Followers

Tuesday, April 17, 2018

Singgah nak lap2 habuk je

Wassapp.....hawau you??? Lama kan tak bersiaran, tetiba muncul tepek gambar selfie besau2 kat sini..hikhkhikk..Agak lama jugak aku tinggalkan seketika dunia memblog ni..Tapi sesekali muncul jugak di media social.Tu pon kebanyakan nya update gambar niaga je.Iolss ada jual handbag sekarang selain bisnes "surprise delivery" itu..Nak raya ni, kalau korang nak cari handbag raya, jemput singgah belek2 gambar kat album FB aku okey...Murrr murr je aku jual..Harga kasih sayang yang tiada tolok banding nya..heeee...

Cerita terbaru dari aku??? Nak tau ke???sebenarnya banyak benda nak share, banyak benda yang terjadi sepanjang aku dok menyepi diri ni.Tapi alhamdulillah semua dalam keadaan baik2 sahaja..Kalau korang penah rasa down, aku penah rasa tersungkur terus beb..Tapi banyak tangan yang menyambut aku kembali untuk terus bangun..Cewahhh...Aku tahu aku tak keseorangan, jatuh bangun sebuah kehidupan tu biasalah kan..Cuma situasi dan keadaan yang membezakan..

And now!!!! Aku dah bekerja semula, berakhir sudah kerjaya surirumah aku selama hampir 3 bulan.Aku dok tangguh2 nak cari kerja sebab dah seronok jadi surirumah kann, tapi sampai satu tahap, aku rasa aku dah tak boleh survive dengan duit poket yang makin menipis, so aku amik keputusan untuk bekerja kembali..Allah permudahkan urusan aku, rezeki aku senang dapat kerja.Proses aku cari kerja tak sampai seminggu, harini email submit resume, lepas tu terus dipanggil intebiu, dan terus di minta start kerja seawal mungkin, kalau nak ikutkan aku belum ready lagi, ingat nak pilih2 kerja sikit, nak start kerja lepas raya ke, konon nak cari2 kerja sambil2 jelaa, last2 dah tetrulis rezeki kan..Aku terima jelaaa..Alhamdulillah bernafas lah sikit raya ni..

Dan sekarang dah tak boleh nak sarapan ngan mak hari2..sebab dah kerja..Mujur opis baru ni boss dia memahami, dia bagi kelonggaran kat aku untuk keluar tengahari untuk ambik anak kat sekolah.So perjalanan hidup aku agak sibuk jugak lah sejak dah kembali bekerja ni.Dengan bisnes pon tengah baru nak up, kadang tu deret tiap hari ada order, nak manage time tu memang mencabar, kadang pukul 3 pagi tak tidur lagi duk menggubah order orang, Abi plak kadang2 terpaksa bawak sekali bouquet ke tempat kerja, balik kerja terus delivery ke customer..Aku plak, tengahari masa diperuntukkan memang untuk anak je, ambik dari sekolah , hantar rumah mak, makan selaju mungkin, salin baju anak, buatkan susu, pastu terus shoot ke opis semula..Ada jugak terfikir nak naikkan Dak iqy dgn van transit, tapi abah dia tak bagi..Urmm kau tahu je laa abah iqy tu kann..Dia lagi paranoiddd dari aku..So nak taknak, aku kena rushing lah hari2..Penat jugak weyyy..Harap2 kurus lah tak lama lagi..huhuhuhu..







3 comments:

  1. good luck dgn kerja baru...walau kita penat tapi kita tahu anak kita selamat kan..

    ReplyDelete
  2. Chaiyorkk..nory boleh😀

    ReplyDelete
  3. good luck nory dengan kerja yg baru.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)