Followers

Wednesday, October 3, 2018

Perbarisan Sempena Sambutan Kemerdekaan 2018 di Putrajaya


Throwback sikit citer pasal sambutan kemerdekaan baru2 ni kat Putrajaya. Lama tak pergi tengok perbarisan sempena kemerdekaan ni, masa kecik2 dulu mak abah rajin bawak pergi Dataran Merdeka.Tapi dulu best, siap ada kereta berhias bagai, tahun ni perbarisan sahaja, aku dok tunggu2 jugak kereta berhias tak muncul2, yang ada kereta kebal je, tu pon kemain laju dia jalannn, kejar masa kot..hahaha

Tahun ni semangat lain machiam sikit, gigih okey bangun pukul 5 pagi, lagipun excited nak bawak Iqy tengok bomba dan kereta bomba.Pulak tu, seminggu sebelum tu kan dorang duk buat latihan udara, macam2 jenis helikopter dan pesawat lah yang dok berlegar kat area rumah sampai aku duduk kat rumah pon cuak, apsal rumah bergegar, rasa macam negara nak kena attack pon ade, choiii., Dak iqy kat sekolah pon, teacher siap bawak keluar kelas tengok helikopter..Tu yang dia berkobar2 ajak aku pergi tengok sendiri tu..Jadi marilahhh nak, mak bawak kan..hehehe..Mak & papa pun nak ikut, so kitorang pergi satu kereta je, kak ipar aku pon join, suami2 tak ikut..Sebab nak jimat parking kononnya..Naik satu kereta ngam2 soi je,parking pon senang je dapat sebab datang awal kan..



Dak Iqy pun bersemangat lain machiam siap pakai "bandana" Malaysia lagi..
Akulah "penyambung warisan"...gittuewww...



Aku, Kak Yati (kak ipar) dan Dicha...Masa ni dalam pukul 10am, dah start nak panas, mujur Kokti bawak payung..Sis tumpanglah sekaki..



Mak dia laaaagiiii bersemangat waja.. 


Dicha not in good mood..sebab dia not "morning person".. muka takmo senyummm...


Yang ni 24 jam teruja sama macam mak dia...hahahaha



Abah takde, dia buli atok lahhh pulak...Naik roboh bahu atok..


Kemain femes lagi dia haritu, photografer bebas, dok curi2 snap gambar dia je dari mula datang sampai balik..  Atok kata atok tumpang femes sekali..hahhaha..


Mak sempat lagi dapat kawan baru time tu, kebetulan anak kawan baru mak tu, ahli silap mata bebas, dia bagi free magic show kat Dak Iqy... Kalau tak kena bayar tauu...hehehee


Geng berebut atok..tak gaduh tak sah lah 2 ketul budak niii haaaa...Atok pun nak direbutnyaaa..
Jadi, atok cuba berlaku adil..heeeee



Antara perbarisan2 yang ada, tak byk gambar, video je melambak, ni pon screenshot kat video..hahahaha..Kesian weeyyy aku tengok yang macam bob marleyy tu..dahlah panas2 terik ni..hahahaha...bertabahlah bangggg!!!



Yang ditunggu2 oleh Dak Iqy, perbarisan dari kontinjen Bomba..Dia paaaaling teruja dapat tengok secara dekat kereta bomba ni haaa...ternganga mulut diaaa...selalu kalau terjumpa kat jalan, dia mesti suruh aku kejar kereta bomba tu...idoklahhhh mak nak kejarrr weyy..




antara perbarisan dari unit beruniform lain..Rinduuunya nak berkawadd...Semut berkawad satu satu horaaa horeyy...Ehh...!!



Dia paaaaalllling teruja dapat bergambar dengan abam Bomba iloveu, Ehhh...ahhahhaa..Kalau tanya dia dah besar nak jadi apa, mesti dia cakap nak jadi Bomba..Taktauuu apa istimewa bomba dimata dia, dari uniform sampai ke kereta bomba, memang dia minat sangatttt...Jarang dia nak tangkap gambar macam ni, kalini dia sendiri yang nak..Nampak tak ketaksuban dia dengan Bomba...hahahaha...Mak doakan dah besar nanti jadi Bomba yer nakkk...Boleh siram air kat mak ni haaa kalau mak tengah "berapi" marah kan ko...hahahaah







1 comment:

  1. haha abam bomba iloveu tu tak leh blah.. hihi.. wah bestnya perbarisan merdeka ^^ dapat tengok live. salam kenal.. syaza follow #668.. :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)