Followers

Friday, May 30, 2014

Merdunya suara mama



Bila dah jadik mama ni kan, memang macam2 lagu yang keluar, lagu katak lah, lagu semut lahh..Dan secara otomatiknya jadi penyanyi sambilan plak kan, naik kering anak tekak ni dok nyanyi kat Iqy ni..Dia sorang je peminat setia suara mama dia yang macam suara TokTi ni...hahahaha puihhh...layan jela Iqy oii..Haaa baru teringat kenapa Iqy suka dengar aku nyanyi, maybe sebab masa preggy aku suka gi karoke..hahahaha...layannnn...

Lagu lompat si katak lompat ni memang lagu feberet Iqy, kalau nyanyi sambil dukung dia, terkinja2 dia atas riba aku..Nak melompatt lah tu..

Dah dengar suara mama Iqy yang merdu tu nyanyi lagu lompat si katak lompat, jangan terpelanting plak taik telinga korang ekk..Kan dah cakap tadi, Iqy sorang je peminat suara mama dia ni..hahaha...Orang lain kalau dengar, fengsannn...

Aku memang suka nyanyi, time minum susu ada lagu, time mandi pon ada lagu, time nangis pon ada lagu khas untuk Iqy...hikhikhik..Tak pasal2 sekarang mama dah jadi penyanyi sambilan..Nanti boleh gi ujibakat Kilauan Emas...Heee



Thursday, May 29, 2014

Disebalik tabir penggondolan rambut Rizqy


Saje nak buat entry disebalik tabir penggondolan rambut Rizqy ni, biarlah ada kenangan untuk dikenang, biar dia taw, yang dia masa lahir2 je, keluar je dari perut mama dah ada rambut yang lebat dan sempurna siap berside burn lagi sampai nurse2 kat hospital Serdang jatuh cinta, berebut nak mandikan Rizqy masa kat wad..Sebabnya lepas mandi mesti dorang wat pacak kat rambut anak aku ni..hahah..Aku peratiii kann aje..


Ni sehari selepas Majlis Kesyukuran Rizqy & Delysha (anak buah), sempat lah tangkap gambar kenangan bersama rambut lebat tu, ikutkan hati memang sayanggg nak potong n cukur, tapi demi kebaikan aku redha jela, alaaa nanti tumbuh balik, cuma makan masa sikitlah..Harap2 time raya nanti dah lebat lah rambut dia tu, boleh pacak2 dipagi raya...hehehe..


Gambar dari sudut belakang, panjang kan rambut dia, dah boleh ikat dah ni..Rizqy ni kuat berpeluh macam aku jugak, kalau tido mesti basah bantal sebab berpeluh ,dahlah rambut dia lebat..huhu..Masa ni mood dia ok lagi, dia taktaw kot jap lagi rambut dia nak kena cantas dah.


Proses mencukur rambut Rizqy ni memang mencabar, rambut dia panjang + lebat, so sebelum cukur kena gunting dulu kasi pendek, perghh dia punya melalak, kecewa kot rambut dia dah kena potong, dalam hati mesti dia cakap, ala susah arr aku nak tackle awek pasni, sideburn mahal aku dah kena cantas..hahahah


Abi n atok Rizqy yang gilir2 cukurkan rambut Rizqy, makan masa 2 jam jugaklah nak setelkan sessi penggondolan rambut Rizqy ni, dengan dia yang tak bagi kerjasama langsung..


Selai demi selai rambut rizqy jatuh ke lantai..


Berpeluh-peluh atok kerjakan rambut rizqy ni..Rizqy tetap melalak tak henti2..


Macam biasa hanya susu yang mampu redakan Rizqy..Memang kuat menyusu budak ni, sampai 4 orang kena handle dia, sorang dukung, sorang gunting, sorang bagi susu, sorang jadi badut (mama dia lah tu)..hahaha..


Last2 abah plak take over, atok give up dah.


lagi sikit je nak botak dah..Rizqy pon dah selamat mentidooo time ni, buat bodoo je orang usik kepala dia..Dia memang lepas menyusu senang tido, macam minum ubat tido plak kan..haha


Dan akhirnya sempurna..Botak sudahhh ini budak..Hilang macho seketika...Tapi cumell tetap ada..hihii..Muka tak puas hati je sideburn mahal kena cantas...Bertabahlahh anak ku..


*Entry Majlis Kesyukuran tak hapdet lagi, next entry maybe...tungguuu!!!



Tuesday, May 27, 2014

Weekend yang bapakkkk busy..huhu

Weekend lepas busy betul aku n anak teruna sorang ni, walaupon Abi kerja tapi tetap tak menghalang kami 2 beranak untuk berlibur...Perghhh kemainn ayat aku kann.hahaha..Cerita pasal hari sabtu dulu lah, pagi sabtu yang ceria, mestilah ceria hari cuti kan..Giler tak ceriaa..Macam biasa Rizqy dah bangun time abah dia sibuk nak pergi kerja pukul 5.30pg, dia pon bangun macam nak ikut gi kerja plak kan..Tidur lagi best lah Iqy oii..haha..Lepas menyusu dia sambung tido balik sampai pukul 7.30pg..Dah bangun tu, dia khayal je sorang2 depan tibi, aku pon cecepat setelkan kemas rumah, mesin baju, lipat baju segala, kemas dapur, dah siap semua elok je dia merengek nak susu , lepas bagi susu biasanya dia tido, kalini dia berjaga plak, nak main n cakap ikut bahasa dia..Lama jugak dia berjaga, alang2 dia dah berjaga tu, aku terus mandikan dia, sebab jap lagi Ida datang amik nak pergi kenduri rumah Milo.Mandikan dia siap2, lepas mandi mesti dia ngantok nak tido, sebab dah lama berjaga kan..Lepas mandi, letak dia dalam rocker, 2 kali henjut je, dia dah hanyuttt dah..Aku pon cecepat gi mandi plak sementara dia tengah tido tu..

Lama jugak dia tidur, Ida pon datang lambat sikit sebab jalan jammed, so Iqy boleh lah tidur lama sikit.Tak lama pastu dia terjaga, nangis mintak susu.Dah lah masa tu Ida dah nak sampai, nasib baik sempat susukan dia, bila Ida dah sampai kat bawah aku pon berangkut lah 2 beranak, nasib baik Ida naik rumah tolong dukungkan Iqy, beg dia je dah 2 bijik, last2 aku yang tak berhandbag..hahaha..Sampai bawah Andi tolong transfer stroller plak pindah ke kereta dorang.Huhh!!Cian dorang susah2 je..Leceh jugak Abi takde, tak terhandle aku kalau sorang2, nasib baik Ida n Andi banyak tolong angkut beg bagai...Thanksss korang,,,hee

bodyguard mama...berani dekat, nah penumbuk sejibikk..hahaha
Ni masa dah sampai kat rumah mak Milo, kitorang duduk bawah khemah sambil tunggu Yaya n Ieza datang..Dorang semua dah datang kitorang makan kat dalam rumah, Rizqy ngan Darwish (Anak Ieza) ,Milo n makcik2 kat situ yang jaga kan..Dah petang sikit, si Rizqy dah rengek dah nak tido, dia kalau nak tido tiba datang mood dia nak berdodoi kat atas badan memang nahaslahh akuu...Abah dia lah ni mengajar anak tidur atas badan,,,Huhuhu...Mak ko pasrah jela kannnn.

Balik dari rumah Milo, aku ikut Yaya balik rumah dia plak.Plan asal nak ikut Ida pergi PERTAMA Complex..last2 tak jadi sebab Iqy nak tido..Kang payah plak kalau dia melalak kat tengah2 PERTAMA tu nanti..huhu..So, lokasi lepak kedua adalah rumah Yaya, semua berkumpul kat sini sampai malam..Pukul 9 Abi datang lepak ngan geng2 suami, sementara geng bini2 bergosip kat dalam bilik..hahahah..Tak pasal2 Iqy join grup bergosipp, patutnya join grup abah n daddy2 sekalian..hahaha..Last2 gosip punya gosip pukul 11 lebih baru gerak balik..Pukul 12 tgh malam baru sampai rumah..Nasib baik Iqy tak meragam kat rumah, sampai je terus tido lena sampai ke pagi..huhu


Ni gambar masa kat rumah Yaya, kerja dia tidur je, tapi kalau siang tidur dia tu kejap2 je, senang terjaga dia ni, lagi2 dengar suara petir mama Ida dia...hahhahaah...

Ok, tu citer pasal hari sabtu, hari Ahad plak pagi2 mak dah call tanya nak brekpes apa.Kebetulan adik aku tido rumah..Seronok lah mak datang bawak sarapan kan, dah lah tengah kebulur pon time tu..hahaha..Hari ni plak nak ikut mak gi IOI, ada Boling Tournament Persatuan Penduduk..Wahhh kemain Iqy berjalan sakan 2 hari berturut2..Saje nak biasakan dia dengan susasana luar, sebab mak dia tak reti duk rumah, nak berjalan je memanjang..So, kena train anak dari kecik biar terbiasa sampai ke besar, senang nak bawak kehulur kehilir,,Walaupon hakikatnya memang leceh bawak anak kecik ni, tapi kalau dah biasa aku rasa takde masalah kot..pandai beranak pandai lah nak handle anak sendiri kan..hahaha..Takkan asal sikit nak tinggalkan kat mak, asal sikit hantar anak kat rumah jiran..Anak pon nak join mak bapak berjalan jugakk..

Sampai kat IOI, risau jugak takut Rizqy melalak tetiba sebab suasana dalam tu bising sangat macam kat disko pon ada..Tapi nasib baik mood dia okay, teruja je tengok lampu lah, tengok orang, mungkin dia pon cuba nak explore apa yang ada disekeliling dia..Teknik pembelajaran jugak tu kan...heee

Last2 dia merengek mintak susu, lepas susu terus tertidur dalam stroller..Lama jugak dia tidur dalam suasana bising tu, biasanya kalau kat rumah, dengar aku berjalan pon dia boleh terjaga..Ni kemain lena lagii..huhuh..Pelikk aku..Siap bawak jalan satu IOI pon dia still tido lagi..Sempat jugak aku stay sampai game habis..Perghhh 2 hari suntukk keluar berjalan dari pagi sampai ke malam, malam tu plak punyalah excited tengok tibi layan Piala Thomas, dengan harapan esoknya  (Isnin) cuti..Last2 rezeki tak menyebelahi kita, nak taknak kena kerja jugak..huhu..Elok je lepas Piala Thomas habis, tetiba black out plak..Iqy tengah lena depan tibi time tu, terus melalak sebab panas..Menggelupur lah aku laki bini..Aku bukak baju dia pakaikan barut n pampers je, kipas guna mini table fan pon tak jalan jugak.Last2 kitorang tido dalam kereta, si Iqy tido dalam kereta kena ekon, kemainnnn lagi, siap berdengkur...sabor jela..Abi siap bawak round2 satu Puchong lagi, balik rumah still takde letrik lagi..Pukul 3 setengah pagi aku terjaga baru ada letrik, kitorang pon berangkut naik ke rumah plak..hadoiiii letihnya lahaiii...


Pakai baju baseball, tapi tersilap masuk padang boling plak..Hentammmlah labuuu...


*Rizqy 2 bulan 1 minggu

Friday, May 23, 2014

Dari Mamex Cherish bertukar ke Dutch Lady


Niat hati dari sebelum bersalin lagi, konon nak full breastfeed kan baby paling koman pon 6 bulan.Tapi kita hanya merancang, tuhan sebaik2 penentuannya.Rizqy lahir je, memang dia dah pandai direct BF, dia pandai cari dan kenal puting, takde masalah.Susu badan pon alhamdulillah banyak pada awalnya, tapi makin lama macam tak cukup untuk Rizqy, nak2 plak baby boy memang kuat menyusu, aku plak dengan stress sakit kat bawah tu lagi, nak ngempeng Rizqy lagi, pulak tu Rizqy kena jaundice yang tinggi plak tu, ulang alik KK n Hospital..Memang kena susu yang banyak, aku tak konfiden yang susu aku cukup untuk dia, Dahlah masa dia kena kuning tu, dia tak berak 4 hari, masa tu fully BF lagi, bila gi KK kuning dia makin naik, dia plak tak berak2, padahal dengan berak lah kuning dia akan turun.Orang sekeliling dah heboh suruh aku bagi je Rizqy susu formula, aku masa tu blur.Aku cuba tahan lagi tak bagi susu formula, tetap dengan pendirian hanya susu ibu yang terbaik.Tapi tu lahh tu, bila terbaca yang kuning berpanjangan ni kadang2 berpunca dari susu ibu yang tak sesuai dengan baby, aku terus mengalah nak bagi susu formula jugak kat Rizqy.Aku taw susu ibu paaaling terbaik, tapi dalam kes aku ni, aku kena pikir kesihatan anak, aku taknak anak aku kena kuning berpanjangan, walaupon orang kata takpe bagi je susu ibu, walaupon dia tak serasi dengan susu ibu, tapi lama2 kuning tu akan hilang sendiri, tapii aku macam..alaaa lama2 tu sampai bila?Aku taknak tengok anak aku kuning lama2.

Start dari situlah aku mula bagi susu formula kat Rizqy, alhamdulillah elok je dia berak lepas 4 hari dia tak berak..Kalau taw dari mula dulu aku dah start campur susu formula untuk Rizqy, janganlah kata aku kejam, aku cuma nak yang terbaik je untuk anak aku, Walaupon tak dapat bagi full breastfeeding kat Rizqy, atleast dia campur susu, susu badan dia minum, susu formula pon dia minum..Apa yang aku perasan, memang banyak perubahan positif lepas Rizqy minum susu formula + susu badan.Lagipon dalam pantang, apa yang aku makan pon takut tak cukup berkhasiat untuk susu aku.So, aku rasa tak salah aku cmpur susu untuk Rizqy, bukan aku tak bagi susu langsung..

So far setakat ni, Rizqy masih menyusu badan dan minum susu formula..Bila dah start kerja ni, aku set kan waktu menyusu untuk dia, siang kat rumah pengasuh, minum susu formula, malam minum susu badan, sebab Rizqy memang dah biasa ngempeng sambil tido..Kalau dia dah minum sebotol susu formula pon, tapi nak tido dia tetap nak ngempeng (susu badan) jugak..Pernah jugak tipu dia bagi dia hisap puting kosong tu, tapi dia lagi bijak takmau puting kosong, nak puting ada susu je..hahaha...

Bab susu formula plak, pada awalnya aku bagi Rizqy minum Mamex Cherish ni, harga dia memang mencekik darah lah bagi aku yang gaji cukup2 makan ni..Tapi masa tu fikir, alaa Rizqy kan campur susu (susu badan + formula)..Apa de halll, ..Tapi tu dalam pantang, 24 jam aku dengan dia je, bila dah start kerja, duduk umah babysitter, haaa ambik ko, sekotak 600gram tu tak sampai seminggu dah habis..Dia plak makin kuat menyusu sekarang..Hohohoo..Takleh jadik ni, rabak poket abah kaw kalau camni..Bukan nak berkira, kalau ikutkan hati sedih je nak tukar ke susu murah..Dahlah tak dapat bagi susu badan sepenuhnya, susu plak kena tukar susu murah..Alahaiii sebak hati mak ni taw...Tapi aku taw Rizqy sangat memahami..

Genap 2 bulan 3 hari umur Rizqy, aku n Abi sepakat nak cuba tukar susu dari Mamex Cherish ke Dutch Lady..Harga Mamex Cherish tu sekotak 600gram, RM58.60..Haaa cer bayangkan kalau sebulan 6 kotak...Susu sahaja dah beratus2..Kalah duit sewa rumah taw..Takpelah kita ikut kemampuan kita je yer, nasib baik anak mama ni memahami, aku try beli paket kecik 650gram Dutch Lady langkah 1..Balik rumah sambil godak2 susu, rasa nak nangis pon ada..Bila susukan ke Rizqy, dia hisap je tanpa banyak bunyi, alhamdulillah dia tak tolak, berak dia pon okay takde masalah, maknanya susu tu serasi dengan dia..Susu Dutch Lady 650gram ni baru RM20.20 je kat Tesco..Cer tengok bape banyak beza harga dia dengan Mamex tu..hahahaha...Serammm mak..Susu Dutch Lady ni, Rizqy nak minum banyak mana pon takpe, insyaALLAH mama mampu beli..hehehe..


*susu ibu tetap susu yang terbaik....




Thursday, May 22, 2014

Ulangtahun ketiga , kami sudah bertiga

Alhamdulillah, 7 May lepas genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami.Pejam celik pejam celik dah tiga tahun , sekejap je rasa.Kalau 2 tahun sebelum ni anniversary disambut oleh kitorang berdua je laki bini, tapi tahun ni kitorang sambut bertiga, dan Rizqy Hafiy Aish merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan yang sangat berharga buat kami suami isteri (rasa nak ikat Rizqy dengan reben je,hehehe)..Lebih bernilai dari hadiah seutas rantai emas, syukurr Ya Allah..

Tahun ketiga ni jugak, kitorang celebrate anak beranak je kat rumah mak, macam sebelum ni celebrate berdua je kat rumah sendiri, kalini buat kat rumah mak, kebetulan aku tak balik rumah lagi walaupon dah habis pantang time tu.Mak masakkan nasi lemak ayam berempah untuk tetamu yang datang.Alaaa tetamu dua tiga kerat je pon, jemput sedara terdekat je, geng kembar semua tak dapat datang, hari bekerja dorang busy sikit..Ok takpe fahamm..heeee..


Ni lah antara hidangan yang disediakan, malam tu kebetulan hujan lebat plak, lagi berseleralah masing2 kan..Nyamnyamnyam...Tenkiuuu mak, susah2 je masakkan semua ni..


Kek wajib, Indulgence Chocolate by Secret Recipe,,tak pernah jemu makan kek ni..Happy Anniversary untuk kita..Alhamdulillah, tiga tahun sudahhhh..


Make a wish sebelum tiup lilin, semoga kita akan lebih bahagia dari tahun ke tahun dan semoga kekal hingga ke jannah..Aminnn


Potong kek plak, tetamu dah lama tunggu tu..Abi busy giler kat dapur dok menggoreng ayam, jenuh panggil nak potong kek..hahaha..



Apa lagiii...jomlah melantakkk...Hidangan malam tu liciiinnn...Alhamdulillah, sedap mak masak..heee..Tenkiuu maklang, paklang, Amy, Asri, Poksu, Moksu dan anak2, Kaklong & anak2, Along, Kak Yati dan anak buah semua sebab sudi datang meraikan hari bahagia kami ni..Doakan kebahagiaan kami yer...Aminn..


Selfie dengan Tasha, muka aku yang selebet macam orang beranak 10 tu abaikan je lah ek, dah ada anak ni, lipstick kemana, bedak kemana, celak kemana, bulu mata pelesu lagilahh haru ntah kemana2..(Cehhh!!!Baru anak sorang!!)...hahahah


Ini maklong Rizqy, tapi Rizqy panggil ibu sebab dari lahir ibu yang mandikan Iqy sampailah umur sebulan, baru mama berani mandikan Iqy..hehehe..Abah je pernah sekali mandikan Iqy time Iqy baru balik dari hospital..Nenek pon takut nak mandikan Iqy sebab haluss sangat badan nya, takut terlepas kata nenek, tapi sekarangg, nak patah tangan dukung dia..hahaha



Mesti ada yang tertanya2, eh mana Rizqy, kemain bergambar berdua je laki bini...Iqy dengan sepupu dia Delysha melepak kat sini, dorang mana boleh makan, so, dorang tengok je orang makan..hehehe..

Selamat Ulangtahun ketiga buat kami.Semoga ikatan ini dirahmati dan diberkati oleh-NYA.Semoga kebahagiaan sentiasa milik kami.Kekalkanlah kami dengan saling melengkapi, saling berkasih sayang, dan saling menyintai..Semoga kebahagiaan kami kekal hingga ke jannah..Aminn..

Buat Abi, bukan kesempurnaan yang sayang cari, kerana setiap yang kurang tu buat kita saling melengkapi...Terima kasih untuk 3 tahun ni, menjaga, melindung, menyayangi serta menyintai diri ini, walaupon bini abg ni tersangatlah keras hati, keras kepala, degil n etc..heheheh..

--HAPPY 3RD ANNIVERSARY ZULNORY--

Wednesday, May 21, 2014

Siapa babysitter Rizqy?


Persoalan yang sentiasa dalam kepala dari start mula2 mengandung sampai lah dah dekat2 hari nak start kerja selepas habis pantang.Siapa babysitter Rizqy???Taska memang aku pangkah awal2, dahlah ada kes bayi 3 bulan mati kat area taska rumah aku ni.Niat hati memang nak jaga anak sendiri, tapi sayng pulak nak berhenti kerja, kesian Abi kerja sorang tak tertampung plak nanti, dah ada anak, ekonomi kena makin kukuh..huhu..

Makin dekat hari nak start kerja, makin risau..Makin cuak bila ramai yang tanya, eh sape jaga Rizqy bila ko kerja nanti??Ahh sudahh...Tetiba jadi kalut..Sape arr, sape arr...Mak aku pon aku taknak susahkan, aku nak mak aku berehat je di usia dia sekarang ni, sebab masa aku kecik2 dia dah penat jaga aku..huhhuhu..
Maklang aku ada suggestkan jiran depan rumah aku ni, rumah dia bertentangan je dengan rumah aku, tingkat yang sama, dari rumah aku pon dah boleh nampak dalam rumah dia, nak cross ke rumah dia takyah pakai selipar pon takpe, hehehe..Aku dah berangan2 dah, kalau lah dia setuju nak jaga Rizqy, memang senanglah keje aku nanti, tak payah keluar rumah awal2 pegi kerja, boleh bangun lambat.Rizqy plak memang kaki tido, dia memang bangun lambat, perangai sejibik macam aku, kuat tidooo...hahaha..

Lagi seminggu nak start kerja, aku pon balik rumah sendiri tak duduk rumah mak dah..Punyalah sedih macam rumah jauh je dengan mak, padahal dah start keje nanti, rumah mak tetap port wajib aku time lunch..hehehe..Tapi sedihh jugak..Taktaw nape...huhuh..Hari pertama Rizqy tidur rumah sendiri, alhamdulillah tak meragam, macam takde menda berlaku je, Mak aku risau siap call tanya Rizqy meragam tak malam2, kalau meragam dia nak datang amik Rizqy ..hehehe..Tapi Rizqy sedapp je tido..Sampai kena kejut bangun minum susu..haha..

Maklang aku ajak pegi rumah jiran aku tu, nak bincang2 lah kononnya..Bawak Rizqy sekali..Tanya punya tanya, bincang punya bincang, dia setuju nak jaga Rizqy..Dia suri rumah , anak sorang, perempuan baru 2 tahun lebih..Anak dia pon behave je dengan baby, cium Rizqy pon anyonyonyo slow2 je...hehe..
Lega giler bila dah jumpa babysitter untuk Rizqy, Isnin tu start kerja, hari pertama start keje dengan jadual baru.Kalau dulu bangun tido pukul 8.30pg siap2 terus gi kerja, sekarang kul 7.00pg dah bangun, kena mandi awal time Rizqy tengah tidur, kang dia dah bangun kang, nak terkincit pon ku tahan jebattt,..Dah pandai sekarang ajak main, kalau ko tak layan mulalah merengek..Bila layan, mengekek2 gelak sakan..Pastu dah pandai mintak dokong..Takmau baring..

Harini hari ketiga aku bekerja, babysitter mintak cuti arini dengan esok, alaaa aku baru keje mana leh mintak cuti, so Abi yang cuti, maknanya arini dan esok, Abi yang jaga..Aku tanya Abi boleh ke ni jaga Rizqy sorang2, dia cakap bolehh je..Konfiden level tinggi betoi laaa..hahaha..Abi memang boleh diharap bab2 jaga anak ni, dia lagi teliti dari aku sebenarnya, anak tidur dia risau, anak tak meragam pon dia risau, anak menangis pon lagi lah risau..ahahaha acaner tu..Tapi bab mandi aku kurenggg sikit,bukan tak percaya kat Abi, tapi biarlah aku yang buat sebab dah biasa kan..Pagi tadi bangun awal sikit sebab nak mandikan Rizqy, nasib baik dia bangun awal arini, tapi lepas mandi, pekena susu takdan habis sebotol dah lena..Alahaii anak, anakkk...Duk baik2 dengan abah yer, petang kang mama balik kite jumpa yer...Misss u botakkk kepamm mama...


Ni gambar pagi semalam, lepas menyusu, get ready nak hantar rumah babysitter, dia boleh senyumm macam ni plak..Melting mama taw, rasa nak seludup bawak masuk dalam beg gi kerja je..huhu..Rinduula..


Gambar lepas mandi pon tak kurang seksinya...haishh gerammmm gerammm...Suka buat muka manja camtu taw...


Topi bear ni comeyy betul, tapi tak sesuai Iqy pakai, mesti ramai ingat dia baby girl, adehhh...Dia pon cepat rimas kalau pakai topi ni..Aku saje nak cover kepala boltak dia tu, dia taknak pakai plak..hahaha..


Superboy mama....Ni masa sebulan lebih, badan baru nak naik sikit..


Habit lepas menyusu, camnilah..lembikk je, mata layu nak tido..huhu


Tido sampai penyek pipi...huhuhu..





Monday, May 19, 2014

Aktiviti lepas pantang 44 hari


Alhamdulillah, 30 April 2014 haritu genaplah 44 hari aku berpantang..Yeayyy dah boleh gantung stokin..Kemain bergelinjatt tak sabar nak gi jalan2, hari ke 44 aku dah ajak Abi keluar, Abi balik kerja awal haritu, Abi sampai je rumah aku n Rizqy dah siap dah nak ajak kuar, lagipon memang Abi dah janji pon nak bawak jalan.Kitorang ke IOI Mall je, misi utama nak cari stroller, sebab masing2 dah lenguh tangan dukung si Rizqy yang makin debab tu..hahaha..Dah tak kisah stroller jenis apa pon, padahal plan nak cari kaler merah, Abi siap sound awal2 lagi, "syg, kalau takde kaler merah pun, kite sambar jela apa yang ada ek''huhu..So,aku terpaksa redha..Kaler turqoise je yang ada, ikut hati berkenan sangat dengan SCR6 kaler merah, tapi Abi tak suka, dia kata seat dia tak comfort..So, pilihan kedua SCR2, kaler merah plak habis, so rembat jelah kaler yang ada, turqoise pon turqoise lah..huhu..Mama gigit jari jela nak oiii...Ni sape yang nak duduk dalam stroller sebenarnya ni??Mama ke Rizqy??kihkihkihkih...


Rizqy first outing, alhamdulillah tak banyak ragam, teruja lain macam sampai terbeliak biji mata ternganga mulut, hahahaha...Nangis mintak susu je, lepas tu tidoooo...haishhh senang betul, sempat jugak mama tibai ayam KFC 2 ketul...hahahahah...


Tudia sampai terselak baju nampak perut boroi segalaa..Apalah mama ni kann..


Alahaiii, sayu plak tengok gambar ni,,macam tak percaya yang aku dukung tu anak aku, anak yang aku kandung 9 bulan, anak yang aku tunggu selama hampir 3 tahun...Syukur Ya Allah kerana kau amanahkan aku anugerah terindah ini..


Abah n Rizqy..Sape kata anak lelaki yang muka seiras dengan bapaknyer tak sekepala???Rizqy dengan abah dia rapat giler okay, sekarang ni pantang lah nampak abah dia lalu depan dia, mesti melalak minta dukung..


Ni gambar second outing, lokasi plak di One Utama,Damansara..Abi cakap nak bawak Rizqy tengok tempat mama n abah dating masa muda2 dulu..hahaha...Macam biasa Rizqy takde meragam, sesekali merengek minta susu ataupon dia bosan duduk dalam stroller, then mintak dukung lah apa lagi.Bila dah tido, campak balik dia kat dalam stroller..hehee


Singgah makan kat Kluang Station, hot milo tak tinggal...Geramm je nak minum aisss..Lambatnyer 100 hari...


Ni plak 3rd time outing, kalini Rizqy n abah ikut mamanya mencari rezeki..hihihh...Ada sessi food review bersama blogger kat Wangsa Walk masa ni, hangkut Rizqy jugak, biar dia taw nilah kerja part time mama dia selain jadi kerani cabok..Mana lah taw dah besar nanti Rizqy nak jadi bogger jugak ke kan..hehehe.


Dan seterusnya, hampir setiap hari bawak Rizqy ke Tesco kat area rumah ni, Kalau dia boleh cakap mesti dia cakap apa lah mama ni bawak orang gi Tesco je, bosann taw, bawaklah pergi Pavilion ke, sunway pyramid ke,,hahahaha...Dan macam biasa hobi si Rizqy ni sejibik macam mama dia, kuat tidooo..hakhakhakhak.


Saturday, May 17, 2014

Sedapnya makanan di U-Cafe, Wangsa Walk


Holla arini nak citer pasal makanan,maklumlah dah lepas pantang kan, haruslah pulun makan apa yang takleh makan masa dalam pantang..haha..Tapi still pantang tak minum ais lagi, kuat betul iman aku, takpe badan nak pakai lama kan, pantang lah sekejap ais tu..

                                                
Yang bestnya food review kalini ngam2 kena time aku lepas pantang, hari Sabtu 3 Mei 2014 genap lah 47 hari aku lepas pantang..Bapakkk bestttt!!!Sempat lagi "larikan" diri sekejap, padahal kat rumah tengah busy dengan persiapan untuk majlis kesyukuran esoknya tu..Gilerrr arr..nasib baik mak memahami, aku pergi bukan suka2, tapi dah ini sumber rezeki aku, sumber duit tepi aku, dapat jugak tampung duit susu pampers Rizqy kan..Tak pasal2 Rizqy pon join sekali food review yang julung2 kali buatnya walaupon hanya mampu ambik bau saje, takpe mushukk, nanti dah besar sikit, makanlah macam2 yer..Nasib baik budak tecik tu tak meragam sangat..
Restoran U-Cafe branch Wangsa Walk ni halal taw berbanding dengan branch Sungai Wang..Yang kat Sungai Wang tu halal jugak cuma "pork free" je, still ada was-was lagi untuk pelanggan muslim kan, tapi untuk branch Wangsa Walk ni aku jamin 100% adalah HALAL sebab aku saksikan sendiri sijil Halal dari pihak JAKIM..So, tak was-was nak makan..
Untuk food review di U-Cafe ni, memang menghancur luluhkan diet aku, dengan 18 menu dihidang satu persatu...Dahlah semua menu2 mampu mengkuiss2 anak tekak aku, jahanamm diet pantang aku 44 hari sebelum tu...Uwaaa...Air plak macam2 jenis ada, macam2 kaler ada, tapi aku mampu tengok je sambil telan airliur sebab tak minum ais kan, then aku order hot milo aje...huhu..
Meh aku tayang satu persatu-satu menu yang dihidangkan, semuanya sedap-sedap bukan cobaan yer, tapi memang kenyataan, memang aku akan datang lagi bawak family makan kat sini plak.

Combo Platter RM26.90

Popcorn Chicken Green Salad RM14.90

Spaghetti Aglio-Olio with Seafood RM26.90

Classic Chicken Carbonara RM18.90

Salmon Fillet RM39.90

Nasi Lemak RM13.90

Nasi Bonjori RM13.90

Fried Rice in Japanese Style RM7.90

Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop RM17.90

Stir Stewed Chicken with Three Cups Sauce (Big) RM20.90

Fried Prawn with Salted Egg-Yolk (Big) RM38.90

Fried Prawn with Salted Egg Yolk & Season Vegetable in Yam Basket Rice RM20.90

Fried Kailan with Salted Fish RM13.90

Pan Fried Kwey Teow with Beef RM10.90

Penang Char Kwey Teow RM10.90

Penang Curry Laksa RM13.90

Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel RM17.90

Stir Fried Glass Noodle with Soft Shell Crab RM17.90

Ini plak antara pilihan air menarik yang ada..Tapi aku mampu tengok je, aku order Hot Milo..huhhu

Semua makanan yang dihidangkan semua sedap2 dan memenuhi selera anak tekak aku, paling aku suka sambal nasi lemak dan nasi bonjori, mula2 rasa sesudu je, pastu rasa nak lagi dah segan, sampai berebut-rebut ngan Yaya..hahaha...Tapi memang sedap, nak makan lebih2 takut Rizqy kembung plak nanti, sebab nasi lemak ada santan kan..Lagi satu aku suka sangat Chicken Popcorn dan Stir Stewed Chicken with 3 Cups Sauce tu...Oiii aku kan penggemar ayam...Memang aku pulun kaw2 lah kan...huhuh..Abi plak suka Chef Pumpkin Rice tu..Sedappp katanya...Ehh nanti ko try lah rasa sendiri ek...Sumpah tak tipu memang sedapp...terbaiikkk...Nory kasi 5 bintang..Eh?? heheehhe



Sebelum bersurai, dah nama pon blogger kan, blogger kalau bab bergambar memang nombor satuu lah kan..Kenangan bersama semua blogger yang join food review di U-CAFE pada hari tu, semua memang havoc, maaf yer ada yang tak sempat tegur kat meja lain tu maklumlah iolss ni femaluuu taik kucenn..hahha...


Weoll yang sentiasa tak pernah nak cukup korum berlima, memasing busy kemain..dari kiri Ieza, Yaya , Ieda n aku..Kembar kami lagi sorang tak dapat join, Mila lah sape lagi...huhuh..Rasa macam dah lama tak jumpa Mila...Rinduuu laaa...



Info lokasi :
U-Cafe , Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Evenue
No.9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel : 03-4131 9686
       019- 3133 668 Rachel

*Dahlah sedap, harga murah plak tu, berbaloii baloi...Jom makan di U-Cafe!!!



Semua gambar ihsan daripada www.idabaharum.com (Ida)..Tenkiiuuu Idaaa!!!!