Followers

Friday, July 22, 2016

Rizqy 28 bulan

17Mac2014 - 17July2016

28 bulan dah Dak Iqy ni.Raya kalini raya ketiga dak Iqy merasai nikmat berhari raya.Kejappp je kann.Ingat lagi first raya Iqy baru umur 4 bulan lebih.Raya kedua umur dah setahun lebih, dah pandai berjalan, tahun ni plak dah pandai berlari melompat segala, nak tangkap gambar pon susah.Dah pandai berkawan, bergaduh pon pandai..hahahah..

Dak Iqy ni makin besar makin slim plak badan dia, selera dia tu ikut masa, ada masa dia berselera sampai bertambah2 nasi, ada masa dia memilih2..Yang penting dia teramatttlah suka pedass.Sampai tahap kalau tak pedas dia taknak makan..hadoii pening pale..aku ni risaukan perut dia, budak lagi takut nak bagi pedas2 selalu, tapi dah ituuu je dia suka makan, acaner nak buat..Tak bagi kang, tak makan langsung plak dia.siap kena perli dengan orang ,muka je mat saleh tapi selera kampong..hahahaha..yeke??? Mat salehh tang mana  taktawlaaaa kan..

Dah pandai bercakap..tapi tak suka tunjuk kat orang.kalau org tanya dia suka diam je..low profile lah kununn...cehh...tapi kalau kat rumah, mulut dia macam mulut orang tua, yang tak tahan siap pandai melatah lagi,aritu dia terkejut apa ntah spontan je dia sebut 'oh mak kau'..hahahaha..pastu kalau tanya abah mana? Dia cakap abah isap okok,fuhhh fuhh..amboiiii kemain lagi kau kan siap buat gaya lagi..benda2 tak elok tu cepat je ko tangkap.Masa kat kampong plak, dia tanya aku mana abah dia, aku cakap lah abah mandi, pastu dia jawab "bukannn...abah yakk, ucukk" siap kibas2 tangan lagi..adoiii lawak budak ni..

Makin besar ni makin rapat n mengada2 manja segala dengan abah dia.Meluat plak aku kekadang..hahahaha..Dari kecik mmg dah rapat dengan abah dia pon, tapi makan besar ni makin rapat, gerammm aku, bukan apa, kalau abah dia ade dia mengada2 sangat, kalau abah dia kerja,okey je dia tinggal dengan aku,takde buat perangai sangat..huhuuuuu..Kadang aku rasa nak fotostat muka abah lekat kat sekeliling tempat, biar dia nampak je muka abah dia sentiasa.Kalau abah dia pergi kerja, dia takde kawan nak main kan, mulalah dia masuk bilik cari abah, pastu merintih sesorang sambil cakap "Abah, alik lah abah"...hahahaha kesiann..taktaw nape dia tak suka main dengan aku, membosankan ke aku ni???hukhukhuk





Makin besar makin meninggi ikut abah sangat..Tapi muka dia makin besar makin seiras dengan muka mama.Kalau pergi mana-mana orang sangka dia umur 4 tahun, yang ingat dia dah sekolah pon ada..Haiilahhh anak cepatnya membesar.

4 comments:

  1. Alahai Iqy.. comel je..
    Budak tengah membesar ni memang mulut macam mak nenek.. Anak akak pun sama.. Geram je..

    ReplyDelete
  2. haah bebudak makin besar makin kurus pulak. sebab dah melasak kan. rindu pulak badan chubby masa kekecik. anak kita pun dok carik bapak dia -,-'' sikit sikit ayah. grrr

    ReplyDelete
  3. wah, besar dah... agaknya Nory garang sgt kut...hehehhee =P

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)