YA ALLAH, cepatnya budak ni besar, tau2 je dah 4 tahun..Gitulah ayat mak2 bila tiba bitrhday anak, betul weyyy, cepat sangat rasanya masa ni berjalan.Dilahirkan tanggal 17 Mac 2014 tepat jam 9.09 malam pada hari Isnin . Beza 2 hari je dengan anak Dato CT , si comel pipi merah2 tu..Kalau ikut fakta yang lahir bulan Mac ni popular orangnya, hahahaha.Ada betul nya jugak, Dak Iqy tu cukup ramai peminat..Pergi pasar malam pon, orang duk tegur dia, siap sebut nama lagi, aku pon tak kenal ntah sape2 ntah, camne dia kenal Iqy pon aku taktau..Paling terkini digilai kakak2 jual teh cincau..hahahah..Siap dapat nama jolokan "anak mat saleh" lagi, kalau aku beli sorang2 tak bawak Iqy,memasing dok tanya mana Iqy..Dah aku plak naik segan bila nak beli..
Happy Birthday dear SONshine..MOga sentiasa dilindungi Allah, diberi kesihatan yang baik, diterangkan hati dalam menimba ilmu, dilembutkan hati dalam menerima hidayah Allah,moga yang baik2 untukmu anak..Mama selalu marah2 tu bukan tanda kebencian, tapi tanda sayang..
Sedutan ucapan mama untuk Iqy kat facebook..Terkesan jugaklah wish tahun ni ala2 sebak sikit, sorry sayang no cake, no celebrate , no hadiah, etc...sobb...sobbb..Plan nak clebrate lewat sikit tunggu awal bulan ke kononnya..Tetiba lepas tu, neklang Iqy (sebelah rumah) whatsapp cakap nak sponser kek untuk Iqy malam nanti..Ya Allah, engkau dengar doa budak kecik tu ya Allah...sungguh budak2 ni suci macam kain putih, mudahnya Allah makbulkan doa2 mereka kan..Terima kasih banyak2 neklang Iqy,yang selalu ambil berat pasal Iqy , sayang Iqy macam cucu sendiri.Terima kasih sebab buat Iqy tersenyum malu , terharuuu agaknya dah besar kann, dapat jugak potong kek dihari lahirmu..Mak sebak nakkkk..Syukur dikelilingi orang yang baik2, semoga neklang sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat.
Ya Allah, taktau nak react camne, segan ada, terharu ada .. Rezeki awak lahhh si pembawa nama RIZQY...Dah besar nanti jangan sekali2 lupa jasa baik orang, dan jangan sekali pun penat buat baik dengan orang..
Yeayyyyyy..... dapat jugak potong kek on time .. Ekceli bulan mac ni, berderet tarikh lahir masing2, anak2 buah aku dgn papa aku pon bulan mac jugak..Tarikh semua dekat2 je..Alang2 kite celebrate sekaliii harung ekk...sharing is caring tak gitu...heheh
Orang2 kuat majlis, dah lah sponser kek, celebrate pon kat umah neklang, neklang yang prepare makanan semua, tapi abah Iqy goreng mee goreng jugak buat tambah2 menu, segan plak kitorang tak buat apa2, betul2 bawak badan je. Ya Allah neklang...tak terbalass rasanya neklang oiii..Allah je mampu balas atas semua kebaikan neklang sekeluarga..
org kuat yang membantu menjayakan majlis kecil2an ni...tenkiu kezen yg sewell...hahhaha
Yang sentiasa ada bila diperlukan....sayanggg semua..muahhh3...
malu2 plakkk dia nak tiup lilin....machiam2 budak ni..huhuh..
HAPPY BIRTHDAY , RIZQY HAFIY AISH ..
0
comments:
Post a Comment
* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini. * Terima Kasih ..=)
0 comments:
Post a Comment
* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)