Followers

Friday, December 29, 2017

Penutup entry untuk tahun ini



Hallluuuuuu...I'm back..hahahaha..Berzaman tak update blog, yang dok suruh aku kembali rajin berblog tu, mohonlah sumbangkan idea apa yang nak ku tulis kan disini.Makin berusia ni, makin ketandusan idea plak.Kadang idea ada, rajin plak tak ada..hikhik..Harini sempena 2017 dah nak melabuhkan tirai, updated lah seketul entry buat kenangan..Lama menyepi ni bukan apa,hakak busy sikit , hujung tahun ni, busy plak tetiba kat opis, banyak plak projek masuk tetiba, stress kepala hotak, sebab dah biasa kerja dalam keadaan aman sentosa je, sekali haaa hambik ko, nak rasa busy sangat kann..Hambikkk rasakannnnn..Aku sampai terfikir 3,4 kali nak letak jawatan pon ada, tapi memikirkan komitment , aku kena bertahan jugak nii..


Alang2 tu nak kongsi sikit cerita ni, aku baru je menceburkan diri dalam bisnes baru, masih baby lagi bisnes aku nii, tu pon berkat tunjuk ajar sifu -sifu bisnes aku, sifu2 yang hebat cari dan gali duit, aku tak nafikan yang dorang ni memang antara orang2 yang hebat..Moga aku pon akan hebat macam dorang satu hari nanti..amiiinnn..Tak lain dan tak bukan, geng2 kereta putih..Masih relevan lagi kah "Geng Kereta Putih" ni..??hahahahahah..Aku baru je sebulan lebih mula bisnes kecik-kecilan ni, aku buat service surprise delivery.Haaaa kalau nak seperaiskan orang tersayang, rasa nak jadi sweet macam Fattah Amin, boleh hallu2 hakak okey...Buat masa ni aku cover Puchong Area je, lagipon aku buat pakej bajet yang sesuai dengan bajet orang2 Puchong yang sukakan benda murah2 macam aku,hahahah..Untung orang2 Puchong tau dapat harga special dari hakakkk..Ada rezeki lebih nanti, baru aku lebarkan sayap ke area lain plak, insyaALLAH...


Aku nervous jugak nak masuk tahun baru ni, Dak Iqy dah start masuk tadika, yang tu aku tak risau sangat, aku dok risau camne nak manage masa ni supaya lebih teratur perjalanan hidup aku lepas ni.Kalau sebelum ni, bangun pagi setel diri sendiri je, dah siap baru kejut Dak Iqy terus hantar rumah babysitter..Lepas ni, setiap pagi nak kena ligan anak sekali, Dah tak boleh bangun lambat sikit macam sebelum ni.huhuhu..Mungkin lepas subuh dah tak boleh sambung tido lagi dah, terus kena kejut Dak Iqy, mandi dan siapkan dia.Belum masuk bab prepare bekal anak lagi, memang tadika provide makanan, cuma aku takut Dak Iqy tak cukup makan je..hhahaahha, so mak2 sangat aku ni kann..Dan tahun depan jugak aku akan jadi mak supir, hantar dan ambil Dak Iqy dari tadika pastu hantar rumah mak aku.Yerrr tahun depan Dak Iqy start duduk dengan nenek dah, nenek beria nak jaga dia .Aku mula berat nak bagi mak aku jaga, tapi mak aku cakap, takpelah Dak Iqy dah besar, tak penat sangat jaga dia..So aku pun okey jelaaa..Tapi seminggu 2,3 kali je, selebihnya abah Iqy balik awal, boleh sambung jaga Iqy plak.Seboleh2 taknak bagi mak aku susah jugak..hehehe


Tapi sumpah aku nervous nak hadap tahun depan, rasa nak berhenti kerja jee..Betul lah orang kata, bila anak dah masuk sekolah, mak2 otomatik rasa nak berhenti kerja fokus kat anak, ni baru tadika belum sekolah betul2 nanti..hahahahhaa...Doakanlah aku murah rezeki, boleh berhenti kerja hakiki sekarang ni haaa..Syukur jugak lah aku dapat hantar dan ambil Dak Iqy kat tadika hari2, sebab tempat kerja aku dekat..Time lunch boleh lari pegi ambil Dak Iqy..Yeayyyy!!!! Atleast aku dapat rasa moment2 tu..Harap2 Dak Iqy tak macam mama masa tadika dulu, setengah tahun arwah abah hantar aku kena tunggu kat depan pintu tadika, kalau tak aku taknak masuk kelas..hahahaha...Tak pasal2 rekod kedatangan arwah abah "late" je memanjangggg...hikhikhikhikkk...Tapi aku rasa kalau abah Iqy yang hantar, kompom dia jadi macam tu jugakkk...Abah dia dahlah hati tisu, tengok anak sedih kang, tak sampai hati, silap2 kang abah dia yang berhenti kerja plak tunggu anak kat sekolah..choiiii...Please ekkk abah..Kenal sikittt macam mama boleh tak??hahahaha..Sampai sekarang abah Iqy susah nak terima hakikat anak dia nak masuk sekolah (aku ponnn...hahhaah), selalu cakap kat Dak Iqy, cepatnya anak abah besarrr..Cuti sempena anak masuk sekolah 3 hari okeyyy dia mintakk...Aku mintak cuti sehari je kot...Over tau abah ni..Aku taktaulah kalau Dak Iqy masuk asrama nanti macam mana plak peel abah dia ni..

Esok baru nak ambil uniform tadika Dak Iqy, aku duk tangguh2 dari minggu lepas-lepas, dah kata busyy kan bulan nii..Semalam pun ada 2 delivery surprise, customer order last minit, kebetulan Abi cuti semalam..So dia lah jadik runner, jadi mamat penghantar bunga plak sekarang..hahaha..Aku masa tu tengah kerja, customer whatsapp nak petang tu jugak, aku nak tolak rezeki sayang plak..Nasib baik boss takde, aku mintak keluar kejap, balik gubah bouquet macam lipas kudung..Pastu masuk kerja balik..Tak mudah yer buat 2 kerja dalam satu masa, kakak kerani pun aku, kakak jual cekelat bunga pun aku, kakak jual ikan pekasam pun aku.Kalau yang perasan dari dulu macam2 dah aku bisnes kan..Apa je yang aku tak jual..Kadang nampak macam aku ni duk diam je tanpa usaha kan, tapi aku struggle cari duit kau tak tahu, aku pernah jual pekasam, jual vitamin, jual mekap, jual baju preloved, takkan aku nak cerita semua2 kan..Tapi yang tak tahu citer, bila cakap susah, kata aku tak usaha..Okey malas nak cerita..Mak & laki aku je tahuuu..Kadang bangga jugak bila mak puji2, dalam adik beradik aku yang lebih berdikarii, pandai cari duit, ..Mak aku yg cakap okeyyy..Kadang rasa diri ni tak cukup berusaha, tapi masih ada yang nampak usaha aku.Terima kasih mak , terima kasih suami , and family semua..Yang ada dok keji lantak situ laaa (ada keee??)..Seronok bila orang hargai, tak mintak dipuji pun..Tapi bila suami cakap 'Terima kasih sayang, sbb banyak bantu abg" tu pon dah cukup buat semangat membara2..



Okeylahhh, lama tak update, sekali update nak membebel panjang2 plak dia niii..Harini bos semua balik awal, tenang sikit harini, cepatlahhh pukul 6.15ptg, tak sabar nak balik niii...Cuti panjang niii..Tak sabar jugak nak hantar Dak Iqy gi sekolah..Tak sabar tengok dia pakai uniform sekolah...Anyonyonyooo...


azam tahun baru nak kurussss...okbaiiii ..

Saturday, December 2, 2017

Booking tadika Dak Iqy untuk tahun depan

Cepat betul masa berlalu, aku ingat lagi masa Dak Iqy baru lahir aku dah siap2 fikir dah camne lah Dak Iqy sekolah nanti, tak sabar nak ready kan kelengkapan sekolah dia, excitednya sama macam aku prepare kelengkapan untuk bersalin.Teruja beb..Aku yakin semua mak2 pon sama macam aku kan , teruja bila anak nak masuk sekolah.Cuma anak aku tu je tak berapa happy nak pergi sekolah.Budak lain semua tak sabar2 nak pergi sekolah, dia cakap taknak takut cikgu besar marah..Pengaruh citer Upin Ipin lah ni..hahahhah..Aku cakap lah , cikgu Iqy baik lah macam cikgu Jasmin, bukan cikgu besar..Kalau Iqy baik, cikgu takdelah marah. 

Aku buat keputusan nak masukkan Iqy sekolah (playschool) pon last minit.Mulanya rasa macam terlalu awal lagi nak hantar dia pergi sekolah, tapi tetiba rasa macam "why not" hantar dia bagi dia pengalaman baru, bermain sambil belajar, jumpa kawan2 (dia kan anak tunggal, huhuhuh).Lagipon dia suka berkawan, cepat mesra, kadang2 terlebih ramah pon yer jugakk..Asal nampak budak sebaya2 dia yang dia tak kenal, selamba je tegur, "haii kawan, saya Iqy, jom main nakk?" ..hahahahha..Dan paling penting dia dah bebas diapers 100% sejak awal tahun haritu lagi..Gud job anak mama abah!!!
Aku ambil masa seminggu jugak survey2 tadika yang sesuai.Aku taklah memilih sangat, sebab untuk 4 tahun je kan, memang aku nak bagi dia pergi sekolah untuk bermain pon, tapi nak yang selit sekali pembelajaran lah sikit2.Sebab Dak Iqy ni dalam noty2 dan manja gedik2 dia tu, ada kelebihan dia jugak, dia budak yang cepat belajar.

Aku nak cari tadika yang paaaling murah yuran dia, sebab playschool je kann..Biarlah yang mesra poket aku, hahahah..Bagi aku semua sekolah sama je, ikut pada anak2 kite sndiri sama ada cepat dapat atau tak.Semoga dipermudahkanlah segala urusan.aminnn..

First sekali, aku aim Tadika Kemas kat area rumah mak aku, tu jela satu2nya Tadika Kemas yang paling dekat.Yang lain kebanyakannya swasta, yuran dah tentu mahal, cecah ribu woiii..Mak tak mampuu nak..Tapi sayangnya tadika tu tak ambik pelajar umur 4 tahun sebab katanya tahun 2018 ni pelajar 5 dan 6 tahun terlalu ramai, so dia terpaksa batalkan pengambilan pelajar 4 tahun.

Aku survey2 lagi tadika yang berdekatan area rumah aku plak , macam2 tadika ada , nak dengan taknak je , aku masih mencari yang mesra poket aku..haahhahaha..Bukan kedekutt, cuma kite kena ukur kemampuan diri kite.Dan diakhir pencarian aku, aku terjumpalah satu tadika ni.

Tadika Seri Kiambang, mula sekali aku tertarik dengan uniform dia, cute sangat design dia.Kaler hitam kuning..Aku dah bayang dah kalau Dak Iqy pakai mesti hensem ni..Ehhh..hahahaha..Terus whatsapp penyelia tadika Puan Nazreen, tanya ada kosong lagi tak untuk pelajar 4 tahun, katanya tinggal 2 je lagi kekosongan, sebab dia tak ambil ramai untuk 4 tahun ni dalam 11 orang je..Ok lah kann..Cepat2 booking sebab takut penuh..Dan yang bestnya yuran adalah yang paling rendah berbanding hasil survey aku sebelum ni.Next entry aku bentangkan total yuran yang perlu dibayar untuk permulaan.

Haritu aku pergi isi borang booking je, tadika ni dekat je dengan rumah aku, so aku boleh hantar dan ambil Dak Iqy setiap hari.Tadika ni ada beberapa cawangan lagi sekitar Taman Putra Perdana ni, setiap cawangan dibahagi untuk nursery, tadika dan transit.Kalau kata nak tadika dan taska sekali pon boleh.Baby seawal usia 2 bulan pon dorang ambil.Macam aku takde baby lagi, yang ada baby tua je tu pon dah tadika dah tahun depan..Huhuhuuuu...Tak caya mama anak mama dah besar..

Dak Iqy ambil tadika sahaja, balik dari tadika hantar rumah pengasuh plak.Aku taknak dia bosan plak dari pagi tadika tempat yang sama je kann..Nak bagi dia hint2 suasana persekolahan tu je..So biar dia setengah hari je kat tadika tu..hehehhehe..

Nervous plak anak dah nak start sekolah.Aku memang excited nak sediakan kelengkapan dia.Anak to'ang2 lah katakann..Mak dia garang macam singa, tapi hati baik mcm Cinderella tau..hahahahhah..Dah siap list nak beli beg, kasut, botol air, alat tulis..Haishhhh mak kau plak yang lebih2..


Friday, December 1, 2017

Survey Kitchen Cabinet murah & berkualiti di Intech Kitchen


Disebabkan berangan itu free, so marilah join aku berangan sekali.Impian setiap wanita, nak ada rumah sendiri, nak renovate itu nak renovate ini.Macam aku tak lari dari mempunyai sepasang impian nak ada Kitchen Cabinet dambaan hati, nampak tak ayat aku kemain puitis sejak dah join club 3 series 
 ni.hahahaha..Walaupun aku belum lagi memiliki rumah sendiri dan masih menyewa lagi, belum rezeki lagi lah awakkk nak memiliki rumah sendiri.Tapiiii, haaa mestilah ada tapi dia..tapinya ia sedikit pon tidak menggugat impian aku untuk terus berangan memiliki sejibikk Kitchen Cabinet idaman hati, dengan harapan makin pandai dan rajin lah aku memasak.Cian laki aku 7 tahun memasak untuk anak bini.Bini paling terer pon masak cekodok je, tu pon tangan melecur kena minyak, pastu stress setahun tak masuk dapur..hahahahha okey itu tipu..



Dalam duk berangan, aku ada jugak ushar showroom pasal kitchen cabinet ni.Kadang pergi rumah member, dok intai Kitchen Cabinet dia, tengok design camne yang cantik, pastu dok bayang kalaulah rumah aku ada kitchen cabinet sejibik kan bestt..Antara kitchen cabinet member yang buat aku jatuh cinta pandang pertama adalah milik Nadia Farahida ..Cerita betul ni tau, first time aku jejak kaki kat rumah dia beberapa tahun yang lepas, mata aku terpaku kat Kitchen Cabinet dia je, cukup buat 3 hari 4 malam termimpi susah nau nak move on waktu tu.




Dan masa tu lah aku buat pertama kalinya kenal dan tahu tentang wujudnya pakar kitchen cabinet yang diberi nama Intech Kitchen.Dan baru- baru ni aku berpeluang melawat sendiri showroom Intech Kitchen yang terletak di Semenyih ni.Kalau korang nak tahu Intech Kitchen ni berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang pembuatan Kitchen Cabinet ni tau.Beberapa kali memenangi anugerah SME. Dasyat kann..Kat showroom ni aku jatuh cinta berkali2 bila tengok bermacam2 design yang ada.Tepuk poket tanya selera.Wooowwwww!!! sangat okey...Rambang mata wey kalau datang showroom Intech Kitchen ni.

Benda pertama sekali yang korang kena ambil tahu sebelum korang menempah Kitchen Cabinet korang adalah material.Material apa yang korang mahukan.Material dan size keluasan yang akan menentukan berapa bajet yang korang kena keluarkan.Apa yang aku tahu, banyak jenis material yang ada dalam pasaran, tapi menurut pemilik Intech Kitchen ni, material yang selalu pelanggan tempah adalah material Melamine, 4G/3G Glass Door, Nyatuh dan Acrylic. Untuk Table Top pula terdiri daripada Solid Top,Concrete, Wood, Granite dan Quartz Top.

Ok meh cuci mata..Aku tunjuk kan contoh gambar . Kredit FB Intech Kitchen 


Material : Melamine


Material : Nyatuh




Material : 3G/4G Glass Door



Material : Acrylic



Okey sekarang meh aku belanja gambar contoh design kitchen cabinet yang ada kat showroom Intech Kitchen.




Aku suka sangat design macam ni, warna putih .Siap ada bar counter, boleh lepak baca surat khabar sambil minum air kopi dipetang hari..Perghhh dia dah start berangann dah..Yang ni material 4G Glass.Design setiap drawer dia yang buat aku tertarik sangat tu, unik sangat. Ada dua jenis grade Glass Door iaitu 3G & 4G, harga dan kualiti berlainan.


Yang ni plak design dari material melamine, nice jugak, tapi aku lebih jatuh cinta dengan design material 4G glass kat atas tadi.


Ini salah satu uniknya drawer dia, jakun jugak lah aku duk bukak tutup bukak tutup 44 kali.hahahah..



Dan aku suka design drawer yang macam ni , suka sangattt2..Lebih sistematik gitu penyusunan barang.Dah bayang dah botol kicap, sos dan minyak aku akan terletak helok je kat situu.heheheh..




Yang design camni pun aku suka, macam peti ais, lebih jimat ruang dan boleh simpan banyak barang..Suka betul benda yang nampak tersusun camni, admireee sangat ..

Selain dari Kichen Cabinet, cabinet wardrobe pon boleh ditempah disini.Nak besar mana, nak letak 40 pintu pon boleh.Nak pintu sliding , non sliding, just name it, u get it...githcuewwww...Boleh guna sistem custom made juga, korang just mention je bayangan cabinet yang korang mahukan, pihak Intech Kitchen akan buat lakaran design macam yang korang bayangkan..Hasilnya korang mesti terpegun..Tu baru tengok lakaran 3D tau, kalau dah siap lagilah korang akan melopong..Haa tutup sikit mulut tu ye..hahha

Kalau korang berminat nak survey Kitchen Cabinet, boleh datang ke showroom Intech Kitchen (alamat dibawah) .Nak datang cuci mata dulu pon boleh..Tapi jarang lah yang balik dengan tangan kosong, tahu2 je dah ada kitchen cabinet baru memasing.Kelaasss ko..Tunggu lahh aku ada rumah nanti..huhuhuuu..Dan kalau korang malas nak datang showroom, korang boleh direct call pihak Intech Kitchen ni, dan dorang akan datang sendiri ke rumah korang untuk ambil ukuran dan bentangkan quotation untuk korang serta merta.


Address: 

Intech Kitchen Sdn Bhd
47, Jalan Mega 1A
Taman Industri Mega
43500 Semenyih, Selangor.

Contact Person :
Jessica  : 012-667 0706 / Jeff : 012- 625 2528



Website :

www.intechkitchen.com


Facebook :

Intech Kitchen Sdn Bhd


Instagram :

intechkitchen_cabinet








Friday, November 10, 2017

First Time ke Pusat Sains Negara


First time beb aku menjejakkan kaki aku ke Pusat Sains Negara ni, masa zaman sekolah dulu teringin sangat nak pergi, pernah sekolah buat trip pergi sini tapi masa tu mak aku tak bagi pergi..Maklumlah iolss kan anak bongsu masa tu, parent risau takut aku hilang ke hape nanti.Tapi mak abah aku pon lupa kot nak bawak aku pergi sini, lagipon masa aku kecik dulu, kitorang takde kereta susah nak kesana kemari,..

Pusat Sains Negara sekarang tengah offer sampai hujung tahun ni (sepanjang cuti sekolah), masuk adalah percuma.Aku pergi pon kebetulan along aku nak bawak anak2 dia, so aku pon follow sekali, sebab masa tu Abi kerja, aku naik sekereta jela dengan along aku.Kitorang pergi 2 minggu lepas, ramaiiiinya orang, biasalah benda tengah free kan, kalau taknak bersesak2 pergi time weekdays, takdelah sesak sangat..Mujur jalan dalam tempat beraircond, takdelah peluh2 ketiak..Tapi penat jugaklah sebab banyak bediri kan.

Nak cari parking pun punyalah hazabedah, last2 along drop kitorang semua kat depan pintu masuk, dan dia pergi cari parking, ingatkan dekat, punyalah jauh giler dia parking kat atas bukit sana..huhuhu..Baik parking kat rumah, pastu jalan kaki..okey tak kelakar..


Tempat pertama yang kitorang singgah sementara tunggu along cari parking..Dak Iqy teruja jumpa dinasour ni, dia berangan jadi ultraman, aku perhati je, nak tergelak pon ada, bila perasan aku ushar dia, terus malu2..hahahahah...Suka berangan macam mama dia jugak..Takpelahhh nak berangn tu free je, tak kena bayar pon...Berangan lah kauuu..










Dah setel tangkap gambar kat sini, kitorang pon bergerak masuk ke pusat sains negara, jauh sikitlah nak berjalan ke dalam tu, sebelum sampai entrance Pusat Sains Negara, akan lalu Taman Rama-Rama dulu, tapi kitorang tak singgah pun, waterpark pun ada kat sini rupanya, aku baru tahu, kalau tahu boleh bawak baju mandi, dah 2 ketul ni dok berzikir nak mandi kolam ..Lain kali lah jawabnya..

Kat pintu masuk je, mula akan jumpa hidupan air, dah macam aquaria pon ada cuma kecil sikit , tapi tetap ada ikan-ikan besar macam kat aquaria tu, berbaloiii lah kalau kau rasa nak pergi aquaria, takat nak tengok2 ikan, kau datang sini jela, dah tentu freee...hehehehe...Tapi tak sempat tangkap gambar, video je ada, mana nak pegang tangan anak lagi, nak pegang kamera lagi, dah lah Abi takde..Aku risau betul kalau terlepas tangan Dak iqy, sekejap je dah menggagau aku cari..Risauuu aih, alih2 dia kat belakang aku je...Haishhhh...

Menangis nak naik gelongsor tinggi, sikit lagiii mak ko nak jadi Hulk masa ni..-urut dada-




Sampai plak kat bahagian Kids World, bebudak ni dah terkinja2 nak main..Kasik can dorang main puas2 dulu, haus giler tekak aku masa ni, dah lah tak bawak air, nak beli air kena keluar balik, malas plak..Nasib baik Kak Ipar bawak bekal air..huhuh







Bakal-bakal ahli sains sedang beraksi, semua benda nak diusiknya..Dia belum tahu pape lagi, nak terang pun dorang bukan faham apa lagi, biarlah dorang berimaginasi sendiri..Kotlah sel-sel otak boleh berhubung kannn...heeeee



Boleh jumpa "pak sedara" dia kat sini...Hulk kaler merah plak dia..ooo yelaa, sebab mama dah bertukar kaler hijau, so Hulk pilih kaler merah plak lah..hahhhaha




Mencabar betul nak tangkap gambar kat sini, nak tunggu orang betul2 clear memang susah lah..Pose pon ntah pape ntah Dak Iqy ni haaa...



Tak sangka berani plak mamat ni bergambar kat situ...Tengah berani tu layankan ajeee.....


Memasing dah penat, nampak kerusi memasing keletihan..Tetiba staff PSN datang nak buat eksperimen robot..Rezeki Dak Iqy & Dicha lah sebab kebetulan duduk kat meja dorang buat eksperimen tu, tu yang Dak Iqy duduk depan2 tu...Dicha maluuu dah blah dulu lari kat ibu dia..Dak Iqy apsal ntah dah hilang malu plak dia sekarang, confident level dia tinggi sejak dua menjak ni..Aku biar kan jela, sebab nampak dia berminat kan, kemain duduk depan lagi..




Masa ni belum giliran Iqy lagi, lepas tu kakak tu offer dia nak buat tak eksperimen tu, dia nak weyyy...Aku ingat dia taknakk...Wahhh kemainn mentang kakak yang ajak, terus hilang malu kau yer..Staff tu tanya umur berapa, dia jawab tiga tahun tapi jari tunjuk dua..hahahha..Pastu semua dok haaa haaaa...betul ke 3 tahun??? Tengok badan macam dah sekolah je budak ni, tapi umur kecikk lagi...hahahha...



Bersungguh-sungguh dia tengok eksperimen tu sampai habis..Sementara melayan Dak Iqy tengok eksperimen ni, along dan 2 anak buah aku tu pergi masuk bahagian bilik gelap tu, lupa lah nama dia, yang tu je masuk kena bayar, tak silap aku RM 5 seorang..

Masa nak balik, kitorang melepak kat depan pintu masuk sambil makan aiskrim..Haussnyaa tuhan je tahu..Dah lah jual aiskrim je, air dah habis...huhuhu..Bertabahlahhh tunggu sampai rumah baru minum...hahaha..Dak Iqy dah bising mintak air lychee..Mana nak cekaunya air lychee kat situ...Adoiii...saboo jelah akuu..