Followers

Tuesday, January 19, 2016

First World Hotel,Genting Highlands | Booking online lebih murah

 
Sebelum aku mulakan entry percutian pendek aku ke Genting Highlands baru-baru ni, aku nak share dulu tips dapatkan harga murah untuk hotel penginapan.Sebab ramai yang PM aku tanya berapa harga hotel?Aku booked hotel ni pon last minit, lebih kurang seminggu sebelum tarikh pergi, tu pon planning last minit, sebab masa aku godek-godek laman web Resort Word Genting, terjumpa harga yang bagi aku murah giler, kena pulak time tarikh yang kitorang nak pergi tu,  aku tanpa berfikir panjang terus booked on the spot.Gelojohh tak, gelojoh tak?hahahah..Harga bilik masa tu hanya RM60 sahaja, tanpa kos tersembunyi, cuma disebabkan aku nak check in awal, aku kena bayar RM5 sahaja..Ok lah tu kan..Total semua semua penginapan satu malam di hotel First World, RM65 sahaja..Murah kannn??Korang boleh terjah laman web http://www.rwgenting.com/ untuk tempahan bilik, tapi harga berubah-ubah taw, kalau kena nasib korang baik dapatlah harga bilik murah macam aku tu, RM60 sahaja..hehehe
 
http://www.rwgenting.com/
ni kaunter "self check-in", kalau korang check-in kat kaunter kena cas RM15 kalau tak silap, better korang "self check-in" je, FREEE...
 
Salah satu tips untuk mengelakkan daripada dikenakan caj tersembunyi, korang boleh check-in di kiosk yang disediakan, first time ni aku check-in guna kaunter "self check-in" ni.Rasanya kat Hotel ni je yang ada disediakan kaunter "self check-in" kat Malaysia ni, ke ada hotel lain lagi yang aku tak tahu, cer bagitau aku..hehehe..Kalau korang taktaw nak guna mesin tu camne, jangan risau ade petugas yang akan membantu korang.Sekejap je prosesnya, masukkan no ic, confirmkan booking,terus keluar "pass/excess card" untuk bilik yang ditetapkan.Nanti akan keluar resit yang tertera no.bilik.So dah boleh terus heret bag naik lift ke bilik kita.Yeayyy!!!Senangkan..Tapi disebabkan aku nak check in awal, so kena tambah RM5 bayar kat mesin tu jugak.
 
 
Kitorang dapat bilik kat Tower 1, tingkat 24.Tingkat paling atas sekali.Abi cakap dulu tingkat 24 ni class VIP..Abi siap tanya lagi betul ke sayang booked harga RM60..?Hehehehe...Dulu memang class VIP , sekarang dah standard class dah kot..hehehe..Dulu Abi pernah kerja kat sini, dia cakap dulu ada buffet kat tingkat atas ni, dia selalu curi2 bawak naik makan atas rooftop hotel..Ishhh ishh nottyyynya..Tapi sekarang dah takde dah buffet tu.

 
Kat First World Hotel ni memang banyak bilik, beribu-ribu kot..Antara hotel yang paling banyak bilik kat Asia kalau tak silap.
 
 
Contoh standard room kitorang, ada twin bed, tapi kitorang cantumkan katil tu jadi satu..

masuk bilik je dak Iqy isi minyak dulu...hehehe..Dia yang rasmikan katil dulu..huhu
 
Comel je biliknya, selesa lah untuk kami 3 beranak ni.Bilik air pon bersih, bilik takde bau hapak.Selesa lah tido..Aircond takde sebab guna aircond semulajadi yang sememangnya dah sejuk pon..Ade kipas siling je, tu pon sejukkkk..Bestt...best...best..Ada TV terlekat kat dinding, dak iqy sibuk nak tengok Didi & Friends, mana nak cekaunya astro kat sini yanggg oii...huhuu..Bilik standard je pun..
 

Bergambar dulu sebelum keluar balik untuk ke indoor theme park..Perut pun dah berkeroncong..huhuh


 
Sempat guling-guling lagi dengan budak manyak cekadak ni..huhu..
 
 
 

4 comments:

  1. Kebanyakan servis, memang online lagi murah book online.
    Anyway, selamat bercuti

    ReplyDelete
  2. Salam sis nak tanya malam baby tido ok tak ade nagis2 ke or pape ? Tq ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear...
      alhamdulillah, dak iqy tidur nyenyak sampai ke pagi..
      hehehe..

      Delete
  3. Kalai kita dah booking kalau dtg awal bayar 5ringgit jela yerr?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)