni..hahaha,ni yang rasa nak beranak lagi ni...*larikkkk
 
 
 

Tuesday, May 12, 2015

Part 5 | Rizqy Turns 1 - Birthday Cake (Rainbow Cars Theme)

 

Tempahan kek dibuat seminggu sebelum majlis, pendirian tak tetap macam aku ni memang suka buat hal last-last minit ni, mulanya dah malas nak pikir dah, ingat nak tempah je kat Secret Recipe, tapi along aku cakap member dia tokey kek dan sedia menerima tempahan, sebut je nak design camne pon.
 
Aku pon usha-usha lah design kek yang dia pernah buat, not bad jugak..cantik..Along aku pon tempeh kek dengan dia masa besday anak buah aku bulan februari aritu.Yang penting harga sangat berpatutan, murah lah bagi aku.Ikutkan hati teringin nak tempeh kek 3D, tapi aku survey harga makk oii mencekik darah harganya , tak mampu lah teman.So, pikir punya pikir, aku request kek "Rainbow Car themes" dengan kawan along aku ni.Yawwww ai loikee..Memang aku serah 100% kat akak tu untuk design.Dan akhirnya ini lah hasilnya..Puas hati sangat.Licinn habis kek tu, aku sempat rasa "seulas" je..kikikiki..Harga dia antara yang termurah dari mana-mana tempat, bawah seratus, bergantung pada perisa dan design kek tu..Apa-apa pon boleh runding dulu..


Owner pembuat kek ni tinggal area Puchong je, so buat orang-orang Puchong dan berdekatan dengannya yang tercari-cari sape yang boleh buat kek awesome macam ni bolehlah contact akak Muhaiyom Hassan ni..Kat bawah ni aku print screenkan front page Facebook dia..Pi terjah sekarang..Nak lagi senang, nah aku tepek sekali nombor telefon senang korang nak berurusan dengan dia kan..

Muhaiyom Hassan
017-2841466

 




Monday, May 11, 2015

Part 4 | Rizqy Turns 1 - Pre- Birthday Photoshoot at Kiddie Fotolab

 
 
 
  Sebulan sebelum Iqy cecah umur setahun, aku dah siap-siap booked pakej photografi untuk Iqy, kebetulan plak masa dalam proses mencari pakej photografi yang sesuai dengan bajet aku tu, ade plak pakej Pre-birthday Photoshoot ni, macam tahu-tahu je kan.Harga pakej pon boleh tahan..
 
Aku booked tarikh weekdays iaitu hari bekerja, kebetulan masa tu cuti raya cina, opis aku kan cuti lama,so aku amik peluang tu booked sessi untuk Iqy beraksi di lensa kamera.yuhuu..
 
Dan aku telah memilih Studio Kiddie Fotolab. Untuk pengetahuan semua, Kiddie Fotolab ni memang professional dalam mengendalikan fotografi khusus untuk kanak-kanak dan bayi, dorang memang teror dah dalam selok belok fotografi kanak-kanak ni,bukan senang okay nak tangkap angle menarik untuk kanak-kanak.Ada dua pilihan samaada nak outdoor atau indoor, macam aku pilih yang indoor session, makanya sessi bergambar dibuat didalam studio Kiddie Fotolab.Yang bestnya semua gambar fully edited dan ber'resolution" tinggi, so kau boleh cuci dari sekecik-kecik size gambar sampai lah sebesar alam size gambar yang kau nak, kompom gambar tak pecah-pecah punya.High quality lah senang cakap kan.
 
Mesti ada yang tertanya berapa harga pakej yang aku bayar untuk sessi Pre-Birthday Photoshoot Iqy ni.Ekceli aku beli kat Groupon, harga RM38 sahaja, dengan RM38 tu aku akan dapat sekeping gambar 8R ,4 keping gambar 3R, dan 2 keping gambar size kad pengenalan.Tapiii..ada tapi nya, ada kisah disebaliknya yang menjadikan amount RM38 tu bertambah dipenghujung sessi fotografi tu.*Sila tampor diri sendiri..dush dush dush deshumm
 
 
 Citernya camni masa aku sampai ke studio Kiddie Fotolab ni, aku diberi penerangan dahulu, dia ceritakan semula tentang item yang akan aku dapat dalam pakej ni,kemudian aku dikenalkan dengan fotografernya, First sekali Iqy kena jalani session warm up dulu untuk mengenalpasti tahap ke'mesrakamera'an Iqy, first session yang kacang goreng bagi Iqy, ternyata fotografer suka dengan respon yang Iqy berikan, siap suruh Iqy jadi model lagi.Next sessi pilih baju, boleh pilih 2 pasang baju berlainan tema, aku pilih baju
Little pirates dengan Little Pilot..Dan ada satu sessi tu fotografer request nak gambar separuh bogel Iqy..haha..So, Iqy hanya ber'diapers' je snap gambar posing dalam tab mandi.Auuww sexy uu..hihi
 
 


 
Selepas selesai sessi fotografi kena booked tarikh untuk datang pilih gambar.Bukan aritu boleh siap yer ,sebab dorang nak buat proses editing dulu.
 
 

 







 
 
Tiba hari yang dinanti, hati berkobar- kobar ni nak tengok gambar, aku dibawa masuk ke studio dan dorang pasangkan slideshow gambar-gambar Iqy.Ya Allah perasaan masa tu eh anak aku ke tu? Hihihi..Ok dah habis tengok gambar , ni sessi paling tragis sekali.Dalam sessi perbincangan sebelum ni kan dah deal apa dan berapa keping gambar sahaja yang akan kite dapat.Ok ko boleh bayang tak camne aku nak pilih gambar2 tu semua sebab semua gambar aku suka.So, aku diberi pilihan untuk tambah duit untuk dapatkan soft copy semua gambar2 tersebut.Perghh lama jugak lah aku deal nak dapatkan harga yg terbaik, bukan tambah puluh2 hinggit taw tapi main ratus2,18 ratus
kali aku pikir nak ke tak? Dan akhirnya setelah berjam2 tawar menawar aku dapat harga yang aku nak tu.Cuma mintak maaf aku tak dapat nak kongsikan harga dia sebab kalau laki aku taw mampoiss aku..hahahahaha..Yang aku boleh kongsi kan harga asal dia adalah RM38 sahaja, aku je yang gatai nak sangat softcopy semua gambar2 Iqy tu , so makan pasior aku bulan tu, mujur time tu ade rezeki lebih sikit.hukhukhuk..Korang boleh rujuk sendiri harga pakej sebenar dengan pihak Kiddie Fotolab, sungguh aku cakap, hasil kerja dorang aku puas hati sangat walau terpaksa keluar duit lebih sikit..Uwaaa takmo ingat duit yang dilaburkan tu, boleh tak guna ayat 'demimu anak, apapon mama sanggup'..hahaha..Sampaikan staff situ cakap "u sangat pandai nego price haa?".Susah I nak cakap tak boleh..hahahaha..
 




 
 
 
Kiddie Fotolab
3-2, Jalan PJU 5/20E
The Strand, 47810
Kota Damansara.
 
03-6142 6077
 
Email: enquiry@kiddiefotolab
 
 

Saturday, May 9, 2015

4 tahun kian mewangi


07 May 2015, genap lah usia perkahwinan kami yang keempat.Masih terasa hangatnya kucupan suami didahi ni, masih terasa lagi debaran saat tok kadi meng"henjut" tangan suami dan berkata "SAH".Syukur alhamdulillah mahligai yang terbina masih kekal utuh hingga ke harini org kata 5 tahun awal perkahwinan masih dalam proses mencabar, masih dalam proses mahu mengenali, dan juga masih wangi lagi, harap biarlah terus mewangi selamanya..cewahhh...amiiinnn..Tapi kentut busuk tetap busuk okeyy,,hahah


Kasik throwback sikit gambar nikah sekeping, walaupon mata ni naik menanah tengok body tahap tiptop masa nikah ni..Hasil setelah 4 tahun, yeszaaa terima kasih Abi bagi sayang cukup makan sampai mengembang macam sekarang ni..hahaha..Mesti korang nak tanya kan beras apa laki aku bagi aku makan??hahaha ..memang takk laa kan..


Ni lagi tak boleh blah, sesekali feeling-feeling macam retis apa salahnya, sekali seumur hidup katekoo..Kalau aku pakai camni pergi pasar malam, ko kata aku giler plak, so aku melaram lah time bersanding, berangan macam Princess Kate Middleton..Puihhh...Wakakaka..


Ni plak masa malam berinai, gambar ni paling ramai komen, ade yang cakap macam Rita Rudaini lah, Nurul AF lahh..Penyanyi Indon lah, paling takleh blah ada jugak yang cakap macam minah jual jamu..Wat de hekkk...cehhhh....Hagak2lahhh...hahahah..Sesiapa yang tengok album gambar kawen aku ni, sokmo semua bagi pandangan berbeza..Kejap  macam retis tu kejap macam retis ni, dari rasa nak "kembang hidung" terus jadik sesak nafas, ko ni nak puji ke nak perli ke nak hape ni...hahahah..


Dan ini gambar dihari persandingan, penat weyy kahwin ni, majlis aku je 3 hari 3 malam..Punya nak merasa memegang title raja sehari tu kan, ehh silap2, raja 3 hari..hahaha....Rahsia yang aku simpan selama 4 tahun, masa fotoshoot outdoor ni, ekceli aku dah rasa nak pitam, dan hampir-hampir tumbang, nasib Abi sempat tahan aku, maklumlah baru kahwin, tangan takmo lepas langsung masa ni..wakakaka..Tapi dalam gambar muka fake je kunun2 ceria ,padahal nak pengsan dahni hahahahah..hadoi..

Makin lama aku tatap gambar-gambar kahwin ni, makin menanah bijik mata aku..Oh tuhan kembalikanlah bodyku seperti dulu..huhuhu.

Dear ABI,
Macam tak percaya kan dah 4 tahun kite hidup bersama.Terima kasih sebab sudi jadikan sayang sebahagian dari hidup abang, terima kasih kerana menyempurnakan setiap kekurangan diri sayang, terima kasih kerana terima sayang seadanya, sediakan tempat teduh , sediakan makan minum, bantu itu bantu ini..Bbukan kemewahan yang sayang impikan, cukuplah dengan kehidupan sekarang,kesederhanaan kite biar kite sentiasa merasa bersyukur dengan apa yang kite ada.Cukuplah dikurniakan abang sebagai suami sayang sesungguhnya abang adalah anugerah paling bernilai dalam hidup sayang, Happy Anniversary yang keempat , suamiku..Semoga cinta kite sentiasa mewangi selamanya..Aminnn


Thursday, May 7, 2015

Lasertag | Pernah main tembak-tembak tak?

 
 
Ekceli ni pengalaman kedua aku menjerumuskan diri ke kancah "gelanggang lasertag" ni, pengalaman pertama aku masa join blogger gathering Redmummy (klik sini), bezanya kalini aku join under blogger Nadia Farahida, thanks Yaya sudi menjemput diri ini.sumpah terharu..Muah cikedd pliss..Hikhikhik..Dan bezanya kalini aku bawak 2 pakwe aku sekaligus, Abi n Iqy.Bawak bodyguard katekoo..Dan last minit, aku hangkut adik aku sekali, Tasha.Jauh okeyy dari Puchong nak ke Wangsa Walk ni, nasib baik naik kereta, kalau merangkak naya je..#oktakkelakor ..
 
 
 
 
Berbeza dengan pengalaman pertama, pengalaman kedua ni lebih teruja sebab dah ade pengalaman kan, so bajet tererr lah kengkonon, walaupon team aku kalah tempat keempat tapi nak bangga diri jugak lah sebab berjaya ranking best player walau hanya dalam team,manelah taw pengalaman seterusnya nanti boleh merampas takhta as a "sharpshooter"..Ehh tinggi bebenor cita-cita kau ni..hikhikhikhik
 
Bagi yang tak taw camne cara permainan lasertag ni, aku ceritakan secara ringkas lah yer, lasertag ni hampir sama dengan game Paintball bezanya paintball berpelurukan cat dan lasertag berpelurukan laser, dimana terbahagi kepada 2 team yang akan berlawan, dan diberikan vest berlampu LED mengikut kaler, katakanlah ko dapat team lampu kaler merah, so musuh ko adalah yang memakai vest berlampu kaler biru, ada 4 sasaran ko boleh tembak , paling banyak point dibahagian depan dapat 100point sekali tembak.sasaran lain adalah bahu kiri, bahu kanan, dan bahagian belakang badan, setiap kali ko dapat tembak pihak musuh, point ko akan tertera pada skrin senapang masing-masing, dan setiap kali ko yang kena tembak, ko akan "mati" selama 5 saat sebelum ko boleh start menembak musuh semula.Setiap game berlangsung selama 7 minit, dengar macam sekejap je kan.Tapi percayalah penat giler, pancitt wey.Pantang larang permainan ni adalah tidak boleh sama sekali menyentuh pihak lawan,apatah lagi melakukan keganasan or kekasaran mahupon pencabulan..nehi..nehi..nehi..
 
ciann Abi kite masuk grup lain, terpisah sekejap.
 
antara blogger-blogger yang hadir.
 
Okey masa hari kejadian kitorang terbahagi kepada 6 kumpulan, aku dapat kumpulan 6 yang terdiri daripada 5 perempuan dan seorang lelaki, hahaha takyah nak gelak sangat, sebab dah taw memang tak akan menang, so kitorang main manja-manja je..hahah..Paling tak boleh blah bila lawan team Mila, team dia handal-handal weyy ramai kaum adam gagah perkasa, so dia ni macam umpan je dalam kumpulan tu,hahahaha.. bila kitorang tembak dia, dia akan lari sambil angkat tangan dan jerit, uwaa uwaaa syafiq, syafiq, tolonggg tolongg..hahaha..Mengong..Masa tu teruk dia kena ligan dengan aku n Ida..Ieza plak sempat ngadu dengan kitorang dia dah rasa nak pitam, sampai duduk terselit dia kat celah tong..hehehe..
 
Paling rasa tergugat masa lawan team yang ada abang Jamar..Sampai hati abang Jamar mengkhianati team purplelicious taw..hahaha..Punyalah payah nak tembak dia, asyik dia je tembak orang..adehhh..Aku poyo-poyo lah kejar sampai naik atas jambatan tu, last-last aku kena tembak sekali 2 orang tembak aku, mencicit aku lari menyorok celah tong..hahahaha..Paling main-main, masa last game nak tentukan sape tempat ketiga dan tempat keempat, oii ni lagi takleh blah, dah taw dah memang kompom tak leh menang,dah lah dorang import para-para shooter handalan, pasrah jela tempat keempat pon.So kite main tembak-tembak je, ai tembak u, u tembak I, boleh??hahaha..Tapi tetap nak poyo diri jugak, sebab kite high score lagii..kikikikiki..
 
 
 
 
Oklah ,ekceli aku nak cerita panjang lagi, tapi takot orang jemu je bace yang aku asyik high score je memanjang padahal tak menang pon kan..muahahahaa, So, aku nak bagitaw pasal pakej dan harga plak, disarankan korang amik Party Pakej sebab lebih happening bila bermain secara berjemaah ni, dah nama pon pakej kan, dia siap sekali dengan bilik khas untuk berkumpul, siap pakej dengan makan dan minuman sekali sepanjang permainan. Percayalah wahai korang, main ramai-ramai lebih happening, kalau nak plan buat gathering ke, reunion sekolah ke, memang sesuai buat kat sini.Unutk Party Pakej ni paling minimum kena ada 15 orang, dan setiap sorang dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja.Kalau untuk 15 orang ini akan ada 4 kali perlawanan.Semua akan diuruskan oleh pihak Lasertag Warzone.Contohnya korang takmo amik Party pakej ni korang boleh jugak amik 1 game sahaja dengan bayaran RM202 game untuk RM32 ,3 game untuk RM42 dan Unlimited game untuk RM60 sahaja..Dan berita baik untuk para pelajar, diskaun akan diberikan, untonglahhh kan.huhu.
 
 
Ada 3 lokasi dimana terdapatnya Lasertag Warzone ni iaitu 2nd floor Ecurve Damansara, 2nd floor Wangsa Walk Mall dan di 4th floor Gurney Plaza Penang.Setakat ni 2 lokasi dah berjaya diterjah, Ecurve dan Wangsa Walk..Yang Gurney Mall macam jauh sangat plak kan..hagak-hagak lahh..hohoho..
 
 
Dan pemenangnya adalah,,,the bobot yang menang tanpa bertanding...hihihhihi..
 
 
FACEBOOK
www.facebook.com/laserwarzone
 
CALL
03-4131 0006

 
 
 *Hasil rembatan gambar-gambar kredit pada blogger Jamar, Boni, Yaya, Ida, Mila, Tasha dan Ieza..Mintak halal yer...-peace-