Followers

Friday, May 20, 2016

Bila tayar kereta pancit

Tetiba macam dirasuk hantu rajin nak update entry hari2,entahlah tetiba macam rajin nak berkongsi cerita hari2,memang sepatutnya begitu pon,blog ni asalnya ibarat dairi,catatan peribadi setiap hari,cerita ko buat apa,ko makan apa,ko pakai baju apa,cuma kebanyakan blogger sekarang lebih kearah update entry untuk raih UV semata2.Dan selebihnya lebih kepada update benda2 penting je macam paid review ke, produk review ke,ataupon jenis yang tulis tajuk gempak kebabomm sekali isi entrynya langsung takde kena mengena dengan tajuk.hahahah.
 
.Biasalah tu,lain orang lain cara.Macam aku lebih kepada ,update entry ikut mood, kalau rajin terimalah entry baru setiap hari,kalau malas maybe sebulan sekali je ada entry baru.kihkihkihhh.Tak kisah pun orang nak baca ke taknak,blog aku dah semestinya cerita pasal aku dan kehidupan aku je.huhu
 
Okey berbalik pada kisah aku pada hari ini, harini mood kerja dah okey sikit berbanding semalam,harini dah slow down sikit,kurang stress, kerja pon berjalan lancar je,lunch tadi keluar dengan Kak Zila, naik kereta Kak Zila, suka sangat lunch dekat kedai "PakLong", walaupun jauh sikit dari opis, tapi weolls redah je, sebab lepas makan boleh "drive thru" beli aiskrim McFlurry.Lepas tu sampai opis dah terlajak masa, buat-buat muka tak bersalah jela..Tu makanan kitorang wajib telan setiap kali stress.Wajib okey wajibb..hekhekhek..Bila stress memang kena makan benda manis-manis gitu.
 
Sampai opis, member opis bagitau, dia nampak tayar kereta aku macam pancit..Ahhh sudah..Bila pulak pancitnya, pagi tadi elok je aku drive, ke aku yang tak perasan..Aku terus call Abi, suruh dia direct datang opis aku lepas balik kerja nanti tolong tukarkan tayar, kereta aku park dekat depan opis, call Tasha suruh amik aku kat opis.
 
Esok paginya, pergi kerja macam biasa, sempat lah jugak hantar Dak Iqy kat rumah pengasuh, dalam perjalanan nak ke opis tu, aku dengar macam bunyi "kelepappp kelepapp", aikk takkan tayar aku buat hal lagi, semalam Abi cakap kena paku je dan dah tampal dah..Tetiba pagi ni buat hal lagi, kalini lagi teruk , leper terus tayar aku.Nasib baik tak bengkok sport rim aku, sebab aku belasah je drive masa dah tahu tayar pecah..hahahha..Slow-slow aku berhentikan kereta kat tepi bahu jalan, mujur Abi tak pergi kerja lagi, Abi datang tukar tayar spare, pastu terus pergi kedai tayar tukar tayar baru terus..Melayang duit tengah -tengah bulan..Adehh...Terus bagitau orang opis, aku masuk half day, sebab kedai tayar belum buka lagi.Sempat pergi sarapan dulu dengan Abi..huhuh..
 
 
Dugaan ditengah-tengah bulan..sob...sob..sob 

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cari tayar pulak, cuba website http://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)