Followers

Friday, March 13, 2015

Ber"lasagne" di PPUM

 
Ekceli, bukan saje-saje datang PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) ni, datang sebab nak melawat atok aku yang warded sebab sakit.Dah seminggu dah atok aku kena warded, baru ni dapat melawat.
 
PPUM ni tempat aku dilahirkan beberapa tahun yang lepas, "beberapa" tahun macam tak sesuai plak, kang sebut berpuluh-puluh tahun, macam tua sangat plak, kahkahkahkah..Banyak betul yang berubah kat sini, dari fully government sekarang ni dah semi-government kan..
 
 Lawat atok pon kena gilir-gilir sebab Iqy tak boleh masuk, bergilir lah kitorang masuk tengok atok, atok tidor masa tu, kesian tengok atok makin kurus sekarang, tak macam masa atok sihat dulu, tegap je badan dia, sekarang nampak uzur sangat dia, keputusan hantar atok ke hospital memang tindakan yang bagus, sebab masa kat rumah, dia taknak makan mahupon minum, bila kat hospital ni lebih terjaga lah sikit, boleh makan ikut tiub, nurse bagi susu ikut tiub, nampak bertenaga sikit lah atok aku tu.Semoga atok cepat sembuh aminn.(update: atok dah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2015-alfatihah~~)
 
Dah selesai melawat, aku n Abi turun ke tingkat bawah, mak ngan maklang aku plak masuk lawat dan tunggu atok, ada anak kecik ni tak boleh nak lama-lama sangat, Iqy plak makin buas, lagipon kat hospital macam-macam orang sakit yang ada, risau jugak terjangkit ke kan, yela budak2.So, kitorang tunggu kat ground floor, uiii ada secret recipe kawwww..Kelass PPUM sekarang..Sekarang ni nak gi hospital pon, kena pastikan bawak duit lebih sikit, dah macam shopping mall dah aku nengok nyer.
 
Iqy bawak bekal lauuk su'un je, kalau bahan masak dah habis, tu jela yang aku masak untuk Iqy..Jadikklah buat alas perut. ye dak??
 
Kitorang lepak Secret Recipe, konon nak tumpang duduk bagi Iqy makan, Iqy kan bawak bekal, memang pergi mana-mana, aku akan bawak bekal untuk Iqy ni, memang leceh sikit rushing-rushing nak keluar, kena prepare bekal anak lagi, tapi lama-lama dah terbiasa.So pergi mana-mana Iqy akan makan bekal mama dia masak je..hihi.Bila dah dok Secret Recipe ni, takkan nak duduk saje kan, macam tak syiokk plak, so tetiba tekak mintak Lasagne dan Mocha Expresso..Jahat taw tekak ni, tak kasi can nak diet betull...Grrrr..Dak Iqy pasrah jela makan bekal mama masak, yang mama n abah makan sedap-sedap..kikikikikii..Len kali mama abah pon kena bawak bekal jugak lah camni.huhu
 
 
Pergghhh memang tangkap leleh wa cakap lu, cacing-cacing berlagu riang ..kikikiki
 
 


6 comments:

  1. Takziah untuk atok Nory. Uish diet-diet..mkn sedap je ni..hehe..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nory, telan air liur sheila tengok lasagna.. salam takziah buat nory sekeluarga. Al-fatihah buat arwah atok.

    ReplyDelete
  3. fuh terliur tgk..

    al-Fatihah utk arwah atok akk...

    ReplyDelete
  4. salam takziah untuk pemergian atok Nory..

    Wahhh lasagne memang buat ai terliur...

    ReplyDelete
  5. Assalam nory,
    ish3
    sian iqy he3
    akak dolu bagi jugak fayyadh ghaser2 he3
    tapi part cheese & yang lembut2 tu haaaa
    akak kunyah2 bagi hancur baru suap dia he3

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)