Followers
Tuesday, March 31, 2015
Besday Papa
Friday, March 27, 2015
Genap setahun dah pandai berjalan
Alhamdulillah, genap setahun Iqy dah start boleh berjalan sendiri..Maka tertutuplah mulut-mulut orang yang selalu "risau sangat" Iqy tak berjalan-jalan padahal masa dorang tanya tu anak aku ni baru 11 bulan, belum masuk kategori lambat jalan lagi pon.Kadang aku tak paham dengan sesetengah orang ni, suka nak banding-bandingkan anak orang dengan anak sendiri.
"Eh anak aku dulu 10 bulan dah laju dah berjalan, anak ko tak jalan lagi ke, lambat betul ek..?
Lambat ke??Bagi aku takdelah lambat sangat, ada yang setahun 7 bulan baru berjalan okey je takde masalah pape pon, apa yang orang risau sangat ni..Adehhh..Penat aku nak piker cakap-cakap orang ni..Lantak ko lah..
Alhamdulillah lah, Iqy ni perkembangan dia semua ikut step , dan ikut umur..3 bulan dah meniarap, 6 bulan tumbuh gigi, 8 bulan merangkak,10 bulan dah mula menapak 2,3 tapak, dan genap setahun, dah berjalan, takde tinggal satu step pon.Tapi step paling aku tertunggu-tunggu dan excited masa dia start pandai merangkak, seronokkk sangat, aku risau betul kalau dia ter'skip" alam merangkak tu..Excited sampai tahap terus simpan walker dia, nak dia merangkak je.hahaahaha..Dan sekarang dia dah berjalan, terkedek-kedek, makin hari makin laju..Ada satu hari tu, dia berjalan je satu rumah tak reti penat, sampai sanggup tahan mata takmo tidor.Punyalah seronok "dapat kaki"..
Pasni senang sikit kot nak bawak berjalan, aku lagi rela penat mengejar dia, dari dukung dia..Kehkehkehkeh..Dia dahlah jenis "anti-stroller"..Nak berdukung je..Nak roboh rasa kalau dukung dia tu..Tu belom kes dia tarik-tarik tudung mama dia ni..Mulalah mama dia rasa nak bertukar jadik "singa"..muahahaah, penat mak ko ni belit-belit shawl lip lap lip lap, ko selamber je tarik-tarik kan..baru nak fefeeling "Neelofa"..kuikuikuikuikuii..
welcome to 'alam berjalan" anje mama..
Thursday, March 26, 2015
Kurus Cepat dengan Assez Slymm
Kalau ada diantara korang yang berminat nak order dan cuba sendiri produk Assez Slymm ni jangan malu jangan segan telefon hotline ni sekarang
013-9200106
FB : Assez Slymm Official
Instagram : Assez Official
Dapatkan sekarang sebab tengah ada PROMOTION..Harga biasa RM150, sekarang tengah promo, RM99 sahaja..Dengan setiap pembelian ASSEZ SLYMM, korang akan dapat ebook Panduan Untuk Kurus secara PERCUMA!!!
Mohler cuba try test Assez Slymm ni..
Monday, March 23, 2015
Pre-Celebration Iqy turns One
Kemain siap ber 'pre- celebration' bagai.Anak baru sorang, memang mak bapak over excited sikit, ini pon abah dia yang ajak pergi makan luar, ikutkan aku memang tunggu official party dia 4.4.2015 nanti je, sekali harung tiup lilin sekali.Tapi demi anak kesayangan to'ang2 ni, abah dia kata takpelah kite sambut besday dia dua kali.kikkikiki..17 Mac aritu genap usia dak bobot ni setahun jagung, balik kerja, abah Iqy terus suruh siap ajak makan luar, malam ni special sikit katanya, ada ke patut suruh dak iqy decide nak makan kat mana?Memang takkkk la kan..hahaha..So, biar mama dia take over pilihkan tempat..Abah cakap nak yang special dan paling dekat..Urmm baru nak "paw" jauh sikit.haha.Last-last malas nak pikir, pilih Secret Recipe je lah kat Puchong Utama tu, dekat je tu.huhu..
Ngehngehhngeh muka puas hati dapat "paw" abah.Alaa Iqy bukan reti lagi pon order mengorder ni, Mama dia yang lebih2 membaham makanan.Iqy makan kek je.. Nak tangkap gambar pon susah, sebab peminat-peminat dia ramai betul kat SR ni, habis kena gomol dengan staf-staf Secret Recipe..Aku nak makan pon segan, orang dok kerumun kat meja, lepas sorang-sorang..haishh..Hot betull dak bobot ni, kalah mama..hahaha..
Iqy tengah pening ni nak order makanan apa.Takyah pening-pening Iqy oii, biar mama setel kan, dan dah selamat pon masuk perut mama..kahkahkahkahkah.
Tunggu kek sampai, lepak-lepak la dulu, peminat semua dah tak kerumun dah, dah pergi sambung buat kerja..muahahaha..bolehlah Iqy tiup lilin dengan tenang bila kek sampai nanti..
Kek dah sampai, abah order kek strawberry untuk Iqy.Tenkiuu abah..Abah Iqy yang tulis sendiri taw nama Iqy kat pinggan kek tu, abah excited sampai tulis tu pon nak tulis sendiri..kahkahkahkahkah..Staff SR garu kepala je bila abah request nak tulis sendiri..Abah ni sweet angatt taw..Dengan mama takde pon sweet macam tu, ni nak jeles ni..hukhukhuk
Sorry lah abah, takde gambar dengan abah, dengan mama je.Sape suruh abah pegang kamera..hahaha..
Ok dah kenyang...Burppp Alhamdulillah..Tenkiuu abah tenkiu mama..
Tengah pikir nak wish apa ek sebelum "blow the candle"? hihih
Lepas celebrate, terpaksa..terpaksaaaa okey ..teman mama beli barang dapur kat Tesco..Urghhh bosannya, mama cepat sikit boleh tak..Dah kebas dah bontot Iqy duduk dalam trolley ni..adehhh..
Wednesday, March 18, 2015
Tuesday, March 17, 2015
Rizqy turns One I Happy Birthday sayammm
Saturday, March 14, 2015
Tiada lagi atok dan nenek
Friday, March 13, 2015
Ber"lasagne" di PPUM
Iqy bawak bekal lauuk su'un je, kalau bahan masak dah habis, tu jela yang aku masak untuk Iqy..Jadikklah buat alas perut. ye dak?? |
Thursday, March 12, 2015
Pelindung Bucu Tajam
Total untuk ketiga barang kat atas ni RM9.70 je.Murah kan..
Comel kan penyendal pintu tu, aku yang suka sangat sebenarnya, comel sebab tu beli, hahaha boleh?..
Pelindung bucu pon dah selamat dilekatkan.Pasni takde lah risau sangat kalau dia bertenggek kat situ lagi.
Penyendal pintu almari ni pon dah selamat dipasang, takdelah aku menyinga lagi tengok dia memunggah baju bajan dia, kihkihkihkih..
Monday, March 9, 2015
Abah Iqy Homemade : Sup Ikan Tenggiri untuk Iqy
Iqy ni kan sejak masuk umur 10 bulan aritu, tetiba selera makan dia berubah, drop terus, biasa aku bekalkan dia tiap hari bubur blended dengan broccoli karot n kentang..,sebelum ni okay je dia makan, tetiba je sejak dua menjak haritu, ibu (baby sitter) dia bagitau Iqy takmo makan sampai tahap baru nampak mangkuk bubur dia je , dia dah meraung2 macam kena bantai..Pening aku fikir nak masak apa untuk dak Iqy ni, last-last abah dia suruh buat sup ikan dengan nasi lembik.Malam tu gigihlah pergi cari bahan-bahan untuk masak sup ikan Iqy ni, dengan harapan dia sukalah makan dan kembali berselera.
Bangun pagi2 macam biasa rutin aku pukul 5,6 aku dah bangun masak untuk Iqy, saje bangun awal sebab lepas masak boleh sambung tido balik sebelum bangun balik pergi kerja plak, ngengada kan..haha..Tapi pagi tu, Abi suruh kejutkan dia, dia nak masakkan untuk bekal Iqy ..Relax lah sikit aku.hehehe..
Kat opis , ibu Iqy wassap bagitau Iqy makan banyak arini..Lega rasa hati, ooo dah boring makan masakan mama ek, nak masakan abah plak.Biasa mama je suka buli abah masak untuk mama, sekarang Iqy pon join sekali, bertabahlah abah Iqy oiii..haha..
Bila dah makin membesar ni, macam-macam plak demand dia yer..Pandai pilih makan..Tapi jenuh mama nak pikir nak buat menu apa plak untuk Iqy lagi..Tercari-cari menu yang mudah n simple je tapi sedap, maklumlah aku ni mama yang bekerja, tak sempat weyy pepagi nak masak yang remeh-temeh..Dah dapat masak untuk anak tu pon dah syukur dah..Tapi anak plak demanding lebih..Ngadeee dak bobot ni taw, dah besar nanti jangan request western food plak hari2, botakkk kepala mama abah nak oiii..hahaahaa..
Ok2, meh nak share resipi simple untuk Sup Ikan Tenggiri ni..
sekeping ikan tenggiri
kentang
baby karrot
seulas bawang putih
bawang Holland
secoit halia
daun sup/parsley
Caranya mudah saje, campur je kesemua bahan dan reneh sampai menggelegak, sampai kentang empuk.SIAP!!!Lepas tu hidangkan dengan nasi lembik dan ready untuk disuap ke mulut anak, kot yer pon tunggu lah sejuk sikit, kang melecur plak lidak anak tu,..kikikiki..
*update terkini, Alhamdulillah selera makan Iqy dah kembali seperti biasa, lega sikit hati ni.Pergi jalan2 pon bawak bekal taw, gigih mak ko masak untuk bawak bekal ko nakkk..Sebab tak berani lagi nak bagi makanan luar, walaupon nurse dah bagi hint boleh kenalkan anak dengan makanan keluarga, tapi aku macam takut-takut lagi, kalau kat rumah ibu dia, ibu dia dah bagi macam-macam dah..hihi..Aku tak kisah pon, ibu dia pon taw yang mana baik untuk dia kan..Aku je takut-takut lagi..hahaha..
Friday, March 6, 2015
Aku menangis di suatu petang
Thursday, March 5, 2015
Si dia yang suka bergaya
Si bobot aku ni memang suka benor bergaya.Ko hengat ko shantekkk?haha..Tengoklah tu dengan spek mata dia, elok je taknak tanggal, siap sengih2 macam kerang busuk lagi.Ni lah dinamakan bapak borek anak rintik..Dah sepesen dah aku nengok, kalau masa baru lahir ramai cakap Iqy ni ikut muka abah dia, fotostat sebijik sejiban, tapi sekarang gen-gen aku pulak yang mula kelihatan di wajah dia..betul tak, betul tak??tolonglah cakap betull..hikhihhik
Gambar ni masa raya cina aritu, saje ikut mak n papa aku jalan-jalan amik angin petang kat Pantai Morib. Cuti-cuti takkan duk umah je kan, jalan jela mana-mana walaupon dekat takpe asalkan keluar berjalan.hikhikhik..Dak Iqy tu dahlah tak boleh duduk umah lama-lama, panas je bontot dia terkinja-kinja ajak keluar, abis dia gegar pintu grill tanda protes..haha
Ni gaya bersahaja dari dia yang pandai posing tak pandang kamera sangat tu, lepas tu sibuk mintak henpon nak tengok gambar dia balik, pastu sengih-sengih..Heyyy perasann hensem lah tu..muahahaha.. Dia dah start menapak 2,3 tapak dah, dah boleh imbang badan, cumanya malasss yang banyak, lagi suka merangkak dan berdukung, kalau disuruh berjalan, mesti nak berpaut, kalau lepas, dia mulalah malas nak melangkah..Takpe, takpe take your time, sayang..huhu..
2 hero kesayangan, sorang hensem, sorang lagi macho, susah nak pilih mana satu, dua2 sayang dua cinta angat2.(sape lagi nak puji,kann???kompom kembang kempis hidung laki aku).Mmmumumuuuahh..Love both of you to the moon and back..
Family kecik kami.Jarang nak dapat gambar bertiga sekarang ni, sebab mama iqy sibuk nak sorok lemak-lemak tepu kat badan, dah tak solid macam dulu lagi, segannnn...hahaha..Ni pakai baju kaler hitam, perasan lah nampak kurus sikit kekdahnya kann.Padahalll hari-hari stress tengok badan sendiri kat cermin, laki aku lagi stress, hari-hari kena hadap soalan aku yang dia sendiri susah nak jawab."Abg, sayang gemuk tak?"..Susah kan nak jawab, selalu dia bagi jawapan selamat je,konon takmo kecikkan hati bini..kikikikikii..
Oklah tu je nak citer
Subscribe to:
Posts (Atom)