Followers

Tuesday, April 30, 2019

Restoran Mangkuk Ayam, D'Pulze Cyberjaya


Sebelum ni kalau aku pergi D'Pulze Cyberjaya ni, susah nak cari tempat makan yang kena dengan selera dan citarasa aku, tak banyak lagi restoran yang buka sebelum ni.Boleh kata kerap juga lah aku ke D'Pulze Cyberjaya sebab antara mall yang paling dekat dengan rumah aku.Biasa kalau lepas window shopping tu mesti nak makan kan, tapi tu lah sebelum ni susah nak cari tempat makan kat dalam tu, ok sekarang ni dah jumpa.Salah satu tempat makan best yang wajib korang terjah kalau singgah ke D'Pulze Cyberjaya ni.. Korang boleh makan di Restoran Mangkuk Ayam. Yang penting jangan salah sebut...hihihihi



Restoran Mangkuk Ayam ni ada banyak menu yang korang boleh cuba, ada yang berasaskan nasi, mee, rojak, desert pon ada sekali, nasi plak ada macam-macam lauk yang korang boleh pilih, ada rendang, ada sambal, ada ikan goreng, bubur nasi, nasi air kelantan, dan macam-macam lagi lah.

~Free popcorn~

Portion makanan kat sini besar tapi harga murah je.Berbaloi sangat makan kat sini bawak 1 family.Siap dapat makan popcorn FREE lagi..Korang nak refill banyak kali pon takpe..Asalkan korang makan kat situ.

Jom tengok menu apa lagi yang ada kat sini, senang korang nak order nanti.. 

Pencuci mulut - Mango Blended, Lychee Kang, Chendol , ABC
Cendol

Mangga Ais
Pilihan menu nasi yang ada

Aneka Rojak dan Kari Bebola Ikan

Nasi Air Kelantan Special

Bubur Nasi

Rojak Ayam

Nasi Lemak Rendang Daging


Rojak Buah

Tauhu Sumbat

Nasi Lemak Ayam Goreng Panas

Nasi Indo Siam Ikan

Aneka Nasi

Aneka Mee - Mee Kari, Assam Laksa, Kuey Teow Sup Ayam

Nasi Lemak Ikan Tongkol

Pecal Sayur
                               
                                         

    INFO LOKASI :

Restoran Mangkuk Ayam
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya




0 comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)