Followers

Tuesday, October 18, 2016

Dak Iqy 2 Tahun 7 Bulan


Lama tak share cerita pasal anak bujang aku sorang tu, banyak benda nak share pasal dia, tapi tu laaa bila malas menguasai diri, ko paham-paham jela.Dak Iqy sekarang dah berusia 2 tahun 7 bulan (genap semalam), tak lama dah nak masuk 3 tahun dah.Uishhh susah nak percaya, anak bujang ai semakin membesar dan hensem macam mama dia.Ehhh?..

Sekarang ni kalau bercakap dengan dia dah macam bercakap dengan orang dewasa, nampak je pendiam dia tu, kalau dilayan, tak berhenti2 mulut dia tu menyembang.Eh ikut sape ni???Ada masa-masa dia suka bertanya 24 jam, jenuh nak melayan, sampai mama dia malas nak layan suruh dia diam.hahahaah..Orang cakap budak banyak bertanya ni budak bijak, tapi kita yang nak melayan ni kadang tak terlayan nak jawab soalan2 dia tu, kadang sampai nervous nak jawab soalan dia..hahahaha..

Masih macam dulu, manja dengan abah dia.Tapi kadang tu aku tengok perangai dia melampau plak, cara dia communicate dengan abah dia pon tak sama dengan cara dia comunicate dengan aku, dengan aku dia macam ada respect sikit, dengan abah dia, sometime tu aku rasa macam melampau sangat, sampai aku plak jadi naik hantu.Abah dia boleh maintain je perasaan bila anak buat perangai ngader2 camtu.Ohhh yelaa mama dan abah berbeza karakter, mama garang macam singa tapi manja macam kucing (kikikikiii), abah plak cool je memanjang.Gerammm plak kite ni kadang-kadang tau..huhhh!!Cool ada batas nya, contoh haritu Dak Iqy ni tinggi suara kat abah suruh buat susu, dengan aku dia tak pernah tau tinggi suara camtu, so aku rasa macam melampau sangat, kite tak ajar pon camtu kan, gerammlah.Suruh abah dia marah, abah dia kata, biarlah dia kecik lagi, nanti makin besar dia berubah lah..Tapi aku tak sependapat macam tu, masa kecil ni lah nak ajar kan, biarlah orang nak kata aku garang macam singa ke hape.Pernah jugak Dak Iqy tertinggi suara kat aku macam tu, aku pesan kat dia balik, "cuba cakap elok2 dengan mama!!", pastu dia ulang balik dengan cakap elok2,lembut je, kalau abah dia suruh dia buat balik (cakap elok2), tak makan saman pun dia,Dengan mama dia je dia takut..huhuhuhuhu...Tu laaa sebab dah terbiasa, bagi dia apa dia buat, semua abah dia setuju je..Tapi bukan dengan mama okeyyy!!!!

Dah nak masuk 3 tahun ni, makin banyak benda baru dia explore, whatsapp, Facebook aku semua dah tak secure dah sekarang, semua dia memonopoli.Kalau tengah2 malam tu, dia sendiri mintak, "mama, nak henpon mama", apa seronok sangat henpon mama tu kan, padahal henpon dia ade je.Dah tau dah akal dia, belek henpon mama, senyap2 dia stalk Fb mama, Kekadang dia siap update status lagi, aku kadang tak perasan.Whatsapp lagi lahhh, asal sikit dia cakap nak "hello nenek", dia suka hantar voice mesej tu, "Hello nenek!!Iqy ghinduuu"Kemain lagi budak ni..Masa abah dia kerja pon dia senyap2 voice mesej abah dia "Abah!!Baliklah abah, Hujannn...Iqy takott..."Tergelak bila dengar balik.Macam budak besar2 je cara dia cakap.Pelat-pelat dia tu tapi clear ayat dia.Suka dengar kalau dia susun ayat, sometime tunggang terbalik, lucu bila dengar..hahahahaha..

Dah nak masuk 3 tahun ni, ciri-ciri nak jadi abang tu dah makin ketara, Tapi mama je belum ready dari segi fizikal dan mental, biarlah Iqy sorang dulu buat masa ni.hehehehe..Sekarang ni dah pandai main game POU , ala macam mainan Cyberpet dulu tu, macam jaga haiwan peliharaan, bagi makan, mandikan, bagi ubat..Ntah camne dia boleh pandai main game tu, dia plak yang ajar aku, taktaw plak akan kewujudan game tu dalam henpon dia.hahaha..Taw2 je, dia rajin layan pou tu..

Setiap hari sampai umah je, dia cakap "Mama, pou nak makan", pastu aku tengoklah dia bagi pou tu makan camne, bila pou tu taknak makan dia marah ngamuk2..Haishh tak paham aku..Kalau pou tu berak pon dia sibuk bagitau aku, "Mama, Pou berak banyak", "Pou demam, pou kotor nak mandi" ., Dia jela uruskan makan minum pou tu, dia tak sedar, dia sendiri pon mama mandikan, hahahaha..Nampak ciri-ciri nak jadi abang tu dah ada, dia rajin jaga adik..hehehehe..Aku dulu masa sekolah rendah main game camtu, budak zaman sekarang, umur 2 tahun dah pandai explore macam-macam..heheehhehe.

Tak lama lagi dah nak sekolah plak, dah boleh start survey sekolah dahni, masa cepat sangat berjalan, dulu masa baru bersalin, rasa mcm lambat lagi je dak Iqy ni nk ke sekolah, alih2 dah nak sekolah dah.Tu pon nak fikir2 dulu,nak sekolah kan dia umur 4 tahun ke atau 5 tahun nanti baru start.huhuhuu...Takat ABC tu dah terer sangat dah dia kemain eksyen lagi..Nak hantar sekolah biar dia pandai berkawan, kesian jugak tgk dia sorang2 je kat rumah takde kawan.Nak main pon ajak abah, ajak mama seminit dua je mama layan, hahahaa..
Hurmmm oklah nanti sambung sembang lagi ek...


Ni je gambar terlatest yang Dak Iqy, baru snap semalam kat rumah nenek dia.Terbungkang tido statik gitu je, penat sangat lah tu...huhuhu..


6 comments:

  1. Assalamualaikum Nory
    Terimakasih sudi singah blog kaknoor
    Dak Iqy ni umur nya sama dgn cucu kaknoor umur dia baru masuk 3 tahun tapi hp semua dah pandai operate mcm anak bujang Nory jugak, pintar betul kan budak2 skrg ni..

    ReplyDelete
  2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus dan uang gaib tanpa tumbal,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    LEBIH LENGKAP KLIK=> PESUGIHAN TOGEL GAIB

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory.. besar dah iqy.lama tak jumpa kan. Hehehe best la kena layan anak pandai ckp. Yg tak reti nak ckp ni haa jenuh nk lyn kihkihhh

    ReplyDelete
  4. Hahahaha...bijak dak Iqy nih.Nory mcm akak la...garang dgn anak2

    ReplyDelete
  5. makin besar dan tinggi dak IQy, dah nak 3 tahun dah. cepatnyaaaaaa membesar.

    ReplyDelete
  6. ololoo makin kacak budak ni..geram tgk dia kak..hihih

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)