Followers

Monday, May 11, 2015

Part 4 | Rizqy Turns 1 - Pre- Birthday Photoshoot at Kiddie Fotolab

 
 
 
  Sebulan sebelum Iqy cecah umur setahun, aku dah siap-siap booked pakej photografi untuk Iqy, kebetulan plak masa dalam proses mencari pakej photografi yang sesuai dengan bajet aku tu, ade plak pakej Pre-birthday Photoshoot ni, macam tahu-tahu je kan.Harga pakej pon boleh tahan..
 
Aku booked tarikh weekdays iaitu hari bekerja, kebetulan masa tu cuti raya cina, opis aku kan cuti lama,so aku amik peluang tu booked sessi untuk Iqy beraksi di lensa kamera.yuhuu..
 
Dan aku telah memilih Studio Kiddie Fotolab. Untuk pengetahuan semua, Kiddie Fotolab ni memang professional dalam mengendalikan fotografi khusus untuk kanak-kanak dan bayi, dorang memang teror dah dalam selok belok fotografi kanak-kanak ni,bukan senang okay nak tangkap angle menarik untuk kanak-kanak.Ada dua pilihan samaada nak outdoor atau indoor, macam aku pilih yang indoor session, makanya sessi bergambar dibuat didalam studio Kiddie Fotolab.Yang bestnya semua gambar fully edited dan ber'resolution" tinggi, so kau boleh cuci dari sekecik-kecik size gambar sampai lah sebesar alam size gambar yang kau nak, kompom gambar tak pecah-pecah punya.High quality lah senang cakap kan.
 
Mesti ada yang tertanya berapa harga pakej yang aku bayar untuk sessi Pre-Birthday Photoshoot Iqy ni.Ekceli aku beli kat Groupon, harga RM38 sahaja, dengan RM38 tu aku akan dapat sekeping gambar 8R ,4 keping gambar 3R, dan 2 keping gambar size kad pengenalan.Tapiii..ada tapi nya, ada kisah disebaliknya yang menjadikan amount RM38 tu bertambah dipenghujung sessi fotografi tu.*Sila tampor diri sendiri..dush dush dush deshumm
 
 
 Citernya camni masa aku sampai ke studio Kiddie Fotolab ni, aku diberi penerangan dahulu, dia ceritakan semula tentang item yang akan aku dapat dalam pakej ni,kemudian aku dikenalkan dengan fotografernya, First sekali Iqy kena jalani session warm up dulu untuk mengenalpasti tahap ke'mesrakamera'an Iqy, first session yang kacang goreng bagi Iqy, ternyata fotografer suka dengan respon yang Iqy berikan, siap suruh Iqy jadi model lagi.Next sessi pilih baju, boleh pilih 2 pasang baju berlainan tema, aku pilih baju
Little pirates dengan Little Pilot..Dan ada satu sessi tu fotografer request nak gambar separuh bogel Iqy..haha..So, Iqy hanya ber'diapers' je snap gambar posing dalam tab mandi.Auuww sexy uu..hihi
 
 


 
Selepas selesai sessi fotografi kena booked tarikh untuk datang pilih gambar.Bukan aritu boleh siap yer ,sebab dorang nak buat proses editing dulu.
 
 

 







 
 
Tiba hari yang dinanti, hati berkobar- kobar ni nak tengok gambar, aku dibawa masuk ke studio dan dorang pasangkan slideshow gambar-gambar Iqy.Ya Allah perasaan masa tu eh anak aku ke tu? Hihihi..Ok dah habis tengok gambar , ni sessi paling tragis sekali.Dalam sessi perbincangan sebelum ni kan dah deal apa dan berapa keping gambar sahaja yang akan kite dapat.Ok ko boleh bayang tak camne aku nak pilih gambar2 tu semua sebab semua gambar aku suka.So, aku diberi pilihan untuk tambah duit untuk dapatkan soft copy semua gambar2 tersebut.Perghh lama jugak lah aku deal nak dapatkan harga yg terbaik, bukan tambah puluh2 hinggit taw tapi main ratus2,18 ratus
kali aku pikir nak ke tak? Dan akhirnya setelah berjam2 tawar menawar aku dapat harga yang aku nak tu.Cuma mintak maaf aku tak dapat nak kongsikan harga dia sebab kalau laki aku taw mampoiss aku..hahahahaha..Yang aku boleh kongsi kan harga asal dia adalah RM38 sahaja, aku je yang gatai nak sangat softcopy semua gambar2 Iqy tu , so makan pasior aku bulan tu, mujur time tu ade rezeki lebih sikit.hukhukhuk..Korang boleh rujuk sendiri harga pakej sebenar dengan pihak Kiddie Fotolab, sungguh aku cakap, hasil kerja dorang aku puas hati sangat walau terpaksa keluar duit lebih sikit..Uwaaa takmo ingat duit yang dilaburkan tu, boleh tak guna ayat 'demimu anak, apapon mama sanggup'..hahaha..Sampaikan staff situ cakap "u sangat pandai nego price haa?".Susah I nak cakap tak boleh..hahahaha..
 




 
 
 
Kiddie Fotolab
3-2, Jalan PJU 5/20E
The Strand, 47810
Kota Damansara.
 
03-6142 6077
 
Email: enquiry@kiddiefotolab
 
 

7 comments:

  1. hahahhaha meh meh bisikkk kat ida berapa total damage tu! ida bisik kat zul pulak lepas tu hahahhahaha. mantik laa nak. alaa xpee sekali sekala ehhh ;p

    ReplyDelete
  2. nice.....cantik2 pic n comel. kalau bab anak2 nie..kita mummy yg over...setuju sgt. but..time is precious.

    ReplyDelete
  3. cantik2 gambar ni.. bolehlah nak cuba nanti

    ReplyDelete
  4. mcm ngeri je hrga tu nory...

    ReplyDelete
  5. Assalam nory,
    hamboih3
    sakan posim abam iqy he3

    ReplyDelete
  6. Wahh...sakan ek bergambar...xpelah kan..bukan selalu..kenangan..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)