Followers

Wednesday, June 29, 2016

Apa yang anak kita tonton harini?


Bila anak makin menginjak usia ni, makin berat tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan penjaga ni, lagi-lagi di zaman serba serbi canggih sekarang ni, dimana semuanya hanya dihujung jari saja.Aku dulu masa umur 2 tahun tak kenal lagi apa itu tablet, apa itu Youtube, nak tekan handphone pon lagi aku tak reti, beza dengan anak aku sekarang, pandai je dia unlock handphone aku, pandai je cari button Youtube sendiri,pandai je nak alih siaran TV.Haishhh..


Kepesatan teknologi sekarang ni ada kebaikan dan keburukannya, kebaikannya anak2 lebih cepat pandai, lebih suka mengexplore benda2 baru, hari-hari belajar benda baru, belajar kenal ABC, belajar menari, belajar menyanyi.Macam-macam, tapi sedar ke kita, dalam dorang duk leka belajar, leka tengok video kartun, kadang-kadang mereka tertengok something yang tak sepatutnya mereka tengok, maklumlah "dunia tanpa batasan", benda yang kita sebagai orang dewasa pon tak patut tengok inikan budak2 kecik yang tak tahu apa-apa.


Aku dan asben memang sentiasa pantau setiap kali Iqy sibuk nak tengok Youtube, katanya nak tengok ABC, yer...memang dia suka dan minat dengan lagu-lagu phionics ABC ni, macam-macam versi lagu ABC lah yang dia nak tengok dan dengar, tapi yang tak sedap tu, lepas video tu habis, akan ada keluar pop-up "recommended video", kalau senonoh takpe jugak, ni gambar kartun spiderman, tapi mengandung, pastu ada adegan tak senonoh lah, haritu dak Iqy terclick, dia terus bagi handphone kat aku, berderau jantung aku weyyy..Cepat-cepat tukar video lain..Memang kena selalu ada sebelah dia, kalau tak takut dia ter"click" video tu lagi.Kang dia jadik syiokk plak tengok hari-hari...Haishhh..


Ada satu medium untuk melindungi anak-anak kita dari masalah ni, korang boleh download SALAM BROWSER.Salam Browser adalah medium yang berasaskan Islam yang menjurus kepada keselamatan dalam talian bebas SPAM atau video pop-up yang tiba-tiba muncul dihalaman internet.

Visi dan Misi Salam Browser :

1) Hindari Haram Dalam Talian.
- Lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi unsur maksiat, perjudian dan lain2 yang boleh meudaratkan.

2) Berbakti kepada Ummah
- Melindungi komuniti dari kandungan web yang tidak sihat,disamping menyenaraihitamkan laman web yang memudaratkan.

3) Lindungi privasi diri
- Lindungi kedudukan geolokasi dengan VPN percuma dan halang pemantauan secara rahsia data serta aktiviti peribadi anda.



KELEBIHAN APABILA ANDA MENDOWNLOAD 'SALAM BROWSER' :

Keselamatan Dalam Talian - Kawan apa yang anda lihat .Elakkan penipuan, "phishing" dan helah dalam talian.

Cara Lebih Cepat Untuk Melayari - Internet Perlahan ? Muat turun video dan muzik dari Youtube dan gunakan ciri Data Saver untuk memuat turun dengan lebih pantas.

Pengalaman Bebas-SPAM - Menghalang pop- up / unders web dan nyahkan iklan spam daripada video.
Jomlah sama-sama kita mendownload aplikasi "Salam browser" ini untuk kebaikan anak-anak kita..Lepas ni dah tak risau dah biar anak tengok video sengsorang pon takpe.Sama-sama kite terapkan nilai murni "adab beronline" dalam diri anak-anak kita, InsyaALLAH..



Lepas dah download "Salam Browser" ni, takde dah risau sangat kalau biarkan dak iqy explore internet sorang-sorang..Untuk info lanjut boleh layari laman web 

https://salambrowser.com/en/

download FREE sekarang..Bersama-samalah melindungi anak-anak kita agar masa depan mereka lebih terjamin, disamping kenalkan mereka dengan "adab beronline"..Yerrr online pon perlu kan adab..Jangan sampai jadi biadap plak..hehhh!




2 comments:

  1. bila dah ada salambrowser ni dah tak risau lagi kan anak2 nak buka youtube..tapi masih kena pantau jugak

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)