Perkenalkan our new family members, JIMBO THE CAT ...Meowwwww!!! Aku pon macam tak percaya aku dah ada kucing sekarang..Punya lah lama teringin sangat nak bela kucing selepas kematian Laura Stella,kucing kesayangan aku 3 tahun lepas..Lama jugak aku ambik masa untuk move on, teringin nak bela kucing, tapi dalam masa yang sama takut kehilangan lagi..Cat lover je faham perasaan bila kucing kesayangan hilang weyyy..Macam hilang anak..Laura Stella dulu mati, seminggu lebih menangis je..Sebab aku memang rapat sangat dengan dia dari sebelum aku kahwin lagi, lepas kahwin dia tinggal umah mak aku, hari2 aku jumpa dia time lunch..Kalau aku tak balik sehari, mak aku cakap dia termenung je, makan minum semua taknak...huhuhu pantang dengar bunyi kereta, berlari dia kejar ingatkan aku datang.Sweet sangat kan..Binatang ni dia tahu kalau kita sayang dia , dia pon akan sayang kita..Paling takleh lupa masa aku bersalin Dak iqy, dudk wad 5 hari..Balik dari hospital selepas 5 hari, nak berkepit je dgn aku, nak duduk atas riba je mintak belai..sedih aku masa tu.
Jimbo ni pon aku taktau camne boleh terbuka hati nak bela dia, padahal sebelum ni banyak kucing yang sesat datang rumah aku ni, tapi aku bagi makan gitu jelaa, takde lak rasa nak bela terus, sebab aku tak reti nak bela kat rumah flat..Taktau nak letak mana kucing ni..Tak reti..Tapi aku tengok jiran aku tu relax je bela kucing lebih dari 3 ekor, elok je dia bela walaupon rumah flat.So aku pon pernah jugak terlintas nak bela kucing, tapi Abi selalu spoilkan niat aku..Dia kata lecehlah apa lah..sebab dia tak minat sangat kucing ni..so niat tu terkubur macam tu je, walau pon beberapa ekor kucing dah datang singgah umah aku ni, tapi cuma sekadar persinggahan je laaa..Aku plak memang rajin melayan kucing2 yang sesat ni..Kucing orang pon ada sesat, aku bagi makan pastu aku lepaskan suruh dia balik rumah dia..Cuma sejak Dak Iqy dah makin membesar ni, dia mula menunjukkan minat dan kasih pada kucing jugak..Alhamdulillah mewarisi jugak minat dari aku..Mujur tak ikut abah dia..hahhaha..So disebabkan Dak Iqy ni sorang je takde adik lagi nak main kat rumah ni, so dia selalu lah bagi hint kat abah dia, dia cakap dia nak bela cat lah, nak bela fish lah, burung lahh..Sampai dia pernah suruh bawak balik itik kesayangan opah dia..hahahaha..Melampau lah nak bela itik kat rumah flat ni ..Masa balik Taiping haritu tu pon hampir2 terbeli burung serindit dengan sepupu Abi, biasalah abah Iqy tu kalau Dak Iqy tu punya request, laju je dia tunaikan..Aku ni punyalah berkurun berzikir nak bela kucing dia buat donno je...huhhh...
Berbalik pada cerita, nak dijadikan cerita dah tak jadi beli burung tu semua, Dak iqy ni hari2 lah duk bagi hint nak bela cat, kebetulan masa tu kucing singgah kaler oren tu selalu datang rumah aku, Iqy suka lah main, tapi bila abah dia balik, abah dia hantar kucing tu turun kat bawah..Meraunggg lah Dak iqy..huhuuhu..Masa tu ada drama lah sikit Dak iqy ngan abah dia..Dia cakap abah tak sayang iqy lah apa lah..Bagus jugak Dak iqy buat drama macam tu, lepas tu ada satu hari Abi cakap nak cari kucing bagi kat Iqy buat main..Perghhhh seronok nya aku masa tuuuuu..Lama aku tunggu Abi cakap camtu..hahahahha..Dak iqy jugak berjaya lembutkan hati abah dia..hurmmm..
Segalanya bermula pada pertengahan january awal tahun aritu, masa tu aku baru je buat keputusan drastik dengan berhenti kerja secara mengkhinzir buta...hahhahaha..Maknanya segala perbelanjaan isi rumah akan mengalami kemerosotan.Segalanya kena cut cost..Tapi satu pagi tu, bangun pagi nak siapkan Dak Iqy pergi sekolah aku dengar bunyi anak kucing kuat.Tapi aku ingat mungkin kucing jiran kot, takpon kucing kat bawah tu dah beranak.Tapi bila aku dengar betul2, macam dekat depan pintu umah aku..Ahhh sudahh..Aku pon bukak pintu intai, sekali seketul budak comey berbulu hitam putih, betul2 kat depan pintu rumah aku..Punyalah banyak rumah, rumah aku jugak kau nak sesat kan..Selalu pon camtu..hahahha..Cuma bezanya kalini, kali pertama aku pandang dia, terus aku jatuh cinta...Rasa nak bela tu membuak2, padahal masa tu aku struggle dok pikir macam mana kehidupan lepas ni..hahah..Tapi ntah lah aku kuat mengatakan , ada sebab kenapa tuhan tu hantar kucing ni kat rumah aku bukan kat rumah orang lain, ya dia lah pembawa rezeki..Sebelum ni aku kerja, aku rasa aku tak mampu kot nak beli pasir kucing, makanan kucing..tapi berbeza sangat bila aku dah berhenti, Jimbo plak datang dalam hidup aku..Alhamdulillah, tak pernah kebulur lagi anak bulus tu, hari2 wet food, ayam rebus,ikan rebus..Ada je rezeki yang datang..Rezeki bila member aku bagi sangkar kucing free je weyyy...Ya Allah smooth je perjalanan dalam proses nak bela jimbo masa tu..Dak Iqy pun sejak ada Jimbo, banyak lah aktiviti dia, aku latih dia anggap Jimbo macam adik sendiri, bagi Jimbo makan, aku sebut diri dia abam kat Jimbo..Saje latih dia jadi abang, senang ada adik nanti taklah kekok sangat///hahaha.
Ni Jimbo selepas sebulan dibawah jagaan aku..Makin bahagia dia, berak kencing semua orang cuci, makan minum semua orang sediakan ,,,amboiii sangat kan..hahaha..Tapi dia ni sejenis yang hyper 24 jam...Pantang lah tengok jari bergerak sikit, nak terkam je kejenyaa..Kadang geram, tapi aku terhibur walaupon calar2 tangan aku dibuatnya..Dia tak garang, tapi dia suka main. dia manja sangat dengan aku, sebab aku suka manjakan dia..Sayang weyyyy...Macam anak sendiri ..notty tetap kena marah jugak macam abam dia..Kadang aku rasa macam ada anak kecik balik, dia ni jenis kalau aku takde , contoh dalam toilet ke, dia punya mencari aku memekak satu rumah..Bila tahu aku kat dalam toilet, dia tunggu depan pintu sampai aku keluar..Pastu suka mintak dokong, kalau tak layan, dia sendiri panjat badan aku pastu beretenggek kat atas bahu aku....Alahai Jimbo, camnelah tak sayang..
Walaupon hitam, tetap handsome dimata mama ...hahahahaha..Kucing kampung je uolss, tapi kite tak kisahh, asalkan kucing, kita sayanggg...Sedangkan Nabi pon sayangkan kucing..Betapa istimewanya kucing niii kan..
Macam pakai tuxedo....Gewammmmnya lahai..Muka tu redha je, innocent je, padahal hyper 24 hours non stop budak ni..kadang aku geram jugak, aku sumbat dalam sangkarudinnn (sangkar) ..Masa tu meowww meowww buat muka sedih nak keluar...hahahhaha...Terhibur aku weyyy..
wajah terkini JIMBO THE CAT, selepas 2 bulan dibawah jagaan aku..makin besar makin besar plak telinga dia tu...ahahhaha..bulu ekor panjang, bulu telinga pon panjang..taktaulah mak dia kahwin dengan kucing baka apa..Tapi mak dia aku kenal, selalu datang umah aku sebelum ni..Tapi mak dia dah tak kenal dia weyyyy, dia ketuk nya kepala Jimbo..siottt betoll mak dia tuu..hahhaha..Abi lah sibuk suruh bagi dia jumpa mak dia, takut dia rinduuu...Masalahnya bila aku bagi dekat mak dia, Dak Jimbo menggelupur menyorok kat aku, dia grip aku taknak lepas, mak dia plak taknak accept dia dah, so biar jela dia bahagia dengan akuu..Jangan cakap aku pisahkan hubungan mak dengan anak plak..hahahha.
so, begitulah serba sedikit detik2 penemuan Jimbo the cat..Anak bongsu aku ni...ntah bila nak bagi adik betul kat Dak Iqy, setakat ni dia tak mintak lagi nak adik..heheheheh...So, kasik can mak dia watlek watpiss dulu..Mujur dia anggap Jimbo tu macam adik dia, adalah nampak ciri abang2 dia tu sikit...muehehehehe...
omeynya dia..:)
ReplyDeleteJimbo pengganti Laura...tidak sama tapi ianya merawat rasa kehilangan...
ReplyDeletemesti hari-hari nory xsunyi sebab jimbo dgn iqy dah meriah dkt rumah tu.
ReplyDeletecomey sangat Jimbo ni...moga bertambah murah lah rezeki awak sekeluarga..aaminn...saya pun pencinta kucing/haiwan jugak :-)
ReplyDelete