Followers

Thursday, November 20, 2014

19 November datang lagi

19 November datang lagi untuk tahun ni, bermakna bertambah lagi setingkat usia aku.Alaaa baru 27 tahun, tapi rasa macam baru 17 tahun je..Hekhekhek..Tahun ni special sikit sebab tahun pertama sambut besday sebagai mak budak.Kalau tahun lepas sambut besday ,Iqy dalam perut lagi, tahun ni sambut besday dengan budak umur 8 bulan.Cepatnya masa berlalu.Lagi beberapa bulan nak sambut besday anak bujang nak masuk setahun plak.hihihi..

Tahun ni takde party kecil-kecilan macam tahun lepas, Abi ada jugak suruh plan, tapi rasa macam malas plak nak ready kan majlis tu..Lagipon dah tua ni macam malas plak nak celebrate2.Hari selasa 18hb tu Abi kerja, siang tu macam biasa lah aku pergi melangok kat rumah mak aku, dah tak kerja ni, melepek kat celah ketiak mak je, walau pon dah ada anak kecik, nak meleset jugak kat mak,hikhikhik..

Abi balik kul 8.30 malam, mak plak mintak tolong jemputkan adik aku kat tempat kerja dia sebab papa balik lambat.So aku pon mintak izin Abi balik lewat sikit..Taktaw plak diam-diam Abi amik kesempatan nak buat seperais lah konon, balik dari kerja dia menyinggah beli bahan-bahan nak buat kek.Plan asal , kalau aku balik je nanti, kek dah siap.Tapi Abi tu kan, memang selalu sangat "failed" buat seperais.Tak pernah berjaya lagi seperais dia, mesti terkantoi je..Sebabnya kebetulan periuk kukus yang mak aku bagi tu dia terlupa nak keuarkan dari bonet kereta, aku plak jemput Tasha guna kereta time tu.So, aku balik je rumah, kantoi lah dengan bahan-bahan nak buat kek penuh atas meja.Hahahahah,,Abi...Abi...Tak pernah serik dia mencuba nak buat seperais, tenkiuu Abi tu pon dah cukup sweet dah tu.Kan sayang dah cakap, sayang tak mintak lebih kat abang, cukuplah abang seadanya, tak kurang tak lebih, cukup sempurna dah..

Dia asyiklah cakap, abang tak mampu nak beli hadiah mahal-mahal untuk sayang, abang mampu buat kek je untuk sayang..Hurmm abang..kek dari air tangan abang tu lagi berharga dari hadiah yang mahal-mahal taw.Dah-dah ler tu dok cerita sedih je..huhhuhu..Kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang, ko rasa??Ade ke bini-bini yang tak suka suami dia buatkan kek harijadi untuk kita,biasanya dengar isteri je buat kek untuk suami, ni suami yang gigih penat-penat balik kerja terus menggentel tepung buat kek kat dapur.Takde alasan untuk aku tidak mensyukuri.Syukur alhamdulillah..Terharu sangat walau hanya sebijik kek.Tak kudambakan handbag jenama, pakaian jenama, dapat kek sebiji ni pon dah mampu gugurkan airmata aku..Tenkiu Abi,,sob sob sob


Ni gambar bukti Abi yang buat sendiri kek ni..


Berjaya jugak siapkan kek ni sebelum detik 12 malam (19 November)..Kek diberi nama Brownies Whipped Ice Cream..Cukuplah aku kata kek ni sedap sangat-sangat..Nampak simple tapi penuh dengan kasih sayang, aku dapat rasakannya.hikhikhik


Dah nak potong baru teringat lilin takde, Abi terlupa nak beli, dia laju2 amik lighter dan petik suruh aku tiup,,Sedaya upaya dia cuba nak sempurnakan hari istimewa aku tu..Giler tak sayanggg kat lakii..Mestilah sayang..Dia tak romantik tapi dia suweeettt angat..Biar aku sorang je yang taw..Ngehngehngehngeh..
Anak bujang aku tu dah "mendengkur" dah time ni..Tu pon dia macam taw-taw je tahan mata sampai pukul 11 lebih , padahal masa tu mata dia dah kecik dah nak tido sesangat, last-last dia tertido jugak.
Dia lah hadiah harijadi paling bermakna dalam hidup aku..Abi pon sama..Hadiah paling berharga sepanjang hayat..


Happy Bornday untuk diri sendiri..Takde apa yang nak di"wish" kan selain mintak Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik pada semua insan-insan yang aku sayang..Mak, papa, Abi,Rizqy, Tasha,Along, anak2 buah dan semua family member.Aku tak boleh hidup tanpa dorang,.Tu aje...Aminnn...

16 comments:

  1. walau dia hanya sebiji kek.... lagi bermakna!! baru ida tahu zul pandai buat kek.. nk request lah kehkhekehkehekhh.. nk suh andi buat? die beli aje kat SR kanggg HAHHAHAHHAHA

    Happy bornday nory sayangggggg! wish u happiness all the timeeeeeee #muahciked

    ReplyDelete
  2. Alolo sweet nyer hubby u..pape pun Happy Birthday Nory..:)

    ReplyDelete
  3. Selamat ulang tahun.semoga dilimpahi kasih sayang sentiasa berbahagia dengan keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  4. Sweet sgt hubby tlg buatkan kek...happy belated bufday. Mg pjg umo dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  5. happy bornday nory.. insyaallah amin.. bahagia dunia akhirat..

    ReplyDelete
  6. holloh3 sweet sgt nory, sedih pulak rara baca, yelah, kek birthday by suami, sape yg dpt.xsemua dapat.

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday... Birthday kita selang sehari rupanya..

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Beranak Nory.happy selalu bersama Zul dan Iqy.

    ReplyDelete
  9. bestnya.. bertuah akak... happy belated day!! hehehe

    ReplyDelete
  10. selamat hari jadi.
    best nya,.heheh

    ReplyDelete
  11. happy belated bestday nory... so sweeetttt pandai suami nory buat kek ... bkn senang tu.. lain dr yg lain.. sedappnya.. tgk kat gambar special edition.

    ReplyDelete
  12. So sweet. Best nya dapat merasa kek buatan tgn suami. Happy born day nory.

    ReplyDelete
  13. Assalam nory
    epy belated birthday
    moga bahagian & dirahmati Allah AMIN

    ReplyDelete
  14. happy belated birthday noury..muda lagi 27..hehe..saya 27 baru sah jadi isteri orang..
    semoga bahagia hingga ke jannah hendaknya

    ReplyDelete
  15. Happy besday nory..may Allah bless u..husbnd n iqy yg comel tu..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)