Followers

Saturday, March 14, 2015

Tiada lagi atok dan nenek

 
Atok aku (sebelah mak) telah pun kembali ke rahmatullah pada 10 March 2015 lepas,
selepas beberapa bulan terlantar sakit.Sakit tua yang mulanya punca dari masalah kencing tak lawas, kemudian baru-baru ni disahkan paru-paru berair, dan selang beberapa hari, hasil keputusan x-ray mendapati ada kanser paru-paru, Allahhuakbar!!Sebak tengok atok menderita menanggung sakit dia tu, kami redha dengan pemergian atok kalau itu yang terbaik untuk dia, tak sanggup tengok dia yang terlalu uzur tu untuk melawan sakit dia.
 
Pagi selasa (10 march 2015) tu, aku baru sampai opis , mak aku call bagitaw doctor suruh kumpul semua ahli keluarga kat hospital sebab atok dah nazak, terkedu jugak aku, sebab baru je 2 hari sebelum tu aku melawat atok kat hospital, aku pon berkemas-kemas nak balik, sekali tu dapat panggilan dari along aku plak, bagitaw yang atok dah takde..Innalillahhiwainnailaihirrojiuun~~~
 
Langkah aku pon makin laju, call Abi bagitaw, call babysitter suruh mandikan Iqy siap-siap, kelam kabut masa tu, sempat kaut barang-barang Iqy je masuk beg.Jenazah atok dibawa ke rumah maklong aku kat Pantai Dalam,KL.Dalam pukul 11 lebih, jenazah pon sampai, terus dimandi, dikapan dan disembahyangkan di surau, sebab rumah maklong aku rumah flat tingkat 4, sebab tu urusan jenazah dibuat di surau.Abi pon turut serta dalam proses pengurusan jenazah atok dari mula sampai dikebumikan,Abi cakap mudah uruskan jenazah atok, lembut je jenazahnya.Alhamdulillah.
 
Paling sebak masa kali terakhir cium atok..Allahhh sebak.Aku kira wakil cucu perempuan yang memberi ciuman terakhir untuk arwah atok.Pergilah atok, kami redha dengan pemergian atok.Tenanglah disana, doa kami sentiasa mengiringimu.Moga atok ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman, amiinn..
 
Sekarang, aku dah takde atok dan nenek lagi baik disebelah mak dan juga di sebelah arwah abah aku dulu.Sebelah Abi pon dah takde atok nenek lagi..Pasni raya dah takde port nak lepak pagi-pagi raya, sebab biasanya pagi raya kitorang semua akan berkumpul kat rumah atok kat bangsar,(betul-betul depan Midvalley)..Lepas makan sama-sama ngan atok, kitorang biasanya akan jalan kaki je pergi Midvalley..Jimat duit parking..Dulu masa ada arwah Tok (nenek) lagi meriah..Tapi raya taun ni dah takde siapa dah, maybe raya taun ni balik Melaka jela kot tumpang bermanja dengan atok nenek sedara kat sana..huhuhu.
 
 
 

3 comments:

  1. Al-Fatihah.......................

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.. semoga roh mereka dicu uri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.. Ameen..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)