Followers

Thursday, October 25, 2018

Besar dah budak niiii



Besar dah anak bujang den sorang ni..Kejap je rasa nak masuk 5 tahun dah..Dan masih kekal pegang takhta sebagai "anak tunggal" dalam keluarga kecil kami.Alhamdulillah..Biar tak ramai, janji ada..Rezeki setiap orang berbeza, bersyukur dengan apa yang ada, seketul ni pon dah cukup buat aku rasa macam ada 10 orang anak..sebab dia ni unik sikit, sorang tapi ada 10 ragam..Cer bayangkannn..hahahahahaa..Kawan2 seusia dia, ada yang ada adik 2,3 orang dah..Kadang dia tanya jugak aku, kenapa Iqy takde abang,takde kakak, takde adik, Iqy takde kawan nak main kat rumah..Alaaa sedih jugak kadang tu..Tapiii dia tu lebih pada nak kan kawan je, aku ada test gurau ngan dia, nak pinjam anak jiran (baby) tu bawak balik kejap, dia taknak weyyy...siap merajuk lagi, jeles aku dukung baby tu lama2, dah tu camne?? Pastu aku tanya dia, Iqy nak adik ke? dia jawab "Iqy taknak adik, Iqy nak kakak ngan abang, "...hadoiii..mana nak cekauu nyaaa... 

Ada satu hari tu, masa kat rumah mak aku, anak buah aku yang Dicha (sebaya dengan iqy) tu datang bawak kawan sebaya dia, anak jiran jugak..Pastu dah balik, dia komplen kat aku..."haaa tengok Icha tu boleh je dia bawak kawan dia balik, nape Iqy tak boleh bawak kawan Iqy?" tanya sambil mulut muncung...grrrrr...Awak tu umur baru 4 tahun, kawan2 sekolah plak duduk jauh2, anak2 jiran semua besar2 dah, ada pon baby lagi, dia taknak plak..hurrmmm...Pastu dia tanya lagi, "mama, esok boleh tak Iqy nak bawak Aleesya balik umah??" (pulakkkk...suka2 hati ko je nak usung anak dara orang)..Pastu aku tanya dia balik, Iqy takde kawan lelaki ke? Nape nak bawak Aleesya je..huhuhu...Pastu dia jawab lagi "Alaaa Icha tu boleh je bawak kawan laki"....Hadoiiii....Terkono denn...Kadang aku terdiam kalah bercakap dengan dia, sebab kadang tak jangka ayat yang akan keluar dari mulut dia, mulut kalah orang dewasa kalau bercakap..Menjawabbbb je kejeeee..


Ni lahhh kawan gaduh kalau kat rumah..Tapi kalau takde sunyi plakk.. Kalau balik kampung pon, dia sorang pon jadi, dah riuh satu rumah..Kalau dia ikut paksu dia jalan ke, tau2 rumah senyappp sunyi je..Kalau sepupu yg lain pon balik kampung sama, memang sehari suntuk lah dia enjoyyy, bebas giler, langsung tak carik aku, paling koman pon dia cari abah dia sebab lapar..Dia kalau main camne pon, kalau lapar dia memang cari nasi punya..Badan je kurus , tapi kuat makan.. Kadang tu baru lepas makan kat sekolah, sampai rumah nenek terus mintak nasi lauk yang nenek masak, kalau nenek kata nenek tak masak, dia muncunggg..Kemain lagi dia punya berselera..Pastu sejenis yang suka tetiba mengidam request nak makan itu ini..Penah dia tetiba request nak makan tembikai pukul 12 mlm..Tetiba kang dia nak makan buah naga lah, donat coklat...heyyy ikut suka je main petikkkk nak makan apa..Tapi dia ni memang sejenis cepat terpengaruh dengan iklan..sume dia nak rasa ...


Makin besar makin banyak akal..makin ramai peminat..pergi mana2 pon, mesti ada org yang panggil dia "hensem boy", mat saleh celup laaaa... Selalu dapat free gift, penah pergi kedai mainan, tokey tu suka sangat tengok dia, siap bagi mainan free...fuhhh selamat duit aku masa tu..hahahah..Muka ada rezeki betul dia ni...Mama tumpang sikit lahhh muka ada rezeki tuu..hahahahaha


Tapi orangnyaaa SETIA...kau tunjuklah budak perempuan yang paaalllinggg comel pon, dia tetap cakap dia suka Aleesya jugak..ahhahahha..Kemainnn sgt dia ni..taste dia chubby2, gebu gebas, suka senyum..sebab dia selalu cakap, Aleesya kalau senyum comel sangat...Amboiiiii kau... 4 tahun ke 14 tahun umur kau niii., nakkk??


Tahun depan 5 tahun, masih kekal di sekolah yang sama, dia taknak tukar, ikutkan aku nak hantar dia kat KEMAS je, dah dia taknak sekolah lain katanya, dia sayang nak tinggal teacher dia..Dia kata teacher dia je baik, teacher sekolah lain garang macam Kak Ros Upin Ipin..hahahah suka hati kau je kannn..Phewww macam tak percaya nak masuk 5 tahun dah, 5 tahun dah tinggalkan labour room rupanya.hahah.Rasanya dah boleh start bukak "kilang" balik ni, mana tauu rezeki dapat gigirl plak, tutup kilang terus kan...Tapi kadang rasa macam dah lega bila anak dah besar, dah pandai berdikari sikit2..Nak ada baby balik tu macam dah lemauu plak, larat lagi ke idok aku ni nanti..hahaaha...alasan...Yang penting aku serahkan semua padaNYA..Ada rezeki ada laaa..Kalau takde, redha jelaaa nak oiii jadi anak tunggal to'ang2 untuk mama abah..Jimbo mok kan ada..hahahahha.. Jimbo tu walaupon seekor kucing, tapi ada 'function" jugaklah dia kat rumah tu..Kalau takde lagi sunyi lah Dak Iqy tu..ngeeeee~~~~




2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)