Followers

Monday, April 11, 2016

Bercuti di Hotspring Sg Klah,Perak

 
Bulan Februari ni, spesialnya adalah banyak cuti free, berderet-deret.Kesempatan yang ada ni lah nak pergi bercuti kemana-mana, mulanya plan nak pergi time raya cina, tapi Abi kena kerja plak time raya cina tu, nasib baik aku cuti seminggu, lepas raya cina tu,suruh Abi apply cuti siap-siap,kebetulan aku masih dialam bercuti lagi time tu kan, aku hasut papa amik cuti sekali.Maka satu family lah kami pergi bercuti tanpa family abang aku, sebab anak-anaknya dah start sekolah.
 
 
Short vacay kalini special request dari mak aku yang nak sangat pergi Hotspring Sg Klah, katanya nak rendam-rendam kaki kat kolam air panas.Aku pon macam biasa lah, tiap kali nak short vacay memang muka ni jela yang kena booked n search segala benda.Tapi takpeee, ai suke uolsss arrange benda-benda camni.Bab booked membooked serah padaku.hahaha..Paling sadis sekarang ni dah pandai booked dendiam dari pengetahuan Abi, tau-tau sampai tarikh je Abi terkulat-kulat ikut pergi sekali, eh mana boleh tinggal "bantal busuk" aku tu..hekhekhekhek..
 
View family room




 
Kalini aku dah terbuat mistake sikit, ni semua kes kelam kabut booked dipenghujung waktu lah ni, plan asal nak check in kat Felda Residence Hotspring, tapi aku boleh plak main bedal je memandai booked Felda Residence Sungkai..Alahaiiii...Jauh jugak taw nak ke kolam air panas tu.Tapi dah terbooked, redha jelaa..Nasib baik memang datang nak rehat-rehat je kan.So takde la ralat sangat.Aku pilih Family Room dengan harga RM180 satu malam thru Agoda.com.Not bad lah, bilik besar, bilik air pon besar.Tv je kecik..hahahaha..Ada 1 katil queen dan 1 katil single.Kitorang cantumkan dan geng ladies termasuk dak iqy kongker the katil, Abi & papa bentang toto tidur kat bawah..Alololoooo suweett angat, gentleman sangat taw..hahahaha..
 

harga tiket masuk terkini

pakai gelang dulu sebelum masuk
 
Kitorang gerak dari rumah pukul 9.30 pagi, singgah brekpes kat Hentian Rawang, sampai kat Felda Residence Sungkai, terus check-in bilik, dari situ nak ke Kolam Air Panas, Sg Klah tu dalam 20 minit jugak perjalanan naik kereta.Jalan kaki maybe 18 hari baru sampai..Okey tak kelako..Masuk bilik letak beg semua, tangkap gambar sekeping dua dalam bilik, lompat atas katil, pastu tukar baju mandi dan bergerak ke Kolam Air Panas,Sg Klah.
 
Tiket masuk sekarang RM15 dewasa, kanak-kanak RM12.00, tapi kitorang dapat diskaun separuh harga sebab guna IC pak sedara Abi yang merupakan penduduk tetap Felda Sungai Klah tu.Haaaa ramai taktaw pasal ni, jangan korang pergi ketuk plak rumah setiap sorang kat Felda Sg Klah tu mintak IC..Aku takpe, pak sedara punya IC...hahahaha..
 












 
Dari pintu masuk tu kena jalan kaki , menapak jauh jugaklah nak sampai ke kolam yang pertama tu, tapi kolam yang first ni, agak kotor sikit, mungkin kena masa aku pergi ni je kot, mungkin hari lain bersih je aku tak taw lah pulak kan.Kitorang rendam-rendam sekejap je masa kat sini, yang dak Iqy meraung-raung tak puas nak mandi lagi.Padahal masa mula-mula punyalah lama dia amik masa nak sesuaikan diri mandi air panas, dia termenung lama dulu, pastu baru lah berani nak rendam badan dia dalam kolam air panas (suam) tu
 



 
Kitorang menapak lagi menuju ke kolam-kolam kecik air panas, kat sini ada banyak kolam dengan suhu yang berlainan,ada yang suam-suam,ada yang panas sampai tahap rasa nak melecur kulit aku ni haa.Aku pilih yang palinggg sejuk, tu je termampu..hahaha.Iqy pon join sekali rendam kaki.
 
Mak & papa sempatlah buat aktiviti merebus telur, siap bawak telur dari rumah lagi, sedap plak tu.Rasa lain tak macam masa kite rebus kat rumah, kuning telur tu masak sempurna lembut je..Ehhh sedaplahh..
 



 
Dan siap rebus telur, kitorang jalan kedepan lagi, kalini mandi kat theme park plak, masa ni Abi jagakan dak Iqy , aku dan Tasha eksaited nak main gelungsur tu, mengalahkan budak-budak plak kan, berapa puluh kali duk ulang naik gelungsur tu, kemain lagi kan..hahhaha..
 
Dah puas berendam, kejap air panas kejap air sejuk, memasing dah lemau, maklumlah berendam dalam air panas ni memang buat badan rasa lemau nak tido je.Perut pon dah lapar.Balik bilik, mandi siap-siap , kengkonon nak singgah makan kat Restoran Nasi dalam buluh, tapi sayangnya restoran nak tutup dah, terpaksa cari kedai makan biasa je.Lepas dah kenyang, taktaw nak lepak mana, kitorang pergi Econsave kat Slim River..Singgah jalan sesaja, takde aktiviti kan, shopping jajan buat makan dalam bilik jela.Esoknya lepas breakfirst, check out dan bergerak balik,Sebelum tu singgah rumah mertua kat Felda Sg Behrang, dah alang-alang dekat kan, bawak mak n papa sekali singgah, lepas makan tengahari mak bergerak balik KL, tinggallah kami anak beranak sambung bercuti kat rumah mertua pulak..Sekian...Tunggu kite update story short vacay untuk bulan March plak yer..heeee.
 
 
 
 

2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)