Followers

Monday, October 31, 2016

Isnin ke harini?


Selamat pagi Isnin, lemau weyy kerja harini, well seketul Nory Zoulkefle ni memang femalas kerja dihari Isnin, eh bukan hari isnin je, semua hari pon malas,upss bukan sengaja nak buka aib sendiri, tapi hakak tak suka lah bajet2 pekerja contoh ni, hakak insan lemah yang banyak kekurangan.hahaha..

Lama kan tak dengar aku ngomel pasal kerja, hurmmm mungkin aku dah boleh "move on" dengan kerja sekarang kot,nak kata selesa tu taklaa cuma aku malas nak amik port sangat, malas nak semak kepala.So aku kerja jela macam biasa, agak2 malas, aku ponteng jelaa,lantak piii lah nak marah ke hape?Tapi setakat ni tak pernah lagi lah kena warning, mungkin alasan aku boleh diterima pakai kot, terer jugak aku membongak kan.hahahaha. (jangan  jadi macam hakak yer adik2, tak baik taw)..hahahahaha

Alhamdulillah, sejak buat bisnes sampingan kecil-kecilan ni, adalah duit belanja sementara tunggu gaji yang maha lambat itu.Tu yang tak mengomel lagi pasal gaji lambat tu, dah mula selesa kot..hahaha..Sampai dah takde perasaan dah weyy nak tunggu gaji tu.Boleh tak camtu?hahahaha..Lagi rasa seronok layan bisnes sampingan sekarang ni, walau penat jugak, balik kerja terkocoh2 amik anak, rushing pergi amik stock, pastu COD barang plak.Pastu nak naik tangga rumah lagi, uishhh tapi puas beb, hasil kerah tenaga sendiri kan, dapat RM1 pon rasa berkat sangat.

Dan sekarang ni, selit bisnes ikan pekasam plak,banyak permintaan taw, bayangkan lepas post iklan je, terus habis stock dalam satu hari.Syukurr..Cuma ikan pekasam ni kalau dah habis stock kena tunggu 2 minggu lagi lah utk stock seterusnya.So dalam sebulan, ada masa tertentu je yang aku tak menang tangan dengan order mekap nya,dengan pekasam nya belum termasuk paid job blogger plak.Sampai kelam kabut, permintaan melebihi stock sedia ada.Kesian plak customer yg terpaksa tungggu next batch.

Mekap pon best, dalam seminggu mesti ada order,kadang setiap hari, kadang 2,3 kali seminggu .Tapi seronok, sebab aku pon suka barang mekap, bila jual pon seronok, kalau customer beli banyak, aku plak yg excited nak belek satu2..Sebab aku sendiri pon takde koleksi mekap sebanyak tu,stock amik ikut permintaan je.Kalau ada modal nanti, teringin sangat nak borong stock banyak2.InsyaAllah,one sweeet day nanti..Doakan yer koranggg..

Korang tak rasa ke entry ni dah meleret2.?Aku mulanya takde modal nak sembang, tapi bila dah start type tak reti berhenti plak.Saje je nak kongsi tentang kehidupan baru aku sekarang bersama bisnes yang baru nak tumbuh, aku still merangkak lagi dalam bisnes ni, kalau dah boleh berdiri nanti, aku berhenti kerja terus.Alaaa tak sabar nya tunggu saat manis tu.Teringin sangat nak jadi suri rumah.Eh kalau sebut suri hati lagi manis kan.Suri Hati Abam Chef..hahaha..

Sekarang ni tengah layan mata yang mengantuk, tersengguk2 depan PC ni haa.Terbayang2 tilam empuk kat rumah tu.Kannn best kalau boleh sambung zzzZzzZzZZzzz..hurmmm..

2 comments:

  1. Semoga terus berjaya dalam bidang perniagaan Nory jangan putus asa

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)