Followers

Friday, July 29, 2016

Eh dah jumaaat lah


Sebelum hakak memulakan cerita, izinkan hakak belanja selfie barang seketul dua, eh seketul cukuplah, kang menanah plak bijik mata engkorang, tak koser hakak nak bertanggungjawab..hekhekhekhek.Comeyyyy tak hakak???Muahahahahaha okeyyy jangan risau hakak dah ready baldi untuk korang muntah hijau..Pastu sila telan muntah sendiri yer.

Sekejap je dah hari jumaat, bagi yang bekerja hari jumaat ni ibarat hari pelepasan, tu pon bagi yang bekerja 5 hari seminggu lah, yang kena kerja hari Sabtu tak dapek lah hakak nak tolong kan..Taktawlah tapi bagi aku lah kan, bila tiba je hari Jumaat tu, ada suatu perasaan yang buat aku bersemangat, bangun awal, mood ceria, jauh beza dengan perasaan bila tiba hari Isnin..hahahahaha..Sebab hari jummat hari last bekerja, pastu weekend, cuti 2 hari..Besttlahhh kan..Dalam kepala set nak bangun lambat sikit lah esok, tapi ko hingat aku mampu untuk bangun lewat sangattt..memang takklahh, paling lewat pon pukul 8 or 9..Sebab Dak Iqy tu jenis bangun awal, mungkin dah terbiasa hari-hari kan, kadang2 aku geram jugak, aku cakap ngan dia, Iqy ni hari cuti pon bangun awal, tido lah lagi, kasik can mama tido..Hurmmmm memang takklah dia nak dengar cakap aku, pagi2 dah bangun buat sepah.Grrr...

Aku plak jenis yang suka kemas rumah Jumaat malam, dengan harapan esok cuti boleh berehat tanpa mengemas rumah.Lagipon aku jenis yang suka bangun tidur takleh tengok rumah bersepah, nanti aku rasa serabut pastu mulalah nak marah-marah tak tentu pasal,.Hurrmmmm malam kemas, esok pagi dah sepah balik, pastu bangun tido mulalah aku jadi tarzan menjerit terlolong bebelkan dak iqy suruh kemas.Adooiiii sabarr jela..Mainan dia berjuta kali aku kutip dan simpan, dia keluarkan balik, sepah kat ruang tamu..Mau nya aku tak jadi tarzan..Haishhh..

Esok along n mak aku nak datang beraya, haaaa dekat sebulan raya, mak n along aku tak jejak rumah aku lagi ko taw takkk..Betapa busynyaaa kesana kemari, asyik terjah umah orang je, mak aku plak, time aku ajak rumah aku, mesti ada tetamu nak datang ke rumah dia, tu yang esok baru nak buat makan2 sikit untuk family kecik aku.Ohhh esok bukan aku yang masakkk, selamat akuuu!!, sebab esok Hero aku ada, aku request suruh dia masak laksa, kemainnn lagi, main request je..So malam ni nak kemas rumah dulu, nak basuh baju siap-siap, lipat dan sidai, esok tinggal nak fokus untuk hidangan tetamu je..Rasa nak sorok semua mainan dak Iqy biar dia tak menyepahhh..Tapi kalau dia takde benda nak main kang, dah tentu dia kacau abah dia, dah camne abah dia nak masak...


Wednesday, July 27, 2016

Pertama kali sepanjang 5 tahun


Ni pengakuan ikhlas daripada aku, selama 5 tahun plus-plus aku jadi bini orang ni, ini adalah pertama kali aku masak sendiri untuk jamu tetamu.hahahahah, seriusss ni tak tipu, sepanjang 5 tahun ni, aku memang betul2 bergantung pada asben je.Bila ada tetamu nak datang je, aku lah paling kelam kabut sekali, buatnya tetamu kata nak datang time Abi kena kerja, perghhh boleh berpeluh aku satu badan...ahahahahha.Biasanya kan kalau time raya, setiap minggu mesti ada sedara mara or kengkawan nak datang raya, kalau kena time weekend yang Abi cuti, takpelahh aku senang hati, kalau kena time dia kena kerja, perghhh nervous kemain aku, paling koman pon aku hidang nugget n french fries goreng je untuk tetamu, haaa takat goreng2 makanan frozen ni aku bolehlahh kan, tapi macam tak besttt plak kan bagi tetamu makan tu je..Pernah tahun2 yang lepas, tetamu datang time Abi kerja, aku paksa Abi masak siap2 dulu sebelum dia pergi kerja, and then bila tetamu datang aku just panaskan je...terukkk aku kann...

Bukanlah bermaksud sepanjang 5 tahun tu aku tak pernah masak langsung, aku selalu jugak masak, tapi takat nak bagi laki dan anak sendiri makan lepas lah, tapi nak bagi makan untuk tetamu, aku tersangatlah tak konpidennn, taktaw kenapa aku kurang keyakinan diri bila part masak untuk tetamu ni..Aku biasa masak dalam kuantiti sikit , so bila nak masak untuk tetamu tu, aku macam tak reti nak bajet nak letak bawang berapa ketul, nak letak cili berapa ketul, jadi blank tetiba.

Tapi raya tahun ni tersangatlah bermakna bagi aku, cewahhhh...Sebab buat pertama kali dalam sejarah ,aku berjaya masak untuk tetamu walaupon aku goreng bihun sahaja..hahahahaha..Orang lain dah berjuta-juta kali goreng bihun, aku baru nak terkinja2 bangga sangat dapat masak bihun, dan lebih buat aku teruja, habisss weyyy bihun aku, Abi sempat merasa hujung senduk je..hahahaha..Abi cakap, "Uishhh ni dah boleh gugat karier abang ni"...hahahahahahaa...Poyoo ahhh...Gigih aku wassap gambar buhun aku kat dia masa dia tengah kerja..

Yang nak rasa bihun goreng aku, jemputlahh datang rumah..Buat sementara ni, bihun jelaaa aku berani masak untuk tetamu, moga tetamu tak jemu datang rumah aku..Nanti aku dah terer masak bermacam2 menu, iolls bukak khemah panggil semua mai rasa okeyyy..muahhahahahaha..

Tuesday, July 26, 2016

Surpriseeee!!! Happy Birthday sista!!



Ni cerita bulan lepas, masa besday adik aku,Tasha yang ke 18 tahun.Mak aku suruh aku planning nak surprise kan si Tasha ni.Taktaw nak planning camne, aku berkolaborasi dengan boipren dia, Shamier.Kononnya pada hari kejadian , dorang berdua nak keluar dating nak celebrate lah kengkononnya, cehhhh..Aku suruh si Shamier buat2 cancel date dorang last minit, dengan harapan si Tasha ni akan merajuk , mengamuk segala lah.Plan A berjaya dengan jayanya, berjaya buat si Tasha marah, pagi2 mak aku dah inform aku, "Dikkk,Tasha dah mengamuk dah tu, Shamier dah cancel date last minit"hahahahaha..And then, plan seterusnya, aku dah siap-siap booked TGI Fridays, nak celebrate situ lah siap request staff  TGI Fridays nyanyikan sekali lagu Happy Birthday untuk si Tasha ni.

Berbalik pada plan seterusnya, hari kejadian, aku dah deal dengan Shamier, aku akan pick up dia kat rumah, wahhhh nampak tak betapa sporting bakal kak ipar ko..hahahahaha.Ekceli dah terbiasa dengan dak Shamier ni, dah lama kenal kan, since dorang pon dok bercinta monyet dari zaman hingus meleleh lagi kan, hahahaha.So dah rasa selesa dengan dia, senang nak bekerjasama, dia pon jenis tak banyak cekadak sama macam asben aiii jugekk...hahahahaa...Bagusss pandai adik aku cari bakal laki..Ehhhh!!Ok tepat kul 12 eh 12 lebih camtu lah, aku dengan dak Iqy pergi pick up Shamier kat rumah dia, pastu terus pergi IOI Mall,Puchong.Mak aku dah tunggu kat sana dengan Tasha n anak2 buah aku.Papa n Abi kerja pada hari kejadian, masa ni kan aku cuti panjang, sebab berhenti kerja haritu..hehehehe, so kitorang buat kecil-kecilan jela, dengan kerabat2 yang ada.

Mak n Tasha dah sampai sana dulu, kononnya mak aku nak belanja dia shopping lah sempena besday dia kan, dia langsung taktaw ni Shamier ikut aku.And then, aku terus ke TGI Fridays, pastu call mak aku suruh buat2 bawak Tasha lalu area TGI Fridays ni, masa tu kitorang dah siap2 duduk dah tinggal nak order je makanan.Sekali tu sampai je dorang semua kat situ, terkejut beruk la si Tasha ni nampak si Shamier ada situ, masa tu dia dah tau lah dia dah kena prank, hahaha..Kembang kempis hidung kauu.hahaha..Taktaw nak marah ke nak terharuuu...

Masa tengah order, aku bagi hint kat staff  TGI, dorang pon datang kat meja sambil bawak kek bersama lilin, sambil nyanyi Happy Birthday, tapi sebelum nyanyi, besday girl kena buli dulu lahh, kena nyanyi lah apa lah..Dah nyanyi baru boleh tiup lilin..hehehehehe..

Tu jelah termampu buat untuk celebration ni, sempena dia nak sambung belajar, mak nak kasi dia happy2 sikit lah kononnya.Hadiah besday pon dah dapat kan, untonglahhh sambong belajar pon dah ada kereta sendiri, tak macam aku dulu, naik bas je..hukhukhuk..Takpelahhh rezeki dia kan..Anyway, HAPPY BIRTHDAY , Dear Sista..Belajar rajin-rajin, dan semoga berjaya didunia dan akhirat, i doakan u berjaya capai segala impian u okey.Muahhhcikedd..


Layan video birthday girl duluuu


Beraya @ Pantai Dalam,KL

Belanja selfie sekeping..hehehe

Weeeehuuu, ni cerita minggu lepas, tak habis-habis lagi berjalan raya.Kalini ke rumah maklong aku plak kat Pantai Dalam ,KL,Sedara mara aku memang area sini-sini je, tak jauh mana pon, tu pon setahun sekali baru jejak rumah..Hari biasa kalau takde hal, memang taklaaaa nak nampak batang hidung kan..Nasib baik raya sebulan, ehehehhe..

Disebabkan maklong aku baru balik dari Terengganu, maka berkesempatanlah aku beraya ke rumah maklong dengan kaum kerabat lain.Raya memasing tak jumpa, aku beraya kat rumah mertua, yang lain ada yang balik kampong, tu yang dapat jumpa time berjalan raya camni haaa..Seronok kan sekali sekala berjumpa ramai2.


Ni sebahagian daripada family aku je, belum campur sedara mara lain, family kaum kerabat nak ikutkan ramai jugak, cuma tak dan nak bergambar sekali yang semua ada.



Alih2 gambar aku dan Dak Iqy jelaa..hahaha..uishhh budak ni buas kemain, musim beraya ni dia pegi umah orang main je keje dia, lagi kalau jumpa geng2 dia..uishhh kemain lagi.kecik besor kecik besor je aku tengok dia..Takpelaahh sesekali kasi can.


Ni sepupu Iqy sebaya dengan dia, umur beza sebulan je, Iqy tu pangkat adik dengan Dicha ni, duduk pon dengan pengasuh yang sama.Hari2 jumpa, hari2 kalau tak gaduh tak sah..Tak faham aku 2 ketul budak ni..hahaha..Tapi Dicha selalu mengalah, yang dak Iqy ni kaki buli..hurmmm harap2 dah besar nanti dorang rapat boleh pegi sekolah sama2 plak.hehehe..Gambar ni time dorang tengah baik sweet2 gitu, bila tiba gaduh dah rupa ribut taufan dah, memasing meraung2...hadoiii pening pale..

Oh yerrr, maklong aku masak nasi lemak haritu, kenyang perutt wey..Sambung open house minggu depan plak sebab esoknya tu dah keje..huhuhu...layan open house kena tggu weekend jelaa, nak buek camno, selagi belum tutup mata, kerja, kerjaa..kerjaa..Sape ade buat open house lagi minggu depan, hallu hallu lah aku, kalau free aku datang..


Friday, July 22, 2016

Rizqy 28 bulan

17Mac2014 - 17July2016

28 bulan dah Dak Iqy ni.Raya kalini raya ketiga dak Iqy merasai nikmat berhari raya.Kejappp je kann.Ingat lagi first raya Iqy baru umur 4 bulan lebih.Raya kedua umur dah setahun lebih, dah pandai berjalan, tahun ni plak dah pandai berlari melompat segala, nak tangkap gambar pon susah.Dah pandai berkawan, bergaduh pon pandai..hahahah..

Dak Iqy ni makin besar makin slim plak badan dia, selera dia tu ikut masa, ada masa dia berselera sampai bertambah2 nasi, ada masa dia memilih2..Yang penting dia teramatttlah suka pedass.Sampai tahap kalau tak pedas dia taknak makan..hadoii pening pale..aku ni risaukan perut dia, budak lagi takut nak bagi pedas2 selalu, tapi dah ituuu je dia suka makan, acaner nak buat..Tak bagi kang, tak makan langsung plak dia.siap kena perli dengan orang ,muka je mat saleh tapi selera kampong..hahahaha..yeke??? Mat salehh tang mana  taktawlaaaa kan..

Dah pandai bercakap..tapi tak suka tunjuk kat orang.kalau org tanya dia suka diam je..low profile lah kununn...cehh...tapi kalau kat rumah, mulut dia macam mulut orang tua, yang tak tahan siap pandai melatah lagi,aritu dia terkejut apa ntah spontan je dia sebut 'oh mak kau'..hahahaha..pastu kalau tanya abah mana? Dia cakap abah isap okok,fuhhh fuhh..amboiiii kemain lagi kau kan siap buat gaya lagi..benda2 tak elok tu cepat je ko tangkap.Masa kat kampong plak, dia tanya aku mana abah dia, aku cakap lah abah mandi, pastu dia jawab "bukannn...abah yakk, ucukk" siap kibas2 tangan lagi..adoiii lawak budak ni..

Makin besar ni makin rapat n mengada2 manja segala dengan abah dia.Meluat plak aku kekadang..hahahaha..Dari kecik mmg dah rapat dengan abah dia pon, tapi makan besar ni makin rapat, gerammm aku, bukan apa, kalau abah dia ade dia mengada2 sangat, kalau abah dia kerja,okey je dia tinggal dengan aku,takde buat perangai sangat..huhuuuuu..Kadang aku rasa nak fotostat muka abah lekat kat sekeliling tempat, biar dia nampak je muka abah dia sentiasa.Kalau abah dia pergi kerja, dia takde kawan nak main kan, mulalah dia masuk bilik cari abah, pastu merintih sesorang sambil cakap "Abah, alik lah abah"...hahahaha kesiann..taktaw nape dia tak suka main dengan aku, membosankan ke aku ni???hukhukhuk





Makin besar makin meninggi ikut abah sangat..Tapi muka dia makin besar makin seiras dengan muka mama.Kalau pergi mana-mana orang sangka dia umur 4 tahun, yang ingat dia dah sekolah pon ada..Haiilahhh anak cepatnya membesar.

Wednesday, July 20, 2016

Jom beraya

Sape suka selfie dalam kereta???Seppp kite sama, sebab faktor cahaya yang buat muka kite nampak flawless gituuu...Padahalll taklah seflowless mana pon..hahahaha


Ahad aritu, orang sibuk beraya dan beropen house kesana kemari, aku plak pagi2 dah cari rejekii.Hari cuti ni cari duit poket sikit lah, buat part time job, hehehehe.Aku pon kadang tak sangka jadi blogger pon boleh dapat duit poket, walau taklah sekencang job2 blogger hebat, tapi cukuplah dapat tampung perbelanjaan sendiri kan.hehehehe.Oh yer haritu dapat job dekat Dpulze, Cyberjaya..Bestttlah sebab dekat dengan rumah.Hangkut sekali laki dan anak.Seronok part time job boleh bawak anak dan laki..Tapi dak iqy tu kalau dah nampak mainan, makanan semua tolak tepi, dengan abah2 dia terbabit sekali tak join makan free..Hahahahaha , takpe mama tolong makankan.Nasib baik Abi n Iqy sempat makan kat rumah sebelum datang sini.Food Review kalini dah macam rumah terbuka si Ida Baharum ni plak, dah macam tuan rumah plak dia, anyway TQ jemput ai ke "open house" u ni k..Siap dapat "duit raya" lagi.hahahaha.


Balik dari Food Review, Ida nak beraya kat rumah mak aku, sebab dah dekat kan lagipon Ida nak pegi Seremban petang nanti, dia malas nak patah2 balik, so lepak-lepak rumah mak aku sampai pukul 3 lebih.Siap kait buah pelam mak aku lagi..ahahahahah..Pastu taksah kalau tak welfie kan, adik aku mulalah request buat perangai pelik2.Layannnkan ajelaahh, pastu yang lebih2 kakak2 dia ni..hahahahha..Seronok kemainn, mudah sangat terhibur kitorang ni kannn..agagagagagag...Aku pun pelik amende style ntah, dah macam otomen pon ada...


Sebelum Ida nak balik, kita welfie sopan2 sikit ekkk...Hari raya ni weyyy...
Elok sikit perangaiii tu..hahahaha


Lepas Ida gerak, aku pon gerak ke rumah kezen aku, mak aku dah gerak dulu sebab maklong aku dah tunggu lama kat sana, dalam kereta sambung welfie dengan Abi plak, rasa macam dah lama takde gambar dua2 camni, dak iqy ada kat seat belakang tu, tengah membongkang tido, penat ikut mama work eh, pastu sambung beraya plak..hehehehe cian anak mama..


Yang kiri tu kezen aku, yang tudung biru tu Maksu aku..
Bergambar bukti dah datang beraya okeyy..hehehe..Sedappp hokey dia masak ayam masak merah..Nape aku masak tak sedappp eh...konpius aku...hekhekhekhek..


Lepas beraya rumah kezen aku, mak n sedara mara lain ajak pergi rumah pakcik aku plak kat Cheras.Aku follow jela, dah alang2 nak beraya, follow jela sampai lebam.Percubaan bergambar beramai2.Sebahagian adik beradik mak sepupu sepapat sebalah mak aku.


Monday, July 18, 2016

Bekas kuih baru, ini baru lah rayyyaaaa


Sajeeeee je nak tayang bekas kuih raya baru...Wakakakakaka...Untuk pengetahuan semua, cehhh siap buat pengumuman lagi, kalau nak tahu, raya ketiga baru aku terhegeh-hegeh pergi beli bekas kuih raya ni..jauh taw aiii import.Dari kampung Abi..hahahahaha..

Aku memang dah lama minat dengan bekas kuih kaca ala-ala kristal ni, bila nak beli bajet macam tak berapa nak hado plak, mahallll okey kalau tak survey merata.Paling murah pon aku terjumpa kat MR.DIY, tu pon seketul RM5.-7 hengget sebiji.Hampir-hampir nak terbeli jugak, tapi taktaw kenapa tak beli..Last-last teringat kat Slim River ade kedai RM2 ECO tu.Raya ketiga masa nak balik ke Puchong, ajak Abi singgah sekejap.Laju-laju pergi bahagian bekas kuih, yeayyyy ada, tapi tak banyak dah tinggal, laju2 amik bakul, ambik 6 biji terus..Puas hatiii..RM2 je seketul weyyy..Jimatttt duit aiii..

Aku selalu cerita kat mak aku, aku nak cari bekas raya kaca yang kecik comel je, mak aku cakap aku kedekut...hahahaha..Kedekut kuih raya, letak sikit2 je, ehhh bukan kedekutlah, tapi comell pe, letak sikit-sikit, boleh topap banyak2 kali, nampak lah kuih banyak sikit walau hakikat kuih bape jenis je, dah lah semua buat guna jari telunjukkk je..hahahaha..

OKBAIIII tu je nak cerita..

Friday, July 15, 2016

Dak Iqy kena food poisoning

Banyak jugak dugaan Ramadhan tahun ni,Allah uji sebab dia sayangkan hambanya,nak kite lebih dekatkan diri denganNya..Alhamdulillah diberi kekuatan hadapi semua dugaan dan cabaran,dengan berhenti keje secara tetiba, dengan nak cari kerja barunya, dengan setelkan hal adik nak sambung belajarnya,uishhhh busy bebenor,dengan accident kecil2an nya..Hurmmm dengan nak raya nya..Syukur masih diberi kekuatan dan kesabaran.


18 Ramadhan sekali lagi diuji, masa tgh bersiap2 nak pergi kerja pagi tu, tetiba dak Iqy ngadu sakit perut  dan secara tetiba muntah2, pagi tu je lebih 6 kali dia muntah sampai muntah kaler kuning.Cuak jugak aku time tu,Iqy ni tak pernah kena sakit perut n cirit birit macam ni, ni first time sepanjang 2 tahun ni, sbb aku memang jaga bab2 pemakanan & kebersihan dia ni.Tapi org kata kalau nak kena tu kena jugak kan.

Pengasuh citer dia makan kuih raya banyak semalam tu, maybe perut dia tak tahan dengan bahan2 yang ada dalam kuih raya tu,org lain makan okey je..Dia ni suka makan pedas, selama dia makan pedas ni tak penah plak perut dia meragam, tiba time makan kuih raya plak perut dia tak tahan..hehehe..Pelik jugak aku.

Aku terus EL haritu, call Abi , Abi suruh bawak Iqy ke hospital terus, Abi tunggu kat sana.Masa nak tunggu giliran tu dak Iqy dah lemah sangat, sebab perut dia kosong giler semua dah keluar.Tapi dalam lemah2 sempat jugak dia terajang nurse yang nak check2 dia..adehhhh sorry akak nurse..budak ni memang "pemalu" sikit..hekhekhek..

Tiba giliran , oleh kerana Iqy dah muntah lebih dari 6 kali pagi tadi, doktor suggestkan untuk tahan wad masuk air.Kalau taknak kena tahan wad boleh, tapi kena pastikan iqy makan dan minum, aku fikir, lebih baik dia ditahan wad, kalau aku berkeras nak balik, bukannya dia nak makan n minum pun, seteguk air pon dia taknak masa tu..Lemahhh giler..Better dia ditahan wad, untuk kebaikan dia jugak.

Merasa lah aku berbuka di wad, mujur mak aku datang melawat siap bawak lauk lagi, dak Iqy plak masa tu dah aktif dah, dah tak muntah2 dah, mgkin sebab dah masuk air kan, kemain selera dia makan nasi lauk asam pedas nenek, tertunjuk plak kat dia, dia kalau nampak lauk pedas lajuuuu je dia..risau jugak takut perut dia sakit lagi, tapi alhamdulillah okey je dia makan,doktor datang check up,terus cakap dah boleh balik dahni tapi kite tggu esok jela check out ek..Haishhh boleh lak cmtu doktor ni kann..takpelahhh perabihkan air bagi masuk cukup2 dalam badan.Alhamdulillah esok pagi tu doktor dah bagi check out.Yeayyy.


Dia takank pakai baju, so berpampers jela ko nak oii..Sangatlah penakut dengan doktor n nurse, cleaner pakai uniform pun dia ingat nurse, punyala melalak2..hadoiii sabor jela..Masa baru masuk wad, lagilah, takmo berenggang langsung dengan abah, duduk atas dukung je, sampai tertidur, kesian abah sampai sakit2 pinggang.Dah malam plak, dia still taknak baring atas katil, dia sanggup tidur duduk, kelakar pon ada tengok dia tersengguk2 tido sambil duduk, puas suruh baring ngamuk2 taknak.Dari masuk wad sampai ke malam dia merengekkk je asyik sebut nak balik nak balik..Nurse nak datang check pun takut2, takut dia nangis jerit2..hahahahaa..


Ni pagi esoknya, akhirnya dia nak jugak baring kat katil tu, tu pon malam tu lepas dia tidur duduk, slow2 aku baringkan dia, malam tu dia tidur lena sampai ke pagi, mungkin penat merengek n tahan mata seharian kot, aku pon lena sekali malam tu, patient sebelah tu plak time malam menangis, nasib baik Iqy tak terganggu, dia kalau dah tidur, bunyi bising camne pon dia okeyy je,aku plak yang terganggu, tapi takpelahhh kasi cann, sebab siang tu Dak iqy yang buat bising dia sedap tidur...hehehe..Lagipon dak iqy ni memang jenis tak meragam malam dari kecik lagi, tu jela yang boleh aku puji..hahahaha

  

Ni masa doktor cakap dah boleh keluar wad, tapi kitorang lepak lagi kat wad sebab tunggu abah Iqy dari hospital Selayang hantar abah mertua check up.Kebetulan tarikh tu memang Abi cuti untuk hantar abahnya ke hospital.Malam tu lepas dak Iqy lena, senyap2 abah dia gerak balik kampung nak hantar abah pagi tu kan.Alhamdulillah, malam tu Iqy tak meragam masa abah dia takde, sebab aku bohong sunat cakap abah dia ade tidur kat katil bawah tu, kebetulan plak ayah patient kat sebelah tu tidur berdengkur sama macam abah dia, so dak Iqy ingat betul lah tu abah dia,hahahaha...Kalau dia tahu abah dia takde, naya lah aku..Dia dengan abah dia tu dah macam magnet ko taw takk,..Kesian kat Abi, ulang alik sana sini, tapi dia dah pon laksanakan tanggungjawab sebagai abah dan anak dengan baik sekali, tahniah asbenn..I love youuu so strong..Syukur Allah permudahkan segalanya..

Saturday, July 9, 2016

Selamat Hari Raya UOlls

Selamat Hari RAya MAaf ZAhir Batin.Alhamdulillah,bertemu lagi syawal utk tahun ni.Tahun ni giliran beraya belah mertua.Meriahhh uolls walau terpaksa berjauhan dengan family sendiri.Sehari sebelum raya baru gerak balik rumah mertua.Sempat lah jugak berbuka puasa penutup ramadhan bersama adik beradik ipar duai semua.Nanti sambung citer raya lagi, gambar raya pon tak banyak tahun ni, kamera gabak lupa bawak.hehehe..