Followers

Thursday, May 16, 2019

Percutian Di Melbourne Yang Menarik


Image result for melbourne australia

Pernah tak korang impikan yang korang nak pergi melancong ke Melbourne? Aku nak share dengan korang tempat yang best kat Melbourne ni. But before that aku nak korang survey dulu harga flights to Melbourne kat Traveloka supaya korang boleh plan bajet korang nanti. Umpama satu pepetah sediakan paying sebelum hujan haa gitewww. So Brighton adalah destinasi tepi pantai kegemaran Melbourne. Brighton terletak di City of Bayside yang mempunyai 17km dari tepi pantai ke Port Phillip Bay. Terletak di Pantai Dendy Street, kotak mandi Brighton adalah Port Phillip Bay dan Port Barat. Actually hasil daripada kotak mandi ini mempunyai asal usul diorang bukan sahaja di Australia tapi serentak di pantai-pantai England, Perancis dan Itali.



Dah famous dah rumah-rumah kecik yang dipanggil kotak mandi ni sebenarnya. Kotak mandi Brighton ni terdapat 82 biji kesemuanya, kalau tak silap la. Haaa banyakkan? rajin betul diaorang nih. Lepas tu nak mengecat lagi. Sebagai struktur mudah, semua mengekalkan ciri-ciri senibina klasik dengan rangka kayu, papan yang tahan dengan cuaca dan bumbung pulak dari besi beralun. dekat dalam rumah kecik ni tak disediakan kemudahan perkhidmatan seperti eletrik atau air. Cuma untuk istirehat dan persalinan sahaja.



Sekitar Brighton ni pulak terdapat tempat untuk membeli belah juga. So, boleh la nak beli sedikit cenderahati untuk buat kenang-kenangan nanti. Masa musim panas dalam bulan December hingga Febuary banyak aktiviti pantai dijalankan. Memang ralit bila duduk tepi pantai ni sebab angin bertiup je tak terasa panas dan bahang langsung. Actually nak melancong ni tak perlu duit yang banyak pun. Aku cakap atas pengalaman orang lain gak. Kadang-kadang kita takut nak melancong sebab kita fikir kene spend duit yang banyak kan? aku ada tips yang mungkin berguna pada korang. First nak pergi melancong korang kene usha tiket yang murah. Ingat! kebanyakkan orang nak pergi melancong akan pilih date yang diaorang free, kadang-kadang cari musim yang diaorang suka, tapi kene pulak time tu mungkin tiket mahal jadi korang dah bazirkan duit pada harga tiket yang beribu.

Kedua bila korang plan nak ke tempat sejuk, cari member2 yang pernah pergi ke sana. Pinjam je la baju-baju sejuk, glove ngan hat tu semua. korang tak payah beli la ratus2 tu membazir je. korang nak pakai paling lama pun seminggu je pun kan tak pun beli yang bundle. Korang tau kedai bundle kat Malaysia tu berlambak baju-baju untuk musim sejuk. Cantik-cantik lagi price paling mahal pun dalam rm20-25 je. Fungsi sama macam yang korang beli baru. Ketiga pastikan negara yang korang nak pergi tu kene buat visa ke tak. Kalau Australia memang wajib visa, Valid setahun untuk multiple entries. Maximum sekali masuk selama 3 bulan. mudah je sebenarnya buat visa ni, korang cuba find out harga dia sebab takdelah mahal sangat. 

Lepas tu cari 2 atau 3 family lain untuk pergi bercuti bersama, jadi sebelum beli tiket tu tanya member2 yang nak pergi melancong sama2. so kos untuk homestay dah tour guide korang boleh share. Dan kebanyakkan pakej perlancongan pun lagi ramai group korang lagi banyak discount yang diberi. Kadang-kadang ada free give lagi. Next ubat-ubatan, bawalah bekalan ubat-ubatan & supplement. Ini sangat penting. Panadol, ubat batuk, ubat pening, ubat asma, ubat angin, ubat senggugut, vitamin A B C D E F... suka hati korang la apa ubat nak bawa. Bak kata orang tua2 sediakan payung sebelum hujan. Then minta homestay yang boleh masak ataupun cari tourguide yang menyediakan pakej sarapan,lunch and dinner terus. Jadi korang tak perlu spend untuk makan dah. Lau lapar tengah-tengah malam tu just masak maggie je. Untuk membawa makanan dari malaysia korang kene tau yang immigration Australia agak ketat. Banyak barang yang korang bawa perlu declare dulu sebelum masuk. Dalam flight lagi peramugari yang comey2 tu akan bagi 1 borang untuk korang isi dan declare barang apa yang korang bawa. Jadinya silalah jujur bila mengisi borang tersebut, sebab bila terkantoi korang jugak yang terpaksa membayar denda nanti. Terutama barang makanan. Jadinya berkawanlah dengan En Google sebelum decide nak bawa makanan apa ye. Time untuk shopping adalah pada hari ke 3 atau hari ke 4 sebelum pulang. Elakkan dari membeli barang dari setiap tempat yang korang pergi. Sebab tempat yang tourguide akan bawa khas untuk korang bershopping nanti biasanya akan lebih murah dan berbaloi.

So aku nak suggest better korang try buat emirates online booking sebab selesa gak travel dengan emirates ni. Korang boleh book dengan harga yang agak murah kat Traveloka nanti. So have fun nanti ye guys.




0 comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)