Followers

Monday, May 16, 2016

Hari Isnin yang biru

Well, hari Isnin adalah hari biru atau lebih sinonim dengan "monday blues".Aku kalau dah sedap cuti 2 hari dihujung minggu, hari Isnin tu memang lemau je nak start kerja,tak taw lah kenapa, mungkin ada yang sama macam aku, kite geng.Tapi ada je yang semangat giler nak pergi kerja, yang dah prepare baju untuk seminggu kerja,dah ready segala benda dari hari Ahad lagi untuk persediaan pergi kerja dipagi Isnin, aku kagum giler tengok semangat kerja yang macam tu, cer korang transfer sikit semangat tu kat aku, dah cuba dah positifkan diri supaya bersemangat pergi kerja, tapi tu lah tu, hangat2 tahi ayam je, isnin lagi satu kembali pada asal balik, muahahahaha..

Aku kan ada masalah dipagi hari, bukan jenis yang liat bangun pagi, tapi jenis yang bila tersedar pastu dalam kepala pikir apa akan jadi kat opis nanti, pikir pasal tu yang buat aku sambung tido balik, lengah2kan waktu pagi,tiba time betul2 malas, baju pon aku tak ready dari malam lagi, bangun pagi mamai2 ayam mengadap almari baju fikir nak pakai apa,masa tu lah nak gosok baju,masa tulaa nak cari shawl apa yang matching. hurmmm kat situ je dah makan banyak masa, haishhh pagi2 aku memang lemau laaa, acanerr haaa..hahahaha..Lepas mandi baru lah segar sikit, mekap2 sikit siap2 terus pergi kerja, mujur dak Iqy pagi2 memang tak banyak cekadak sangat, dia tau mama dia malas nak layan cekadak dia pagi2 buta tu, hehehe..

Sampai opis, wahhh mujur tak lambat harini, lagi 2 minit nak pukul 9.Mulakan hari dengan check email segala dah cukup buat kepala serabut, belum lagi part telefon berdering2, customer ,dealer ,supplier ,contractor yang call tanya harga lah check spare part lah, semua sibuk nak call hari Isnin, macam takde hari lain nak call, semak tau tak, aku hari2 doa telefon opis aku ni kena panah petir.Haritu pernah kena sekali, perghhhh aman hidup aku rasa saat tu.kahkahkahkah

Kalau kena time bebetul busy, sampai brekpes pon tak sempat, bayangkan aku penah rasa tak larat sangat , dengan busy ,dengan stress , dengan tak makan lagi, ya allah time tu rasa nak maki orang je, time lunch terketar2 tunggu makanan siap.Yang kerja bahagian customer service mesti faham tahap busy dia camne.Phewwww..Rasa tak cukup masa nak habiskan kerja.Sampai tahap bawak kerja balik rumah, sebab dah tak terhandle dah nak setel kat opis.

Balik kerja tadi sebelum ambil Iqy kat rumah pengasuh sempat tapau sup ayam, sampai rumah masak nasi je dan goreng telur dadar.Dak Iqy ajak abah dia ronda naik motor, aku pon join sekali, dak Iqy tu kalau dah ajak ronda naik motor mesti nak singgah playground,layannkan ajelaaa.Sempat lagi beli putu piring kat tepi jalan tadi, balik rumah sambung goreng telur,buat air panas untuk Abi, hidang makanan dan makan sama2.

Kemas umah siap2, ready depan TV tunggu cerita "Dia Semanis Honey" .Tengok cerita ni kena fokus okey, dak Iqy pon aku paksa tido, hahahaha..Okbaiiii nak konsentrettt jap..

2 comments:

  1. akak lak lambat masuk opis tadi. sebenarnya saja buat2 lambat. haha.tapi nasib baik kerja tak byk.maybe sebab minggu lepas dah haru biru.so minggu ni harap relax la skit :-)

    ReplyDelete
  2. hehe samalah I pun selalu loading pepagi. tapi ada kalanya keadaan memaksa jadi pantas jugak. T_T

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)