Followers

Tuesday, February 7, 2017

Eh dah start kerja dah


Phewwww, setelah bercuti panjang, tau2 je dah  start kerja dah.Alahaiii apsal rasa sekejap sangat cutinya.Nak tunggu kemain lama lagi.Cuti panjang baru ni sempatlah balik kampung Abi selama 4 hari, plan asal nak duduk 3 hari je, last minit satu hari lagi sebab kebetulan kakak ipar dari Sekinchan baru je sampai masa hari yang sepatutnya kami balik tu, mujur aku tergerak hati bawak baju lebih.Takdelah terkejut sangat kan bila Abi ajak tambah satu hari lagi, ai is tak kisah pun.Lagipon bukan selalu dapat jumpa kakak ipar tu, dan paling best kalau kakak ada, macam2 menu ada.Akak memang pandai masak dan rajin masak macam-macam.Diet????Ko toksah tanya laaa, aku belum mula lagi..Tapi semalam dah beli teh cirit..hahahahaha...Baik punya bersemangat dengan mak aku pun nak join ber teh cirit sekali, dengan harapan boleh slim lah lepas ni..heheheheheh...

Sepanjang cuti ni, tak rasa cuti sangat sebab aku tetap bekerja, bekerja sendiri lah, bisnes sampingan, belum gaji ni, memang teruklah mencari duit nak survive, ai is dah terbiasa survive sendiri, tak suka mintak kat laki, tapi kalau laki bagi, aku tak tolak pun..hahahahahah..Tapi seronok walaupon lagi penat dari kerja hakiki, penat COD kesana kesini, pastu hari-hari rushing pergi restock barang.Aku restock sikit-sikit ikut order, sebab modal main pusing-pusing je ni..Hekhekhekhek

Harini plak, stock ikan pekasam masuk.Ikan pekasam ni kalau masuk, aku lagi busy kalah menteri lah, permintaan ikan pekasam ni memang tinggi tapi ianya bermusim, ikut stock ikan mentah lah.hehehehe..Nak tunggu diperam lagi, so amik masa, bila dah ready je, order siap2 dah masuk.Yang buat busy tu nak COD lah, tu yang penat dan menduga sikit.Tapi takpelah penat yang berbaloi, dan kite seronok dan enjoy buat kerja tu, so semua jadi mudah.Alhamdulillah..Paling best bila tak perlu mintak duit Abi sementara nak tunggu gaji aku yang lambat tu, aku boleh survive sendiri weyyy..Saje nak cabar diri sendiri.Dan hasilnya aku puas hati.Rasa nak luaskan lagi market ikan pekasam papa aku ni.

Mula dengan suka-suka je jual ikan pekasam ni.Papa suka memancing, dan tiap kali memancing, banyakkk sangat dapat ikan sungai biasanya lampam lah.Sampai mak bising peti ais penuh.Satu hari papa buat pekasam untuk makan sendiri je dan bagi jiran terdekat, tapi stock macam tak luak plak walaupon dah bagi banyak kat jiran dan keluarga terdekat.Tu yang muncul idea nak try jual tu.Tak sangka plak banyak permintaan ikan pekasam ni.Syukurrrr....

Hurmmm mood berblog macam dah kembali kelaut..Takde masa nak taip weyy, ni pon curi2 masa taip kat opis, bini boss keluar lunch.hahahaha..Menyempatlah taip satu entry buat tatapan korang yang rajin sangat baca tuu..Nanti aku tanamkan lagi sifat rajin dalam diri untuk update blog tetiap hari ek.Tapi cerita takdelah gempak sangat pon, harap sudi baca ek..heheheeheheh...Oklahhh nak get ready keluar lunch plak, mak masak apa lah harini?Tak sabar nak balik makan..



2 comments:

  1. Mcm best je ikan pekasan nory.
    Rasa mcm nk try la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehhh je awakkk....kite boleh pos...sepaket RM5 je...beli 4 paket ke atas free postage...heheheh....

      Delete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)