Ni pengakuan ikhlas daripada aku, selama 5 tahun plus-plus aku jadi bini orang ni, ini adalah pertama kali aku masak sendiri untuk jamu tetamu.hahahahah, seriusss ni tak tipu, sepanjang 5 tahun ni, aku memang betul2 bergantung pada asben je.Bila ada tetamu nak datang je, aku lah paling kelam kabut sekali, buatnya tetamu kata nak datang time Abi kena kerja, perghhh boleh berpeluh aku satu badan...ahahahahha.Biasanya kan kalau time raya, setiap minggu mesti ada sedara mara or kengkawan nak datang raya, kalau kena time weekend yang Abi cuti, takpelahh aku senang hati, kalau kena time dia kena kerja, perghhh nervous kemain aku, paling koman pon aku hidang nugget n french fries goreng je untuk tetamu, haaa takat goreng2 makanan frozen ni aku bolehlahh kan, tapi macam tak besttt plak kan bagi tetamu makan tu je..Pernah tahun2 yang lepas, tetamu datang time Abi kerja, aku paksa Abi masak siap2 dulu sebelum dia pergi kerja, and then bila tetamu datang aku just panaskan je...terukkk aku kann...
Bukanlah bermaksud sepanjang 5 tahun tu aku tak pernah masak langsung, aku selalu jugak masak, tapi takat nak bagi laki dan anak sendiri makan lepas lah, tapi nak bagi makan untuk tetamu, aku tersangatlah tak konpidennn, taktaw kenapa aku kurang keyakinan diri bila part masak untuk tetamu ni..Aku biasa masak dalam kuantiti sikit , so bila nak masak untuk tetamu tu, aku macam tak reti nak bajet nak letak bawang berapa ketul, nak letak cili berapa ketul, jadi blank tetiba.
Tapi raya tahun ni tersangatlah bermakna bagi aku, cewahhhh...Sebab buat pertama kali dalam sejarah ,aku berjaya masak untuk tetamu walaupon aku goreng bihun sahaja..hahahahaha..Orang lain dah berjuta-juta kali goreng bihun, aku baru nak terkinja2 bangga sangat dapat masak bihun, dan lebih buat aku teruja, habisss weyyy bihun aku, Abi sempat merasa hujung senduk je..hahahaha..Abi cakap, "Uishhh ni dah boleh gugat karier abang ni"...hahahahahahaa...Poyoo ahhh...Gigih aku wassap gambar buhun aku kat dia masa dia tengah kerja..
Yang nak rasa bihun goreng aku, jemputlahh datang rumah..Buat sementara ni, bihun jelaaa aku berani masak untuk tetamu, moga tetamu tak jemu datang rumah aku..Nanti aku dah terer masak bermacam2 menu, iolls bukak khemah panggil semua mai rasa okeyyy..muahhahahahaha..
wah..tahniah nory..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum nory. Alhamdulilah.. boleh asah bakat lg dengan zul tu. Hehhe sheila pun tak konfiden masak byk tapi selalu cuba2 buat juga. Hahahha
ReplyDeletewahhhh at least dah start langkah pertama hehe
ReplyDeletetahniah nory walaupun hanya meehoon..kdg2 neves juga kn..padahal masak utk suami ngan ank ok..hehe..tkpe next raya bole up menu skit dr meehoon
ReplyDelete